Tuesday 18 December 2012

Syukur yang amat

Assalamualaikum.

Aku cuma nak meluahkan rasa betapa bersyukurnya aku 
dengan salah satu nikmat yang Allah dah bagi.

Nikmat tu ialah
bulu hidung.

Alhamdulillah. 
Aku bersyukur sangat.
Banyak betul gunanya bulu hidung ni,
especially bila duduk kat tempat macam Mesir ni.
Penuh dengan debu, habuk, sampah 
dan juga 
banyak serangga.
.
.
.
.
.
.
Okay lah. 
Cerita dia macam ni.

Aku perasan dah yang rumah aku yang terbaru ni 
banyak serangga (sebab ground floor).
Serangga yang aku maksudkan tu ialah lalat (Musca domestica)
dan lagi satu rasanya nama dia 
riang-riang (Drosophila) kot.
Aku tak pasti nama dia.
 Dia kecik je, kalau kita ada tinggal makanan/buah-buahan terdedah, 
lama-lama serangga ni akan hinggap.

Kat bilik aku ni,
bukan la banyak mana pun. 
Setakat seekor lalat ataupun dua tiga ekor riang-riang.
Walaupun sikit, tapi bila dia asyik terbang-terbang ni,
aku jadi rimas.

Okay.
Aku perasan dah yang rumah aku banyak serangga2 ni.
Dan waktu awal-awal dulu,
aku rajinlah jugak nak pergi halau dia 
ataupun bunuh dia.
Serius aku cakap, 
aku takkan duduk selagi serangga ni tak keluar/mati daripada bilik aku.
Dan aku pun tak akan tidur selagi serangga ni aku nampak wujud kat dalam bilik aku.
Sebab tu aku suka tutup pintu bilik rapat-rapat,
supaya serangga tak dapat masuk.

Tapi bila dah lama-lama, 
aku dah naik jelak. 
Dah jadi bosan,
macam takda kerja je nak buat selain daripada bunuh serangga tu.

Jadi sejak beberapa hari ni, 
rutin membunuh aku ni dah berkurang.
Aku cuma bunuh mana yang dekat dengan aku je.
Dan tabiat aku yang dulu tu pun dah berubah.
Aku dah fed up, jadi aku tidur je lah.

Haha..
Ni part yang best ni.
Haha

Haha aku kat atas tu takda kaitan dengan gambar ni.
Aku serius.
Bukan perli-perli ke apa.


Pagi tadi bila aku nak siap-siap pergi kelas, 
aku pun pergi lah mencuci hidung membuang hingus yang ada tu.
Bila aku tengok kat singki, aku nampak ada lah sekor riang-riang.
Mati dah dia.
Keluar daripada hidung aku.
Hahaha.
Aku rasa puas.

Sungguh aku tak kesian kat kau, riang riang.
Nak kata aku geli pun tak jugak, 
sebab aku tak sedar pun kewujudan kau dalam hidung aku.
Aku cuma rasa 'padan muka' je kat kau.
Itu lah.
bila aku halau kau tak nak keluar.
Bila aku bunuh, makin banyak pulak populasi kau bertambah.
Sungguh aku tak faham.

Tapi apa-apa pun,
aku sangat bersyukur dengan adanya bulu hidung.
Alhamdulillah, ya Allah..
Terima kasih sangat-sangat.

Itu je cerita aku.



Haritu aku ada terbaca satu artikel ni tapi tak ingat kat mana.
Dia kata,
purata setiap orang manusia
seumur hidup
ketika tidur
akan tertelan atau masuk ke dalam badan dia
sekurang-kurangnya
lapan ekor lipas.
Lapan ekor.
Lapan!
Lipas!!!


Bayangkan,
 lipas.
Bayangkan.


Aku penah tengok movie ni.
Serius geli.



Harap takda sapa sapa yang geli lah ek.

No comments:

Post a Comment