Wednesday 18 July 2012

Fulus wa Bidza

Assalamualaikum.

Jam dah pukul 5.38 petang. Dan perut aku dah lama dah sakit, sebab lapar. Hari ni cuma telan IndoMie (adik beradik Mi Sedap) perisa ayam dan nescafe segelas je.
Jadi, kalau petang-petang macam, kalau aku rasa lapar, normal lah kan.

Dan hari ni, aku memang malas gila nak masak dinner. Ditambah pulak yang aku cuma ada macaroni mentah, tomato paste dan cili hidup dan bawang je, lagi bertambah lah malas aku. Selera pun boleh hilang.

Jadi, seperti biasa, hati aku memang rasa nak je call delivery semua tu. Tapi, duit pulak takda.. Dah banyak hari dah takda duit. Sebab malas nak pergi withdraw. Summer ni memang malas sangat nak keluar, cepat penat. 

Tapi sebab beberapa hari yang lepas kawan aku pun takda duit, dan sekali bila dia korek-korek beg duit dia dan dia jumpa LE200, aku tiba-tiba jadi bersemangat pulak.
Jadi, aku pun mengikut jejak langkah dia, dengan harapan jumpa lah duit kat celah-celah beg duit tu. Tapi aku pasti, mesti takda punya, sebab selalunya, duit yang aku selit-selit ni tak kekal lama, sekejap je dah kena guna.

Akan tetapi, kalau dah ada rezeki jugak, memang tak daya lah aku nak menidakkannya. Dah tertulis aku memang ada rezeki nak makan pizza hari ni, sekali aku jumpa duit LE50 kat celah-celah dompet aku. Terkejut tak terhingga aku! Macam dapat berita esok punya exam cancel je!


Lepas jumpa duit ni, next task mesti lah kena call kedai tu. Tapi credit takda. Jadi, ketuk bilik kawan takda, call kawan pakai online app., sekali dia ada extra reload card. Dah dapat nombor topup, kita topup lah...


Ehem.
Jom start berdialog versi budak baru belajar.

Lepas tu, dengan riang ria dan semangatnya, aku call kedai tu. Aku dial, dan dengar caller ringtone dia macam ni 'Allahummaghfirlana....' (doa)
Tak lama lepas tu, talian bersambut. 
Aku: Assalamualaik. Dah sbaizy(Spicy)?
Dia: Wa'alaikum salam. Mumkin tausil bi raqam tani? (boleh tak mintak delivery guna nombor lagi satu?)
Aku: ooh.. mesyi, mesyi.
Dia: understand?
Aku: yes, yes. Understand.
Dia: ma'as salamah... (may peace be upon you)
Dia suruh call nombor kedai yang lagi satu, sebab orang ni macam kat tepi laut je, sebab dengar bunyi angin yang kuat.

Lepas tu aku call nombor lagi satu...
Dia: Allu. Sobahan nur.
Aku: Sobahan khir.
Dia: allu. allu. allu.
Aku: hello, hello..
lepas tu dia letak phone, sebab line tak clear.

Aku call sekali lagi.
Aku: Hello, assalamualaik. dah sbaizy?
Dia: allu.
Aku: 'aizah tawsil bidza. (saya nak delivery pizza)
Dia: mesy. (okay)
Aku: 'aizah bidza fireh, medium.(saya nak pizza ayam, medium size)
Dia: bidza fireh bas? hega tani? (pizza ayam je? nak apa-apa lagi ke?)
Aku: lak. Bas. (tak. cukup)
Dia: mesyi.
Lepas tu dia tanyalah alamat dan nombor telefon... Aku pun bagi tahu.
Dan seperti biasa, kedai tu mesti tanya 'dur kem' dan aku memang sampai sekarang tak pernah faham, tak tahu nak cakap apa, aku just reply 'ma'alish. ana mush fahmah'(sorry, saya tak faham). dan diorang pun malas nak tanya lagi, sebab diorang dah macam marah je sebab aku tak faham. selalunya aku kena marah, sebab salah jawab soalan 'dur kem' ni. Aku selalu bantai jawab alamat rumah, ataupun 'bil wakti'(sekarang). Tapi memang salah lah dua jawapan tu, sebab memang kena marah punya.

*Grammar aku tunggang langgang. Aku cakap asal maksud tu sampai je.

Selepas 45minit menunggu, ini hasilnya...

Alamat dia kat Camp Shizar. Dalam 200 meter dari rumah aku.
Tapi still malas nak jalan.

Saje nak bagi jeles.
Medium sized, 8 slices, untuk aku seorang!
LE 21 (RM 10.50)  include delivery.
Sos tomato tu brand Heinz lagi tau.

Alhamdulillah, dapat jugak makan pizza hari ni.
Tapi aku rasa sebelum ni aku beli lagi besar saiz dia...

Sedap dan mengenyangkan.
Memanglah tak se'marvellous' Pizza Hut ataupun Domino's tu, tapi not bad lah.

Kalau nak makan yang marvellous tu je, habis lah duit aku.

Aku rasa kalau kat bahagian Mesir yang lain, boleh dapat lagi murah. Sebab Alexandria ni selalunya lebih mahal sedikit. Tapi sikit je lah.



* Fulus = Duit

4 comments:

  1. susahnye bahasa pasar.
    kena baca lebih dari sekali untuk trace maksud dia.. ajar aku eh balik nnt. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa arab fushah yang bljr dlu, yg mcm alQuran tu, dorang tak faham pun..
      mula2 dtg lg lah teruk.
      ckp 'ana uridu haza kitab' mmg z faham lgsg dia..

      Delete
    2. mcm org kl x faham bahasa kelantan la..

      Delete
    3. saya dah faham dah sikit2 bahasa kelantan:)

      Delete