Thursday 30 August 2012

Pak Cik Teksi Yang Baik (Part 2)

Assalamualaikum.

Haritu aku ada cerita pasal pak cik teksi Mesir yang baik. Harini, aku nak cerita pasal pak cik teksi Malaysia pulak. Aku nak cerita pak cik yang baik dan awesome sangat.

Beberapa hari sebelum raya tu, aku kena jemput adik aku kat stesen komuter yang kalau naik kereta dan tak jem, 5 minit dah boleh sampai dah.

Akan tetapi, sebab aku ni buta nak drive kereta(takda lesen), aku kena lah guna public transport.
Dan sengaja je nak menguji kesabaran aku, aku pun tercongok lah sorang-sorang kat bus stop depan rumah aku dekat 1 jam menunggu bas, menahan teksi yang tak nak berhenti, dan kena kacau dengan pak cik yang gatal tak ingat dunia. Pak cik ni memang scary.

Bila adik aku dah call cakap dia dah sampai, aku pun menggelabah lah nak tahan teksi, tapi satu pun tak nak berhenti. Dan aku pun mula membandingkan kesenangan mendapatkan public transport di Mesir dan Malaysia......

Dah beberapa minit lepas tu, lalu lah satu teksi ni. Teksi ni warna biru. Warna biru je, takda campur dengan putih, merah atau kuning. Dan 'topi' teksi ni tulis 'teksi eksekutif'. Dan aku yang terdesak dan takda pengalaman naik teksi warna biru ni, terkejut yang amat lah macam rusa masuk kampung, bila aku duduk je, aku tengok meter dia dah tulis 'RM 6.00'. Terkejut gila weh. Sebab mahal gila! Tapi takkan aku nak turun balik, bila pulak nak sampai ke stesen komuter kalau turun balik. Jadi aku pun redah je lah. Doa-doa jalan tak jem, cepat sampai, bil murah...

Dalam perjalanan tu, pak cik ni serius lah awesome. Dia borak dengan aku macam dah lama kenal. Lepas tu pak cik ni bagus pulak tu, sebab dia memang membaca. Dia siap bagitahu lagi kat aku pasal ramai pilot takda kerja sebab peluang kerja tak banyak, airline companies pulak prefer pilot dari luar. 
Dia tanya jugak aku belajar apa, bila aku cakap sains, dia cakap 'sains apa? sains tu banyak'. 
Hahaha.. kat sini aku rasa macam kena ketuk je kepala. 

Dan pak cik ni macam tahu-tahu je, dia tanya 'kau tahu tak beza teksi satu warna dengan dua warna?' Aku cakap lah 'tak'. Pak cik tu pun cakaplah dengan panjang lebar yang teksi satu warna (biru/merah/apa-apa warna sahaja) yang tulis eksekutif ni mahal, sebab tu ramai orang naik, lepas tu turun balik. Kalau teksi yang dua warna (merah putih, biru kuning, merah kuning, etc.) tu, murah, sekali naik 3 ringgit.
Aku pun cakaplah 'tu lah pasal. Terkejut saya waktu naik tadi'.

Tapi pak cik ni siap offer lagi nak hantar aku balik kejap lagi, sebab kesian kat aku dengan adik aku nak tunggu bas lama-lama dan jalan sangat lah jem! Lunch hour kan, biasa lah tu. Tapi aku tolak lah, sebab ada nak kena pergi tempat lain lagi.
Teksi biasa.
2 warna, murah. 3 ringgit je

Bila nak sampai dah stesen tu, meter teksi tu tunjuk RM13.00 (mahal gila!). Pak cik tu tanya, 'kau nak bagi berapa ni?' Aku hulur RM15. Pak cik tu cakap 'banyaknya. Bagi 5 ringgit sudah'.
Memang terkejut lagi lah aku kat situ.



Teksi Eksekutif.
1 warna. Mahal sikit. RM 6




Saturday 11 August 2012

No offense meant

Assalamualaikum.

Hari Khamis haritu, aku berjalan kaki selama 15 minit semata-mata untuk mendapatkan bas mini untuk menghantar aku ke stesen komuter yang akan menghantar aku ke Mid Valley.

Dalam perjalanan yang baru 10 minit macam tu, tiba-tiba aku terdengar suara lelaki berbual-bual di belakang aku. Aku buat tak tahu je lah. Tapi tiba-tiba lelaki-lelaki tu potong aku. Aku terkejut sikit lah, sebab selalunya lelaki tak potong pun aku jalan.

Bila diorang dah potong aku, aku pun tengoklah siapa gerangannya lelaki-lelaki tu. Setelah diteliti dan ditimbang-timbang, aku pun dapatlah satu conclusion yang mereka tu, bukanlah lelaki Melayu. Tetapi Bangladesh atau Pakistan kot.

Atas kriteria-kriteria apa?
Hmm..
Aku guna ciri-ciri ni.


Satu.
Lelaki tu potong jalan aku. Maknanya dia jalan lagi laju daripada aku.
Dan kebiasaannya, lelaki Melayu ni jalan lambat, tak laju macam diorang ni.

Dua.
Lelaki-lelaki tu pakai baju kemas-kemas. Smart. Kemeja long-sleeve yang cantik designnya, berseluar slack dan beg sisi. Smart.
Aku kagum dengan ke'smart'an diorang tu.
Dan tiba-tiba aku terfikir. 'Takkan nak kahwin dengan orang Bangla kot'.

Tiga.
Diorang bercakap-cakap dalam bahasa yang aku tak faham pun.

Empat.
Diorang tak gatal nak usha-usha orang, disamping suara diorang tak kuat macam local Malay men.


Akhir kalam.
Sorry kalau ada yang terasa. Sincerely, no offense meant. Peace!




Which one? Well, it is for me to decide

Tuesday 7 August 2012

Balik Kampung!


Assalamualaikum.

Hari Ahad haritu aku, mak dan ayah balik kampung. Kitorang bertiga je sebab kitorang je yang free. K
eluar rumah pukul 8 lebih (tak tidur malam tu sebab tolong mak dan ayah jahit langsir), dan sampai dalam pukul 10 pagi macam tu.
Kampung ni tak jauh mana, kat Slim River, Perak. Tapi alamat tulis Hulu Selangor, Selangor.

Kalau orang lain balik kampung dapat jumpa Atuk dan Opah, aku pulak dapat tengok rumah ni dan isi kandungannya yang banyak sangat kenangan(pada aku la).
Dah bertahun jugak aku balik rumah ni dah, sebab busy! Tapi mak dengan ayah selalu je datang (sebulan sekali), sebab nak bersih-bersihkan rumah ni.

Balik kali ni pun memang untuk bersih-bersihkan rumah jugak. Sapu lantai, kemas sikit-sikit, potong rumput, racun rumput semua tu. Supaya raya ni bila orang tengok, sedap sikit mata memandang..
                                                                 
                                                                *   *   *

Masuk je rumah ni, aku rasa sedih, sampai nak nangis pun ada, tapi aku tahan lah, takut ayah aku lagi sedih (sebab rumah ni kan tempat ayah aku membesar). Kalau nak diikutkan, banyak sangat sebab yang buat aku sedih.

Satu, sebab terkejut tengok keadaan rumah ni yang dah tak elok macam dulu-dulu. Ya lah, rumah tinggal, tak ada orang duduk, apa je yang boleh kita expect kan?
Kedua pulak, rumah ni, dengan barang-barang yang ada, penuh dengan kenangan. Pandang kanan, teringat ni, pandang kiri, teringat tu. Memang terkenang-kenang je lah..


Gambar-gambar kat bawah ni pulak ialah SETELAH kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Motor Atuk.
Kecik-kecik dulu kalau ikut Opah dan Atuk pergi pekan, aku duduk depan, kat bakul tu.
Excited sangat nak tekan hon.
Nombor Plat dia ABD apa entah


Tandas kat luar.
Malam-malam memang TAK NAK langsung guna toilet.
Takut!


Pokok kelapa dan pisang baru.
Dulu kat situ ada pokok cili, pokok sireh, reban ayam dan tempat bakar-bakar lemang dan ketupat semua tu.

Sampah yang dikumpul hari ni untuk di bakar.
Tapi api tak nak nyala, sebab sampah tu 'basah' lagi.

Yang rendah ni dapur.

Pokok kelapa ni lagi tua daripada aku.
Nak kelapa/santan/daun/lidi, semua ambik daripada pokok ni.
Banyak sungguh jasa dia.

Pokok jambu Opah dah tinggi!
Dulu-dulu banyak kerengga, takut nak dekat!

TV
=)



Dalam plastik tu set mangkuk tingkat Opah.
Jag Oren tu bak kata sepupu aku 'jag buat air kopi'.

Beg Opah pergi pasar rasanya



Anak patung aku kecik-kecik dulu.
Aku punya khazanah banyak kat sini.
Termasuklah kertas exam darjah 1 dulu.

Kalendar 1985.
Sama tahun dengan Proton Saga pertama kan?

Kalendar 1994 pulak.





Dulu-dulu rumah ni sangat cantik. Keliling rumah penuh dengan pokok-pokok opah tanam.

Kalau time raya pulak, laman rumah tu nak lalu pun payah, sebab penuh dengan kereta. Tak cukup laman, bawah rumah pun jadi tempat parking kereta. Tak muat bawah rumah, siap tumpang rumah jiran lagi.

Tak tahu lagi bila aku akan balik lagi rumah ni..



Al-Fatihah untuk arwah Atuk dan Opah, dan semua umat Islam...














* I'm just not good with words. 











































Sunday 5 August 2012

Aku memang orang Malaysia

Assalamualaikum.

Setelah 20 tahun hidup, barulah aku rasa yang dalam hati aku ni, rupa-rupanya ada jugak rasa sayang aku pada Malaysia. Sayang yang bukan pada mulut je, macam waktu sekolah dulu waktu buat karangan, poster ataupun kena nyanyi lagu-lagu yang patriotik yang isinya ada pasal 'saya sayang Malaysia'. Kali ni bukan macam tu. Kali ni betul-betul sayang. Aku pasti.

Aku rasa perasaan ni start waktu baru keluar dari airport haritu, kat highway KLIA tu, menuju KL. Aku macam biasa, duduk seat belakang belah kanan, kepala toleh kanan, sebab nak tengok jalan. Sepanjang perjalanan tu, hati aku cakap 'macam tak sangka je yang semalam aku kat Mesir. Rasanya macam selama ni pun aku memang kat Malaysia. Macam semalam pun aku dah lalu jalan-jalan yang macam ni. Rasa macam yang Malaysia is where aku belong, rasa macam aku ada tempat kat Malaysia. Rasa macam walau berapa lama pun aku kat tempat orang, tapi bila balik tempat sendiri, negara sendiri, aku tak rasa kekok, aku rasa selamat, tak rasa sesat, tak rasa out of place, aku rasa aku diterima, aku rasa yang Malaysia ni memang tempat aku, rasa macam Malaysia ada ruang untuk aku duduk'.

Aku rasa rindu sangat Malaysia even waktu tu aku kat Oman, transit daripada Mesir ke KL. Aku turun je dari kapal terbang, orang pertama yang aku nampak ialah seorang perempuan India yang kerja kat situ. Aku nampak je dia, hati aku terus cakap 'Malaysia!'. Aku sangat gembira bila nampak dia. Serius, aku tak tipu. Aku rasa macam dah dekat sangat dengan Malaysia. Bayangkan, dah nak dekat setahun duduk Mesir dan aku tak pernah nampak walau seorang pun orang India, dan bila aku nampak muka aci tu, aku boleh cakap yang aku rindu dengan orang India.

Ni kat Muscat International Airport, Oman.


Wajah-wajah Asia yang aku nampak.








Sama trip dengan jemaah Umrah nak balik Malaysia.


Lepak-lepak duduk-duduk di airport tu, aku nampak lagi orang-orang perempuan pakai sari, lelaki pakai kurta, orang yang kulit kuning-kuning ala-ala Vietnam dan Thai, kelabu-kelabu coklat macam Bangladesh. Aku senyum sorang-sorang. Walaupun diorang semua tu bukan Malaysian, tapi aku tetap rasa gembira, sebab sedikit sebanyak ada rupa Malaysia pada diorang, kat Malaysia ada 'view' yang macam ni.

Waktu nak bangun bergerak nak naik bas ke kapal terbang, aku rasa lagi gembira dan excited bila nampak ramai orang Melayu, Aku nampak jemaah umrah yang rupa-rupanya satu penerbangan nak balik Malaysia. Aku rasa macam nak je pergi tegur semua orang Malaysia tu, tapi malu..

Waktu kat Mesir pulak, benda-benda kecik yang ada kaitan dengan Malaysia boleh buat aku senyum sorang-sorang, boleh buat aku punya mood yang tak baik jadi baik.
Aku ingat lagi waktu first time nampak 'Power Root Ali Cafe dan Perl Cafe' kat pasaraya. Serius, aku sangat teruja. Rasa macam yang aku rupa-rupanya masih ada lagi pertalian dengan Malaysia, aku tak berpisah dengan Malaysia 100%. 

Waktu nampak ada kedai-kedai photostat kat area fakulti perubatan tu tampal kat pintu dia perkataan 'Selamat Datang', aku gembira! Waktu Doktor Ayman cakap 'Selamat Pagi, Terima Kasih, Kenal pasti' dan pekedai-pekedai cakap 'satu, dua, ayam, ikan, roti', aku boleh senyum sampai lupa dunia sorang-sorang.

Waktu nampak gambar KLCC kat pejabat Travel Agent, seriously aku rasa sangat susah nak kawal mata aku daripada nak usha gambar KLCC tu. Cuba bayangkan, cuma gambar KLCC! Dan aku rasa nak tenung je gambar tu.

Tu tak masuk lagi waktu pagi-pagi aku rasa macam nak keluar pergi beli nasi lemak ataupun roti canai untuk sarapan. Betapa aku rindu rasa nak pergi bazar Ramadhan walaupun kat Malaysia memang malas dan tak suka sangat nak pergi. Betapa aku rindukan Malaysia.

Aku pernah jugak rindu dengan lagu-lagu Melayu. Sampaikan hari-hari bukak Youtube dok karaoke sorang-sorang lagu-lagu Melayu, Sanggup stay-up semata-mata nak nyanyi lagu Melayu. Aku nyanyi lagu Irama Malaysia, Sheila Majid, Siti, Nora, KRU, Elite, banyak lagilah.

Aku pernah jugak sampai tahap nampak orang Indo kat sini je aku dah rasa selamat. Rasa selamat sebab walaupun dia orang Indo, tapi dia tahu cakap Melayu, rupa kita nak dekat sama. Sampai aku memang tak malu lah nak tegur ataupun tanya apa-apa pada diorang bila sesat atau blur.

Bila sampai Malaysia, bila pergi bazar, jalan kat jalan-jalan yang aku pernah lalu, aku rasa sangat takjub bila rasa yang Malaysia ni masih sama, masih tak berubah, rasa macam Malaysia ni masih tunggu aku.

Bila lepak-lepak kat laut pulak, aku boleh berangan teringat pantai-pantai dan laut-laut kat Malaysia. Rasa picnic dengan family kat pantai. Nampak pantai-pantai Mesir penuh dengan orang, aku terkenang pantai kat Malaysia yang juga penuh dengan orang ramai.

Bila bukak Facebook, tengok gambar-gambar waktu sekolah, baca status-status kawan-kawan yang berunsur ke-Malaysia-an, aku pun try imagine apa yang diorang tengah buat kat Malaysia. Even status diorang pasal 'hujan' pun boleh buat aku rindu.

Dan sekarang ni aku rasa bersyukur sangat dapat balik Malaysia. Tapi bila fikir yang nanti aku akan balik semula ke Mesir, aku tetap rasa sedih dan tetap terfikir kenapa aku sanggup tinggalkan Malaysia walaupun memang betul yang Malaysia ni tak sempurna.

Banyak lagi sebenarnya yang aku rasa, tapi tak boleh nak tulis semua. Dan bukan aku tak rindu dengan orang Cina, aku rindu, tapi rasa tu kurang sikit, sebab kat Mesir selalu jugak nampak orang Cina.

Dan aku rasa, sekarang ni baru aku boleh betul-betul rasa makna peribahasa 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'.

Sekarang ni, aku boleh cakap yang 'tak ada siapa pun yang boleh cakap aku bukan orang Malaysia, sebab aku tahu dan yakin sangat yang dalam hati aku, aku memang orang Malaysia'. Dan sampai bila-bila pun aku tetap orang Malaysia.

Dan aku jugak boleh cakap yang tak ada siapa yang boleh rampas atau buang ciri-ciri Malaysia yang ada pada Malaysia, sebab Malaysia memang Malaysia, dan unique in its own way.







p/s: Aku pun tak tahu kenapa aku sangat patriotik hari ni. Tapi yang aku tahu, aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa.


Thursday 2 August 2012

Bazar Ramadhan Mahal Gila!

Assalamualaikum.

Aku dah sampai Malaysia dah. Kapal terbang mendarat pukul 12.30 tengahari Isnin haritu. Lepas berdiri terpacak selama 45 minit macam ape ntah, akhirnya aku pun dapatlah beg aku yang berat gila tu. Dan lepas unexpectedly menangis depan orang ramai kat balai ketibaan tu bila salam mak dan ayah aku, kitorang pun pergilah meninggalkan KLIA yang moden lagi cantik tu.
Tapi aku bukan terus balik rumah pun. Lepas ke sana-sini, pergi bazar Ramadhan, dalam pukul 6.15 petang baru lah sampai rumah. Mengantuk gila waktu tu!


First day pergi bazar tu, aku cari ayam percik, sebab dah lama gila teringin. Terliur sorang-sorang kat Mesir. Dah dapat ayam percik, beli pulak sambal petai, taufu fa, air soya(wajib beli tiap-tiap hari), kuih sampan(tepung pelita), popia basah, cocktail, dan air buah apa entah, kitorang pun balik. Dan seperti biasa, makanan-makanan tu memang tak habis. Makanya, kita simpan, dan makan untuk sahur. Aku bangun sahur tau sekarang ni... huhuhuuu

Seperti dunia yang mengalami proses modenisasi dan urbanisasi, macam tu jugaklah dengan makanan-makanan kat bazar Ramadhan ni. Dan disebabkan terlalu pantas sangat diorang ni ber'evolusi' dan transformasi, aku sebagai pengguna ni, memang lah terkejut.

Aku beli murtabak daging. Dan aku expect harga dia paling mahal yang logik pun cuma rm2.50, so aku hulur lah rm5 untuk dua keping murtabak. Tapi tiba-tiba budak tu cakap '6 ringgit, kak'. Wah, aku lagi 'shock' (bak kata jiran kita). Balik tu makan, aku rasa murtabak tu biasa je, takda apa yang special selain daripada saiz dia yang kecik dan nipis daripada biasa dan banyak kali tergigit rempah bunga lawang semua tu. Selepas 2 hari, murtabak tu tak jumpa orang yang minat untuk makan dia, lalu di'bakul sampah'kan lah. Kan dah membazir!

Haritu aku beli lauk sambal tumis kerang, dan aku cakap 'mak cik, saya nak sambal kerang 2 ringgit', dan dengan senyuman seorang peniaga yang peramah, mak cik tu pun sendoklah lauk tu dalam plastik. Dan aku lagi 'shock', bila mak cik tu senduk sambal kerang, tak sampai pun satu senduk. Sikit je! Kalau orang yang suka gila kerang, mesti tak cukup nak makan sorang.

Aku jalan lagi...(bukan panjang sangat pun bazar tu, dalam 200 meter je), aku pun nampak papan harga 'Roti John Power'. Harga dia rm3.50 satu. Dan adik aku tanya 'apa yang powernya'. Aku cakap 'mana lah kak yong tahu' (sebab malas nak fikir). Lepas tu adik aku cakap 'apa yang powernya. Bukan boleh keluar api pun lepas makan. Mahal je lebih'. Aku fikir, memang betul pun cakap adik aku.

Nasi ayam pulak, memang tiap-tiap hari kena beli lah. Sebab adik aku ni, kalau bukan nasi ayam, memang tak nak makan. Mengada-ngada dan pelik jugaklah. Sebab dari kecik sampai form 2 ni, tiap-tiap kali pasar malam dan bazar ramadhan, mesti nasi ayam. Dan harganya pulak, rm4 sebungkus. Kuantiti nasi dan saiz ayam tu aku tengok tak makin bertambah pun, makin sikit daripada waktu harga dia rm2.50 sebungkus adalah. Dan rasa pun bukan sedap mana. Setakat nasi letak pewarna, sambal banyak bijik cili dan sup yang masin/tawar tu, memang tak best!

Nasi lemak pulak, kat area rumah aku ni, memang tak wujud dah sebungkus rm1.20. Sejak tahun lepas lagi. Walaupun rasa tak semakin sedap, nasi tak bertambah, harga dia tetap rm1.20. Mustahil untuk turun, dan tidak mustahil untuk meningkat.

Kuih pulak, la ni, takda dah dengar '3 seringgit, kak'. Sekarang semua pakat nak sebut '5 dua ringgit, kak'. 

Air soya pun, kalau dulu sebungkus rm2, sekarang ni yang rm2.50 dan rm3 pun ada. Rasa dia tak sedap mana pun, sebab rasa gula je lebih.

Tahun depan tak tahu lah berapa harga dia.

Rumah aku bukan kat tengah-tengah KLCC ataupun kat puncak Genting Highland ataupun kat KLIA yang moden tu. Tapi kenapa harga dia mahal macam kat tempat-tempat tu?? Aku butuh jawaban!