Sunday 15 July 2012

Chronic Insomnia

Assalamualaikum.

Hari ni aku exam. Modul 6 & 7 (Pathology + Pharmaclogy + Ethics + Community Medicine).
Exam tu pukul 9 pagi sampai pukul 12.30 tengahari.
Dan semalamnya, sehari sebelum exam; hari Jumaat. Tahu apa aku buat? Mari saksikan....

*   *   *
3.20am - subuh
5.00am - tidur hari khamis malam jumaat
12.00pm - bangun, start study, blah blah blah....
7.00pm - dinner (nasi lauk daging merah dan air nescafe)
            - study blah blah blah.....
1.00am - start nak pergi tidur. baring-baring.


I am determined as h***




3.00am - aku still tak tidur! tak boleh tidur. pusing sana, pusing sini, tak boleh tidur. in fact, tak mengantuk langsung! Aku try lah baca buku pasal ethics&community medicine, tapi still tak mengantuk. Lama-lama aku fed up. 
3.20am - subuh
*   *    *

Subuh je, aku cuak gila weh.. Mana tak nya, jap lagi nak exam, tapi tak tidur lagi. Aku ulang, tak tidur lagi! TAK TIDUR LAGI!!!
First time dalam hidup kena macam ni.

Disebabkan cuak yang tak terhingga, aku siap buat solat hajat lagi, doa pada Allah semoga kalau betul badan aku larat tanggung tak tidur sampai pukul 12.30 kejap lagi, tak pe, jangan bagi aku tidur. Bagi lah otak aku segar, fresh dan fokus waktu exam nanti.
Tapi kalau badan aku tak mampu tanggung, tolonglah, bagilah aku tidur satu jam pun jadi lah, pukul 6 sampai 7 pagi ni, tapi walaupun sekejap, aku tidur nyenyak dan berkualiti, dan bila bangun nanti, otak aku fresh sangat-sangat. Dan hati aku, aku set 'kalau Allah tak bagi tidur pun, mesti ada hikmahnya semua ni. Mesti ada sesuatu. Yakin je'.

Lepas subuh tu aku try nak tidur, tapi tak boleh jugak. Jadi, untuk menggunakan masa dengan seefisyen mungkin, aku try lah baca-baca buku. Tapi bila baca, ngantuk pulak, aku dengar radio, tengok video ustaz Azhar. Sampai lah pukul 6 pagi.

Pukul 6 pagi, aku try lagi nak tidur. Tapi tidur duduk je lah, kepala kat meja. Elok je letak kepala dan pejam mata, rasa mengantuk tu hilang. Aku tak mengantuk langsung wey!!! Aku rasa macam aku tengah sakit gila-gila dah waktu tu. Sakit tak boleh tidur.
Disebabkan kegeraman melanda, aku pergi dapur buat nescafe panas, makan. Lepas tu sambung balik baca + radio + video ustaz Azhar.

Oleh kerana cuak yang tak terhingga, risau gila tertidur time exam, aku pun bawak lah bekal air nescafe pergi exam. Air nescafe, gula-gula dan eye-drop(takut mengantuk). Sebenarnya ingat nak bawak biskut sekali, tapi takut kena marah.
Masuk je dewan exam, badan aku dah 'shaking'. Tak lain tak bukan, effect nescafe tu lah. Badan semua lemah. Nak jalan pun macam tak larat.

Jadi sebelum exam tu, berdoa lah panjang lebar.
Dan Alhamdulillah, start je paper MCQ, mata yang mula-mula ngantuk tu, terus segar. Dan Alhamdulillah lagi, sebab mata aku kekal segar sampai paper essay.
Dan Alhamdulillah jugak, sebab elok je aku siap paper essay tu, aku terus menguap, menguap lagi, dan lagi. Sampai berair mata dan hidung aku. Sebab mengantuk yang amat.
Sampai rumah dalam pukul 1 petang, perut lapar gila weh. Makan, online, baca cerpen ntah pape ntah, dengar radio, solat zuhur sume, dalam pukul 3.15 aku tidur.
Alhamdulillah, tidur jugak aku akhirnya. Dan sekarang dah pukul 11.50 malam, tak tahu bila nak tidur.

Seriously, hari ni memang takut sangat-sangat. Ingat lagi cerita-cerita cikgu waktu sekolah dulu ''awak semua jangan nak buat kerja gila, tak tidur malam nak periksa, telan pil kuda (tak tahu ape benda ni). Nanti awak tertidur dalam exam, rugi je. Tak pun otak blank, kan sayang. Malam nak exam tu tidur la."
 Tapi masalah saya sekarang ni, bukan tak nak tidur, tapi tak boleh nak tidur. Dah paksa pun tak tidur-tidur jugak. Tension!

Aku rasa aku kena penyakit insomnia. 
Dan aku pernah satu point ni, dulu-dulu, sampai takut nak tidur, sebab tension sangat baring lama-lama, tapi still tak boleh tidur.






Sekali aku nampak benda ni.
Nauzubillah..


Kau cakap apa yang aku tak pernah buat semata-mata untuk tidur. Aku dah minum susu, baca buku yang boring, pasang lagu yang slow, pasang Quran, zikir, selawat, baca doa, tarik nafas dalam-dalam, imagine benda yang best, try kosongkan otak, kira nombor dari satu sampai berapa ratus entah, baring satu jam sebelum waktu tidur yang diingini. Macam-macam dah kan.

No comments:

Post a Comment