Friday 4 January 2013

Hiburan minggu ini

Assalamualaikum.

Weekend aku dimulakan dengan kat lab semalam ada kawan aku yang tetiba je menyebut "tahu tak, kitorang dulu semua ingat awak dah bertunang. Sape tah cakap yang awak dah bertunang. Jadi kitorang pun percaya lah..". Ini kerana aku memakai cincin. Dan bila umur dah lepas angka 20 ni, topik kahwin-kahwin ni memang selalu timbul. Bila sorang start je sebut pasal kahwin, automatik ramai yang akan datang. Macam ada magic show ke hape.
Oh, janganlah nanti jadi anak dara tak laku..

Malamnya pulak, sumpah bosan gila. Aku terkapai-kapai sorang diri dalam bilik, sambil membrowse internet mencari apa saja yang boleh dijadikan hiburan minggu ini. Dimulakan dengan membaca blog usang lagi bersawang yang aku dah baca semalam sampai pukul 1 pagi. Last-last aku buffer cerita 'Labu-labi'. Buffer sampai habis, baru start tengok. Tengok 10 minit, aku terus tutup. Sebab tetiba je rasa 'Labu-labi' ni tak sesuai dengan jiwa belia aku yang tengah stres tanpa sebab yang sabit.

Lepas tu, sekali lagi aku membrowse youtube, end up tengok cerita Hollywood yang rupa-rupanya ialah sebuah filem lesbo. Woha!

Akhirnya, aku pun tidur dengan hati yang lara. Tanpa teman untuk diajak berbual samada di alam nyata ataupun maya. Hmmphh

Esoknya pulak(hari ni), tuan rumah nak datang kutip sewa rumah. Aku yang baik perangai ni pulak, bangkit tidur elok 30 saat sebelum telefon aku berdering sebab tuan rumah tu call mintak bukakkan pintu masuk kat bawah. Nasib baik sempat lagi test suara supaya tak obvious sangat baru bangun tidur sebelum answer his phone call.

Dengan muka tak basuh, gigi tak gosok dan perut yang sedikit berkeroncong, aku sarung satu lagi sweater dan tudung. pergi membuka pintu dan menjemput tuan rumah. Fortunately, nasib baiklah tuan rumah tak masuk pun, tapi just bagi aku satu lampu dan beg kecil dan dia pun terus keluar nak pergi sembahyang jumaat. Lepas jumaat baru dia datang balik untuk repair lampu dapur kami yang dah berkurun rosak. Oh ya, sekarang zohor pukul 12 tengahari.

Bila tuan rumah siap repair lampu dapur semua, jam dah pukul 2 lebih. Aku pun bersiap-siaplah untuk ke pasar. Sebab minggu ni turn aku pegi pasar dengan housemate lagi sorang.

Honestly, pasar ni memang bukan tempat feveret aku. Especially bila pagi tadi hujan. Kalau tak hujan tu, ok lah jugak kalau nak pergi pasar walaupun sedikit jauh. Yang menambahkan lagi ketidaksukaan aku untuk ke pasar ni ialah bila pak cik-pak cik penjual ni sesuka hati je nak menipu harga dengan bagi mahal sikit. Ingat aku tak tahu ke dia tipu? Tapi aku sabarkan jugaklah bila fikir yang dia tipu tu berapa sen sangatlah dan bila fikir they need the money more than us. Lagi satu sebab duit beli barang kat pasar tu duit kitorang satu rumah bukan duit aku sorang, so aku tak kisah sangatlah kalau kena bayar lebih. Tu tak masuk lagi kalau tetiba jumpa pak cik kedai yang gatal. Sabar je laahh..

Sebab pagi tadi hujan (sebab sekarang ni winter, so selalu jugak hujan), maka jalan banyak yang lecak di sana sini. Yang menambahkan lagi kemenyampahan aku pulak ialah bila negara ni kotor dengan debu dan sampah yang sesuka hati dicampak merata, bila dah hujan apa jadi? Sila gunakan kreativiti masing-masing.

Balik dari pasar, dah pukul 4. Tengok. sekejap je dah pukul 4. Maghrib pukul 5. Aku tak sempat buat apa lagi harini. Maksud tak sempat buat apa-apa tu bukan keluar berjalan-jalan. Esok dah kelas balik.

Dimanakah nikmat cuti yang mana aku boleh enjoy puas-puas tanpa sebarang tekanan?? Mana?

Yang menambahkan lagi tekanan aku ialah bila emel yang aku hantar pada satu hospital swasta ni nak apply biasiswa tidak dibalas. lagi. aku hantar 1 haribulan haritu, the first day of 2013! sebab tahun lepas aku hantar bulan 4 dia kata dah tutup. Jadi tahun ni aku nak hantar super duper cepat. Aku emel dan mesej fb dia, dua-dua takda reply lagi.

Not to mention yang aku punya application ke MARA haritu still takda apa-apa info lagi. Bila tanya kawan aku yang dah apply earlier pun tak dapat any reply lagi, aku pun bertambah stres. Sebab aku rasa dia lagi pandai daripada aku walaupun aku tak tahu pointer dia berapa.

Walau apa pun, deep down inside, aku harus katakan yang aku bersyukur dan sedar akan hikmah dapat duduk di Mesir ni instead of UK. Ya lah. Mana tau entah ke mana aku akan pergi kalau malam-malam yang bosan macam semalam tu?

So. To sum up, weekend aku is kinda sucks.

4 comments:

  1. Cube cari Aktiviti kemasyarakatan ke, join kelab2 sukan ke, carik tok2 guru, gi ngaji agama ke. Dah alang2 sampai mesir. Rugi kalau bwk balik ilmu medic je Tanpa bwk balik kenangan yg manarik tertarik kau mmg da bomb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ada jugak join usrah2 ni. tp kadang2 tu lah, malas nk pegi. especially kalau buat smpai malam atau waktu malam. kalau minggu kelas pack pun malas gak nak pegi tmpt2 lain. tahu nak balik rumah je.

      Delete
    2. kau bg la idea kat dorg, pergi bercuti ke. jalan2 alex. sambil cari org susah gi tolong. best kan. hehe
      aku yg dok uia ni pun malas nak join aktiviti. woha!

      Delete
    3. usrah2 ni ktorg jumpa skejap2 je. 2-3 jam je. dan x tentu masa, sbb jadual lain2. so x dptlah nk pegi bercuti same2. jln2 alex? stakat ni cuma jln2 cari mkn je laa..
      nk g tolong org susah tu, ada satu kelab ni. nama dia yalla foundation. tp nak join aktiviti dorg agak limited sbb ramai sgt nk join, end up pegi sana n tengok je.. *alasan!*
      haha
      sejak bila pulak kau rajin nk beraktiviti ni? selain drpd 2 aktiviti yg kau sendiri sedia maklum tu.. woha!

      Delete