Monday 16 April 2012

Atuk, Opah

Assalamualaikum,

Haritu solat, waktu baca surah al-Fatihah, secara tak sedar, aku terbaca sama lagu macam arwah atuk aku baca.

Dah lama dah arwah atuk meninggal. Masa aku form 1. Hari raya. Baru aku ingat, dah lama aku tak ingat pada arwah atuk. Arwah opah. Aku rindu dorang. Harap-harap Atuk & Opah bahagia lah kat sana.
Rasa macam nak nangis..

Aku rindu Atuk. Aku rindu Opah. Dah lama tak mimpi Atuk and Opah. Mintak maaf sangat-sangat, kalau dah lama kita tak sedekahkan atuk and opah al-Fatihah. Tapi kita harap, ayah, mak cik pak cik and cucu-cicit, adik beradik opah and atuk tak lupa.

Kita tak tahu kita sempat tak mintak maaf pada opah and atuk sebelum opah and atuk pergi.
Mintak maaf sangat-sangat kalau dulu, kita tak tolong opah and atuk, susahkan opah and atuk.

Kita rindu nak makan sambal tempoyak opah. Opah cakap kalau sambal tempoyak tu pedas, makan inkan goreng. And yes, opah. It works:). Kita rindu jugak kari opah, ikan belah belakang opah, dodol opah and atuk, ketupat opah, kuih bangkit opah, kuih bahulu opah. Rindu jugak bedak sejuk yang opah buat sendiri. Semua yang opah pernah buat. Tiap kali kitorang satu family balik kampung. Opah and atuk rela tidur lambat, semata-mata nak tunggu kitorang sampai. 

Ingat lagi dulu-dulu, kita selalu duduk atas riba opah and atuk. Naik bas dengan atuk, naik motor dengan atuk pergi pekan Slim, pijak-pijak badan atuk. Bau busuk getah bila atuk balik dari menoreh. Tapi lepas mandi tengahari, nak pergi solat jumaat, atuk bau wangi je, bau minyak atar, atuk pakai jubah putih, serban putih. Lepas tu atuk naik motor pergi masjid.

Ingat lagi, petang-petang, arwah Tok Ngah Latip pun datang, borak-borak dengan opah and atuk. 

Ingat lagi, bila maghrib je, opah suruh pasang ubat nyamuk. Dah malam sikit, opah pasang kelambu, takut nyamuk masuk. Takut ulat gonggok masuk.

Ingat lagi betapa sedapnya buah pear yang opah potong. Tak tahu kenapa, walaupun kat rumah kita ada je buah pear tu, tapi rasa dia tak sama  macam yang opah potongkan. Sedap sangat.

Ingat lagi, dulu-dulu, bila kita demam, opah mandikan dengan air beras. Kita lenguh kaki, opah urutkan, kita sakit perut, opah urutkan.

Arwah opah meninggal seminggu sebelum aku pergi Mesir. Ada hikmahnya. Waktu tu hari raya jugak. Aku sempat jumpa opah hari raya tu. Tapi aku tak tahu opah sedar ke tak..

InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi kat syurga, ye opah, atuk.

Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah. wa na 'u zhubika min sakh hatika wan nar.


p/s: harap siapa-siapa yang sudi baca entry ni, harap jugak dapat sedekahkan al-Fatihah pada arwah atuk dan opah saya.
Kalau tak pun, tolong Amin kan doa saya pun ok dah.
Ya Allah, ampunkan lah dosa atuk dan opahku, kau lindungilah arwah atuk dan opah ku dari azab kubur dan nerakaMu. Berilah mereka syafaat Nabi Muhammad saw, dan tempatkan lah mereka di syurgaMu. Kau ingatkan lah kami semua, ahli keluarga mereka, untuk sentiasa sedekahkan mereka. Jadikanlah kami, keturunan mereka, keturunan yang soleh, yang tidak akan menarik mereka ke nerakaMu, kerana dosa yang kami lakukan. Amin, amin, amin ya rabbal 'alamin..


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment