Thursday 28 February 2013

Friend is...

"Friend in need is a friend indeed"

equals

"Friend with benefit"(?)


eh?

Monday 25 February 2013

5 minutes too late

Semalam aku terlepas tren nak balik ke Alex daripada Mansourah. 
Perasaan aku? 
Rasa nak campak semua beg yang berat 
dan baring atas lantai tengah-tengah stesen menghadap langit. 
Penat.



Boy i miss your kisses all the time but this is twenty five minutes too late..

Tuesday 19 February 2013

Cabaran menjadi perempuan

Assalamualaikum.

Aku ada masalah. Masalah yang dah lama dah aku alami, dan selalu jugak aku alami. Terutamanya waktu dekat-dekat nak raya ataupun waktu-waktu kedai-kedai menjual pakaian sedang berebut-rebut membuat diskaun dengan mempamerkan jaw-dropping promotion.

Ini memang masalah besar. Kekangan kewangan tu tak payah cakap lah. Itu semua orang pun tahu. (kalau tak faham maksud kekangan, sila rujuk kamus dewan atau mana-mana cikgu BM. Sesungguhnya mereka bertanggunjawab dalam memperkenalkan perkataan ini kepada aku). Ini masalah yang lebih serius daripada pemilikan kewangan yang terhad.

Masalah yang aku maksudkan ialah pakaian itu sendiri. Design yang merapu-rapu tu satu hal(variety polka dots, design ala-ala teknik kolaj atau labuci penuhsatu baju). Tapi design yang merapu tu senang je nak settle, sebab dah tahu dia merapu --> tak berkenan --> blah dari kedai tu.

Tapi ni masalah bila pakaian tu cantik, fabrik dia sedap, harga dia mampu dibayar, tapi saiz dia yang merapu. Okay saiz kat sini bukan saiz je, tapi jenis pakaian tu sekali.

Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi carrefour. ingat nak lah jugak beli seluar sehelai dua. Dua tiga kedai aku masuk, dua tiga helai seluar aku try. Memang cantik, kain sedap, harga murah. Pendek kata memang NAK BELI. Bila aku try. wth. Apahal pulak kecik gila seluar ni. Pinggang besar muat perut orang mengandung, labuh boleh buat part-time sapu lantai, tapi dari peha sampai bawah, ketat nak mampus.

Ini buat aku terfikir. Siapa target customer dia sebenarnya ni? Nak kata orang yang kurus tinggi macam model antarabangsa tu, berapa kerat sangat orang arab ni yang badan kurus anggun macam tu? Majoriti penduduk Mesir ni non-Muslim ke? Laku ke seluar macamni?

Bila dah dapat jumpa seluar yang cantik, murah tapi ketat macam tu, di sini lah part yang mencabar sangat sebagai perempuan. Kalau nak ikut rasa nak jadi cantik, memang nak ambik dah seluar tu. Tapi bila fikir balik, bila masanya yang aku nak pakai seluar ketat macam tu? Tak berani pulak rasanya nak pakai. Hati aku dah tertanta-tanya. Nak cantik ke tak? Nak stylo ke tak? Nak beli ke tak? Kalau tak beli, rugi sebab dah murah, cantik pulak tu. Kalau beli karang rasa macam membazir pulak.

Sejak daripada tahun 1 lagi aku nak beli seluar kat Mesir ni, payah ya rabbi. Semua kedai nak jual skinny jeans. Nak dapat yang straight cut punyalah susah. Kalau dah dapat, tak cantik. Dah tu harga semua nak ratus-ratus je. Nak pakai apa macamni?

Tu kat Mesir. Kalau kat Malaysia pun lebih kurang sama je. Aku tertanya-tanya lagi, siapa target customer dia? dan waktu designer tu men-design baju tu, dia imagine-kan siapa yang memakai baju tu. Adakah orang Malaysia, ataupun orang Amerika.

Baju labuh-labuh, slim-slim. Kalau saiz S lebar dia 25inci(aku tak pasti unit dia) labuh 50inci, baju saiz XL pulak lebar 25inci, labuh 57inci. Kalau macam ni, macamana aku nak merasa baju baru? Sejak bila pulak perempuan-perempuan kat Malaysia ni dah jadi tinggi lampai sangat ni? Oh okay.. Diorang suka pakai high heels kan.. Common logic! Ke aku kena meng-anorexic-kan diri supaya dapat menggayakan pakaian rekaan terbaru dengan elegan lagi anggun? Ataupun aku yang tak sedar yang rupa-rupanya motto hidup harus ditukar kepada "semua spare tyre perlu ditunjuk"?.

Tapi, takkan lah daripada baju kurung, jubah, blouse dan t-shirt, semua pun nak body-hugging jugak? Oh okay.. Aku faham. Sebab tu lah orang jual cardigan, blazer jacket dan semua outer wear tu kan.. Tapi kalau aku kat Malaysia, pakai t-shirt selapis dengan tudung biasa pun aku dah berpeluh macam duduk kat padang pasir. Dan seingat aku, Malaysia masih panas macam dulu kan? Tak pernah winter lagi kan? Habis tu macamana nak pakai semua outer wear yang cantik sangat tu?

"Try la T-shirt muslimah", kata mereka dengan senyuman manis. Muslimah atuk lu lah sangat.. Takda beza mana pun aku tengok. Sama je cutting dia. Ketat kat atas, kembang kat bawah. Tu tak termasuk lagi harga yang sangat tak logik(mahal gila) untuk sehelai t-shirt yang bila basuh kali ke-3, colour dah dull macam pakai 365 hari straight tak berganti.

Jubah pun sama je. Kain nipis, pinggang nak taruk belt, stretchable material bla bla bla, harga ratus-ratus macam bapak aku tokey HerbaLife.

Dah lah baju sekarang semua nak ikut trend yang warna contra-contra macam tu. Pink dengan turquoise, hijau dengan kuning, oren dengan merah. Aku ni dah lah penakut. Tak berani nak bereksperimen dengan warna. Dah tu nak pakai baju apa ni?

Nampaknya aku kenalah ikut jejak langkah kawan aku(dah ikut pun). Beli seluar kat men's department. Kain sedap, color cantik, dan harga yang reasonable berbanding dengan pakaian perempuan yang harga sangat tak logik. Dan tahan lama!

Kalau macamni lah macamana pakaian dijual, macamanalah misi korang yang inginkan bidadari dunia tu nak tercapai? Macamana orang nak berhijrah kepada yang lebih menutup aurat kalau the first baby-step nak beli baju yang elok pun dah terbantut dengan harga dan design yang... terlalu Sci-fi?

Oh lupa... PTPTN kan ada. Gaji pun ribu-ribu. Takda hal lah setakat rm150 sehelai kan? (tambah 10 ringgit, boleh bayar duit sewa rumah aku sebulan)


eh?

Sunday 17 February 2013

Exam patut dihapuskan

Assalamualaikum.

Final exam untuk semester 3 dah habis! Sekarang tengah cuti winter break 2 minggu dan habis je cuti ni, bukak kelas, start lah sem 4. Cepat kan? Sebelum tu..

Bismilla- hirrahma- nir rahiim. Ya Allah, aku memohon padaMu, kau lembutkan lah hati pemeriksa-pemeriksa kertas jawapan penulis blog ini, janganlah dia strict sangat, bagi lah dia terima dan bagi markah lebih walaupun jawapan yang ditulis merapu-rapu. Lembutkanlah hati mereka ya Allah. Janganlah bagi ada paper yang gagal. Bagilah lulus semua paper. Kau kabulkan lah doa kami ini ya Allah. Amin amin ya rabbal 'Aalamin..

Terima kasih sebab sudi baca dan aminkan doa ni. Ini serius, doa ni sangat penting. Sebab exam haritu soalan dia sangat susah. Dan harapan untuk lulus je pun dah sangat bersyukur. Kalau rajin + baik hati, please doa lagi..

Exam kali ni, serius sangat-sangat mencabar. Bukan soalan dia je mencabar, tapi semua mencabar. Semua aspek kehidupan aku tercabar. S.e.m.u.a.

Minggu-minggu nak exam ni memang sangat tough. Macam-macam benda aku diuji. Daripada hampir setiap hari blackout, banyak hal nak kena uruskan, gangguan emosi, macam-macam lagilah.

Aku terpaksa squeeze diri aku try curi masa between the time untuk buat tu, buat ni, pergi sana, pergi sini. Tension pun ya jugak. Sebab semua nak kena buat cepat-cepat. Semua nak kena siapkan dalam minggu exam ni jugak. Pergi asrama MARA, pergi hospital, pergi pejabat universiti, kena hantar pergi department tu, dicampak pergi department ni, Rasa sangat macam kat Malaysia ok. Kena menapak menongkah traffic jam jalan kaki pergi ATM ambik duit sebab 500le tu terlalu sikit untuk pos barang ke Malaysia. Kalau boleh ukur, entah berapa kilometer entah aku kena berlari berjalan dalam satu hari tu. Dah lah basah kena hujan lagi. Penat sangat okay. Sampai tegang otot betis aku penat berjalan. Tu tak termasuk lagi entah berapa kali hampir-hampir nak kena langgar waktu lintas jalan. Dah lah penat, lepas tu balik rumah tetiba je migrain. Macamana nak baca buku kalau dah kepala sakit macam nak terkeluar bijik mata?

Bila dah okay migrain, jari tangan dan kaki pulak bengkak-bengkak sebab sejuk. Nasib baik hari written exam jari tu okay. Kalau tak nak tulis jawapan macamana?

A day before exam module 9 pulak (CNS = killer subject bak kata senior), petang tu jugaklah mental dan emosi nak diuji. Petang tu jugaklah jiran aku/mak cik tu nak marah-marah. Dah lah aku sorang je yang kena tadah telinga dan tebalkan muka dengar mak cik tu marah. Tak adil tahu!

Time-time exam ni jugaklah kualiti hidup aku sebagai pelajar berada pada tahap yang paling rendah sekali. Esok pagi pukul 10 nak exam, malam tu aku tidur pukul 1 lebih, bangun pukul 4 lebih. Lepas tu sequentially tidur pukul 7 malam lebih, bangun pukul 12 dan tidur balik pukul 6 untuk bangun balik pukul 8 pagi sebab pukul 10 tu exam. Kau mampu??
Time-time exam je yang mampu buat macamni. Memang kagum dengan diri sendiri sebab hari-hari sebelumnya macam tak cukup je tidur 10jam sehari.

Tak masuk makan lagi. Tak makan sedap-sedap pun takpe, tak berkhasiat pun takpe janji buku baca. Bilik sepah-sepah penuh berterabur dengan buku pun takpe, asal study. Pinggan cawan guna semalam berlonggok dalam bilik pun takpe, tak sempat nak basuh. Baju yang dah siap basuh pun takda masa nak lipat. Sangkut je semua pakai hanger, takpun campak je dalam almari.
Nampak? Betapa tak terurusnya hidup aku.

Pagi exam pulak takutnya bukan main lagi. Macam nak ambik result spm. Tetiba je rasa lemah kaki, sakit perut, jari sejuk, tak lalu nak makan. sebab nervous. Soalan exam tu pulak, langsung tak masuk part yang doktor-doktor tu dok stres kan. Aku punyalah fokus time revision class haritu, take note part mana yang doctor tu streskan. Alih-alih satu pun tak masuk! Nasib baik aku doa supaya Allah gerakkan hati aku untuk baca mana yang masuk. Alhamdulillah lah jugak. Walaupun banyak je yang aku tak baca/fokus tu masuk.

Baca psychology, buat aku rasa nak mencarut. Apa point yang dia cuba sampaikan sebenarnya ni? Kenapa point yang kat sini macam sama je dengan muka surat sebelah? Kenapa ayat dia pusing-pusing sangat tapi point dia sebanarnya sikit je dan senag nak faham kalau dia tulis direct, straight forward? Kenapa nak kena penatkan diri sendiri menaip ayat panjang-panjang kalau maksud dia boleh sampai dengan 7 perkataan je? Kenapa nak torture kami pelajar-pelajar ni seteruk ini? Kami nak belajar medic, bukan english literature.

Sebagai seorang pelajar, sebab tu aku kata exam patut dihapuskan. Teringat pulak classmates aku waktu sekolah dulu dengan berkarismanya ber-parliamentary debate pasal "examnination should be abolished". Aku tak larat nak tanggung tekanan macamni.. *nangis macam cik bawang putih* Dengan kualiti hidup yang jatuh merudum, ditambah dengan tekanan lagi, sebab tu aku sangat menyokong exam dihapuskan. Kadang-kadang tu rasa nak give up pun ada. Tapi bila fikir balik, kena paksa diri sendiri untuk terus study. Take note, kena paksa diri.

Dalam exam hall, boleh pulak ada makhluk yang sesedap rasa meniru. Aku siap boleh dengar lagi makhluk-makhluk tu cakap 'autoimmune disease', 'function'. Ini apa yang aku yang duduk seberang sana boleh dengar. Orang lain siap ada dengar lagi 'nombor 24 cacing, 30 ayam( jawapan no. 24 tu A, 30 tu B)'. Nampak tak betapa sesedap rasanya makhluk-makhluk tu meniru? Pak cik mak cik pengawas exam tak dengar ke?? Lepas tu result masing-masing gempak-gempak pulak tu. Stres aku.

Tapi exam kali ni, yang duduk depan aku ialah budak yang paling pandai sekali dalam batch aku, budak yang ranking nombor 1. First time exam dia duduk depan aku. Tapi memang tak boleh nak tiru pun, sebab memang tak boleh nak nampak kertas dia. Tapi aku memang TAK NAK TIRU. Aku tak berani meniru dalam exam, tapi kalau time kuiz aku suka je meniru. Cuma time exam ni, aku tak boleh terima sebarang bentuk peniruan. Sebab bagi aku, exam ni waktu untuk test diri sendiri. Jadi apa point nak test diri sendiri kalau meniru.

Walau apa pun, bila difikir dengan waras, aku rasa exam tak patut dihapuskan. Sebab pada aku, time exam ni je yang ada untuk kita tahu kita ni ada ditahap mana. Kita ni dah cukup layak atau tak untuk sesuatu tu. Jadi kalau exam ni tak ada, dihapuskan, macamana kita nak tahu tahap kita, macamana nak tahu yang kita ni dah cukup bagus, layak atau tak untuk jadi doktor.

Kalau kita belajar je, dan tak ada exam, kita tak ada effort nak improve diri kita. Tak ada effort to do our best. Contohnya macam aku belajar buat injection. Okay, aku tengok doctor tu punya demo, aku tahu cara nak cucuk. Tapi bila nak exam ni baru kita tahu, baru kita put some effort to perform the best, untuk dapat full mark. Cuba kalau tak ada sistem permarkahan dimana kita di-examined by the examiner, seriously, kita tak akan ada usaha nak belajar sampai master injection skill tu. Kan?

Tak kesah lah stres macamana pun, aku tetap rasa yang exam tu penting. Dan kalau tak nak stres, kenalah sedia awal-awal. Jangan last minute. Dah tahu yang Egypt sekarang ni almost everyday ikut suka dia je nak blackout, yang kau nak study last minute tu pasal apa? Otak dah genius sangat? Dah tahu yang modul CNS ni ramai gila senior yang fail, yang kau take it easy tu kenapa? Time-time macamni lah baru tahu erti menyesal tak fokus dalam lecture. Tapi macamana nak fokus kalau lecture tu boring gila?

Berdasarkan point-point dan segala macam dugaan yang aku lalui ni, sedekah anda untuk mengulang doa diatas sekali lagi tu sangat-sangat dihargai. Please doa lagi. Dapat 61% pun aku bersyukur dah(sebab passing mark ialah 60%). Aku tak nak fail, tak nak repeat paper sebab aku tak nak ulang baca benda ni lagi dan aku tak nak bayar 100USD untuk repeat satu paper. Repeat exam ni soalan dia lagi susah sebab ada oral exam! Na 'uzubillah..


Oh. Sebenarnya aku bukan nak cakap exam patut dihapuskan. Tapi nak suruh mintak tolong sama-sama doa
.
Tolong doa banyak-banyak kali ya? =)


*aku sekarang ni cepat sangat nak terkejut. dan tiba-tiba je nak jadi penakut tak tentu pasal. adakah ini simptom-simptom stress?

Tuesday 5 February 2013

Krisis awal 20-an dan mungkin seumur hidup?

Assalamualaikum.

Semalam waktu malas-malas sikit nak study, aku baca blog-blog orang (dah jadi daily routine). Entah macamana, aku sampai ke blog ni; blog ariffshah.com. Dan daripada blog tu, membawa aku ke blog abangensem.com, Fazreen.com dan blog SK. Sila klik!

Ya. mereka bercakap tentang pembelian rumah, hartanah, aset dan duit. Money money money,Mo--neeyyy (lagu The Apprenntice Donal Trump) Bila baca-baca lagi banyak(ada part yang di-skip sebab kesuntukan masa nak belajar), aku dapat tahu pasal tips-tips nak beli rumah di usia yang muda. Aku kagum dengan mereka yang muda-muda lagi dah boleh start/dah ada aset.

Dan bila aku tengok FB page dia pulak, aku nampak ni.



Ayat yang terakhir yang aku garis merah tu memang betul-betul menyedarkan. Macam orang mengantuk yang tiba-tiba disimbah dengan air sejuk baru keluar daripada peti ais(sama sejuk dengan air paip waktu winter). Dan ayat tu memang mengingatkan aku pada realiti kehidupan aku pada masa ini dan masa depan nanti insyaAllah. Pada masa yang sama, ayat tu jugak merisaukan aku akan masa hadapan aku nanti.

Ayat tu buat aku terfikir. "nanti nak duduk kat mana? takkan tak nak ada rumah sendiri? takkan nak menyewa je?" Dan bila teringat yang duit kat akaun bank pun tak banyak mana dan atas ihsan mak ayah, ini menyebabkan realiti terasa macam menelan peria. Pahit. Hutang duit untuk belajar ni lagi(study loan).

Bila terfikir yang plan kerjaya aku yang nak kekal berkhidmat di hospital kerajaan sahaja, aku macam risau sikit. Mampu ke nak beli rumah? (memanglah kakitangan kerajaan dapat potongan harga istimewa. tapi pada masa depan nanti, aku risau dengan potongan-potongan harga untuk staf kerajaan ni pun mungkin tak cukup untuk menampung kehidupan seharian)

Kalau kat rumah dulu (Malaysia), aku selalu encourage parents aku untuk beli hartanah (rumah atau tanah) untuk mereka buat sebagai aset. Dan bila aku cakap harga rumah/tanah tu, ayah aku akan cakap "cuba tengok. Harga rumah sekarang ni pun dah mahal. Baru berapa tahun je dah berkali-kali ganda harga dia naik. Zaman korang nanti tak tahu lah berapa harga dia nanti. Agak-agak korang mampu tak nak beli rumah nanti? Fikir-fikirkan lah.."

Lagi satu, ayah aku suka cakap "mak ayah takda duit berjuta-juta, takda tanah berekar-ekar, rumah berbiji-biji nak bagi kat korang. Pendidikan je lah yang kami mampu bagi. Gunakanlah peluang belajar yang ada ni untuk masa depan masing-masing"

Ayah aku suka guna perkataan "fikir-fikirkan lah", yang mana confirm akan buat aku berfikir. Dan memang aku fikir pun pasal apa yang ayah aku cakap. Bila aku fikir, aku jadi takut. Takut pada perkara yang macam aku cakap tadi, nak duduk kat mana nanti, nak menyewa ke hape..

Dan disebabkan ketakutan tu lah, aku rasa daripada sekarang ni aku perlu kumpul duit. yang mana adalah susah, sebab aku tak pandai nak kumpul duit; opposite to my younger sister. Pada waktu ni lah aku macam menyesal sikit, pasal apa lah aku tak start mengumpul duit daripada kecik-kecik lagi. At least sekarang ada lah jugak minimum 10ribu dalam akaun. Tapi tu lah, menyesal pun dah tak guna..

Jadi aku terfikir cara untuk gain money bermula daripada sekarang. Walaupun sikit, tapi lama-lama jadi bukit. Sebagai resolusi atau idea terawal aku adalah untuk berniaga. Bila baca kat Fazreen.com, rasa semangat nak berniaga tu makin kuat. Dengan tips-tips dan cerita dia sendiri, aku jadi makin bersemangat nak mula berniaga. Mula-mula mungkin susah, tapi lama-lama insyaAllah ok sebab aku percaya kalau ada usaha, apa pun boleh jadi.

Ini pulak video yang aku dah tengok tahun lepas lagi. Buat aku rasa malu pada diri sendiri. yet, inspiring. Semua orang wajib tonton!



Mulai harini, aku berazam untuk belajar berjimat cermat, kumpul duit dan kumpul aset banyak-banyak. Kurangkan kehendak, fokus pada keperluan.

.
.
.
.
.

p/s: aku kalau boleh tak nak la jadi pisau cukur/mata duitan kahwin dengan dato', tan sri kaya semata-mata nak hidup senang. keyword: kalau boleh
Tapi kalau jodoh nak buat macamana kan?

Sunday 3 February 2013

Blackout lagi

Assalamualaikum.


Siang tadi ada blackout kejap. Well, tak lah kejap mana, sebab blackout dalam 2-3 jam macam tu. Ada beberapa kali sebelum ni, hari-hari balckout. Pihak berwajib, tolong ambil tindakan!(macam lah orang Arab ni faham bahasa melayu)

Kalau sebelum-sebelum ni, tiap kali blackout aku akan sambung balik tidur yang perlu dihentikan pagi tadinya. Akan tetapi, disebabkan minggu depan exam dan banyak gilaa lagi topic yang tak di-cover, maka aku harus ikhtiarkan sesuatu supaya dalam waktu-waktu bergelap ni pun masih boleh baca buku.
Tadaa!! Aku pasang lilin!

Macam tahu-tahu je esoknya nak blackout, semalam aku pergi beli lilin.
4 biji lilin dinyalakan.
Dan realitinya tak seterang ni ya tuan-tuan.
Ni nampak cerah sebab pakai night mode.

Mesti pelikkan, kenapa siang-siang pun nak pasang lilin. Bukak je lah tingkap.
Okay. Aku memang nak bukak tingkap. Tapi disebabkan tingkap tu tak pernah dibuka dan berhabuk sangat, dia jadi susah nak bukak. Akhirnya, aku give-up dan pasangla lilin.

Waktu membaca guna lilin ni, aku teringat cerita ayah aku. Yang waktu dia sekolah dulu, kat kampung(rumah opah aku) tak ada elektrik lagi time tu. Elektrik ada dalam tahun 1980an(berpuluh tahun selepas merdeka baru dapat elektrik!). Jadi waktu ayah aku sekolah dulu, malam-malam diorang adik-beradik terpaksa belajar dengan cahaya lilin atau pelita minyak tanah.

Berbalik pada cerita aku.. tak lama lepas tu, tak sampai 1 jam pun, 3 lilin yang aku nyalakan tu mati! Nampak sangat tak berkualitinya produk buatan China ni. Aku pun kena figure out another way untuk dapatkan cahaya. Jadi, sekali lagi aku try bukak tingkap tu. Dengan sepenuh tenaga yang ada, aku tolak tingkap tu kuat-kuat. Dan alhamdulillah, berjaya jugak!

Pada waktu tu, aku terfikir jugak "kalaulah aku tolak kuat sikit lagi, mesti dah dapat save 3 bijik lilin". Tapi takpe, mungkin ada hikmahnya semua ni.. contoh: dapat test keberkesanan mata aku untuk membaca dalam gelap. dapat bersyukur dengan adanya elektrik, dapat pasang lampu, dapat belajar dengan selesa. dapat menyelami perasaan orang susah yang tak ada elektrik kat rumah dia.


Setahu aku, setakat tahun 2012, masih ada lagi rumah-rumah orang di Malaysia yang masih tak ada bekalan elektrik. Yang bernasib baik sikit, sekadar dapat bekalan elektrik pada waktu malam sahaja; lebih kurang 6 ke 8 jam sehari. Terutamanya perkampungan orang asli. (kalau salah tolong bagitahu, boleh nak diperbetul)

Ini baru cerita bekalan elektrik. Tak masuk lagi bab bekalan air, kemudahan jalan raya yang elok, kesihatan, pendidikan dan macam-macam lagi.

Satu lagi yang aku nak tegaskan. Negara kita belum cukup maju atau kaya lagi, dan target kita nak capai 'sifar kemiskinan' ataupun 'basmi kemiskinan' masih belum tercapai lagi. Kenapa? Sebab kalau target ni dah tercapai, cerita macam "Bersamamu" dan cerita-cerita membantu masyarakat miskin yang lain tak akan wujud.

Dan kepada ahli-ahli politik yang nak bertanding bebarapa bulan lagi ni, "jangan time berkempen, meraih undi je janji itu ini, cakap semua kencang. Lepas pilihanraya, satu hape pun tak ada. Setiap orang ada kawasan masing-masing, pergi ronda semua area tu, tolong majukan apa yang patut. Jangan pandai cakap, buatnya tidak. Ingat, janji yang anda buat tu, samada janji kosong atau tidak, itu tetap janji. Kalau anda tak lunaskan kat sini(dunia ni), jangan risau.. kat akhirat nanti kami boleh tuntut... Kalau rasa tak mampu nak jalankan tanggungjawab, sila bagi peluang pada orang lain yang mampu. Jangan gila kuasa. Kuasa tu tak bawak ke mati pun."



p/s: Aku pernah bercita-cita nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kalau tak pun, mungkin Menteri Kesihatan ataupun Pendidikan. Kalau ada rezeki dan layak, insyaAllah tercapai jugak cita-cita ni. Tapi kalau pinggan sendiri pun malas nak basuh, macamana nak jadi menteri kan?