Tuesday 19 February 2013

Cabaran menjadi perempuan

Assalamualaikum.

Aku ada masalah. Masalah yang dah lama dah aku alami, dan selalu jugak aku alami. Terutamanya waktu dekat-dekat nak raya ataupun waktu-waktu kedai-kedai menjual pakaian sedang berebut-rebut membuat diskaun dengan mempamerkan jaw-dropping promotion.

Ini memang masalah besar. Kekangan kewangan tu tak payah cakap lah. Itu semua orang pun tahu. (kalau tak faham maksud kekangan, sila rujuk kamus dewan atau mana-mana cikgu BM. Sesungguhnya mereka bertanggunjawab dalam memperkenalkan perkataan ini kepada aku). Ini masalah yang lebih serius daripada pemilikan kewangan yang terhad.

Masalah yang aku maksudkan ialah pakaian itu sendiri. Design yang merapu-rapu tu satu hal(variety polka dots, design ala-ala teknik kolaj atau labuci penuhsatu baju). Tapi design yang merapu tu senang je nak settle, sebab dah tahu dia merapu --> tak berkenan --> blah dari kedai tu.

Tapi ni masalah bila pakaian tu cantik, fabrik dia sedap, harga dia mampu dibayar, tapi saiz dia yang merapu. Okay saiz kat sini bukan saiz je, tapi jenis pakaian tu sekali.

Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi carrefour. ingat nak lah jugak beli seluar sehelai dua. Dua tiga kedai aku masuk, dua tiga helai seluar aku try. Memang cantik, kain sedap, harga murah. Pendek kata memang NAK BELI. Bila aku try. wth. Apahal pulak kecik gila seluar ni. Pinggang besar muat perut orang mengandung, labuh boleh buat part-time sapu lantai, tapi dari peha sampai bawah, ketat nak mampus.

Ini buat aku terfikir. Siapa target customer dia sebenarnya ni? Nak kata orang yang kurus tinggi macam model antarabangsa tu, berapa kerat sangat orang arab ni yang badan kurus anggun macam tu? Majoriti penduduk Mesir ni non-Muslim ke? Laku ke seluar macamni?

Bila dah dapat jumpa seluar yang cantik, murah tapi ketat macam tu, di sini lah part yang mencabar sangat sebagai perempuan. Kalau nak ikut rasa nak jadi cantik, memang nak ambik dah seluar tu. Tapi bila fikir balik, bila masanya yang aku nak pakai seluar ketat macam tu? Tak berani pulak rasanya nak pakai. Hati aku dah tertanta-tanya. Nak cantik ke tak? Nak stylo ke tak? Nak beli ke tak? Kalau tak beli, rugi sebab dah murah, cantik pulak tu. Kalau beli karang rasa macam membazir pulak.

Sejak daripada tahun 1 lagi aku nak beli seluar kat Mesir ni, payah ya rabbi. Semua kedai nak jual skinny jeans. Nak dapat yang straight cut punyalah susah. Kalau dah dapat, tak cantik. Dah tu harga semua nak ratus-ratus je. Nak pakai apa macamni?

Tu kat Mesir. Kalau kat Malaysia pun lebih kurang sama je. Aku tertanya-tanya lagi, siapa target customer dia? dan waktu designer tu men-design baju tu, dia imagine-kan siapa yang memakai baju tu. Adakah orang Malaysia, ataupun orang Amerika.

Baju labuh-labuh, slim-slim. Kalau saiz S lebar dia 25inci(aku tak pasti unit dia) labuh 50inci, baju saiz XL pulak lebar 25inci, labuh 57inci. Kalau macam ni, macamana aku nak merasa baju baru? Sejak bila pulak perempuan-perempuan kat Malaysia ni dah jadi tinggi lampai sangat ni? Oh okay.. Diorang suka pakai high heels kan.. Common logic! Ke aku kena meng-anorexic-kan diri supaya dapat menggayakan pakaian rekaan terbaru dengan elegan lagi anggun? Ataupun aku yang tak sedar yang rupa-rupanya motto hidup harus ditukar kepada "semua spare tyre perlu ditunjuk"?.

Tapi, takkan lah daripada baju kurung, jubah, blouse dan t-shirt, semua pun nak body-hugging jugak? Oh okay.. Aku faham. Sebab tu lah orang jual cardigan, blazer jacket dan semua outer wear tu kan.. Tapi kalau aku kat Malaysia, pakai t-shirt selapis dengan tudung biasa pun aku dah berpeluh macam duduk kat padang pasir. Dan seingat aku, Malaysia masih panas macam dulu kan? Tak pernah winter lagi kan? Habis tu macamana nak pakai semua outer wear yang cantik sangat tu?

"Try la T-shirt muslimah", kata mereka dengan senyuman manis. Muslimah atuk lu lah sangat.. Takda beza mana pun aku tengok. Sama je cutting dia. Ketat kat atas, kembang kat bawah. Tu tak termasuk lagi harga yang sangat tak logik(mahal gila) untuk sehelai t-shirt yang bila basuh kali ke-3, colour dah dull macam pakai 365 hari straight tak berganti.

Jubah pun sama je. Kain nipis, pinggang nak taruk belt, stretchable material bla bla bla, harga ratus-ratus macam bapak aku tokey HerbaLife.

Dah lah baju sekarang semua nak ikut trend yang warna contra-contra macam tu. Pink dengan turquoise, hijau dengan kuning, oren dengan merah. Aku ni dah lah penakut. Tak berani nak bereksperimen dengan warna. Dah tu nak pakai baju apa ni?

Nampaknya aku kenalah ikut jejak langkah kawan aku(dah ikut pun). Beli seluar kat men's department. Kain sedap, color cantik, dan harga yang reasonable berbanding dengan pakaian perempuan yang harga sangat tak logik. Dan tahan lama!

Kalau macamni lah macamana pakaian dijual, macamanalah misi korang yang inginkan bidadari dunia tu nak tercapai? Macamana orang nak berhijrah kepada yang lebih menutup aurat kalau the first baby-step nak beli baju yang elok pun dah terbantut dengan harga dan design yang... terlalu Sci-fi?

Oh lupa... PTPTN kan ada. Gaji pun ribu-ribu. Takda hal lah setakat rm150 sehelai kan? (tambah 10 ringgit, boleh bayar duit sewa rumah aku sebulan)


eh?

2 comments:

  1. Hahaha. Senang2 pakai skirt lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai skirt mcm x best. memanglah sejuk kalau pakai waktu summer. tapi skirt macam buat part time sapu lantai je. lepas tu kena pakai seluar panjang kat dalam lagi untuk safety. leceh

      Delete