Sunday 3 June 2012

Pilihan raya Mesir


Assalamualaikum.

Kalau korang tahu, sekarang ni kat Mesir, tengah musim pilihan raya. Tapi belum yang final lagi. Aku pun tak follow sangat pasal pilihan raya Mesir ni. Tapi bila tiap-tiap hari ada je orang yang akan post kat Facebook pasal pilihan raya ni, daripada tak tahu terus jadi tahu. Tapi tak detail lah. Yang aku tahu, sekarang ni ada pertarungan sengit antara calon yang baik, dengan yang kurang baik. Yang baik tu, parti islam, yang tak baik tu, parti yang kurang keislamannya; sebab dia pengikut bekas Presiden Mesir yang digulingkan tahun lepas (don't want to mention his name).


Yang aku tahu lagi, timbul jugak ura-ura yang mengatakan, parti jahat tu, siap edarkan ID dengan banyaknya, supaya dapat menambah jumlah pengundi parti yang jahat tu. 

Ada jugak orang post kat facebook, student lelaki cakap, satu hari ni, dia pergi masjid. Lepas solat, ada sorang pak cik ni cakap kat dia 'tolonglah doakan supaya Mesir ni jatuh pada tangan yang baik, tangan yang akan membela Islam. Sebab kalau tak, parti jahat tu akan buat macam-macam. Risau Islam takkan ada tempat lagi di Mesir, di dunia ni.' Pak cik tu mintak sangat-sangat.


Tapi yang lebih penting, aku nak cerita pasal experience terbaru aku. Hahahha.. tak jauh menyimpang pun. Secara langsung, rumah aku ni, terletak dengan jalan utama lah jugak kat Alex ni; Jalan Port Said. Dan kalau ada apa-apa demonstrasi, memang orang Mesir ni, akan buat kat situ. Dan disebabkan rumah aku dekat dengan jalan tu, dan the fact that my room has a balcony, i can clearly hear the sound of people marching along the road, every night! Yes, every night! 

Tapi, walaupun diorang berarak ramai-ramai, suara memang kuat gila, takda pun kekecohan berlaku. Takda gaduh-gaduh, takda polis masuk campur, takda gas pemedih mata. Pendek kata, diorang berdemonstrasi secara aman. Ada je bendera Mesir yang dikibar, ada orang yang ramai berarak, jerit-jerit. Ada sorang ketua jerit, yang lain menyahut. Kuat suara diorang. Tapi still aman.

Tapi semalam lagi kuat lah. Tapi semalam aku tak intai, sebab terlalu penat. Tadi aku intai. Even the Egyptian neighbors did too! Peeking through their windows and balcony. Just like me.
Ingat lagi semalam, aku pergi kedai. Pak cik kedai tu buat bodoh je kat aku. Sebab dia khusyuk gila tengok TV, ada siaran langsung liputan pasal orang berdemonstrasi kat Alex ni.

Sepanjang aku duduk kat Mesir ni, aku nampak, yang orang Mesir ni, sangat-sangat sayangkan negara diorang. Contoh terdekat, sanggup berarak ramai-ramai setiap malam(aku bukan menggalakkan rakyat Malaysia berarak jugak). Dulu, dekat sejuta orang berkumpul kat Dataran Tahrir. Ada jugak aku dengar cerita diorang conteng kat duit tulis pasal undilah calon Presiden yang baik, biar Islam menang.


p/s: bagi sesiapa yang ada kenalan di Mesir ni, tak payah lah risau. Setakat ni, semua selamat lagi. Orang Mesir tak kacau pun kitorang pasal politik-politik ni semua. Kacau benda lain tu ada lah jugak sikit-sikit. Pokoknya, tak payah risau. Kalau baca kat surat khabar Malaysia cakap yang "Mesir bermandi darah" lah, "Mesir bahaya lah" semua-semua tu, anda dinasihatkan supaya tidak percaya bulat-bulat. Bukan nak kata surat khabar tak telus, cuma, you know, they're making business there, trying to sell the papers, so, tajuk mestilah yang 'catchy'. Kitorang kat sini takda pun rasa bahaya. Most of the time, itu lah yang berlaku: kisah surat khabar tu.

And one last thing, don't blame me for anything i said. This is just my less-then-one-cent opinion. 


*nak kata sayang sangat kat Mesir ni tak lah sangat, tapi sayang lah jugak. Sebab kat Mesir ni lah aku akan tinggal for the next five years.=)

No comments:

Post a Comment