Thursday 31 May 2012

Spleen


Assalamualaikum.
Pernah dengar perkataan 'spleen'? Tahu 'spleen' tu apa? 

Aku first time tahu wujudnya perkataan spleen ni waktu umur aku 18 tahun. Kat CFS IIUM. Tu pun sebab terbaca kat Lab Manual Bio, sebab esoknya nak buat Rat Dissection. First time jumpa perkataan spleen tu, aku tak excited pun. Sebab tak tahu pun kewujudan spleen kat dunia ni. Pastu, aku ingatkan ada typing error ke apa, sebab ada dua "e'. 

Esoknya kat lab, waktu rat dissection, Miss Bio aku cakap ''did you see the structure behind the stomach? That looks like a leaf? That is spleen" Aku pun "Ooohh... Spleen". Itulah perkenalan aku dengan spleen. 
FYI, perut bukan terletak di tengah-tengah badan tau. Macam yang baby-baby selalu pegang 'perut' tu. Perut manusia, terletak di sebelah kiri sedikit, bawah sikit daripada tulang rusuk. Nak tahu lebih lanjut, sila semak Google.


Hari ni cakap pasal spleen pun sebab tengah revise pasal spleen, suddenly teringat perkenalan pertama tu. 
Tapi baru ni, waktu masuk Morgue, practical spleen, aku nampak tak macam daun pun spleen tu. Aku musykil. Mungkin kat tikus kot bentuk dia macam daun.

Ruptured spleen

Yang aku tahu lagi, spleen ni kalau pecah (spleen rupture), boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk(acute internal haemorrhage), dan boleh membawa maut. And to save the patient, the doctor has to remove the spleen (splenectomy) surgically.

As mentioned earlier, spleen ni terletak di belakang perut. Belakang tulang rusuk ke 9, 10 dan 11.


*Aku suka tunjuk kat orang gambar-gambar yang tragik, macam berdarah-darah, nampak organ dalaman, tulang-tulang patah dan terkeluar.. Sebab ada orang takut dan orang yang takut tu akan cakap "Eee.. tak nak, tak nak. Dah lah, tak nak tengok dah. Daaahh..."
dan aku gembira, sebab dapat buli orang!=)

No comments:

Post a Comment