Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Friday, 24 May 2013

Pediatric's Day

Assalamualaikum.

28 April haritu aku ada join satu program ni yang dinamakan Pediatric's Day di Pediatrics Hospital, Shatby. Organized by Yayasan Yalla (dan LIFE), aku datang dengan lenggang kangkung, untuk memeriahkan lagi majlis, dan kalau ada chance, dapat jumpa pesakit dan tolong agihkan mainan dan ubat. Well, aku dapat buat semua tu sebenarnya walaupun datang lambat.:P

Setahu aku, program macam ni baru kali kedua diadakan. yang pertama kali haritu (tahun lepas) aku tak join sebab takda gang. heheh

Apa yang kita buat di program ni, kita derma ubat-ubat, makanan, mainan, personal care products dan menghiburkan pesakit kanak-kanak ni.

Dan sebelum program ni diadakan, macam-macam lagi aktiviti telah dijalankan untuk mengutip dana untuk beli semua benda-benda kat atas tu. Yayasan Yalla dah anjurkan Marathon 1.0 & 2.0, Jumble sales, bukak booth untuk sesiapa derma ubat dan gerakkan tabung kutipan di setiap lecture hall.

Percaya cakap aku, ubat-ubat dia sangat mahal! beratus harga dia sebab untuk penyakit leukemia. dan disebabkan taraf hidup rakyat mesir ni rendah dan ramai berpendapatan rendah, diorang tak mampu untuk beli ubat. sebab tu charity program macamni diadakan.

Ni gambar-gambar yang aku sempat tangkap.

Yang ni, gambar di khemah besar. Kanak-kanak dan sesiapa je boleh join untuk melukis di kertas ni dan tulis apa-apa mesej. di pentas (kat hujung depan tu), ada kanak-kanak yang menyanyi, bercerita dan baca surah-surah apa yang diorang hafal. Ada jugak face-painting.

Kanak-kanak yang ada ni, ada antaranya ialah pesakit tu sendiri. Diorang dapat pelepasan sekejap, dibenarkan untuk keluar dari wad sekejap untuk join aktiviti kat bawah. 








Yang pakai shirt biru tu ahli sukarelawan LIFE (yayasan yalla versi mesir).








antara ubat yang diderma





daripada pagi sampai 3 petang duduk di khemah, aktiviti seterusnya kita agihkan mainan, buku dan personal products, personally and directly kepada pesakit dan keluarga.

Yang ni best sebab aku memang teringin sangat nak naik wad, jumpa keluarga pesakit. Aku kiranya bertuah sebab kawan-kawan aku yang datang awal dapat duduk kat khemah je, tak dapat naik wad.


bangunan wad pediatrik
* Is'af (ambulans) tu baru je sampai



Ni gambar dalam wad, waktu agihkan barang-barang.

Sebab aku tak pandai cakap Arab sangat, jadi setiap kali tu aku dok cakap "Ismuha eh? Ismuh eh?"(nama dia siapa). kalau tak pun cakap "Shafakallah"(semoga cepat sembuh). Rasa macam loser gila sebab tak reti cakap.


Budak kecik atas katil tu nama dia Muadz.

Yang ni Umar.
Dia tengah nak pilih buku.

Yang ni nama dia Jannah.
Dia dapat hadiah tu.

Ada pesakit yang family dia macam sangat friendly, siap macam hulur lagi baby tu pada aku untuk dukung. Tapi sebab ni first time, dan takda siapa brief aku samada boleh dukung atau tak, aku jadi takut samada nak dukung atau tak. Jadi aku cuma pegang pipi dan kepala dia je. Sangat awkward.


Kalau family ni, aku tak tahu siapa yang sakit sebab semua
nampak excited jumpa kitorang Malizi ni.

Yang ni pulak, aku tak ingat nama dia apa. Tapi adik lelaki ni, dia patient yang paling friendly, dan reaction dia yang paling priceless!. Bila dia dapat hadiah tu, kau akan dapat nampak betapa gembiranya muka dia, betapa bersyukurnya dia dapat hadiah tu. Aku pulak yang rasa terharu tengok reaksi dia. Sebab pada aku, tu mainan murah je, dan kita kat Malaysia tu bila-bila je oleh dapat. Tapi bagi diorang, mainan yang murah tu macam satu nikmat besar.


Dia sangat excited. Dapat je hadiah tu, dia senyum dan tunjuk kat mak dia
dan aku agak dia mesti cakap
"mak tengok ni. Adik dapat ni.."






Ni pulak rupa wad tu sendiri.

ni entrance dan hallway

ni ruangan katil dalam wad tu sendiri


Jujur aku cakap, keadaan hospital tu memang tak selesa. Ruang setiap katil sangat sempit, tak ada kipas atau air cond., cuma tingkap je tu pun kat hujung. Bayangkan kalau musim panas, macamana keadaan diorang.

Kawan aku cakap tahun lepas lagi teruk sebab wad ni dalam pembinaan. Katil-katil kat situ, tepi-tepi dia pasir, simen sebab tengah nak bina. Kesian kan?

Ada kawasan yang kami tak boleh masuk sebab tu kawasan pesakit leukemia, sebab takut diorang terkena jangkitan. Ada pesakit tu rambut dah gugur sebab chemotherapy, ada yang tak pernah pergi sekolah sebab sejak kecil lagi dah sakit.

Bila tengok keadaan pesakit dan keluarga dia, rasa insaf sangat. Boleh nampak betapa susahnya hidup diorang kalau nak banding dengan kita di Malaysia.

Aku nak pesan, kalau kita ada peluang untuk sertai program kebajikan atau aktiviti sukarelawan macam ni, jangan teragak-agak untuk pergi. Walaupun sedikit penat, kita tak rugi sikit pun. Sebab perasaan yang kita dapat tu lagi hebat, lagi tak ternilai.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi, tapi kalau nak tengok gambar lagi, boleh tengak di page Yayasan Yalla.

Tahun depan aku nak jadi Yalla Ranger atau Yalla Volunteers, nak ikut pergi rumah anak yatim, pergi tolong kat kampung-kampung. Nak sangat-sangat.



*  Jangan lupa cakap Alhamdulillah sebab hidup kita sangat selesa sekarang ni. Kan?

Sunday, 17 March 2013

nak belajar di mesir?

Assalamualaikum.

Semalam ada orang share gambar ni dalam group batch second year 2011/2017. Gambar brochure agen yang bawa pelajar-pelajar malaysia untuk belajar sains kesihatan di mesir. Tapi gambar ni aku dah try edit sikit-sikit cover mana yang aku rasa patut, supaya takda mana-mana pihak yang terasa. harap-harapnya tak ada lah yang terasa


Ini pulak komen-komen kami semua berkenaan dengan brochure ni.







Aku malas nak tulis banyak-banyak. Tapi harap dapat lah baca komen-komen kami kat atas ni. Kami pun bukannya tak suka kalau ramai lagi orang Malaysia nak datang mesir ni. suka sangat. at least dapat lah jugak kurangkan rindu pada malaysia, ada juga junior yang boleh kitoang nak jual meja study, almari tilam semua bila dah habis belajar nanti.

Tapi kena beragaklah jugak. Ni Mesir, penduduk dia sendiri dah padat, sebab tu lah semua rumah style flat je, bertingkat-tingkat. Tak ada langsung rumah teres atau banglo kat Mesir ni. Rakyat dia je dah 82 juta lebih, dengan kawasan gurun yang banyak, tempat tinggal jadi terhad dan padat!

Nampak point 12 000 malaysian di mesir tu? nampak macam cool kan? tapi kalau nak tahu, area yang aku duduk ni; Camp Shezar, ramai gila orang melayu. Sampai ada satu bangunan tu sampai 6/7 rumah ada orang melayu sahaja! Lama-lama boleh jadi "macam 'pekerja asing' kat Chow Kit" bak kata mak aku.

Waktu mula-mula sampai dulu, aku sendiri terkejut. Rasa macam kat dalam set penggambaran cerita tamil kat India. Padat sangat orang (especially Cairo). Dan aku pun pernah je rasa menyesal sebab mengada sangat nak duduk kat Mesir ni. senior-senior pun dulu banyak kali cakap "siapa yang dapat survive duduk kat mesir dan india, lepas ni campaklah dia ke mana-mana pun, insyaAllah boleh survive". nampak tak berapa dahsyatnya mesir ni??

Tak termasuk lagi dengan budaya yang berbeza. Ya, aku faham. Aku dulu pun excited dengan ayat "dapat memahami budaya masyarakat negara lain" waktu interview atau buat karangan SPM. Tapi please, ayat ni bagi aku, cuma boleh pakai kalau budaya yang lain tu adalah budaya yang lebih baik daripada budaya kita. Budaya kat sini? Aku tak sanggup nak cakap. takut jadi mengata pulak kang. (ada je budaya yang elok).


Background tu boleh di-consider bersih.
*gambar dari fb kawan

Sebab on the way jalan kaki pergi kelas boleh jumpa sampah berganda banyak, berterabur tengah jalan. Tak termasuk lagi tahi keldai dan ludah-ludah orang yang berwarna hijau. Ada tempat kat Cairo, sebelah rumah boleh jadi pusat pelupusan sampah tak berdaftar hoi!

Yang komen diorang pasal toreh-toreh tu, boleh baca kat sini. Ini antara kes jenayah yang berlaku kepada kami pelajar Malaysia. Yang selalunya kami rahsiakan, tak bagitahu pada keluarga di Malaysia sebab takut diorang risau sangat-sangat. Tahu je lah, dengan keadaan politik yang bergolak lagi kan.



Aku bukannya nak tidak menggalakkan sesiapa datang mesir, atau pun menghalang sesiapa. Tapi aku rasa kalau nak datang mesir, bilangan dia kena di-control. Harap-harap tak terjadilah harapan Mansoura University nak ambik 1000 Malaysian each year! Melampau gila kot. kitorang yang satu kelas 43 orang ni pun dah susah nak di-organize..

Aku faham je yang agen-agen ni syarikat. dan syarikat tu berniaga, dan setiap perniagaan pun mesti nak untung. Aku faham. Tapi, diharap sangat yang dalam kita mencari untung, kebajikan orang lain pun dijaga. Kita mesti tak nak kalau anak-anak kita dalam kesusahan kan?

Aku dulu pun datang dengan agen jugak. Aku faham je perasaan nak belajar medic, nak jadi doktor sesangat tu. Aku quit asasi yang berbaki 2 bulan daripada 1 tahun setengah sebab nak jadi doktor punya pasal. Aku faham perasaan korang!

Pesan aku, kalau nak datang jugak, make sure buat persediaan mental and fizikal yang rapi, dan solat istikharah. Try la jalan kaki 1-2 km setiap hari tengahari 6 hari seminggu. Try lintas federal highway jalan besar tak pakai jejantas. Try duduk kat belakang ekzos kereta hidu asap dia. Cuba jalan kat pasar malam/borong dengan sampah berterabur + ludah orang merata tempat waktu orang ramai gila macam pergi konsert. Kalau boleh tahan ni semua dan rasa cool je kalau orang main mercun  pukul 12 tiap-tiap malam, silalah datang. Kami mengalu-alukan anda. Ahlan wasahlan bak kata mak cik Arab jiran aku.

Tak masuk lagi bab yuran pengajian/tajaan/pinjaman pelajaran semua tu. semalam baru aku borak dengan walid (pegawai MARA) pasal benda ni.


This is real, man. No kidding punye.


Ini adalah pandangan peribadi aku (yang negatif). Sebab ada jugak pasal mesir ni yang elok.

Tuesday, 19 February 2013

Cabaran menjadi perempuan

Assalamualaikum.

Aku ada masalah. Masalah yang dah lama dah aku alami, dan selalu jugak aku alami. Terutamanya waktu dekat-dekat nak raya ataupun waktu-waktu kedai-kedai menjual pakaian sedang berebut-rebut membuat diskaun dengan mempamerkan jaw-dropping promotion.

Ini memang masalah besar. Kekangan kewangan tu tak payah cakap lah. Itu semua orang pun tahu. (kalau tak faham maksud kekangan, sila rujuk kamus dewan atau mana-mana cikgu BM. Sesungguhnya mereka bertanggunjawab dalam memperkenalkan perkataan ini kepada aku). Ini masalah yang lebih serius daripada pemilikan kewangan yang terhad.

Masalah yang aku maksudkan ialah pakaian itu sendiri. Design yang merapu-rapu tu satu hal(variety polka dots, design ala-ala teknik kolaj atau labuci penuhsatu baju). Tapi design yang merapu tu senang je nak settle, sebab dah tahu dia merapu --> tak berkenan --> blah dari kedai tu.

Tapi ni masalah bila pakaian tu cantik, fabrik dia sedap, harga dia mampu dibayar, tapi saiz dia yang merapu. Okay saiz kat sini bukan saiz je, tapi jenis pakaian tu sekali.

Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi carrefour. ingat nak lah jugak beli seluar sehelai dua. Dua tiga kedai aku masuk, dua tiga helai seluar aku try. Memang cantik, kain sedap, harga murah. Pendek kata memang NAK BELI. Bila aku try. wth. Apahal pulak kecik gila seluar ni. Pinggang besar muat perut orang mengandung, labuh boleh buat part-time sapu lantai, tapi dari peha sampai bawah, ketat nak mampus.

Ini buat aku terfikir. Siapa target customer dia sebenarnya ni? Nak kata orang yang kurus tinggi macam model antarabangsa tu, berapa kerat sangat orang arab ni yang badan kurus anggun macam tu? Majoriti penduduk Mesir ni non-Muslim ke? Laku ke seluar macamni?

Bila dah dapat jumpa seluar yang cantik, murah tapi ketat macam tu, di sini lah part yang mencabar sangat sebagai perempuan. Kalau nak ikut rasa nak jadi cantik, memang nak ambik dah seluar tu. Tapi bila fikir balik, bila masanya yang aku nak pakai seluar ketat macam tu? Tak berani pulak rasanya nak pakai. Hati aku dah tertanta-tanya. Nak cantik ke tak? Nak stylo ke tak? Nak beli ke tak? Kalau tak beli, rugi sebab dah murah, cantik pulak tu. Kalau beli karang rasa macam membazir pulak.

Sejak daripada tahun 1 lagi aku nak beli seluar kat Mesir ni, payah ya rabbi. Semua kedai nak jual skinny jeans. Nak dapat yang straight cut punyalah susah. Kalau dah dapat, tak cantik. Dah tu harga semua nak ratus-ratus je. Nak pakai apa macamni?

Tu kat Mesir. Kalau kat Malaysia pun lebih kurang sama je. Aku tertanya-tanya lagi, siapa target customer dia? dan waktu designer tu men-design baju tu, dia imagine-kan siapa yang memakai baju tu. Adakah orang Malaysia, ataupun orang Amerika.

Baju labuh-labuh, slim-slim. Kalau saiz S lebar dia 25inci(aku tak pasti unit dia) labuh 50inci, baju saiz XL pulak lebar 25inci, labuh 57inci. Kalau macam ni, macamana aku nak merasa baju baru? Sejak bila pulak perempuan-perempuan kat Malaysia ni dah jadi tinggi lampai sangat ni? Oh okay.. Diorang suka pakai high heels kan.. Common logic! Ke aku kena meng-anorexic-kan diri supaya dapat menggayakan pakaian rekaan terbaru dengan elegan lagi anggun? Ataupun aku yang tak sedar yang rupa-rupanya motto hidup harus ditukar kepada "semua spare tyre perlu ditunjuk"?.

Tapi, takkan lah daripada baju kurung, jubah, blouse dan t-shirt, semua pun nak body-hugging jugak? Oh okay.. Aku faham. Sebab tu lah orang jual cardigan, blazer jacket dan semua outer wear tu kan.. Tapi kalau aku kat Malaysia, pakai t-shirt selapis dengan tudung biasa pun aku dah berpeluh macam duduk kat padang pasir. Dan seingat aku, Malaysia masih panas macam dulu kan? Tak pernah winter lagi kan? Habis tu macamana nak pakai semua outer wear yang cantik sangat tu?

"Try la T-shirt muslimah", kata mereka dengan senyuman manis. Muslimah atuk lu lah sangat.. Takda beza mana pun aku tengok. Sama je cutting dia. Ketat kat atas, kembang kat bawah. Tu tak termasuk lagi harga yang sangat tak logik(mahal gila) untuk sehelai t-shirt yang bila basuh kali ke-3, colour dah dull macam pakai 365 hari straight tak berganti.

Jubah pun sama je. Kain nipis, pinggang nak taruk belt, stretchable material bla bla bla, harga ratus-ratus macam bapak aku tokey HerbaLife.

Dah lah baju sekarang semua nak ikut trend yang warna contra-contra macam tu. Pink dengan turquoise, hijau dengan kuning, oren dengan merah. Aku ni dah lah penakut. Tak berani nak bereksperimen dengan warna. Dah tu nak pakai baju apa ni?

Nampaknya aku kenalah ikut jejak langkah kawan aku(dah ikut pun). Beli seluar kat men's department. Kain sedap, color cantik, dan harga yang reasonable berbanding dengan pakaian perempuan yang harga sangat tak logik. Dan tahan lama!

Kalau macamni lah macamana pakaian dijual, macamanalah misi korang yang inginkan bidadari dunia tu nak tercapai? Macamana orang nak berhijrah kepada yang lebih menutup aurat kalau the first baby-step nak beli baju yang elok pun dah terbantut dengan harga dan design yang... terlalu Sci-fi?

Oh lupa... PTPTN kan ada. Gaji pun ribu-ribu. Takda hal lah setakat rm150 sehelai kan? (tambah 10 ringgit, boleh bayar duit sewa rumah aku sebulan)


eh?

Tuesday, 5 February 2013

Krisis awal 20-an dan mungkin seumur hidup?

Assalamualaikum.

Semalam waktu malas-malas sikit nak study, aku baca blog-blog orang (dah jadi daily routine). Entah macamana, aku sampai ke blog ni; blog ariffshah.com. Dan daripada blog tu, membawa aku ke blog abangensem.com, Fazreen.com dan blog SK. Sila klik!

Ya. mereka bercakap tentang pembelian rumah, hartanah, aset dan duit. Money money money,Mo--neeyyy (lagu The Apprenntice Donal Trump) Bila baca-baca lagi banyak(ada part yang di-skip sebab kesuntukan masa nak belajar), aku dapat tahu pasal tips-tips nak beli rumah di usia yang muda. Aku kagum dengan mereka yang muda-muda lagi dah boleh start/dah ada aset.

Dan bila aku tengok FB page dia pulak, aku nampak ni.



Ayat yang terakhir yang aku garis merah tu memang betul-betul menyedarkan. Macam orang mengantuk yang tiba-tiba disimbah dengan air sejuk baru keluar daripada peti ais(sama sejuk dengan air paip waktu winter). Dan ayat tu memang mengingatkan aku pada realiti kehidupan aku pada masa ini dan masa depan nanti insyaAllah. Pada masa yang sama, ayat tu jugak merisaukan aku akan masa hadapan aku nanti.

Ayat tu buat aku terfikir. "nanti nak duduk kat mana? takkan tak nak ada rumah sendiri? takkan nak menyewa je?" Dan bila teringat yang duit kat akaun bank pun tak banyak mana dan atas ihsan mak ayah, ini menyebabkan realiti terasa macam menelan peria. Pahit. Hutang duit untuk belajar ni lagi(study loan).

Bila terfikir yang plan kerjaya aku yang nak kekal berkhidmat di hospital kerajaan sahaja, aku macam risau sikit. Mampu ke nak beli rumah? (memanglah kakitangan kerajaan dapat potongan harga istimewa. tapi pada masa depan nanti, aku risau dengan potongan-potongan harga untuk staf kerajaan ni pun mungkin tak cukup untuk menampung kehidupan seharian)

Kalau kat rumah dulu (Malaysia), aku selalu encourage parents aku untuk beli hartanah (rumah atau tanah) untuk mereka buat sebagai aset. Dan bila aku cakap harga rumah/tanah tu, ayah aku akan cakap "cuba tengok. Harga rumah sekarang ni pun dah mahal. Baru berapa tahun je dah berkali-kali ganda harga dia naik. Zaman korang nanti tak tahu lah berapa harga dia nanti. Agak-agak korang mampu tak nak beli rumah nanti? Fikir-fikirkan lah.."

Lagi satu, ayah aku suka cakap "mak ayah takda duit berjuta-juta, takda tanah berekar-ekar, rumah berbiji-biji nak bagi kat korang. Pendidikan je lah yang kami mampu bagi. Gunakanlah peluang belajar yang ada ni untuk masa depan masing-masing"

Ayah aku suka guna perkataan "fikir-fikirkan lah", yang mana confirm akan buat aku berfikir. Dan memang aku fikir pun pasal apa yang ayah aku cakap. Bila aku fikir, aku jadi takut. Takut pada perkara yang macam aku cakap tadi, nak duduk kat mana nanti, nak menyewa ke hape..

Dan disebabkan ketakutan tu lah, aku rasa daripada sekarang ni aku perlu kumpul duit. yang mana adalah susah, sebab aku tak pandai nak kumpul duit; opposite to my younger sister. Pada waktu ni lah aku macam menyesal sikit, pasal apa lah aku tak start mengumpul duit daripada kecik-kecik lagi. At least sekarang ada lah jugak minimum 10ribu dalam akaun. Tapi tu lah, menyesal pun dah tak guna..

Jadi aku terfikir cara untuk gain money bermula daripada sekarang. Walaupun sikit, tapi lama-lama jadi bukit. Sebagai resolusi atau idea terawal aku adalah untuk berniaga. Bila baca kat Fazreen.com, rasa semangat nak berniaga tu makin kuat. Dengan tips-tips dan cerita dia sendiri, aku jadi makin bersemangat nak mula berniaga. Mula-mula mungkin susah, tapi lama-lama insyaAllah ok sebab aku percaya kalau ada usaha, apa pun boleh jadi.

Ini pulak video yang aku dah tengok tahun lepas lagi. Buat aku rasa malu pada diri sendiri. yet, inspiring. Semua orang wajib tonton!



Mulai harini, aku berazam untuk belajar berjimat cermat, kumpul duit dan kumpul aset banyak-banyak. Kurangkan kehendak, fokus pada keperluan.

.
.
.
.
.

p/s: aku kalau boleh tak nak la jadi pisau cukur/mata duitan kahwin dengan dato', tan sri kaya semata-mata nak hidup senang. keyword: kalau boleh
Tapi kalau jodoh nak buat macamana kan?

Sunday, 3 February 2013

Blackout lagi

Assalamualaikum.


Siang tadi ada blackout kejap. Well, tak lah kejap mana, sebab blackout dalam 2-3 jam macam tu. Ada beberapa kali sebelum ni, hari-hari balckout. Pihak berwajib, tolong ambil tindakan!(macam lah orang Arab ni faham bahasa melayu)

Kalau sebelum-sebelum ni, tiap kali blackout aku akan sambung balik tidur yang perlu dihentikan pagi tadinya. Akan tetapi, disebabkan minggu depan exam dan banyak gilaa lagi topic yang tak di-cover, maka aku harus ikhtiarkan sesuatu supaya dalam waktu-waktu bergelap ni pun masih boleh baca buku.
Tadaa!! Aku pasang lilin!

Macam tahu-tahu je esoknya nak blackout, semalam aku pergi beli lilin.
4 biji lilin dinyalakan.
Dan realitinya tak seterang ni ya tuan-tuan.
Ni nampak cerah sebab pakai night mode.

Mesti pelikkan, kenapa siang-siang pun nak pasang lilin. Bukak je lah tingkap.
Okay. Aku memang nak bukak tingkap. Tapi disebabkan tingkap tu tak pernah dibuka dan berhabuk sangat, dia jadi susah nak bukak. Akhirnya, aku give-up dan pasangla lilin.

Waktu membaca guna lilin ni, aku teringat cerita ayah aku. Yang waktu dia sekolah dulu, kat kampung(rumah opah aku) tak ada elektrik lagi time tu. Elektrik ada dalam tahun 1980an(berpuluh tahun selepas merdeka baru dapat elektrik!). Jadi waktu ayah aku sekolah dulu, malam-malam diorang adik-beradik terpaksa belajar dengan cahaya lilin atau pelita minyak tanah.

Berbalik pada cerita aku.. tak lama lepas tu, tak sampai 1 jam pun, 3 lilin yang aku nyalakan tu mati! Nampak sangat tak berkualitinya produk buatan China ni. Aku pun kena figure out another way untuk dapatkan cahaya. Jadi, sekali lagi aku try bukak tingkap tu. Dengan sepenuh tenaga yang ada, aku tolak tingkap tu kuat-kuat. Dan alhamdulillah, berjaya jugak!

Pada waktu tu, aku terfikir jugak "kalaulah aku tolak kuat sikit lagi, mesti dah dapat save 3 bijik lilin". Tapi takpe, mungkin ada hikmahnya semua ni.. contoh: dapat test keberkesanan mata aku untuk membaca dalam gelap. dapat bersyukur dengan adanya elektrik, dapat pasang lampu, dapat belajar dengan selesa. dapat menyelami perasaan orang susah yang tak ada elektrik kat rumah dia.


Setahu aku, setakat tahun 2012, masih ada lagi rumah-rumah orang di Malaysia yang masih tak ada bekalan elektrik. Yang bernasib baik sikit, sekadar dapat bekalan elektrik pada waktu malam sahaja; lebih kurang 6 ke 8 jam sehari. Terutamanya perkampungan orang asli. (kalau salah tolong bagitahu, boleh nak diperbetul)

Ini baru cerita bekalan elektrik. Tak masuk lagi bab bekalan air, kemudahan jalan raya yang elok, kesihatan, pendidikan dan macam-macam lagi.

Satu lagi yang aku nak tegaskan. Negara kita belum cukup maju atau kaya lagi, dan target kita nak capai 'sifar kemiskinan' ataupun 'basmi kemiskinan' masih belum tercapai lagi. Kenapa? Sebab kalau target ni dah tercapai, cerita macam "Bersamamu" dan cerita-cerita membantu masyarakat miskin yang lain tak akan wujud.

Dan kepada ahli-ahli politik yang nak bertanding bebarapa bulan lagi ni, "jangan time berkempen, meraih undi je janji itu ini, cakap semua kencang. Lepas pilihanraya, satu hape pun tak ada. Setiap orang ada kawasan masing-masing, pergi ronda semua area tu, tolong majukan apa yang patut. Jangan pandai cakap, buatnya tidak. Ingat, janji yang anda buat tu, samada janji kosong atau tidak, itu tetap janji. Kalau anda tak lunaskan kat sini(dunia ni), jangan risau.. kat akhirat nanti kami boleh tuntut... Kalau rasa tak mampu nak jalankan tanggungjawab, sila bagi peluang pada orang lain yang mampu. Jangan gila kuasa. Kuasa tu tak bawak ke mati pun."



p/s: Aku pernah bercita-cita nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kalau tak pun, mungkin Menteri Kesihatan ataupun Pendidikan. Kalau ada rezeki dan layak, insyaAllah tercapai jugak cita-cita ni. Tapi kalau pinggan sendiri pun malas nak basuh, macamana nak jadi menteri kan?

Friday, 21 December 2012

Jahil sungguh

Assalamualaikum.

Harini aku dapat satu perkara yang bermakna dalam hidup aku.
Dan aku rasa, aku nak share benda ni.

Heheh..

Harini aku dapat tahu pasal 
Jahiliyyah.
Kalau time form 5 dulu, 
aku belajar yang 'jahiliyyah' ni, 
maksud dia
tak tahu atau bodoh.
Ya, betul.
Tadi pun aku belajar yang 'jahiliyyah' ni maksud dia 
tak tahu dan bodoh 
jugak.
Tapi ada sedikit penambahan.
Iaitu 
manusia yang tidak kenal Islam/Allah, 
sebelum kelahiran Nabi Muhammad di Mekah.
Senang cakap,
Arab Jahiliyyah.

Dan kita pun tahu macamana cara hidup Arab jahiliyyah ni.
Contohnya, bunuh anak perempuan, sembah berhala, minum arak semua tu.
Kan?

Okay, sekarang jom kita kembangkan sikit pemikiran kita...
Jom jawab soalan sejarah SPM kertas 2.
Nyatakan ciri-ciri zaman jahiliyyah. Dan bandingkan dengan zaman sekarang.



1- Bunuh anak
Zaman nabi Musa: bunuh anak lelaki (Firaun suruh bunuh anak lelaki)
Zaman Jahiliyyah: bunuh anak perempuan (sebab aib/memalukan keluarga)
Zaman sekarang: bunuh dua-dua (anak perempuan dan lelaki)

2- Berzina
Zaman Jahiliyyah: Ada je zina-zina ni
Zaman sekarang: Ada jugak zina-zina 

3- Minum arak
Zaman Jahiliyyah: Ada je (waktu pembukaan Mekah pada tahun ke-10Hijrah, botol-botol arak dipecahkan sampai banjir Mekah dengan arak)
Zaman sekarang: Ada je arak. Kan?

4- Judi
Zaman Jahiliyyah: Ada je judi
Zaman sekarang: Tetap ada (kalau tak percaya, nanti bukak tv3, tengok cerita 999 atau 360 (kalau cerita2 ni masih wujud))

5- Merompak
Zaman Jahiliyyah: Ada je rompak-rompak
Zaman sekarang: masih ada (kalau tak percaya, pergi balai polis, tanya encik polis)



Kalau anda perhati,
nampaknya,
apa yang orang jahiliyyah buat,
kita pun buat.


Maknanya
 kita ni pun jahil jugak ke?

Kalau ya,
maknanya kita ni taklah moden/maju mana.
kan??






Point-point yang diambil daripada program 'The Lost Kingdom', Jumaat (21 Disember 2012) yang nyata, penuh dengan drama oleh Masriyyin. Nanti aku cerita apa drama dia yang pada aku, memang menarik.

Dua minggu ni, hidup aku terlalu menarik. Macam-macam drama yang berlaku. Aku nak je tulis kat sini, tapi macam malas pulak.
Nanti-nanti lah..


p/s: kalau ada yang salah, sila betulkan.

Sunday, 15 July 2012

Sabar memerlukan sabar

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni. Tapi aku jadi tension, sebab tak tahu nak luah kat sape. Punching bag pulak tak da.



Haritu aku ada post soalan kat page ustaz ni. Aku tanya sebab nak dapat jawapan pasal satu benda ni. Pasal hukum-hakam ni lah.
Aku tak nak lah buat fatwa sendiri, sebab tu lah aku tanya.
Dan kalau bertanya ni, mestilah sebab kita tak tahu. Dan bila bertanya, mesti lah mengharapkan jawapan.

Bila aku tanya, dapatlah respon daripada orang (bukan ustaz tu). Aku tak faham sangat apa yang dia jawab, tapi aku malas nak tanya balik. Sebab, cara dia bagi jawapan tu, tak memuaskan hati aku. Mungkin aku ni mengada-ngada nak sentitif bagai.

Jujur aku cakap, aku kurang berkenan dengan cara dia jawab. Rasa nak marah balik pun ada. Tapi aku fikir 'mungkin dia tak berniat nak buat macam tu kot. Mungkin maksud dia lain, aku faham lain'.

Dan betul aku cakap, bila fikir pasal benda ni, sampai aku tak boleh nak belajar. Minda aku terlalu fikirkan pasal ni.
Kalau ikutkan hati, memang aku nak je reply comment dia tu, balas balik apa yang aku rasa. Tapi takut pulak nanti 'terbergaduh' pulak kat situ. Aku dengan angin aku, dia dengan angin dia.

Sampai satu tahap aku rasa macam ni 'kalau aku bukan Islam, dan baru nak kenal pasal Islam, mesti aku akan lupakan je niat nak masuk Islam'.

Kau tak tahu macamana seksa nya rasa nak menahan sabar.
Aku memang seorang yang nipis je tahap kesabarannya. Jadi untuk aku sabar memang susah.

Puaslah aku berdialog dengan diri sendiri.
1- Tak pe, mungkin maksud dia lain
2- Mungkin dia ada problem, gaduh dengan bini ke, sebab tu emosi dia tak stabil
3- Tak pe, ni mungkin Allah nak ajar aku bagi sabar ni.
4- Tak pe, mungkin Allah nak tunjuk yang aku ni mungkin selama ni asyik tahu marah orang je.
5- Tak pe, ni mungkin persediaan nak menghadapi kerenah patient yang pelbagai lepas ni.
6- Sabar tu kan separuh daripada iman.
7- Nabi punya dugaan lagi susah kot.
8- Kan Nabi pesan 'jangan marah'
9- Nak puasa dah ni, kena try sabar dulu.
10- Tak payah layan sangat orang tu. Lantak dia lah. Tangan dia nak taip.


SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN


Kalo gak, mo ku maki aja itu orang. Ok gak?




Mungin aku yang terlalu sensitif.





Perkara ni sedikit-sebanyak dah bagi aku rasa takut untuk bertanya. 
Sebenarnya nak tanya tu tak menakutkan. Tapi feedback tu yang menakutkan.


Dan seperti biasa, semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Hikmah yang aku rasalah, yang terjadi ialah aku private kan semua benda kat FB tu. Semua nya aku letak 'only me' kecuali gambar-gambar yang memang dah di 'customized'kan.






Tuesday, 3 July 2012

Oh, Komuter!

Assalamualaikum.

Hari ni tiba-tiba pulak teringat pada satu peristiwa yang berlaku setahun lepas rasanya. Kat dalam tren, dari KL Sentral ke Rawang. Waktu tu tengahari, hari jumaat kot. Tapi tak ingat dari mana sebenarnya.

Okay, haritu aku naik tren, dan hajat nak lah duduk sorang-sorang. Tapi, semua 'pair seat' dah ada orang yang duduk. So, aku duduk lah kat 1 pair seat ni, yang ada seorang perempuan dah duduk (Haruslah perempuan, sebab koc merah jambu, koc wanita kan). Aku pilih duduk sebelah dia, sebab dia pakai naju kurung, dan tudung dia, labuh-labuh sikit. So, aku ingat, mungkin dapatlah nak borak-borak merapatkan silaturrahim ke apa.

Koc Merah Jambu.
Untuk WANITA SAHAJA!!!

Elok je aku duduk, perempuan tu (yang lebih kurang umur aku jugak), terus menundukkan kepala dia.

Akhirnya, 5 minit pun berlalu, dan dia masih macam tu. Mula-mula aku buat tak tahu je lah, tapi dah lama-lama, aku pun risau, kat hati dah terdetik 'eh, dia tak suka ke aku duduk sini'. Serius terkejut gila.

Lepas tu, dia picit-picit kepala dia, dan tak angkat kepala langsung.
Aku kalih-kalih jugak kepala aku, tengok-tengok dia. 'apahal pulak orang ni. sakit ke apa?'
Lama-lama, aku jadi boring, cucuk earphone, dengar lagu. Sempat lah jugak dengar dalam 3 lagu rasanya, hati aku dah naik bengang, sebab dia makin menjauh daripada aku, makin rapat ke dinding. Aku pun semakin yakin yang dia memang tak suka aku duduk kat situ. Bagi orang yang 'normal' macam aku, kita akan rasa diri kita di'reject'. Rasa yang diri kita ni tak disukai. Kan??
Akhirnya, aku pun terus bangun, pindah ke 'seat' betul-betul belakang dia.
Dan, elok je aku blah dari sebelah dia, pindah ke 'seat' belakang, terus dia angkat kepala. Duduk bersandar, dan meneruskan kehidupan dia dengan normal macam tak da apa-apa yang dah berlaku. Macam aku ni tak pernah wujud.
Aku yang kat belakang ni memang terkejut gila lah. First time kena macam tu.
Tapi last-last aku fikir 'lantak kau lah. At least aku dapat duduk'.


Komuter.
Jarang sekali menggembirakan aku tiap kali menggunakan perkhidmatannya.

Baiklah, nampaknya saya perlu sambung cerita ini. Kerana jika tidak, bak kata peng'komen' di bawah, klimaks nya tidak sampai. Jadi, untuk memberi impak klimaks, seperti dalam pengajian KOMSAS dahulu kala, ceritanya begini.............
(ayat di atas sudah pun merosakkan 'mood' suspens cerita ini!)

Makanya, setelah aku bersenang-lenang di 'seat' belakang, aku pun teruskan mendengar lagu-lagu daripada handphone. Dan untuk melepaskan geram yang berbuku di hati, aku pun menyanyi dengan menambahkan sedikit lantunan vokal dan 'pitch' suara aku. Kerana dalam hati aku 'Peduli apa aku kalau orang depan ni marah. Dia sakitkan hati aku takpe pulak kan?'. Maka, aku terus menyanyi...

Selang beberapa stesen perhentian, iaitu Putra, Segambut, Kepong dan sebagainya, aku, seorang yang curious, dalam hati dah berbisik 'bila dia ni nak turun ya? Harap-harap tak sama tempat turun lah'.

Akhirnya, tunggu punya tunggu, dicampur dengan 'speed' komuter yang selalunya perlahan, dan jika laju gerabak akan bergoyang-goyang, ditambah dengan kadang-kadang tren itu akan berhenti tiba-tiba di tengah-tengah landasan untuk beberapa minit, dan termasuk juga 'air conditioner' yang sekejap hidup sekejap mati, akhirnya......

"Stesen berikutnya, Sungai Buloh, Sungai Buloh.
Next station, Sungai Buloh, Sungai Buloh."

Dan bila berhentinya tren di stesen ini, wanita tersebut pun turun lah dari gerabak merah jambu ini, tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku. Seperti yang aku katakan, aku ini seolah-olah tidak pernah wujud. Memori aku bersama dia seolah-olah telah di'delete' secara tidak sengaja.
Akan tetapi, aku tetap aku, suka jaga tepi kain orang, usha dia sehingga dia hilang dari pandangan mata.
Beberapa ketika kemudia, pintu gerabak pun tertutup, dan aku...
tiba-tiba menjadi ringan tulang, dan melihat ke tempat duduk perempuan tadi dan 'eh! ada plastik tertinggal lah! Nak buat macamana ni? Nak kena pulangkan...'        
                   
.
.
.
.
.
.
tipu je!!!

Dan aku, teruslah meneruskan kehidupan aku. Mendengar lagu, menahan mengantuk, dan akhirnya, turun dari tren tu, setelah hampir 1 jam di dalam tren. Ini tidak termasuk lagi menunggu tren di KL Sentral yang selalunya paling sekejap pun 30 minit.

p/s: Aku pernah tunggu komuter kat KL Sentral dekat 2 jam tau! Dah lah ramai orang, panas, kena berdiri pulak tu. Bila tren dah sampai, masuk tren, kena berdiri jugak, tapi lebih sadis, sebab kena berdiri kat pintu. Kalaulah pintu terbukak kat tengah-tengah landasan tu, nescaya tidak ada lagilah aku pada hari ni. Selain itu, aku juga perlu berdiri sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Rawang, lebih kurang 1 jam! Cuba kira berapa lama aku berdiri disebabkan komuter ni?

Tak pe, aku kan patriotik, menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan awam.


Tuesday, 26 June 2012

Kenapa Lelaki 'Gatal'

Assalamualaikum.

Semalam kat universiti, aku ternampak lah satu scene ni, di mana seorang lelaki yang aku rasakan baik, dok bersembang dengan perempuans. Lama lah jugak. Kat mana-mana pun scene macam ni terjadi kan.




Disebabkan rasa ingin tahu, aku tanya lah kat kawan-kawan aku


Kenapa lelaki ni gatal eh?

Kawan aku(perempuan) pun jawab:
Sebabnya, lelaki, nafsu dia cuma satu. Iaitu perempuan. Tapi perempuan pulak, nafsu dia banyak, bukan lelaki je..

Aku pun baru tersedar...

Dan aku pun cakap:

Maknanya, kita tak boleh lah nak salahkan lelaki, nak cakap lelaki tu gatal, sebab dah memang fitrah dia macam tu. Macam kucing, kalau nampak ikan, mestilah dia makan, takkan nak main-main dengan ikan atau pergi cari benda lain pulak kan.
Jadi, kalau rasa macam lelaki tu gatal ke apa, perempuan pun ada jugak part yang menggalakkan berlakunya situasi gatal tu.

Akan tetapi, harus diingati, ini bukanlah alasan untuk lelaki sewenang-wenangnya terus menggatal dan cakap 'bukan salah aku. dah fitrah aku macam tu'. No way, okay.


p/s: kejap ni baru menghadapi suasana yang aku rasa lelaki ni gatal. Dah nak kahwin pun tengok-tengok orang lagi.

Wednesday, 6 June 2012

Allahu Ma'ana

Assalamualaikum.

Tadi aku jalan-jalan kat Youtube. Dan, terjumpalah video ni. Pada mulanya, aku tak nak tengok video ni. Sebab pada aku, nak pegi youtube, mestilah nak cari hiburan. Sesuatu yang seronok. Buat apa nak tengok video-video yang berkaitan dengan Islam? Video Ustaz Azhar Idrus kan ada. Cukuplah tu...

Astaghfirullah al azim..

Tapi, Alhamdulillah, dalam kesombongan aku tu, Allah masih bimbing aku, masih sayangkan aku. Dan akhirnya, dengan kuasa Allah aku tengok jugak video ni. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah..

Aku tengok video ni, baru aku realized, the other side of the world. The opposite of what we have. Bukan tak sedar dengan realiti kehidupan. (But I'm sure that you know this well too, being a human, such an ignorant!) Aku tak peduli pun. Mungkin waktu sekolah dulu, peduli lah, sebab banyak ceramah-ceramah pasal umat Islam zaman sekarang. Tapi lama-lama, lupa! Sebab tu lah, manusia ni, perlu kepada peringatan. 

Back to this video that I share here,

Apa perasaan anda bila tengok video ni?

Aku dapat dengar dengan nyata, suara pak cik dari Iraq tu, menceritakan apa yang dia lalui. Memanglah aku tahu, melalui surat khabar, berita kat TV semua tu, suasana kat Iraq. Tapi, bila dengar suara pak cik tu, baca subtitle tu, 'rasa' tu lebih kuat. Even pengacara rancangan TV tu pun menangis.

Sedih sangat. 

Bayangkan kalau kat Malaysia ni, jadi macam tu. Tengah kita happy-happy dengan family, tiba-tiba ada orang ceroboh rumah, tangkap ayah dan abang kita, tumbuk diorang sampai berdarah-darah dan lemah. Ambik pulak mak, adik, kakak, tangkap, seksa .... (Aku tak sanggup nak teruskan ayat ni, Even thinking about it scares me to death.) Nauzubillah!! Aku tak sanggup, tak nak langsung perkara macam ni berlaku pada keluarga aku, keluarga orang-orang yang aku kenal, dan juga pada keluarga siapa-siapa je kat dunia ni. Aku tahu, mesti perit.

Yang paling sayu sekali, bila pengacara tu cakap, "Allahu ma'a kum (Allah bersama kamu semua)."

So here i am, begging all of you, to (please!) watch this video. This is the least that i can do, so that we all know, what the real life actually is. 

Ingat, Nabi Muhammad pernah cakap (dalam khutbah terakhir kalau tak silap) setiap orang Islam itu bersaudara. Apa yang berlaku di Iraq, Syria, Afghanistan, Bosnia atau mana-mana sekalipun kat dunia ni, selagi yang kena tu orang Islam, ingat, itu adalah saudara kita. Kita rela ke tengok sepupu kita, mak cik kita, nenek kita, atuk kita kena seksa, kena bunuh? Mesti tak kan? Jadi, apa yang berlaku pada umat islam yang lain, itu adalah urusan kita jugak, sebab mereka adalah saudara kita, keluarga kita!

Ini baru yang kita nampak. Yang kita tak nampak?


Not to forget, kalau pun yang kena seksa atau ditimpa musibah tu, bukan orang Islam, jangan lah rasa berat hati nak tolong. Ingat, dia pun manusia jugak. Hari ni hari dia, esok-esok mana tahu, entah-entah kena kat kita ke, mak kita ke. So, be considerate! Tolong je sesiapa pun yang dalam kesusahan. Kita dapat pahala, tunjuk akhlak yang baik dapat naikkan imej islam. 

Before i come to the end, let me tell you this. I know that life is hard. In fact, it is too damn hard! Sometimes, life is unfair, too many bad people, we are being hurt. But, always remember that "Allahu ma'ana(Allah is with us)." 

Bukan nak suruh pergi tempah tiket kapal terbang pergi Iraq/Syria pergi lawan dengan orang jahat semua tu. Tak! Tak suruh pun buat macam tu. Dah ramai orang cakap 'paling kurang yang kita boleh buat, doakan saudara-saudara Islam kita di luar sana, di mana sahaja'

Walaupun dengan doa je, Insya Allah, Allah akan balas kepada kita (beri ganjaran pada kita). Allah tak lupa, tak tak perasan apa yang kita buat. Allah tahu semuanya. 

Allahu a'lam.


P/s: Aku ada cita-cita nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Insya Allah, aku akan usahakan supaya cita-cita aku tercapai. Dan usaha aku bermula dengan entri ni.