Wednesday 11 April 2012

Pekerja vs Pelajar

Assalamualaikum.

Hari tu, tengah malas nak study(selalu sangat malas!), aku pun terfikir, 'apa beza pekerja dan pelajar eh?'
Selepas difikir-fikir, diperhati dan dianalisis, aku pun dapat la buat konklusi yang:


Pekerja:
waktu bekerja: 9 pagi - 5.30 petang

hari bekerja: Isnin - Jumaat
selepas waktu bekerja(balik rumah): aktiviti bebas (lepak dengan family/kawan, tengok tv)
hujung bulan: gaji
skop tugas: buat kerja yang bos/ketua bagi, outstation(kalau yang ada)
lunch hour: 1 jam + borak-borak


Pelajar:
waktu kelas: 8 pagi - 4 petang
hari kelas: Isnin - Jumaat
selepas kelas(balik rumah): rehat kejap, makan, STUDY/REVISION, buat TUTORIAL/ASSIGNMENTS
hujung bulan: TESTS
skop tugas: pergi kelas bawak buku berat-berat, lab coat, dengar lecture non stop, salin nota,  refer buku teks, berlari-lari ke kelas (sebab nak dapat seat yang best)




Aku selalu dengar, zaman belajar ni lah yang paling best, rileks je. Siapa cakap? Aku tak nak percaya. Sebab pada aku, (ikut senarai kat atas tu), kerja lagi best.


Mana tak nya, cuba tengok 'pelajar', kat kelas dah belejar, kat rumah pun kena belajar lagi. kalau tak nanti mak ayah bising, lecturer bising, blurr dalam kelas, high potential of fails in tests! Lunch hour? kadang-kadang tu tak da lunch hour langsung! kalau kelas straight dari pagi sampai tengahari/petang. Memang tak da masa lah nak duduk-duduk, lepak, sambil menikmati makanan yang lazat! TAK ADA! Tapi kalau pekerja, bukan main lagi, 1 jam kot, lunch hour dia. Siap sempat nak makan nasi 2 pinggan lagi, kalau lelaki, sempat lagi nak hisap rokok, kalau perempuan, dan lagi nak pi buat ketupat (mengumpat).


Pekerja pulak, lepas office hour, bebas! Tak da nak buat kerja office kat rumah lagi (tapi mak aku kadang2 buat je). Tapi selalunya lepas office hour, kat rumah, tengok tv, lepak-lepak. Hujung bulan pulak dapat gaji. (tak macam pelajar). Dinner tak payah nak susah-susah masak, kalau malas, beli je kat kedai. Tapi kalau mahasiswa macam aku ni, nak beli makanan kat kedai je, kopak la aku. Banyak benda lagi nak guna duit ni. Part ni dah menambah satu lagi cabaran jadi pelajar ni. 


Lepas balik kelas penat-penat, jalan kaki bawah panas terik, 25 minit, sampai rumah je, perut memang lapar(dari dalam kelas lagi dah lapar), letak je barang, terus pergi dapur, cari nasi malam tadi. Kalau ada lebih nasi semalam, boleh lah nak buat nasi goreng. Kalau tak, makan roti je la weh. PENAT WEH!!


Time nak dekat exam..=.=''


Tapi, bila fikir-fikir balik, memang lah payah nak belajar ni. Macam-macam cabaran.
Sebab tu Imam Syafie cakap, setiap pelajar, kena cukup 6, baru boleh belajar. Guru, Duit, Masa, Tenaga, Keinginan, dan lagi 1 tak ingat dah apa. (rasanya betul lah 6 perkara ni).

Tu tak kira kalau tak dapat scholarship lagi, tension nak study! Kalau dah dapat scholarship pulak, kena jugak study, nak jaga pointer, kalau teruk, banyak la nak kena bayar balik.


Apa-apa pun, pelajar ni lah aku sekarang. Zaman belajar secara formal. Ada 5 tahun setengah lagi, insya Allah..
Tapi, proses belajar, tak kan pernah habis, berhenti dan tamat. Ingat, belajar ni, tuntutan agama, kena buat sampai ke liang lahad.


Pesanan untuk diri sendiri, rajin-rajinlah belajar. Ingat mak ayah kat Malaysia nun. Sedar lah diri tu tak da biasiswa lagi, so, kena lipat ganda, tingkatkan lagi lah usaha nak belajar tu. tak payah nak main facebook sangat lah.








p/s: 21 April ni Exam Practical. 23 April ni Exam bertulis pulak.:D


No comments:

Post a Comment