Showing posts with label Life in Egypt. Show all posts
Showing posts with label Life in Egypt. Show all posts

Monday, 1 July 2013

nights before the exam

Assalamualaikum.

3 julai ni exam cardiovascular system. sekarang dah pukul 3.43pagi, aku masih tak tidur lagi. malam tadi dalam pukul 10 macam tu, aku macam tak berapa nak sihat (ala2 sinusitis rasanya), so i made a cup of nesho(nescafe + horlicks). jadinya, hilanglah mengantuk. jadi aku pun try lah nak baca buku. tapi tak masuk! aku rasa susah nak fokus, dan biochemistry tu macam tak menarik. Aku nak something yang boleh blow my mind. Kalau haritu aku tengok George Barnette's cover, harini aku dah lali dengan cover tu. Tiba-tiba ada rasa macam nak melukis sesuatu.

Aku teringin nak lukis rumah opah (kampung aku), tapi malangnya aku takda gambar rumah aku dari depan. Dan memori aku pun tak berapa nak clear sangat. Aku godek fb anak sedara aku(anak kepada sepupu aku) sebab aku rasa macam pernah ternampak gambar rumah opah. Unfortunately, takda jugak. Then, aku ternampak gambar budak tu time dia kecik-kecik dulu. Tetiba rasa macam "apakata try lukis gambar budak ni. Tak susah sangat".

So, here it is.
Walaupun tak sebijik macam gambar budak tu, tapi boleh lah ek. Ni potret (potret lah kot) yang aku pernah lukis seumur hidup aku. Yang pertama gambar model Maybelline (kerja sekolah pend. seni masa form 3).

Macam dulu jugak, aku tak berjaya nak menampakkan gambar tu senyum. Jenuh nak buat.  






Aku pakai pensil 2B (pensil kayu dan mechanical). Shadow2 tu aku tenyeh pakai tisu. And this time around, aku tak start dengan grid. Sebab macamana aku nak buat grid kat skrin laptop.

notice: baju dia tak siap, tangan sebelah je (tu pun cincai boncai), hidung terlalu jauh daripada mulut, mata tak berjaya bagi nampak bukak (sebab dia sebenarnya melihat kebawah, bukan memejamkan mata) dan banyak lagi kurangnya lukisan/sketch ni.

Overall, aku ambik dalam 1 jam jugak nak siapkan bendalah ni.

p/s: sekarang aku dah ketagih nak melukis pulak dah. lusa nak exam, macamana ni??

Friday, 28 June 2013

tekanan belajar (?)

Assalamualaikum.

sekarang ni tengah cuti exam weeks. memang stressful gila. haritu exam respiratory module (sistem pernafasan) serious scary gila. rasa takut tu kalah rasa takut nak ambik spm dulu. aku pun tak tahu kenapa. tapi aura exam kat med school ni memang lain sikit (bagi aku la). 

penat sangat sampai satu point tu apa yang aku baca tak boleh nak masuk, apa yang housemate aku ajar pun tak boleh nak masuk. rasa nak nangis tapi air mata tak boleh nak keluar. air mata memang tak nak keluar. sampai aku cakap "tak pe lah tak masuk pun. baca je lah" sebab dah penat sangat. tapi dia cakap "rugilah. dah baca tapi tak masuk. takpe, kita cuba lagi". jadi aku pun try relas, dan baca balik. Alhamdulillah, berjaya jugak fahamkan benda tu. benda tu ialah course and relation of intercostal nerve. tang mana saraf tulang rusuk kita tu duduk, dari mana dia datang, dia lalu mana, celah otot mana, kat mana dia berhenti. confusing betul. sampaikan aku rasa "pasal apa module ni lagi susah daripada module central nervous system haritu" 

module CNS tu ramai orang kata killer module.

berhari-hari aku tak cukup tidur, sampai dapat eyebags. malam lepas exam tu memang aku tidur kawkaw punya la. berapa jam tu rahsia.

sistem darah (blood supply) dia pun sama je. depan lain, belakang lain. Venous system pun. bendanya senang je sebenarnya, cuma banyak sangat nama. semua nak kena tahu. hmmm..

hari rabu ni exam cardiovascular system pulak. doakan kami semua lulus ek.

aku ni most of the time malas nak baca buku(yang akademik). tapi kalau yang bukan academic related tu suka je nak baca. jadi bila time exam ni, aku selalu dalam denial state. menidakkan kewujudan exam. aku akan cari benda lain, untuk divert my attention from reading. seriously. 

Aku tengok Grey's Anatomy sehari dekat 10 episod, tengok random videos, dengar radio malaysia, bukak youtube nyanyi. entah berapa banyak lagu yang aku dah hafal sepanjang cuti ni pun aku tak tahu. 

selain tu, memandangkan dah dekat nak balik malaysia ni, aku selalu godek-godek folder2 gambar yang ada, tengok2 dan mungkin jugak edit gambar-gambar tu. tapi tu lah, aku tak tahu nak share kat mana, nak tunjuk kat sapa.



waktu senja di kawasan perumahan aku
: Samsung 3.2MP



tak ingat ni pantai apa.
tapi somewhere kat klang menuju kuala selangor (kot).
: Nokia XpressMusic 2MP



ni jalan lama di perak, on the way nak balik kl.
kiri kanan jalan tu sawah padi
tangkap dalam kereta yang sedang bergerak.
sebab tu nampak quite blurry
: Nokia XpressMusic 2MP


ni pulak dari balkoni bilik aku kat mesir ni.
tingkat 5 tanpa lif. ni gambar waktu senja sebenarnya, bukan subuh.
disebalik bangunan2 tu ada laut.
tulisan tu aku dah terbubuh awal2 dulu buat cover photo fb so malas pulak nak undo balik.
: Samsung 3.2 MP



Aku sebanarnya ada plan nak beli phone baru yang kamera dia sampai 12MP ataupun beli kamera je terus(second hand pun ok dah).

Tapi bila fikir balik.. hmm tak pelah. Tak perlu pun benda tu.
Nanti-nanti boleh mintak buat hantaran.
eh?

Wednesday, 12 June 2013

rindu

Assalamualaikum.

Aku rasa sepanjang 6 tahun aku akan duduk di Mesir ni, paling kurang mungkin ada 6 entry yang tajuk dia "rindu".

Bukan rindu apa pun sebenarnya. Cuma rindu tak sabar nak balik Malaysia je. Ataupun makna lainnya nak bagitahu yang aku nak balik Malaysia dah tak lama je lagi ni.
Kurang dari sebulan!!

tak sabarnyaaaa...
tapi sebelum balik, macam biasa, ada final exam dulu.
hmm.. 





Gambar ni aku tangkap bulan september tahun lepas daripada dalam kereta, tingkap tak bukak waktu berhenti kat traffic light. Kereta sebelah tu ada foreigner, dia pandang je aku bila aku nak tangkap gambar ni. Dia ingat aku nak tangkap gambar dia kot.

Cuti kali ni lama sikit daripada tahun lepas, dan kalau nak panjang lagi, pontenglah kelas untuk raya haji kat Malaysia sekali. ngehngehngeh

Cuti lama-lama ni, aku decide tak nak buat attachment. Malas pulak rasanya.

Tapi aku ada plan lain.
Selain daripada berazam nak memasak setiap hari (terutamanya lauk berbuka puasa) dan buat kek banyak-banyak, aku ada jugak plan macam nak masuk kelas menjahit.
Feeling domestic gittew.

Aku sebenarnya bukanlah minat sangat nak menjahit-jahit ni. Kalau butang baju tercabut pun tak adanya aku nak jahit balik at that instant. Tak adanya!

Tapi bila aku tengok ramai dah orang(belia remaja terutamanya) yang menjahit dan jual baju/tudung/dress semua tu dan dapat untung banyak, aku pun nak duit banyak jugak!

Well, memandang aku takda sponsor untuk perbelanjaan harian, aku kena lah ikhtiar sendiri nak cari duit. Kalau tadah tangan je tapi usaha takda, sampai ke tua lah tak ada duit.

Jadi, cuti summer ni selain daripada nak join kelas menjahit(plan B), aku dah setup plan A. Aku tengah cuba untuk berniaga cuti summer ni.

Aku jual apa?

Jeng
jeng
jeng.

Plan asalnya nak jual tudung/shawl/belt/bedak arab/jubah cotton macam tu je. (Barang-barang eksklusif dari Mesir hokeh).

Tapi sebab shawls and stuffs are too mainstream, aku nak kembangkan lagi business prospect aku dengan menjual Za'faran dan insyaAllah Habbatus sauda sekali(Black cumin seeds).
InsyaAllah semuanya asli. Tak main lah produk tiruan, itu menipu namanya, nanti rezeki tak berkat.

Walau macamana pun, shawls, bedak arab Kokuryu Summer Cake etc tu tetap akan dijual.

* printed and half-moon shawl
* tudung double-face (2 corak pada 1 tudung)

Memandangkan penerbangan ke Malaysia ni wajiblah ada baggage limit, makanya, barang-barang tu pun terhad lah stocknya. Jadi aku berharap dan berdoa barang-barang yang terhad tu mendapat sambutan dan laris semuanya..

Jadi, dengan suka citanya aku memperkenalkan 
FB Page Bismuth's Cottage

Jangan lupa like dan tolong promote sekali na...

Setakat ni baru sikit je barang-barang yang aku upload. Sebab busy lagi sekarang ni (minggu terakhir kelas) jadi tiap-tiap hari kelas banyak sebab banyak revision classes. Ahad ni start exam, weh!

Doakan semuanya termakbul. Amiin..:)

Friday, 24 May 2013

Pediatric's Day

Assalamualaikum.

28 April haritu aku ada join satu program ni yang dinamakan Pediatric's Day di Pediatrics Hospital, Shatby. Organized by Yayasan Yalla (dan LIFE), aku datang dengan lenggang kangkung, untuk memeriahkan lagi majlis, dan kalau ada chance, dapat jumpa pesakit dan tolong agihkan mainan dan ubat. Well, aku dapat buat semua tu sebenarnya walaupun datang lambat.:P

Setahu aku, program macam ni baru kali kedua diadakan. yang pertama kali haritu (tahun lepas) aku tak join sebab takda gang. heheh

Apa yang kita buat di program ni, kita derma ubat-ubat, makanan, mainan, personal care products dan menghiburkan pesakit kanak-kanak ni.

Dan sebelum program ni diadakan, macam-macam lagi aktiviti telah dijalankan untuk mengutip dana untuk beli semua benda-benda kat atas tu. Yayasan Yalla dah anjurkan Marathon 1.0 & 2.0, Jumble sales, bukak booth untuk sesiapa derma ubat dan gerakkan tabung kutipan di setiap lecture hall.

Percaya cakap aku, ubat-ubat dia sangat mahal! beratus harga dia sebab untuk penyakit leukemia. dan disebabkan taraf hidup rakyat mesir ni rendah dan ramai berpendapatan rendah, diorang tak mampu untuk beli ubat. sebab tu charity program macamni diadakan.

Ni gambar-gambar yang aku sempat tangkap.

Yang ni, gambar di khemah besar. Kanak-kanak dan sesiapa je boleh join untuk melukis di kertas ni dan tulis apa-apa mesej. di pentas (kat hujung depan tu), ada kanak-kanak yang menyanyi, bercerita dan baca surah-surah apa yang diorang hafal. Ada jugak face-painting.

Kanak-kanak yang ada ni, ada antaranya ialah pesakit tu sendiri. Diorang dapat pelepasan sekejap, dibenarkan untuk keluar dari wad sekejap untuk join aktiviti kat bawah. 








Yang pakai shirt biru tu ahli sukarelawan LIFE (yayasan yalla versi mesir).








antara ubat yang diderma





daripada pagi sampai 3 petang duduk di khemah, aktiviti seterusnya kita agihkan mainan, buku dan personal products, personally and directly kepada pesakit dan keluarga.

Yang ni best sebab aku memang teringin sangat nak naik wad, jumpa keluarga pesakit. Aku kiranya bertuah sebab kawan-kawan aku yang datang awal dapat duduk kat khemah je, tak dapat naik wad.


bangunan wad pediatrik
* Is'af (ambulans) tu baru je sampai



Ni gambar dalam wad, waktu agihkan barang-barang.

Sebab aku tak pandai cakap Arab sangat, jadi setiap kali tu aku dok cakap "Ismuha eh? Ismuh eh?"(nama dia siapa). kalau tak pun cakap "Shafakallah"(semoga cepat sembuh). Rasa macam loser gila sebab tak reti cakap.


Budak kecik atas katil tu nama dia Muadz.

Yang ni Umar.
Dia tengah nak pilih buku.

Yang ni nama dia Jannah.
Dia dapat hadiah tu.

Ada pesakit yang family dia macam sangat friendly, siap macam hulur lagi baby tu pada aku untuk dukung. Tapi sebab ni first time, dan takda siapa brief aku samada boleh dukung atau tak, aku jadi takut samada nak dukung atau tak. Jadi aku cuma pegang pipi dan kepala dia je. Sangat awkward.


Kalau family ni, aku tak tahu siapa yang sakit sebab semua
nampak excited jumpa kitorang Malizi ni.

Yang ni pulak, aku tak ingat nama dia apa. Tapi adik lelaki ni, dia patient yang paling friendly, dan reaction dia yang paling priceless!. Bila dia dapat hadiah tu, kau akan dapat nampak betapa gembiranya muka dia, betapa bersyukurnya dia dapat hadiah tu. Aku pulak yang rasa terharu tengok reaksi dia. Sebab pada aku, tu mainan murah je, dan kita kat Malaysia tu bila-bila je oleh dapat. Tapi bagi diorang, mainan yang murah tu macam satu nikmat besar.


Dia sangat excited. Dapat je hadiah tu, dia senyum dan tunjuk kat mak dia
dan aku agak dia mesti cakap
"mak tengok ni. Adik dapat ni.."






Ni pulak rupa wad tu sendiri.

ni entrance dan hallway

ni ruangan katil dalam wad tu sendiri


Jujur aku cakap, keadaan hospital tu memang tak selesa. Ruang setiap katil sangat sempit, tak ada kipas atau air cond., cuma tingkap je tu pun kat hujung. Bayangkan kalau musim panas, macamana keadaan diorang.

Kawan aku cakap tahun lepas lagi teruk sebab wad ni dalam pembinaan. Katil-katil kat situ, tepi-tepi dia pasir, simen sebab tengah nak bina. Kesian kan?

Ada kawasan yang kami tak boleh masuk sebab tu kawasan pesakit leukemia, sebab takut diorang terkena jangkitan. Ada pesakit tu rambut dah gugur sebab chemotherapy, ada yang tak pernah pergi sekolah sebab sejak kecil lagi dah sakit.

Bila tengok keadaan pesakit dan keluarga dia, rasa insaf sangat. Boleh nampak betapa susahnya hidup diorang kalau nak banding dengan kita di Malaysia.

Aku nak pesan, kalau kita ada peluang untuk sertai program kebajikan atau aktiviti sukarelawan macam ni, jangan teragak-agak untuk pergi. Walaupun sedikit penat, kita tak rugi sikit pun. Sebab perasaan yang kita dapat tu lagi hebat, lagi tak ternilai.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi, tapi kalau nak tengok gambar lagi, boleh tengak di page Yayasan Yalla.

Tahun depan aku nak jadi Yalla Ranger atau Yalla Volunteers, nak ikut pergi rumah anak yatim, pergi tolong kat kampung-kampung. Nak sangat-sangat.



*  Jangan lupa cakap Alhamdulillah sebab hidup kita sangat selesa sekarang ni. Kan?

Tuesday, 21 May 2013

Insomnia & fotografi lagi

Assalamualaikum.

Sesungguhnya, aku tak boleh tidur. jam dah pukul 2.45 malam, 3.15 azan subuh, pukul 8-12 ada kelas. lepas tu ada group taddarus, lepas tu ada usrah. 
macamana niii






*ni gambar-gambar aku hantar sebagai wakil untuk group SC aku. harap-harap menang..


















gambar-gambar ni semua tangkap tahun lepas. aku takda masa nak keluar pergi tangkap gambar untuk pertandingan dengan short notice "tarikh tutupnya ialah esok" <---- kisah benar.


sapa-sapa boleh bagi tunjuk ajar macamana nak edit gambar dengan baik/betul. steps/cara/teknik untuk beginner macam aku ni. sangat-sangat dihargai. :)

Wednesday, 15 May 2013

Resipi : Chocolate Banana Cupcake (senang)

Assalamualaikum.



Nampak sedap kan?


Ni Chocolate Banana Cupcake. Meh aku bagi resipi. Senang je nak buatnya..


Bahan A:

Gula - 2  cawan (400g)
Tepung - 3/4 cawan (245g)
Serbuk koko - 3/4 cawan (75g)
serbuk penaik(baking powder) - 1 1/2 sudu teh
sodium bicarbonate - 1 1/2 sudu teh
garam - 1/2 sudu

Bahan B:

Telur - 2 biji
Pisang - 2 biji dan dihancurkan (setengah cawan)
air suam - 1 cawan (240ml)
susu - 1/2 cawan (120ml)
minyak - 1/2 cawan (120ml)
esen vanila - 1 1/2 sudu teh


cara-cara:

campurkan bahan A dan B, kacau hingga sebati.
* adunan yang kita akan dapat memang cair. jadi, JANGAN tambah tepung lagi. nanti keras tak sedap.

kemudian bakar. aku tak tahu berapa suhu atau nak panaskan berapa lama. yang pasti, sebelum mula membancuh adunan lagi aku dah panaskan oven, sebab nak pastikan oven tu boleh guna.

tempoh masa bakar: 

- kalau buat dalam loyang besar, mungkin 30-40 minit. aku tak pasti sebab kalau aku, cukup je 30 minit, memang tengok dan cucuk kek tu nak pastikan dia masak. kalau tak masak(ada adunan melekat pada penyucuk), aku akan bukak oven tu chech every 5 minutes(paranoid).

-kalau buat dalam bentuk cupcakes macam ni, dalam 7 - 15 minit kot. boleh dapat 24 - 30 biji cupcakes.



aku baru perasan bila bakar lagi lama, lagi tinggi kek ni naik.




first time buat tu sebab nak menghabiskan susu dan pisang je. sekali housemates aku kata sedap dan dia pulak dengan excited cakap "sedapla. jual lah!". maka sekarang ni, aku jual dah cupcakes ni. baru 2 kali. Alhamdulillah, untung sebab modal sikit je. Dan orang yang beli pun ada yang siap mintak resipi lagi.

Resipi ni sangat senang. Ni pertama kali aku buat kek pisang, terus jadi. Lebih-lebih pisang yang dah jemu nak makan tu (dua biji je pun), boleh guna buat kek.


Selamat mencuba!





Alang-alang dah cakap pasal banana, meh aku nak share video paling comel aku pernah tengok.
Bananana 
=)












Wednesday, 1 May 2013

Fotografi pulak?

Assalamualaikum.

Dua tiga hari lepas aku ada hantar gambar-gambar untuk pertandingan Lensa of the month. Pertandingan ni dianjurkan oleh Alex Photographer Community setiap bulan diadakan dengan tema yang berbeza. Untuk bulan April, tema dia "Transport". Pemenang tak ada dapat apa-apa hadiah pun, tapi gambar yang menang akan di publish di page Perubatan Cawangan Iskandariah (rasanya).

Aku mula-mula bersemangat nak submit gambar-gambar aku bila kakak SC aku menang untuk bulan Mac; tema Landskap.

Tapi bila aku tengok gambar-gambar yang orang lain hantar, tiba-tiba jadi rasa macam 
"tak nak hantar la... Gambar aku tak cantik. Orang lain semua pakai DSLR, confirm2 la senang nak menang sebab gambar cantik..". 
Bila aku tunjuk gambar-gambar aku pada housemate, dia kata hantar je la.. Mana tahu menang ke.. 

Well, itu pun tak cukup untuk meningkatkan keyakinan diri aku.
Tapi aku still try edit2 gambar-gambar ni. 

Bila dah siap edit, terfikir pulak
"buat penat je kau edit tapi tak hantar".
Jadi aku pun hantar je laa...


Aku pulak sangat penat. 
Ada peluang nak edit gambar pun selepas pukul 10 atau 11 malam. 
Penat dan mengantuk. 
Tapi rasanya aku dah cuba sehabis baik dah ni.

Tolonglah doa sama supaya aku menang ek. 
Sebab perasaan menjadi pemenang tu sangat best (walaupun tak dapat hadiah).

*first time meng-edit gambar, jadi keyakinan diri tu sangat-sangatlah rendah. Cuma boleh doa je supaya  menang.

Gambar-gambar ni semua ditangkap tahun 2011 atau 2012.



Gambar di Stanley Bridge
(winter 2011/2012)













Laut depan Bibliotheca Alexandria
(winter 2011/2012)




 Stesen Keretapi Ramsis, Cairo
(winter break, 2012)
*first time pergi Cairo sendiri naik train






Jalan laut dekat dengan Stanley bridge
(winter 2011-2012)







Doakan aku menang ya?
Amiinn
=)




UPDATE: TAK MENANG :(

Thursday, 18 April 2013

Kos

Assalamualaikum.

Aku ada bagitahu haritu yang aku dah dapat pinjaman pelajaran MARA kan? Pinjaman tu cuma untuk yuran sahaja. Bermakna, kos sara hidup, semuanya atas keluarga sendiri.

Kecuali waktu tahun satu haritu, zakat selangor bagi aku bantuan sebanyak rm5000(setahun) dan rm1300 (claim duit tiket penerbangan). Jumlah rm6300 tu memang tak cukup sebab waktu first year tu banyak gilaaa kena beli (duvet, heater, mesin basuh, insuran rumah, upah ejen rumah, kipas, meja study, lampu study, buku-buku, visa, kena tipu dengan pak cik-mak cik arab dll.)

Untuk tahun kedua ni, memandangkan aku dah dapat pinjaman MARA, secara automatiknya aku dah jadi tak layak untuk dapat sebarang bantuan daripada pihak zakat. Aku baru tahu 3 hari lepas. sedih sangat-sangat walaupun baru habis exam.

Aku bagitahu ayah aku yang aku tak dapat zakat tu by sms je. Aku tak berani lagi nak call, sebab aku takut aku nangis..

Orang lain boleh cakap "nak sedih mende? dah dapat MARA tu kira bersyukur la. Orang lain lagi la semua kena family support sendiri".
Well, itu orang lain, ini aku. Aku lain. Mak ayah aku banyak benda lagi nak kena bayar, bukan nak tanggung aku sorang je.

Ni aku tunjukkan secara kasar jumlah perbelanjaan aku di Mesir.

Rumah
sewa rumah = 400le sebulan
duit dapur (dinner + bil2 + internet) = 164le sebulan (berubah ikut harga bil dan harga ikan. tak termasuk harga beras)
jumlah = 564le sebulan

untuk sarapan dan lunch, aku selalu makan roti je. tapi kalau ada lebih makanan dinner malam tadi, aku makan tu je la.

perbelanjaan peribadi
- roti wholemeal = 9le sebungkus seminggu x 4 minggu = 36le sebulan
- chocolate spread (1kg) = max. 30le sebulan
- tuna (2 tin untuk sebulan) = max. 13le sebulan
- nescafe (50g) = max. 4le satu pek x 4 minggu = 16le sebulan
- creamer (1 botol) = max. 18le sebulan
- susu (1L) = max. 13le sebulan
- buah (pisang/oren) = max. 15le sebulan
- sabun/syampu/pencuci muka/ubat gigi(personal stuff, tak beli semua setiap bulan) = lebih kurang 25le sebulan
- junkfood (kalau tiba-tiba lapar kat fakulti) = max. 20le sebulan

= jumlah = 186le sebulan

pengangkutan:
teksi, tram atau tramco(van) = max. 30le sebulan
*sebab sekarang ni setiap minggu aku pergi dentist.

selalunya aku peruntukkan 150le sahaja untuk jumlah perbelanjaan peribadi dan pengangkutan.

jumlah keseluruhan = 750le sebulan = rm375 sebulan

tapi setiap bulan pun memang tak cukup rm375 tu. aku mesti ambik duit lebih punya. sebab tiba-tiba kena bayar tu bayar ni, nak makan tu makan ni, ada usrah la, beli buku la, banyak keluar rumah=banyak kos.

sekarang ni bila aku dah masuk rumah baru, aku kena bayar duit mesin basuh dan insurans rumah = 564le. Jadi expense aku dah semakin bertambah!

ok, kalaulah aku bajet dalam rm400 sebulan (terlalu jimat),
rm400 x 10 bulan(oktober - julai) = rm4000 (minimum)


kalau nak balik malaysia waktu cuti summer, harga tiket dalam rm2000 (return).
pengangkutan pergi balik airport minimum rm100.

jumlah keseluruhan (termasuk tiket)= rm6100.
aku rasa rm6100 ni tak logik. sebab perbelanjaan aku lebih daripada ni. sebab setiap bulan aku ambik duit berkali-kali. dan selalunya setiap bulan pun minimum dalam rm500 ayah aku masukkan duit.

Secara jujur aku cakap, aku pernah tanya kawan-kawan aku yang lain berapa banyak diorang ambik duit setiap bulan. Dan jawapan yang aku pernah dengar pun dalam rm600-rm1000. Nampak tak betapa berjimatnya aku kat sini?

Jadi aku secara jujurnya sangat-sangat berharap, semoga termakbul lah apa yang perdana menteri ke-6 kita cakap haritu yang MARA akan bagi tambahan rm900 setiap bulan kepada pelajar-pelajarnya di Mesir. Aku sangat-sangat berharap. sangat!

Akhir kata, aku harap semua yang membaca ni dapat meng-amin-kan doa aku semoga harapan aku tu tercapai, rezeki kami sekeluarga dimurahkan dan diberkati, tak boros dan aku nak balik Malaysia tiap-tiap tahun.. Amiinn..

Jadi, for this coming 4.5 years, i have to figure something out. Kahwin dengan dato' kaya, jadi artis atau...

Friday, 5 April 2013

Orang arab yang peramah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal betapa friendly-nya orang Mesir yang aku pernah jumpa.

Yang ni pasal jiran aku. Pak cik ni rumah dia kat tingkat 6 (atas rumah aku), dan dia ada kedai kat bawah bangunan ni; kedai kayu buat pintu, katil, almari, sofa etc. Tiap-tiap kali terserempak dengan dia, dia mesti angkat tangan dan bagi salam pada kitorang semua. Setiap masa. Malam-malam pun, kalau dia nampak kitorang, mesti dia akan tegur dengan senyuman yang tak pernah sekali pun lekang. Even tengah bercakap dengan orang/telefon pun dia still akan tegur kitorang. Dan selalunya, dia dulu yang akan tegur kitorang. Aku pernah la jugak try nak tegur dia dulu, tapi macamana pun, dia jugak yang first tegur kitorang. Baik sangat-sangat.

Yang kedua pulak pak cik bawab (penjaga pintu) kat rumah pertama aku dulu. Pak cik ni tak sihat sangat, kaki dia dua-dua belah bengkak(edema), tapi nampak macam dah mengeras. Aku syak mungkin dia kena Elephantitis. Tapi aku tak pasti la betul ke tak, sebab tak pernah tanya sebab macamana nak tanya pun tak reti. Pak cik ni punya baik, setiap kali nampak aku dia mesti senyum dan angkat tangan lambai-lambai. Dia pernah kasi kitorang buah sebiji even time tu dia ada 2 je buah, buah tu pun ada orang kasi dia. Sama macam yang tadi, even tengah borak dengan orang pun dia akan senyum dan melambai. Sampai orang yang dia tengah borak tu pun toleh tengok siapa yang pak cik tu nampak. Orang tu terkejut.. Lepas-lepas tu, orang tu mesti perhatikan pak cik tu bila dia nampak aku, nak tengok samada pak cik tu akan lambai aku atau tak. Dan ya, pak cik tu lambai!

Selain tu, orang arab ni kadang-kadang diorang tak reti nak bezakan yang kitorang ni orang mana. Jadi kadang-kadang bila jalan-jalan tiba-tiba je ada orang jerit "ni hao, ni hao". Diorang ingat kitorang ni orang China. Sebab ada jugak orang China kat sini. Most of the time, yang jerit ni budak-budak/remaja lelaki.

Penah eh budak arab buat macam ni kat aku

Kalau dalam tram pulak, ada jugak yang nak borak-borak samada dalam bahasa inggeris atau bahasa arab. Kalau english tu best la nak borak, tapi kalau arab tu payah sikitlah. Yang menariknya, orang arab ni langsung tak putus asa nak borak even aku kadang-kadang tak faham langsung apa dia cakap.

Pernah jugak jadi bila tengah jalan nak balik rumah ada lelaki dewasa cakap "welcome to egypt". Padahal sebelum dia cakap tu takda pun any eye contact. Tiba-tiba je cakap macam tu. Dah lah dia jalan laju. dia cakap dan terus jalan macam tak ada apa yang berlaku.

Kalau pak cik taxi pulak, ada jugak yang peramah. Macam-macam dia tanya. Tak pun lepas tahu yang kita ni Malaysian, dia akan cakap 'kuala lumbur"(kuala lumpur) ataupun "Mahathir mohammad". ramai orang tua kat sini sangat kagum dengan mahathir.

Waktu pergi Mansurah haritu, time beli jubah kat pasar Siqah, aku jalan sorang sebab kawan-kawan aku dah terkehadapan sikit. Tengah-tengah aku struggle nak simpan dompet, boleh pulak mamat ni cakap "hello.. Love you too". Sengih-sengih dengan kawan-kawan dia. Sumpah gatal.

Baru-baru ni pulak baru aku perasan yang orang Arab ni pun dah pandai cakap bahasa melayu. Selain daripada 'apa kabar', 'roti', 'ikan' dan nombor-nombor, diorang pun dah pandai cakap "saya suka awak". Mula-mula tu aku tak perasan pun, sebab macam tadi, no eye contact at all! Tapi lepas tu kawan aku cakap "tak perasan ke tadi?". Aku tanya balik "perasan apa?". "Dia cakap 'saya suka awak'". oh. Siapa yang ajar dia ni memang lah macam takda benda lain je yang nak diajar.

Selain tu, baru-baru ni jugak aku baru perasan yang mamat-mamat arab ni macam hape je tiba-tiba jerit "abuya" bila kitorang lalu. Aku memang tak tahu apa makna dia awalnya. Tapi bila kawan aku cakap abuya tu maknanya orang kampung/orang ulu, aku pun geram lah. Kalau aku pandai cakap bahasa arab, dah lama dah aku balas balik kata "weh, kau ingat kau tu moden sangat ke hah? Negara kotor sana-sini". Tapi aku tak pernah lagi cakap macam tu sebab satu, aku tak reti nak cakap, dua aku tak berani.