Saturday 11 August 2012

No offense meant

Assalamualaikum.

Hari Khamis haritu, aku berjalan kaki selama 15 minit semata-mata untuk mendapatkan bas mini untuk menghantar aku ke stesen komuter yang akan menghantar aku ke Mid Valley.

Dalam perjalanan yang baru 10 minit macam tu, tiba-tiba aku terdengar suara lelaki berbual-bual di belakang aku. Aku buat tak tahu je lah. Tapi tiba-tiba lelaki-lelaki tu potong aku. Aku terkejut sikit lah, sebab selalunya lelaki tak potong pun aku jalan.

Bila diorang dah potong aku, aku pun tengoklah siapa gerangannya lelaki-lelaki tu. Setelah diteliti dan ditimbang-timbang, aku pun dapatlah satu conclusion yang mereka tu, bukanlah lelaki Melayu. Tetapi Bangladesh atau Pakistan kot.

Atas kriteria-kriteria apa?
Hmm..
Aku guna ciri-ciri ni.


Satu.
Lelaki tu potong jalan aku. Maknanya dia jalan lagi laju daripada aku.
Dan kebiasaannya, lelaki Melayu ni jalan lambat, tak laju macam diorang ni.

Dua.
Lelaki-lelaki tu pakai baju kemas-kemas. Smart. Kemeja long-sleeve yang cantik designnya, berseluar slack dan beg sisi. Smart.
Aku kagum dengan ke'smart'an diorang tu.
Dan tiba-tiba aku terfikir. 'Takkan nak kahwin dengan orang Bangla kot'.

Tiga.
Diorang bercakap-cakap dalam bahasa yang aku tak faham pun.

Empat.
Diorang tak gatal nak usha-usha orang, disamping suara diorang tak kuat macam local Malay men.


Akhir kalam.
Sorry kalau ada yang terasa. Sincerely, no offense meant. Peace!




Which one? Well, it is for me to decide

No comments:

Post a Comment