Thursday 2 August 2012

Bazar Ramadhan Mahal Gila!

Assalamualaikum.

Aku dah sampai Malaysia dah. Kapal terbang mendarat pukul 12.30 tengahari Isnin haritu. Lepas berdiri terpacak selama 45 minit macam ape ntah, akhirnya aku pun dapatlah beg aku yang berat gila tu. Dan lepas unexpectedly menangis depan orang ramai kat balai ketibaan tu bila salam mak dan ayah aku, kitorang pun pergilah meninggalkan KLIA yang moden lagi cantik tu.
Tapi aku bukan terus balik rumah pun. Lepas ke sana-sini, pergi bazar Ramadhan, dalam pukul 6.15 petang baru lah sampai rumah. Mengantuk gila waktu tu!


First day pergi bazar tu, aku cari ayam percik, sebab dah lama gila teringin. Terliur sorang-sorang kat Mesir. Dah dapat ayam percik, beli pulak sambal petai, taufu fa, air soya(wajib beli tiap-tiap hari), kuih sampan(tepung pelita), popia basah, cocktail, dan air buah apa entah, kitorang pun balik. Dan seperti biasa, makanan-makanan tu memang tak habis. Makanya, kita simpan, dan makan untuk sahur. Aku bangun sahur tau sekarang ni... huhuhuuu

Seperti dunia yang mengalami proses modenisasi dan urbanisasi, macam tu jugaklah dengan makanan-makanan kat bazar Ramadhan ni. Dan disebabkan terlalu pantas sangat diorang ni ber'evolusi' dan transformasi, aku sebagai pengguna ni, memang lah terkejut.

Aku beli murtabak daging. Dan aku expect harga dia paling mahal yang logik pun cuma rm2.50, so aku hulur lah rm5 untuk dua keping murtabak. Tapi tiba-tiba budak tu cakap '6 ringgit, kak'. Wah, aku lagi 'shock' (bak kata jiran kita). Balik tu makan, aku rasa murtabak tu biasa je, takda apa yang special selain daripada saiz dia yang kecik dan nipis daripada biasa dan banyak kali tergigit rempah bunga lawang semua tu. Selepas 2 hari, murtabak tu tak jumpa orang yang minat untuk makan dia, lalu di'bakul sampah'kan lah. Kan dah membazir!

Haritu aku beli lauk sambal tumis kerang, dan aku cakap 'mak cik, saya nak sambal kerang 2 ringgit', dan dengan senyuman seorang peniaga yang peramah, mak cik tu pun sendoklah lauk tu dalam plastik. Dan aku lagi 'shock', bila mak cik tu senduk sambal kerang, tak sampai pun satu senduk. Sikit je! Kalau orang yang suka gila kerang, mesti tak cukup nak makan sorang.

Aku jalan lagi...(bukan panjang sangat pun bazar tu, dalam 200 meter je), aku pun nampak papan harga 'Roti John Power'. Harga dia rm3.50 satu. Dan adik aku tanya 'apa yang powernya'. Aku cakap 'mana lah kak yong tahu' (sebab malas nak fikir). Lepas tu adik aku cakap 'apa yang powernya. Bukan boleh keluar api pun lepas makan. Mahal je lebih'. Aku fikir, memang betul pun cakap adik aku.

Nasi ayam pulak, memang tiap-tiap hari kena beli lah. Sebab adik aku ni, kalau bukan nasi ayam, memang tak nak makan. Mengada-ngada dan pelik jugaklah. Sebab dari kecik sampai form 2 ni, tiap-tiap kali pasar malam dan bazar ramadhan, mesti nasi ayam. Dan harganya pulak, rm4 sebungkus. Kuantiti nasi dan saiz ayam tu aku tengok tak makin bertambah pun, makin sikit daripada waktu harga dia rm2.50 sebungkus adalah. Dan rasa pun bukan sedap mana. Setakat nasi letak pewarna, sambal banyak bijik cili dan sup yang masin/tawar tu, memang tak best!

Nasi lemak pulak, kat area rumah aku ni, memang tak wujud dah sebungkus rm1.20. Sejak tahun lepas lagi. Walaupun rasa tak semakin sedap, nasi tak bertambah, harga dia tetap rm1.20. Mustahil untuk turun, dan tidak mustahil untuk meningkat.

Kuih pulak, la ni, takda dah dengar '3 seringgit, kak'. Sekarang semua pakat nak sebut '5 dua ringgit, kak'. 

Air soya pun, kalau dulu sebungkus rm2, sekarang ni yang rm2.50 dan rm3 pun ada. Rasa dia tak sedap mana pun, sebab rasa gula je lebih.

Tahun depan tak tahu lah berapa harga dia.

Rumah aku bukan kat tengah-tengah KLCC ataupun kat puncak Genting Highland ataupun kat KLIA yang moden tu. Tapi kenapa harga dia mahal macam kat tempat-tempat tu?? Aku butuh jawaban!

4 comments:

  1. Replies
    1. hahaha
      bukan konspirasi peniaga ke?
      hewhewhew:P

      Delete
  2. haha. saje je. yelah. org skrg ni, semua pun adalah konspirasi yahudi. so, aku saje gune ayat tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      semua pun nak berkonspirasi.
      realiti konspirasi..:D

      Delete