Sunday, 11 June 2017

Penat

Assalamualaikum. Selamat berpuasa.


Dah lama aku tak menulis kat sini. Nak cakap lamanya, kalau dulu aku menulis pakai laptop. Tapi sekarang ni dah boleh pakai handphone je. Lama dah kan.

Aku sekarang ni dah final year, tengah final sem dah ni. Tinggal lagi 3 bulan je nak habis belajar, insyaAllah.

Tapi semakin lama, semakin kurang motivasi aku nak habiskan berapa hari je lagi ni.
Aku penat, stress dan macam-macam lagi lah.

Aku tak sangka langsung yang kalau belajar medik ni, nak jadi doktor ni akan jadi macam ni.

Dulu-dulu aku ingatkan jadi doktor ni best (aku tahu bukan senang). Tapi bila dah dalam bidang ni baru tahu rupanya bidang ni tak seindah rupa.

Aku faham je pasal workload yang banyak; walaupun sebenarnya kadang-kadang aku persoalkan kenapa banyak sangat kerja dan kenapa kerja macam nak mati.

Tapi yang paling memenatkan atau yang paling melemahkan sangat atau demotivate aku ialah orang-orang yang dalam bidang ni.

Aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang yang bijak pandai, yang supposedly the professionals, can act and be so unprofessional!

Aku tak larat dah nak explain atau nak terangkan macamana. Sebab haritu ada patient kata "biasalah kerja macam tu"


Kenapa? Kalau kerja elok-elok, cakap elok-elok tu memang bukan perkara yang biasa ke? Bukan human's nature to behave properly? Memang fitrah manusia ni kasar, biadap ke?


Kau rasa best ke kalau kena marah hari-hari? Kena marah untuk benda yang remeh atau bukan salah kau pun.

Ataupun bila bos kau cakap dengan kau dengan muka dan suara macam kau ni takda nilai langsung. Macam menyampah gila dengan kau, macam kau ni benda yang paling menjengkelkan sekali dalam dunia ni.

Well, aku tak pernah lah lagi kena macam ni. Tapi aku pernah nampak doktor-doktor baru yang dilayan sebegini rupa. Sampai aku dah takda rasa hormat langsung kepada bos doktor tu.


Saja nak bagitahu, aku tak belajar kat Mesir dah. Aku transfer sejak tahun 2013 lagi. So sekarang ni aku tengah belajar kat malaysia lah. Dan semua yang aku nampak dan lalui ni semuanya di Malaysia. Di negara yang orang asyik kata "oh Malaysia, orangnya baik-baik. Sopan, friendly, suka menolong".

Friday, 8 November 2013

Pengalaman Menjadi Guru Ganti (part 1)

Assalamualaikum.

Awal bulan september haritu aku mencuba sesuatu yang baru, yang aku sendiri tak sangka aku sanggup iaitu menjadi guru ganti atau Guru Sandaran Tidak Terlatih nama panjangnya. Kenapa tak sangka aku sanggup? Sebabnya aku tak suka sekolah, aku suka ponteng sekolah dan aku tak berapa suka that wroking environment (no offense teachers. ini pandangan dan pendapat peribadi saya seorang sahaja). Aku apply kat sekolah rendah je, sebabnya kalau sekolah menengah kau bagi la gaji rm500 sehari pun, belum tentu aku akan terima. Ini fakta.

Kalau nak tahu jugak, ini pengalaman pertama aku bekerja dalam seumur hidup. Dan kenapa aku apply jadi cikgu dan kenapa tak kerja dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan macam kat klinik ke kan? Sebabnya, aku dah pergi ke 6 KLINIK dan semuanya tak nak terima aku. "Dah terlalu ramai pekerja" katanya. Kita redha je laahh..

Macamana dapat kerja:

Aku pergi pejabat sekolah dan mintak nak jadi cikgu ganti. Apparently, waktu aku mintak tu takda kekosongan, jadi aku just tinggalkan nama, no. telefon, alamat dan keputusan SPM (aku tulis kat kertas conteng yang kerani pejabat tu bagi je, tanpa resume). Dekat nak sebulan tu baru dapat call, dia tanya berminat lagi tak nak kerja? Dah aku memang nak duit, aku cakap ok je la..

Aku dapat sesi petang (darjah 1-3). Aku nak sesi pagi sebenarnya. tapi dah dapat ni, terima je la..

Gaji: 

Aku kerja kat situ menggantikan cikgu ganti lain (B) yang menggantikan cikgu baru yang belum mendaftar yang cuti bersalin (A). Bila cikgu-cikgu lain tanya "awak cikgu baru ke? ganti siapa?" Aku nak jawab pun macam malas, sebab macam berbelit dan cikgu lain pun tak berapa nak faham position aku yang mengganti ganti orang ni. Yang sedikit menggembirakan ialah B yang aku ganti tu dah ada diploma, so, gaji aku insyaAllah lah dapat rm72 sehari (aku sambung kontrak dia terus). instead of rm54 sehari untuk SPM holder macam aku. (gaji ikut kelulusan).
Yang tak bestnya, sampai ke hari ini, lebih daripada sebulan aku tamat kerja, duit gaji tu tak nampak-nampak lagi. Tapi Guru Besar tu memang dah cakap dah awal-awal lagi "gaji ni lambat sikit lah ya.. sebulan dua baru dapat. paling lambat dalam 6 bulan la ya.. kita kena tunggu peruntukan PPD."

* jadi nasihat aku bagi sesiapa yang memerlukan duit ASAP, tak payahlah kerja dengan kerajaan.
** dan sekarang ni, aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat memerlukan duit.

Apa yang aku buat:

Disebabkan aku cikgu ganti dan bukan mengganti guru kelas, jadinya kerja aku tak berat sangat. Aku cuma tolong-tolong cikgu pusat sumber dan masuk kelas untuk ganti cikgu-cikgu yang tak datang.

Nampak macam senang. Tapi susah sebenarnya. First day bekerja, balik rumah tu terus rasa nak tidur dan rasa TAK NAK dah datang sekolah esok. Even masuk je kelas yang pertama; kelas darjah 2 belakang-belakang sikit, aku dah cakap kat diri sendiri "apa benda yang kau buat ni? apasal kau nak kerja kat sini??!!" Aku memang rasa nak balik time tu jugak.
*pengalaman mengajar nanti aku sambung kat part 2*

Kat pusat sumber pulak, aku kena tampal-tampal sticker bewarna kat buku, key-in data untuk buku-buku baru ke dalam sistem (best tapi memeningkan kepala) dan balut-balut buku. note: aku tak reti balut buku.
Dan buku-buku tu pulak, macam tak habis-habis. Tiap-tiap hari buat, tiap-tiap hari jugak nampak macam takda hasil. Sebabnya tu sekolah baru, dan pusat sumber baru, jadi banyakkk gila buku-buku baru, dan banyak gila kerja nak kena buat. Mula-mula tu memanglah aku stres dan merungut sorang-sorang, apahal plak nak kena tampal-tampal balut balut semua ni. Belajar penat-penat, sekali kena buat lousy job macam ni. Mula-mula macam tu la.

Tapi lama-lama tu aku realize, ini lah yang cikgu-cikgu ni semua terpaksa buat. Dua orang cikgu pusat sumber je sebenarnya, sebabnya cikgu-cikgu lain (ajk pusat sumber) macam asyik mengelat je bila suruh datang. ini realiti.

Cikgu-cikgu ni belajar tinggi, ada degree/master. tapi end up terperuk kat pusat sumber buat kerja macam ni. Sebab dia kat pusat sumber, cikgu-cikgu lain tak nampak kerja dia, dan anggap diorang tak buat kerja. Pihak pentadbir pulak tahu nak bising dan push-push aje. Kesian. Cuba kalau diorang try duduk kat situ dan buat kerja kat situ sehari je, baru tahu betapa penatnya kerja kat pusat sumber.

Sepanjang 18 hari bekerja tu, merasa jugak aku buat overtime hari sabtu dan terlibat dengan program pusat sumber bila cikgu PS sekolah lain datang tolong hias dan set-up PS sekolah tu.





Tampal sticker kat buku tu macam gambar kat atas tu la.. Tapi kat PS tu, sekarang dah kena tampal bar code kat frontpage, dan sticker berwarna kat kat tepi buku atas sticker putih kat atas tu. Sticker berwarna tu ikut jenis buku: sastera, fiksyen BM, fiksyen BI, Science, Religion etc. . Lain jenis, lain warna. dan aku pernah screw up 2 kali! Tapi nasib baik time tu aku sorang je, so macam rileks sket la..

Nak key-in ni paling strees sekali. Sampai berpinar dan pening kepala aku. serius tak tipu.
Untuk setiap buku, aku kena taip every details pasal buku tu. nama publisher, tempat, berapa muka surat, nama penulis, tajuk buku (ada tajuk yang betul2 confusing), tahun berapa dia terbitkan, ISBN code etc. memang berpinau. Yang ni aku srew up a lot. Sebabnya bila aku dah save untuk satu buku, supposed aku boleh edit, tapinya, kat komputer tu tak boleh pulak nak edit. Jadinya, aku kena delete balik semua yang aku dah buat sebab semua buku ada nombor bilangannya sendiri. *susah nak terangkan sebenarnya*

Yang bestnya bila aku jumpa buku-buku yang best kat PS. dan kebanyakan buku yang best tu daripada buku sumbangan (buku terpakai yang orang bagi/wakafkan kepada PS). contohnya:

buku ni tak sempat pinjam dan baca 

buku ni sempat pinjam 2 hari macam tu. tapi tak habis baca.
aku end-up download je ebook buku ni. free je.
tapinya in english la


Dan ada jugak buku-buku yang aku tak sangka boleh ada dalam pusat sumber sekolah rendah; ya lah, budak kecik(diorang memang physically and mentally kecik ok) mana baca buku-buku yang serius macam tu. Buku Najib Answers dan satu lagi buku oleh TPM dimana beliau menjawab soalan macam PM kita juga.( aku menyesal gila tak tangkap gambar buku tu haritu sebab kat google image takda)

Stress:

Aku stress bila aku sorang je yang baru, dan takda kawan. Minggu kedua baru aku discover yang rupanya ada lagi sorang cikgu baru (C) macam aku jugak yang bukan cikgu sebenar-benarnya. dia belajar benda lain dan jadi cikgu ganti kat situ. Tapi sebab dia ganti guru kelas, makanya, kerja dia bertimbun-timbun dan kami jarang dapat lepak sama-sama.

Aku tak duduk kat bilik guru (sekali je duduk dengan C) langsung. Aku duduk kat PS je. Sebabnya, aku rasa macam tak layak nak duduk kat bilik guru. Aku bukan cikgu, buat apa nak duduk kat situ, aku tak layak nak duduk situ. Rasa rendah diri.

Dan cikgu-cikgu lain pulak bukan semuanya friendly. Ada certain tu aku senyum, dia buat derk je. *stress*. Ada jugak yang aku tanya soalan, dia buat muka. *stress*.
Akan tetapi, ramai je cikgu yang friendly dan baik. Ada yang nampak aku dia senyum, tegur. Aku siap tumpang kereta cikgu-cikgu lain lagi hari-hari pergi dan balik sekolah.

banyak lagi benda yang stress time kerja ni. nanti aku cerita lagi.





*aku dah banyak kali dan dah lama dah nak tulis pasal ni tapi malas. malas bukan apa, cuma malas nak fikir. nak tulis kena fikir apa yang nak tulis. nak fikir tu yang malas. dan nak recall balik memori yang dah lebih sebulan pun macam susah lah pulak kan..

Monday, 1 July 2013

nights before the exam

Assalamualaikum.

3 julai ni exam cardiovascular system. sekarang dah pukul 3.43pagi, aku masih tak tidur lagi. malam tadi dalam pukul 10 macam tu, aku macam tak berapa nak sihat (ala2 sinusitis rasanya), so i made a cup of nesho(nescafe + horlicks). jadinya, hilanglah mengantuk. jadi aku pun try lah nak baca buku. tapi tak masuk! aku rasa susah nak fokus, dan biochemistry tu macam tak menarik. Aku nak something yang boleh blow my mind. Kalau haritu aku tengok George Barnette's cover, harini aku dah lali dengan cover tu. Tiba-tiba ada rasa macam nak melukis sesuatu.

Aku teringin nak lukis rumah opah (kampung aku), tapi malangnya aku takda gambar rumah aku dari depan. Dan memori aku pun tak berapa nak clear sangat. Aku godek fb anak sedara aku(anak kepada sepupu aku) sebab aku rasa macam pernah ternampak gambar rumah opah. Unfortunately, takda jugak. Then, aku ternampak gambar budak tu time dia kecik-kecik dulu. Tetiba rasa macam "apakata try lukis gambar budak ni. Tak susah sangat".

So, here it is.
Walaupun tak sebijik macam gambar budak tu, tapi boleh lah ek. Ni potret (potret lah kot) yang aku pernah lukis seumur hidup aku. Yang pertama gambar model Maybelline (kerja sekolah pend. seni masa form 3).

Macam dulu jugak, aku tak berjaya nak menampakkan gambar tu senyum. Jenuh nak buat.  






Aku pakai pensil 2B (pensil kayu dan mechanical). Shadow2 tu aku tenyeh pakai tisu. And this time around, aku tak start dengan grid. Sebab macamana aku nak buat grid kat skrin laptop.

notice: baju dia tak siap, tangan sebelah je (tu pun cincai boncai), hidung terlalu jauh daripada mulut, mata tak berjaya bagi nampak bukak (sebab dia sebenarnya melihat kebawah, bukan memejamkan mata) dan banyak lagi kurangnya lukisan/sketch ni.

Overall, aku ambik dalam 1 jam jugak nak siapkan bendalah ni.

p/s: sekarang aku dah ketagih nak melukis pulak dah. lusa nak exam, macamana ni??