Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

Resipi : Chocolate Banana Cupcake (senang)

Assalamualaikum.



Nampak sedap kan?


Ni Chocolate Banana Cupcake. Meh aku bagi resipi. Senang je nak buatnya..


Bahan A:

Gula - 2  cawan (400g)
Tepung - 3/4 cawan (245g)
Serbuk koko - 3/4 cawan (75g)
serbuk penaik(baking powder) - 1 1/2 sudu teh
sodium bicarbonate - 1 1/2 sudu teh
garam - 1/2 sudu

Bahan B:

Telur - 2 biji
Pisang - 2 biji dan dihancurkan (setengah cawan)
air suam - 1 cawan (240ml)
susu - 1/2 cawan (120ml)
minyak - 1/2 cawan (120ml)
esen vanila - 1 1/2 sudu teh


cara-cara:

campurkan bahan A dan B, kacau hingga sebati.
* adunan yang kita akan dapat memang cair. jadi, JANGAN tambah tepung lagi. nanti keras tak sedap.

kemudian bakar. aku tak tahu berapa suhu atau nak panaskan berapa lama. yang pasti, sebelum mula membancuh adunan lagi aku dah panaskan oven, sebab nak pastikan oven tu boleh guna.

tempoh masa bakar: 

- kalau buat dalam loyang besar, mungkin 30-40 minit. aku tak pasti sebab kalau aku, cukup je 30 minit, memang tengok dan cucuk kek tu nak pastikan dia masak. kalau tak masak(ada adunan melekat pada penyucuk), aku akan bukak oven tu chech every 5 minutes(paranoid).

-kalau buat dalam bentuk cupcakes macam ni, dalam 7 - 15 minit kot. boleh dapat 24 - 30 biji cupcakes.



aku baru perasan bila bakar lagi lama, lagi tinggi kek ni naik.




first time buat tu sebab nak menghabiskan susu dan pisang je. sekali housemates aku kata sedap dan dia pulak dengan excited cakap "sedapla. jual lah!". maka sekarang ni, aku jual dah cupcakes ni. baru 2 kali. Alhamdulillah, untung sebab modal sikit je. Dan orang yang beli pun ada yang siap mintak resipi lagi.

Resipi ni sangat senang. Ni pertama kali aku buat kek pisang, terus jadi. Lebih-lebih pisang yang dah jemu nak makan tu (dua biji je pun), boleh guna buat kek.


Selamat mencuba!





Alang-alang dah cakap pasal banana, meh aku nak share video paling comel aku pernah tengok.
Bananana 
=)












Friday, 7 December 2012

Resipi: Kek Oren (sangat senang)

Assalamualaikum!

Pada hari Jumaat yang dingin ini (it's officially winter now) , aku dengan rajinnya telah membuat kek. 

Waahhh.. 
Tak sangka sungguh yang satu hari nanti aku akan buat kek jugak. 
Sebab sebelum ni aku pernah je buat kek, tapi dengan Faizah lah; aku sebagai assistant je sebab tak reti buat kek lagi. 
Oh ye, aku buat kek ni sorang-sorang ye. 
Jadi, memang kira dahsyat lagi hebat lah ni. 

Setelah banyak hari teringin nak makan kek (sebab malam-malam, nafsu nak makan tu sangat tinggi sebab cuaca sejuk dan kita memerlukan sesuatu yakni makanan untuk dimakan bagi tujuan untuk memanaskan badan), maka hari ini aku gagahkan diri walaupun rasa malas tu sangaaaat lah tinggi.

Resipi ni pun dah dekat setahun aku simpan dan baru pertama kali buat. 
Dan ya, resipi ni sangat senang dan bahan-bahannya pulak, yang memang dah ada kat rumah.

Peringatan, ini bukan Strawberreo Cheese Cake yang aku bercadang nak buat tu. Tapi ini ialah Kek Oren. Ataupun nama asal dia (yang resipi dia aku copy) ialah Cake with Orange Juice.

Makanya, aku dengan berbesar hati sangat lah gembira untuk berkongsi resipi kek ni(sebab bila aku browse kat google, resipi-resipi yang lain tu susah dan lebih kompleks ingredients dia). Jadi, for beginner like me, this is the easiest recipe ever!

Bahan-bahannya:

Tepung - 3oo g
Gula - 150 g
Telur - 2 biji (aku letak 2 biji dan hasilnya, kek ni rasa dan bau telur)
minyak - 25 ml
butter - 10 g
baking powder - 1 sudu (aku bantai je sebab resipi tu tak guna baking powder)
garam - secukup rasa
kulit oren yang diparut
jus oren - bajet sendiri
Pewarna - sukahati warna apa (kalau tak letak pewarna nampak tak menyelerakan)

* resipi tu cakap, ini adunan untuk 8-10 orang. Tapi bila aku buat, hasilnya macam untuk satu orang je. 
Mungkin aku ni perut gajah kot.


Cara-caranya:

Senang je. Campur je semua bahan-bahan ni, dan kacau rata-rata. Lepas tu tuang dalam bekas, dan bakar.
Resipi tu cakap kena preheat oven tu kepada 180'C, tapi sebab oven aku ni old school, takda thermometer, jadi aku bantai lah lagi. 

Nak bakar berapa lama?
Resipi asal ni cakap bakar selama 45 minit. Tapi oleh kerana aku buat dalam bentuk cupcakes, jadi 10-15 minit sudah memadai. Dan tengah membakar tu, banyak kali jugaklah aku bukak oven tu, nak cek kek ni dah masak ke belum. Sebab tu lah kek gua banyak lubang.

Nak tahu kek tu dah masak ke belum
Haaaa..
Kena cucuk dia banyak kali. Bila kita cucuk dan tepung tu masih melekat kat lidi (atau apa saja benda yang kita guna untuk mencucuk tu), maknanya BELUM MASAK.


Rupa dia tak cantik sebab kertas dia tu nipis gila! Ada kek yang tumpah waktu tengah bakar.
Nasib baik dia tak melekat kat loyang.


Akhirnya, aku pakai cawan. Cawan yang orang selalu letak aiskrim tu. Hasilnya kek tidak melimpah.
Akan tetapiiii... Lambat gila nak masak! Jangan tertipu dengan warna coklat macam hangus kat tepi cawan tu.
Itu semua dusta belaka.
Seriously.


Bagi aku personally, kek ni sedap lah jugak. Walaupun rasa telur dia sangat kuat. 
Nanti nak consult dengan Faizah, boleh tak kalau kita nak kurangkan telur.

Dan, kek ini juga manis. Sebab gula banyak gila, ditambah pulak dengan jus oren fresh dari kotak yang confirm-confirm manufacturer dia dah bubuh gula banyak tahap tak ingat. 
Jadi, aku bercadang(kalau buat lagi lain kali) untuk mengurangkan kuantiti gula ataupun gantikan gula dengan madu.

Jadi, kalau nak jaga kesihatan, adalah dinasihatkan jika kita buat sendiri jus oren tu. Beli oren, perah jus dia, lepas tu curah dalam adunan.

Lagi satu, bila kita letak kulit oren yang diparut tu, rasa dia lagi sedap!
Daaannn...
Bau kek ni pun lagi wangi.



Tak percaya aku cakap? 




Cubalah buat sendiri!




p/s: Makan kek banyak-banyak musim sejuk ni tak bagus. Nanti cepat gemuk.

pps: sekarang kan dah masuk musim sejuk (winter) secara rasminya. Jadi, bolehlah kita nak dress-up se-stylo mungkin.
hahah