Wednesday 11 April 2012

Penyakit: Amelia

Assalamualaikum.


Semalam kitorang punya lecture Anatomy belajar pasal 'Development of Bone'. Dan kat dalam tajuk ni, ada jugak topik 'Congenital Anomalies'. Based on the Medical Dictionary, Congenital Anomalies means birth defect/something that is unsual or different at birth. Senang cerita, dari segi fizikalnya, bayi tu lahir dengan ada sedikit kecacatan/ketidak sempurnaan pada tubuhnya.


Berkaitan dengan tajuk entry ni, 'AMELIA', ni adalah salah satu daripada anomalies yang berkaitan dengan bone(tulang). By refering tu the Wikipedia: The Free Encyclopedia (tak reti eja encyclopedia), Amelia = birth defect of lacking one or more limb. Ini bermakna, baby yang lahir, tak ada tangan, samada 1 atau lebih, tangan atau kaki. Because the word 'limb' is referring to the arm(upper limb) and/or leg(lower limb).

Waktu baru tahu term ni(Amelia), Meromelia, Phocomelia dan Micromelia, aku rasa biasa je. Cuma fikir yang ni cuma istilah perubatan. Tapi bila tetiba je kawan aku ni cakap 'kesian kat orang yang nama Amelia', aku still tak dapat tangkap lagi apa maksud ayat dia tu. Pastu dia cakap, 'Amelia kan takda tangan', baru lah aku faham. Yang sebenarnya, ramai orang yang kat dunia ni yang nama dia Amelia tu, maknanya takda tangan. Huahuahua..

Nicholas James Vujicic
Antara orang yang famous, yang menghidap Amelia

Amelia Lily: normal je, famous kot
(aku tak kenal pun sape)

Tapi, point nya kat sini, bukan nak ejek nama orang tu. Saja je nak share ilmu baru. Lagipun, nama Amelia tu, bukannya maksud dia takda tangan je. Banyak lagi makna yang baik, kalau refer kat 'nama-nama anak dalam islam'. So, jangalah nak marah kat aku plak, kata aku ejek ke, ape ke. And, tak payah la pulak nak pegi marah mak/ayah sebab bagi nama Amelia tu. Dan, tak payah la jugak nak pegi pejabat JPN, isi borang nak tukar nama.
Ingat lah, yang selagi makna nama tu baik, takda masalah. Lagipun, Amelia yang ni, cuma salah satu istilah perubatan je. Jangan emo eh..





p/s: 
- so, lepas ni, kalau dengar doktor cakap 'Amelia', atau jumpa kat mana-mana ke, takda lah blur plak.
- bersyukur lah kita lahir sempurna, cukup anggota. Alhamdulillah..:)
- kalau orang yang tak sempurna tu, jangan pulak kita pergi ejek/mengata/kutuk dia. Ingat, dia tak mintak pun dilahirkan macam tu. 

Ingat jugak Allah dah berfirman: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku nak cuba masukkan isi-isi Islam kat dalam setiap entry. Sebab haritu ada terbaca, artikel orang ni (takk ingat sapa), dia tulis, 'ada beza antara blogger perempuan dan blogger muslimah' (macam tu lah kot isi tulisan dia).


No comments:

Post a Comment