Tuesday 29 January 2013

Balik Malaysia free!

Assalamualaikum.

Sekarang ni, Presiden Mesir; Dr. Mursi dah keluarkan perintah berkurung di beberapa kawasan/negeri di Mesir ni iaitu Suez, Port Said dan Ismailiyah. Dan setakat ni Alex tak ada lagi la kena perintah berkurung ni walaupun sekarang ni hampir tiap-tiap malam boleh dengar je suara orang ramai-ramai berarak kat jalan yang tak sampai pun 20 meter daripada rumah aku. Tapi aku tak risau/takut pun sebab diorang cuma guna sepanjang jalan tu je. Diorang tak kona-kona ke jalan lain.

Kalau ada yang masih ingat, 25 Januari 2011 dulu, berlaku revolusi besar-besaran di Mesir ni. Dan tak lama lepas tu, kerajaan Malaysia pun pakat bawak balik semua pelajar Malaysia yang ada kat Mesir. Dan mereka(Malaysian students) ni dapat balik free; kerajaan sponsor! (tak semua la..)

Aku pulak, sekarang ni, memang harap-harap sangat dapat balik free macam tu. Even tahun lepas pun still berharap nak balik free. Tapi bila dengar khabar angin orang cakap yang kalau Mesir ni bergolak teruk lagi dan semua students Malaysia kena balik, kitorang semua kena balik terus, tak boleh datang sini balik dah. Sebab Malaysia dah tak da duit nak sponsor balik free aje. Jadi terbantut lah sikit angan-angan nak balik free tu. Well, first year, semangat dia mesti la lain sikit. Kan?

Memanglah kalau ikutkan, aku pun tak nak Mesir ni bergolak, sebab kesian kat rakyat dia. Tapi dalam kesian-kesian tu jugak, aku tetap nak balik free! Aku nak jugak! Nak jugak!



p/s: Dan tolong bagi return ticket yang tarikh untuk ke Mesir tu sukati aku nak bila pun dan lectures tak start selagi aku tak balik.

Di lantai koridor yang sejuk ini kubertemu cintamu

Assalamualaikum.

Pagi tadi waktu duduk kat lantai koridor yang sejuk sementara nak tunggu ujian practical start, sorang classmate aku ni datang bertinggung depan aku dan senyum. Dia cakap "hai, kak ...."(sebab aku tua setahun daripada dia). Aku macam ala-ala terkejut la sikit sebab kitorang tak berapa nak rapat sangat dan jarang sungguh berbual. Dan bila dia datang tegur aku kat situ buat aku rasa terharu. Ada jugak orang yang sudi nak tegur aku.. Dan dia tak sombong rupanya

Aku perasan, yang waktu nak tunggu masuk lab untuk exam-exam practical dulu pun dia ada je tegur aku. Tak sangka, baik jugak dia kan? Bukan nak kata dia tak baik ke apa sebelum ni. Cuma sebab kita tak berapa nak rapat dengan dia, tak bermakna kita boleh nak nilai dia (seseorang tu) sebagai "tak baik", "sombong" atau "poyo".

Tak kenal maka tak cinta. <---- ayat ni tak boleh apply pada orang yang lain jantina!



Tajuk tu saja nak bagi feeling ayat-ayat cinta yang tak pernah tengok sampai habis.

i'm screwed

i think i screwed my physiology practical test.
macamana nak bagi rasa positif?!!

felt like a bimbo.
yeah, i am that pretty.

Thursday 24 January 2013

12 Rabiul Awal 1434H aku

Assalamualaikum.

Hari cuti aku untuk Maulidur Rasul ni dah start pukul 8 pagi lagi. Aku dengan group smart circle (SC/Usrah), kitorang berjumpa melalui skype untuk usrah kali ni. Moden kan? Mula-mula tu aku pun terkejut jugak, apasal tetiba jadi moden sangat sampai nak berskype. Tapi sebenarnya best je buat melalui skype ni walaupun kadang-kadang tu tiba-tiba connection terputus sebab internet connection tak berapa nak ok. Dapat memupuk kesabaran! Apa-apa pun, SC harini memang seronok walaupun tak jumpa depan-depan, kita semua tetap boleh berSC dengan gembiranya. Macam SC sebelum-sebelum ni jugak, kakak(naqibah) tu lah yang banyak cakap(sebab kitorang adik-adik ni tak reti sangat). Memandangkan harini Maulidur Rasul, kakak tu pun sentuh pasal Nabi dan sifat-sifat belia. Kakak tu sangat bagus. Walaupun busy dengan pelajaran, dia punya ilmu pasal agama ni memang pergh! banyak gila. Kakak tu siap nangis lagi waktu cerita pasal pengorbanan Nabi Muhammad saw semata-mata untuk kita Ummatnya yang Nabi sendiri tak pernah kenal dan jumpa.

27 Januari ni kakak ni nak pergi umrah memandangkan cuti musim sejuk. Saya harap segala urusan sepanjang perjalanan dipermudahkan dan doa-doa akak dimakbulkan Allah. Terima kasih sebab sudi pelawa kami semua untuk kirimkan doa pada akak nanti. 

Dekat 2 jam jugak kitorang ber-conference melalui skype. Lepas tu aku makan breakfast dan siap-siap pergi rumah Faizah sebab nak study skull sama-sama(rumah dia ada satu complete set human bone tuan rumah dia bagi). 

Sampai rumah dia, walaupun perut aku kenyang sangat dah makan satu pinggan penuh spaghetti goreng, aku makan jugak apam balik dan pancake. Apam balik tu Faizah buat, pancake tu pulak McD yang buat. Hebat kan Faizah ni. Apam balik pun pandai buat. Aku sebenarnya nak makan sikit je apam balik tu sebab dah kenyang sangat. Tapi bila dah Faizah sungguh-sungguh nak aku habiskan sekeping, aku pun makan je la. Tapi memang sedap pun apam balik dia.

Lepas dah kenyang makan, kitorang pun start belajar skull. Walaupun Faizah mula-mulanya macam takda mood sangat(dia kata malas sikit nak study), tapi dia layan je aku yang tetiba je nak datang rumah dia nak belajar skull ditambah pulak dengan soalan-soalan aku yang bertanya macam aku tak pernah belajar apa-apa. Nampak sangat tak revise dan kat kelas otak ke lain.

Lepas belajar dalam sejam lebih, dia offer lagi makanan kat aku. Kali ni kek pulak. Dan apam balik plus orange juice. Aku serius kenyang gila. Makanan yang tadi pun tak sempat turun lagi, ni dah sumbat lagi.


Apam balik tu nampak tak cantik sangat kulit dia sebab aku yang goreng

Ok, motif aku nak cerita pasal makanan Faizah ni sebab nak bagitahu yang Faizah ni serius sangat-sangat baik. Tiap kali aku datang rumah dia, macam-macam makanan dia bagi kat aku. Kadang-kadang tu aku sendiri yang tak malu mintak dan habiskan makanan dia.

Kalau dia ada buat kek pulak, walaupun aku tak tahu pun dia ada buat kek, dia sanggup bungkus satu slice kek yang dia buat, dan esoknya kat kelas bagi kat aku. Banyak kali pulak tu. Baik gila kan?! Tak termasuk lagi segala macam benda yang dia buat untuk aku, tolong aku, sabar dengan aku.

Alhamdulillah sebab aku dapat jumpa dengan orang yang baik-baik di Mesir ni walaupun sebelum ni kat Malaysia langsung tak pernah kenal.

Aku harap ukhwah yang ada antara kami semua ni akan kekal sampai bila-bila, sampai akhirat. 



p/s: Esok 25 Januari, hari Revolusi Mesir. Maknanya kami semua kena duduk rumah je(walaupun memang takda plan nak keluar pun). Harap-harap semuanya baik-baik aja. Egyptian (and Malaysian), please keep calm. 

Wednesday 23 January 2013

Asif ya Rasulallah

Assalamualaikum.
Haritu aku tengok schedule untuk minggu ni. Aku tengok 24/1/2013 ni cuti. Dan otak aku cuma dapat tangkap "oh yeah! cuti! bestnya dapat cuti awal!". Aku tak tahu pun sebab apa universiti bermurah hati sangat nak bagi cuti. Dan idea-idea yang terlintas kat kepala aku cuma "mungkin orang Mesir nak buat demo awal sikit kot"(sebab haritu lecturer pesan 25 Januari ni jangan keluar rumah, sebab hari revolusi Mesir). Itu je yang aku fikir. Dan plan aku untuk cuti tu, mungkin tidur lebih sikit, dan kalau rajin, study skull kat rumah Faizah.
Kalaulah esok tak cuti, dan takda orang yang bagitahu esok Maulid Nabi,  tak ada sesiapa yang post kat FB atau blog pasal Maulid Nabi, sungguh, aku tak akan sedar yang rupa-rupanya esok hari lahir Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam.
Aku langsung tak perasan, tak terfikir yang rupa-rupanya dah lama dah cuti Raya Haji, cuti awal Muharram. Rupa-rupanya dah masuk bulan tiga dah; bulan Rabiul Awal. Serius aku langsung tak sedar. Yang lagi aku tak perasan, rupa-rupanya cuti 24/1 esok ni tarikh Hijrahnya ialah 12 Rabiul Awal. Terkejut aku! Tengok la, langsung tak ambik berat.
Aku sendiri pun tak tahu takat mana Islamnya aku, dan takat mana cintanya aku pada Nabi Muhammad saw. Bila orang cakap "aku cintakan Nabi, kita semua cintakan Nabi" aku cuma boleh angguk dan cakap "ya, kita semua cintakan Nabi", ulang balik apa yang orang tu cakap. Paling banyak pun cuma berselawat dalam hati. Aku sendiri tak ada tanda-tanda yang aku cintakan nabi. 
Kalau orang yang bercinta, lagi sebulan birthday partner dia, awal-awal lagi dia dah beli hadiah, dah plan nak buat surprise birthday party etc. Kalau orang yang tengah bercinta jugak, dia akan sanggup buat apa saja yang boleh untuk please orang yang dia cinta. Dan orang yang bercinta jugak, dalam otak dia, sepanjang masa dok ingat pada partner dia tu. Seminit pun tak pernah lupa.
Dan kalau dikenangkan balik, aku rasa nasib baik ada jugak orang yang organizekan program-program sempena Maulid nabi. Ceramah ke, majlis selawat ke. Nasib baik ada jugak effort daripada mereka-mereka ni untuk menyambut dan menghidupkan hari kelahiran nabi. Sebab kalau tak ada lah usaha-usaha macam ni, terus terang aku cakap, mungkin hari cuti ni cuma cuti. Duduk rumah, tidur. Macam bukan orang Islam je gayanya. Memang memalukan. Tahun-tahun depan, Maulid nabi pun aku tak ingat apa benda. Nauzubillah.
Bila aku godek-godek laptop tengok kat folder-folder, aku nampak satu pdf tajuk 'Know Your Prophet'. aku download file tu bulan November 2011. 2011! Dah bertahun ada, tapi 8 muka surat tu je pun tak larat nak baca. Macamana ni?
Nabi dulu sungguh-sungguh dia menangis, berjuang, bersabar dan berusaha bermati-matian untuk selamatkan aku dan kita semua sebab sayangkan kita semua walaupun nabi tak pernah kenal kita. Tapi ini balasan aku pada nabi. Demi kita, nabi buat macam-macam. Tapi apa balasan aku? Cuma selawat yang cuma sekali-sekala? Shame on me!
http://npmss.blogspot.com/2011/09/last-moment-of-our-beloved-prophet-saw_13.html
on his DEATHBED

Aku bukak pulak folder lain, 'sirah rasulullah' nama dia. Berlambak-lambak video pasal sirah nabi yang aku copy daripada kawan aku tahun lepas. Tapi rasanya seingat aku, satu video pun tak habis tengok lagi. Tapi Grey's Anatomy, House, movie-movie, beratus-ratus video dah aku tengok. Sungguh mengecewakan. 
Aku tak tahulah nak kata apa lagi. Aku terlalu di dalam dunia aku sendiri. 
Ini ada aku copy daripada nasbunnuraini.wordpress.com
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad).
Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina muhammad wa 'ala ali saiyidina muhammad




Aku harap apa yang jadi pada aku ni tak terjadi pada sesiapa. Dan tak dicontohi sesiapa. Ini perangai dan sikap yang tak baik, tak patut dicontohi.
Semoga kita masih sempat untuk kenal siapa Nabi kita, siapa Tuhan kita, dan siapa kita pada Nabi dan Tuhan. 
http://shazly250.deviantart.com/art/i-m-sorry-our-greatest-Prophet-Muhammed-326870264
from: shazly250.devianart.com

Sem. 3 dah habis?

Assalamualaikum.

Kalau nak tahu, harini kelas terakhir untuk sem 3. in fact, lecture dah banyak hari dah habis. Cuma harini kitorang masih lagi pergi kelas untuk revision session untuk practical exam. Kalau nak diikutkan, hari sabtu minggu depan ada beberapa kelas yang masih ada kelas. tapi schedule tu tetiba je prof tukar tengah-tengah malam tadi. pukul 11 lebih malam baru dapat tahu! baru ingat nak gelakkan orang yang kena pegi kelas hari sabtu tu. heh

Maknanya, esok aku dah start cuti, saammpaaaailah awal bulan 3. Tapi cuti yang start esok ni, bukan bermakna aku boleh bersuka-ria lupa dunia semua. Sebab cuti ni sebagai study week(s). selasa ni ada practical exam dan awal bulan 3 pulak start written exam. see, takda maknanya cuti lelama pun.
 Habis je last paper pada 14 februari tu, baru boleh rileks sebab winter break. Kalau dentistry student pulak, cuti diorang dah seminggu start. Universiti-universiti lain macam Cairo, Azhar, Mansura and Zagazig pun dah start dah rasanya(yang second year). Ada yang dah sampai London and Malaysia dah. Ada orang tu dah post gambar kat fb lagi main salji kat London. Jeles! Kitorang yang Alex ni selalu start cuti lambat. Dah la lambat, cepat habis pulak tu. Sangat tak fair!

Disebabkan dentistry dah start cuti, sebab tu lah sorang housemate aku ni takda kat rumah. Dia pergi jalan-jalan kat Turkey dengan kawan-kawan dia. Tanpa travel agent, dan semua benda termasuk tiket, tempat tinggal, transportation semua diorang urus sendiri. Cool kan?!

Kalau fikir-fikir balik, macam tak percaya pulak yang sem 3 dah habis. Serius cepat gila! Rasa macam baru je lagi balik sini daripada summer break haritu. Tup tup dah bulan 1, dah habis sem 3. Lepas tu nanti sem 4 pulak, ada spring break, kelas-exam, lepas tu summer break=balik Malaysia. Sekejap je kan?!

Padahal waktu kat Malaysia haritu bukan main lagi dok fikir lamanya nak kena duduk kat Mesir. Setahun. Tiba-tiba rasa macam tak percaya je yang tinggal berapa bulan je lagi nak balik Malaysia.

Aku punya winter break pulak? Harap-harap tak demam seminggu macam tahun lepas. Dah lah demam, langsung takda selera makan. perut masuk angin sampai nak muntah.

Bagi yang tengah bercuti tu, happy holiday la aku ucapkan..
Harapnya aku tak men-distract diri aku sendiri, dan harapnya aku akan letak more effort untuk cover semua syllabus yang masuk. Supaya tak menyesal dikemudian hari..



Sunday 20 January 2013

Belajaq tengkorak

Assalamualaikum.

Selasa minggu depan ada exam practical untuk Module Central Nervous System yang include Anatomy, Histology, Physiology, Pharmacology dan Biochemistry. 5 in 1!

Untuk module ni, anatomy dan neuroanatomy belajar Head and Neck. Maknanya belajar bahagian kepala dan lehar. Ini termasuk tengkorak (skull), otot-otot, salur darah dan saraf-saraf, brain dan spinal cord(saraf tunjang). Rasanya takda item yang tertinggal.

Untuk skull tu, macam biasa, kenalah tahu bahagian-bahagian dia. Maksudnya, kena tahu label skull tu. Groove ni nama dia apa, apa structure related to it? apa structure yang pass through it. Kalau ridge ni pulak, fossa ni pulak, foramen ni pulak. Falx cerebri kat mana attachment dia. eh?
Kita kena tahu semua tu! Generally point-point macam ni lah yang akan disoal. Bagi aku pulak, skull ni mencabar sikit (banyak sebenarnya) kalau nak banding dengan limbs dulu. Especially cranial cavity. Skull ni banyak benor struktur dia yang nampak macam sama, tapi lain sebenarnya. Dah lah nama nak dekat sama, structures yang berkaitan pulak nama macam nak sama. Foramen rotundum, foramen ovale, foramen spinosum, foramen lacerum, foramen magnum, jugular foramen? Tak masuk lagi Falx cerebri, tentorium cerebelli, falx cerebelli and family lagi. Macamana tu? Ini anatomy.

Kalau neuroanatomy pulak, belajar pasal brain and spinal cord. Generally, kita kena tahu bahagian-bahagian brain and spinal cord. Sulci and gyri, kawasan ni function dia apa, dia contol apa? kalau kat sini sakit, apa kesan dia pada kita, lumpuh ke, tak boleh cakap ke, tak boleh faham apa orang cakap ke, dan lain-lain lagi. Itu baru brain. Brain stem dan spinal cord pun sama je remeh dia. Dah lah specimen tu dah berkurun, nak identify certain structures tu kadang-kadang a little bit difficult especially cerebellum.

Histology pulak memang kena teliti betul-betul, lebih-lebih lagi kalau tengok slide tak guna microscope. Kena identify, section ni sebenarnya medulla ke pons ke midbrain? dah tu nak kena tahu jugak, upper medulla ke lower medulla? same goes to pons and midbrain. Kalau slides yang tengok under microscope pulak, yang paling mencabar rasanya eye kot. sebab cell-cell layer to semua nampak lebih kurang je.

Physiology pulak rasanya boleh handle. Cuma nanti bila doktor tu tanya depan-depan nanti janganlah gelabah tak tentu pasal(macam OSCE haritu). Relax je. Tapi yang macam susah nak handle physio ni mungkin nerve pathways. Segala  macam tract nak kena tahu. Spinothalamic tract, dorsal column, dan macam-macam lagi yang aku tak ingat sekarang ni.

Biochem tu rasanya takda pulak kita pergi lab. Cuma duduk kat kelas dan belajar pasal CSF(Cerebro Spinal Fluid. tak tahu melayu dia apa) and brain metabolism.

Pharmaco pulak.
Ermm...
malas nak cerita. Sebab tak suka pharmaco.
InsyaAllah sebarang masalah wrong prescription tidak akan berlaku dizaman kerjaya nanti.
Mari berdoa..

Untuk belajar skull tu, tadi pergi pinjam skull. Bawak balik rumah supaya senang nak revise. Sambil-sambil menaip ni, sambil-sambil tu jugak belek buku dan skull. nak tulis perkataan-perkataan bombastic macam foramen rotundum, mesti nak kena tengok buku dan skull dulu. Takdalah tulis dengan mengkhinzir(membabi) buta.

Kalau dulu waktu tak belajar medic, sure takut gila bila nampak tengkorak orang. Baru nampak, belum pegang. Belum lagi bawak balik rumah dan berkongsi bilik yang sama. Tapi kalau nak kata sekarang ni berani sangat pun takla jugak. Tadi waktu nak pinjam pun tetiba teringat pulak misteri nusantara bagai. Tapi tak pe, niat nak belajar. Yang paling penting, hormat semua benda yang kita belajar ni. Daripada tulang, sampailah specimen-specimen daripada cadaver yang kita jumpa kat morgue tu. Ingatla, yang dulu dia ni pun macam kita. Pernah menjadi anak orang/mak orang/bapak orang. Bila sekarang ni dia dah helpless tak mampu nak melawan atau marah bila kita 'main' dengan body parts dia, jangan nak lebih-lebih pulak. Respect sikit!

Last year waktu belajar upper and lower limbs, kurang sikit rasa respect pada cadaver tu. Tapi bukanlah tak hormat sampai sepak-sepak, tarik-tarik, gelak-gelak macam tu. Cuma tak terasa sayu dan kesian macam sekarang ni. Bila masuk morgue jumpa kepala orang, sebelah je, takda leher. Kesian ok. Bila belajar mata pulak lagi kesian. Bahagian mata je. Bila bukak kelopak mata, nampak mata dia. Sayu je rupa dia. Cuba bayangkan kau punya muka kena kerat kat bahagian mata. Mata kanan tu kat kau, mata kiri bagi kawan kau. Cuba kau imagine waktu nak membelek mata tu. Cuba imagine..



p/s: kecik-kecik dulu kalau pergi hospital nampak tulisan 'bilik mayat' pun takut weh. Tak tengok lagi peti dia.


Nak google gambaq ni pun ketaq.
sebab sekarang musim sejuk okeh.

Thursday 17 January 2013

Kucing Kellie's Castle

Assalamualaikum.

Tengah-tengah pilih gambar untuk di delete daripada phone, terjumpa gambar-gambar ni. Gambar waktu cuti summer haritu. Lebih tepat lagi, gambar waktu raya haritu masa on the way nak pergi beraya ke rumah saudara mara di Perak. Macam biasa, perjalanan dari rumah start pagi-pagi, tapi still sampai petang dalam pukul 3 atau 4 sebab banyak menyinggah.
Ya la. Kalau bukan time ni nak menyinggah, bila lagi. 
Sebenarnya tiap-tiap tahun pun datang je Perak ni. Tapi setahun sekali je la-time raya atau kenduri.

Dah alang-alang ke Perak tu, kitorang singgah Kellie's Castle. Tapi tak masuk pun, sebab panas sangat haritu. Diorang semua dah penah masuk dalam tu, cuma aku je yang belum.
Memangla ada jugak rasa nak masuk tu. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tak masuk jugak.

Sebab tak masuk dalam castle tu, kitorang jalan-jalan je kat kawasan luar tu.
Nampakla ada satu bangunan baru tengah nak buat. 
Dan sekali tu, nampak pulak kucing ni kat depan toilet.


Nampak jambatan belakang tu?
sementara main dengan kucing ni, sempat lagi nampak satu kumpulan/sekawan kambing lalu  bawah tu.
Nak pergi meragut kot.
Excited ok nampak kambing live. Banyak pulak tu.


Kesian dia kena buli dengan kitorang. Kitorang halang kucing ni nak jalan. Dia ke kiri, kitorang block. Dia ke kanan, kitorang halang.



Tapi kitorang tak sepak ya kucing ni. Jirus-jirus dan percik-percik air pun tak. Sebab aku dah insaf dah nak main-main air dengan kucing(waktu tu je la). 
Sekarang ni kadang-kadang buat lagi. 
Ya, aku masih belum berubah.



Dalam lima minit asyik kena block je jalan, last-last kucing tu pun pasrah(macam erra fazira)dan duduk la kat sini jadi jaga toilet...

Jaga toilet paling comel sekali yang pernah jumpa.
Berdedikasi lagi tu.

Lama-lama tu, kitorang pun dah puas kacau kucing ni dan kesian pulak tengok dia.
Dari tadi asyik kena buli.
So, kitorang pun lepaskan lah dia.

Rupa-rupanya daripada tadi yang dia dok bersabar kena halang jalan tu sebab dia nak pergi makan.



Enjoy your lunch, kucing!
Panjang umur, kita jumpa lagi.

 Kesian dia. 
Kalau aku tahulah kucing yang kau sebenarnya nak pergi makan, mesti aku dah bagi dah kau lalu, kucing.
Kalau aku tahu la..



p/s: cuba ulang sebut tajuk entri ni kuat-kuat laju-laju. macam tongue twister kan?

Sunday 13 January 2013

Result exam

Assalamualaikum.

Semalam dah dapat tahu result utk ujian haritu. Mid Module Test untuk modul CNS. Seperti biasa, result tu ditampal di notice board depan lecture hall. jadi sesiapa nak tahu result sesiapa pun boleh. bebas. takda sapa boleh halang.

result aku pulak, memang...... tidak membanggakan langsung.
tapi Alhamdulillah lah tak fail. cuma lebih sikit je daripada half. memang rasa macam bodoh gila kot. menyesal pun ada jugak. tapi nak menyesal pun takda guna, sebab memang salah sendiri. sendiri dah tahu ada exam, tapi sendiri jugak yang takda nak study. memang tak guna lah nak menyesal kan.

tapi walau macamana pun, aku tahu yang markah ni memang setimpal dengan usaha aku yang tak seberapa tu. dah usaha tak seberapa, markah pun mestilah tak seberapa kan?
mana taknya, pharmacology tak habis baca, anatomy tak habis baca, physiology tak habis baca. histology je habis. tu pun kelam kabut dan tak ingat sangat apa yang dibaca. wa cakap lu, buku pharmaco gua, kat belakang-belakang tu, memang bersih! takda berconteng apa. maknanya memang tak pernah baca! dah lah aku memang tak suka pharmaco, jadi pharmaco ni memang selalunya stok-stok last baru nak baca. huarghhhhh

tengah jawab test haritu tu pun memang mengaku, soalan tu susah. tapi tak tahulah soalan tu memang susah ke ataupun sebab aku yang tak habis baca dia jadi susah. tapi lepas habis test tu, ada lah jugak beberapa orang yang menangis. tapi aku tak nangis la.. sebab aku tahu tahap aku menjawab test tu macamana. jadi nak nangis pun memang tak guna dah..

oh ya, test haritu, 84 soalan objektif. masa dia satu jam sahaja. dan pada hari test tu, aku sampai lambat. aku masuk hall tu, orang semua dah start jawab. ini semua salah driver teksi tu.

Thursday 10 January 2013

The doctor in the house

Assalamualaikum.

Harini macam best sikit. sikit je la sebab harini takda lecture. Harini cuma ada revision clinical skill je. tu pun sejam je revision. dan sedikit tidak seronok. sebab dalam satu bilik skill lab yang kecik tu, kitorang ramai-ramai ni terpaksa berebut-rebut take turn untuk practise buat CPR, mouth to mouth breathing (pada patung), buat IM (intramuscular) kat punggung dan SC(subcutaneous injection) bawah lengan dan ambil blood pressure. semua ni buat kat patung je.
Dalam banyak-banyak skill tu, aku rasa aku paling pandai buat injection. nak buat kat real patient pun ok je rasanya, cuma takut patient rasa sakit yang melampau kot. sebab aku tengok jarum tu cucuk patung tu pun macam sakit. dan aku tak pandai nak bajet perasaan orang. jadi aku mungkin akan main cucuk je, dan siap!
Mungkin ada yang akan cakap dah second year pun baru nak belajar buat injection? student nursing dah pro nak pasang branula dah weh. Ok, rileks dulu. sebab aku pun macam tak puas hati jugak, pasal apa nursing lagi advanced dari kitorang. Tapi untuk menjadi sedikit positif, mungkin pihak universiti berpendapat bahawa dalam duration 6 tahun ni, apa kata kita buat sikit-sikit dulu, jangan gelojoh. banyak lagi masa.. <--- ini mungkin jawapan pihak universiti.

Disebabkan kena berebut dengan pelajar2 lain, at the end of the 1-hour session, aku tak sempat nak practise ambik blood pressure. Tapi sebab nak memperkasakan lagi ilmu (ceh!) aku pun dengan tak malu dan selambanya pergi masuk kelas lain yang dah siap. Tengah aku elok-elok tunggu turn tu, doktor tu cakap "eh, tak boleh2. masa dah habis. kita bagi satu jam je. lagipun awak bukan grup saya kan tadi" dalam bahasa inggeris. aku pun nak argue jugak tapi dia tetap kata "tak boleh, tak boleh". Fine! aku pun dengan hati yang pasrah, keluar dari bilik tu dan mencari-cari lagi bilik lain yang boleh ditumpang sambil menunggu kawan aku siap, nak ambik buku.

Selepas beberapa ketika melilau-lilau, akhirnya aku jumpa jugak satu bilik yang doktor dia dah keluar. akhirnya aku berjaya jugak practise ambik BP walaupun mula-mula tu kalut jugak sebab pulse tu tak dengar sangat kat stethoscope. Tapi selepas diajar oleh kawan aku yang stethoscope ni kena letak directly pada telinga, baru dapat dengar. tu pun perlahan dan halus je sebab letak kat Brachial Artery. Aku sebenarnya taknak taruk stethoscope tu kat telinga sebab tu uni punya, dan hanya Tuhan je yang tahu berapa ribu orang yang dah guna benda tu. oh ya. yang aku geram sikit ni ialah pihak uni tak bagitahu pun awal-awal yang kitorang kena beli stethoscope sendiri awal-awal. ingatkan tak payah guna lagi, so semua orang pun tak beli lagi la bendalah tu.

dah siap buat benda tu, aku pun pergi cari kawan yang aku tunggu tu, sebab nak ambik buku ni.


tetiba je teringin nak membaca. selain daripada buku teks medic la ofkos. ingatkan buku ni nipis je. sekali dapat nampak macam kamus dewan dah (ok tipu. tebal dia 843 mukasurat je). tempoh pinjam pulak 2 minggu. buku ni pun tak tau sapa punya, sebab order online. tapi tuan buku ni kira memang baik hati lah. buku ni kan mahal, sanggup pulak nak bagi orang pinjam. aku pun ada je buku, tapi setakat ni tak cukup baik lagi nak bagi strangers pinjam. terlalu berisiko.

lepas dah dapat buku ni, aku pun gerak nak balik naik tram. ya, memang sedikit seram tapi sebab dalam beg aku cuma ada payung, buku tebal ni dan kunci rumah je, aku naik je lah tram. kalau ada jugak perompak tu, memang putih mata la dia sebab aku cuma ada phone and 25genih je tu pun dalam poket seluar. alhamdulillah tadi dapat duduk sebelah mak cik yang tua la jugak. tapi still pegang beg tu macam pegang baby ok. mak cik-mak cik ni pulak baik, tak sombong siap tanya lagi 'enti min sinn?' (awak dari China?). aku cakap lah tak. "ana min malizia. kullu min malizia" sambil tangan gerak-gerak tunjuk yang semua orang yang rupa macam aku ni dari malaysia. memang ramai  malaysian dalam tram tadi sebab semua pun sama grup dengan aku tadi. orang arab selalu ingat kita ni dari China/Indo/Filipina. kalau nak up sikit, mungkin Yaban (Jepun).


Dalam tram tadi ada mamat jual plaster. 15 keping 1 genih. aku beli je. mana nak dapat murah macamni?

lepas tu aku turun kat stesen tram Camp Shizar sebab nak pegi pasar. Nasib baik pasar tadi tak ramai orang dan jalan tak lecak. dapatlah aku berjalan dengan tenang mencari gelatin dan strawberry. sebab nak buat cheesecake.


Ni first time aku tengok gelatin. jadi kalau pak cik kedai tu tipu pun aku pakai percaya je. rupa dia nampak macam gula, tapi bau macam rempah. betul ke?

balik rumah pulak, terus pegi repair water heater yang dah 2 3 hari tak berfungsi.

oh ya. sejak 2 3 hari ni, jari kaki aku macam sakit sikit. macam bengkak, merah dan panas. kalau pijak kuat sikit je dah sakit. takut jugak, kot-kot lah kena gout ke arthritis ke apa kan? tapi tadi dah google, insyaAllah, cuma kena Chilblains je. ok, google dah naik taraf jadi doktor. mula-mula tu macam kurang yakin sikit. tapi bila dah baca orang lain punya forum tanya pasal "toes swell during winter", barulah rasa boleh dipercayai.


lebih kurang macamni la rupa jari tu. dia tak sakit semua jari. cuma jari kedua dan ketiga dua-dua belah kaki je. kalau lama sangat tak baik jugak, kena pegi jumpa doktor sebenar lah nampaknya..

dan sakit gigi juga.. sebab pagi tadi makan nasi lemak, ikan bilis tu tercucuk gusi.


p/s: rasanya kalau hantar nama kat agensi cari jodoh mesti laku ni. haritu repair cable internet, harini repair water heater pulak. woha!

malam ni boleh sambung berguru dengan Dr. Najeeb kat youtube. serius faham dia ajar. The world needs more people like Dr. Najeeb. for more good doctors.

Wednesday 9 January 2013

rindu

Sejuk-sejuk macam ni, waktu-waktu hujan macamni especially hujan waktu malam, buat aku rasa rindu sangat kat Malaysia. Bukan sebab rindu dapat duduk ramai-ramai with a cup of hot chocolate! tak. bukan jugak sebab tidur awal.

tapi cuma rindu waktu-waktu dalam kereta, hari hujan. waktu malam. duduk seat belakang, menyandar sambil tengok luar tingkap yang basah dengan air hujan yang mengalir. syahdu. tambah lagi bila jalan tengah jem. rasa macam jem sampai bila-bila pun takpe. rela je nak duduk dalam kereta ni sejuk-sejuk dengan bunyi radio yang perlahan. sebab semua orang tidur kecuali aku dan ayah yang tengah memandu.

atas jalan raya yang sesak, sejuk dan basah. suasana tu nampak indah dalam caranya sendiri. lampu-lampu kereta yang warna kuning dan merah, macam berlawan dengan air hujan yang berlari turun dari tingkap kereta. aku yang memerhati dari tingkap belakang rasa macam best.

kadang-kadang kalau tak hujan pun takpe. dapat duduk dalam kereta waktu malam atas jalan yang jem pun dah cukup okay.

Friday 4 January 2013

Hiburan minggu ini

Assalamualaikum.

Weekend aku dimulakan dengan kat lab semalam ada kawan aku yang tetiba je menyebut "tahu tak, kitorang dulu semua ingat awak dah bertunang. Sape tah cakap yang awak dah bertunang. Jadi kitorang pun percaya lah..". Ini kerana aku memakai cincin. Dan bila umur dah lepas angka 20 ni, topik kahwin-kahwin ni memang selalu timbul. Bila sorang start je sebut pasal kahwin, automatik ramai yang akan datang. Macam ada magic show ke hape.
Oh, janganlah nanti jadi anak dara tak laku..

Malamnya pulak, sumpah bosan gila. Aku terkapai-kapai sorang diri dalam bilik, sambil membrowse internet mencari apa saja yang boleh dijadikan hiburan minggu ini. Dimulakan dengan membaca blog usang lagi bersawang yang aku dah baca semalam sampai pukul 1 pagi. Last-last aku buffer cerita 'Labu-labi'. Buffer sampai habis, baru start tengok. Tengok 10 minit, aku terus tutup. Sebab tetiba je rasa 'Labu-labi' ni tak sesuai dengan jiwa belia aku yang tengah stres tanpa sebab yang sabit.

Lepas tu, sekali lagi aku membrowse youtube, end up tengok cerita Hollywood yang rupa-rupanya ialah sebuah filem lesbo. Woha!

Akhirnya, aku pun tidur dengan hati yang lara. Tanpa teman untuk diajak berbual samada di alam nyata ataupun maya. Hmmphh

Esoknya pulak(hari ni), tuan rumah nak datang kutip sewa rumah. Aku yang baik perangai ni pulak, bangkit tidur elok 30 saat sebelum telefon aku berdering sebab tuan rumah tu call mintak bukakkan pintu masuk kat bawah. Nasib baik sempat lagi test suara supaya tak obvious sangat baru bangun tidur sebelum answer his phone call.

Dengan muka tak basuh, gigi tak gosok dan perut yang sedikit berkeroncong, aku sarung satu lagi sweater dan tudung. pergi membuka pintu dan menjemput tuan rumah. Fortunately, nasib baiklah tuan rumah tak masuk pun, tapi just bagi aku satu lampu dan beg kecil dan dia pun terus keluar nak pergi sembahyang jumaat. Lepas jumaat baru dia datang balik untuk repair lampu dapur kami yang dah berkurun rosak. Oh ya, sekarang zohor pukul 12 tengahari.

Bila tuan rumah siap repair lampu dapur semua, jam dah pukul 2 lebih. Aku pun bersiap-siaplah untuk ke pasar. Sebab minggu ni turn aku pegi pasar dengan housemate lagi sorang.

Honestly, pasar ni memang bukan tempat feveret aku. Especially bila pagi tadi hujan. Kalau tak hujan tu, ok lah jugak kalau nak pergi pasar walaupun sedikit jauh. Yang menambahkan lagi ketidaksukaan aku untuk ke pasar ni ialah bila pak cik-pak cik penjual ni sesuka hati je nak menipu harga dengan bagi mahal sikit. Ingat aku tak tahu ke dia tipu? Tapi aku sabarkan jugaklah bila fikir yang dia tipu tu berapa sen sangatlah dan bila fikir they need the money more than us. Lagi satu sebab duit beli barang kat pasar tu duit kitorang satu rumah bukan duit aku sorang, so aku tak kisah sangatlah kalau kena bayar lebih. Tu tak masuk lagi kalau tetiba jumpa pak cik kedai yang gatal. Sabar je laahh..

Sebab pagi tadi hujan (sebab sekarang ni winter, so selalu jugak hujan), maka jalan banyak yang lecak di sana sini. Yang menambahkan lagi kemenyampahan aku pulak ialah bila negara ni kotor dengan debu dan sampah yang sesuka hati dicampak merata, bila dah hujan apa jadi? Sila gunakan kreativiti masing-masing.

Balik dari pasar, dah pukul 4. Tengok. sekejap je dah pukul 4. Maghrib pukul 5. Aku tak sempat buat apa lagi harini. Maksud tak sempat buat apa-apa tu bukan keluar berjalan-jalan. Esok dah kelas balik.

Dimanakah nikmat cuti yang mana aku boleh enjoy puas-puas tanpa sebarang tekanan?? Mana?

Yang menambahkan lagi tekanan aku ialah bila emel yang aku hantar pada satu hospital swasta ni nak apply biasiswa tidak dibalas. lagi. aku hantar 1 haribulan haritu, the first day of 2013! sebab tahun lepas aku hantar bulan 4 dia kata dah tutup. Jadi tahun ni aku nak hantar super duper cepat. Aku emel dan mesej fb dia, dua-dua takda reply lagi.

Not to mention yang aku punya application ke MARA haritu still takda apa-apa info lagi. Bila tanya kawan aku yang dah apply earlier pun tak dapat any reply lagi, aku pun bertambah stres. Sebab aku rasa dia lagi pandai daripada aku walaupun aku tak tahu pointer dia berapa.

Walau apa pun, deep down inside, aku harus katakan yang aku bersyukur dan sedar akan hikmah dapat duduk di Mesir ni instead of UK. Ya lah. Mana tau entah ke mana aku akan pergi kalau malam-malam yang bosan macam semalam tu?

So. To sum up, weekend aku is kinda sucks.

Wednesday 2 January 2013

Khasiat teh hijau

Assalamualaikum.

Sejak masuk tahun 2 ni(Oktober 2012), aku dah berazam untuk ubah cara pemakanan aku.
Ubah cara pemakanan, bukan dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik macam model antarabangsa. 
Bukan.
Tapi setidak-tidaknya, dengan cara ni, 
aku dapat improve tahap kesihatan aku.
Harapannya lah.
Jadi betul-betul tu tak pasti lagi.

Jadi sebagai permulaan, aku dah cuba untuk Green Tea.
Sebenarnya sejak kat Malaysia lagi, sebelum belajar medic ni lagi dah ada keinginan nak minum green tea.
tapi sebab dulu pernah menang satu pertandingan ni dan hadiah yang dia bagi was some sorts of herbal tea, dan rasa dia memang sungguh rasa daun. Tu tak kira bau lagi.
Jadi dekat 2 beg besar herbal tea yang aku dapat tu,
cuma dua sachet je yang berjaya dibuka.
Buka je. Sebab minum tak berjaya sampai habis lagi.

Sebab tu lah aku macam tak interested sangat nak beli green tea dalam bentuk uncang yang macam Lipton jual tu. 
Sebab takut membazir. Beli, tapi tak minum.
(Ini selalu berlaku bagi kami sekeluarga)

Jadi, sebagai alternatif, aku pun minum lah Lipton Green Tea dalam bentuk botol ni.
Kalau dulu kat CFS, almost everday, aku mesti beli air ni.

Sedap gila ok air ni
Tapi bila lama-lama kesedaran untuk berjimat tu muncul,
aku pun kurangkan lah pembelian dia. 
Sebab mahal kot.
Satu botol dalam 3 ringgit kot. Tak pun lebih sikit harga dia.
Mana tak kaya Lipton sebab ada pengguna macam aku yang terlebih pemurah.

Tapi setakat tu je lah sejarah aku dengan teh hijau di Malaysia.

Bila sampai Alex, 
kawan aku, dia beli green tea uncang yang perisa Mint. Dia bagi aku secawan.
Aku yang macam excited sebab nak try minum green tea ni pun minumlah..
(Teh Malaysia dan Mesir rasa dia tak sama. Ada sikit beza)
Tapi serius terkejut, sebab rasa ubat gigi.
Mana taknya, sebab green tea dia perisa Mint. Pudina.
And, sorry Faizah, kita tak habis minum air tu. =)

Dan start tahun 2 ni pulak,
aku dengan azam yang baru, 
lantas melupakan segala sejarah pahit yang ada antara aku dan teh hijau.
Makanya, aku pun start lah membeli teh hijau ni. 
Aku mula-mula tu nak beli Lipton je, sebab murah (bak kata Faizah). 
Tapi sebab pasaraya Fathallah kesukaan ramai tu, selalu je ngeng,
tak ada pulak Lipton Green Tea.
Jadi, aku rembat je lah Isis ni.
Nasib baiklah tak mahal mana (kalau nak banding dengan harga kat Mesia).

First time bancuh teh hijau ni,
aku memang excited lah, gembira sangat sebab nampak teh tu kaler dia hijau-hijau sikit. Sikit je lah hijaunya. Tapi uniklah (bagi aku) sebab selama ni teh kaler coklat tu jeh.

Akan tetapi,
rasa teh ni,
still rasa daun!

Kalau ikutkan hati, memang dah reject dah green tea ni.
Tapi sebab dah duduk merantau ni,
kena lah fikir
"ni duit ni"
jadi hasrat untuk membiarkan sahaja green tea itu tidak berusik haruslah dilupakan.

Dan.
Oleh kerana aku telah berazam untuk merubah corak pemakanan aku,
aku bancuh green tea ni dengan madu!
No more sugar!

Ni green tea aku yang tak berapa nak hijau sebab dah lama sangat terendam (kot).
Bila dah taruh madu, warna dia akan jadi lebih gelap sikit.


Dah aku dok beria-ia sangat nak minum green tea ni, mesti ada sebabnya kan?

Sebabnya, green tea ni ada banyak khasiat

  1. mencegah dan merawat (not sure how) cancer.
  2. meningkatkan kadar metabolisma badan dan fat oxidation (pecah2kan lemak, untuk hasilkan  tenaga) <--- tak reti nak explain dalam bahasa melayu mudah
  3. mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
  4. mencegah kanser kulit
  5. meningkatkan stamina (the ability of an organism to exert itself and remain active for a long period of time, as well as its ability to resist, withstand, recover from, and have immunity to trauma, wounds, or fatigue) <--- from Wikipedia
  6. membantu penghadaman
  7. mencegah jerawat (wow!)
  8. mengandungi Vitamin K 
  9. mampu menenangkan
  10. membantu mengurangkan berat badan
Lagi satu, aku jumpa benda ni.
"It is an advice to drink one cup of green tea every day after every meal. You would gradually notice a big change in yourself. It would make you slimmer and beautiful. It keeps your body in shape and this feeling brings an utmost joy and relaxation"
Tips kat sini: Jangan minum directly lepas makan. Take time dan bagi sikit masa untuk makanan tu turun dulu. Sebab, kalau tak nanti, perut cepat buncit.

Tapi kalau minum malam-malam dan susah nak tidur, jangan terkejut pulak.
Sebab teh ni, ada jugak caffeine. Cuma, kuantiti kurang daripada kopi.


Lagi satu lupa nak cakap. Green tea telah berjaya membantu aku menghilangkan ketagihan minum nescafe setiap hari. 
Serius tak tipu. Sekarang ni aku dah okay dah kalau tak minum nescafe setiap hari. Dan walaupun dalam satu hari tu aku tak minum green tea, still takda rasa nak minum nescafe. Aku rasa normal dan sihat. Tak pelik dah. Alhamdulillah..
Tapi ni cuma yang berlaku pada aku lah. Pada orang lain tak tahulah jadi ke tak..

Dah tu, apa tunggu lagi. Jom lah minum teh hijau