Monday 10 September 2012

Gula Boleh Menggemukkan

Assalamualaikum.

Kita selalu ingat atau fikir yang kita boleh gemuk kalau kita banyak makan makanan yang banyak lemak.
Tapi sebenarnya, bukan lemak je yang boleh buat kita gemuk.

Gula pun boleh menggemukkan!

Tapi, gula boleh menggemukkan kita kalau diambil secara berlebihan.

Kenapa?

Ringkasnya, gula yang lebih dalam badan kita (yang tak perlu lagi untuk aktiviti badan), akan ditukar kepada lemak, dan akan disimpan sebagai Adipose Tissue (lemak) dalam badan kita.

Dan adipose tissue ni senang nak jumpa kat bawah lapisan kulit kita.
Cuba tarik-tarik sikit kulit tu. Tarik kat pinggang, perut, bawah lengan(dan tempat-tempat lain). Dapat rasa tak lemak tu?
Jadi, senang cerita, kalau nak kurus, jangan hanya kurangkan makanan berlemak macam cheese, burger je. Tapi kena jugak kurangkan makanan yang bergula.

Ada kajian yang popular pernah dilakukan di USA, dimana seseorang tu berhenti minum air berkarbonat(Coke, Pepsi, dll) selama 2 minngu atau 4 minggu, pinggang dia dah bertambah ramping.

* 1 gelas Coke ada 14 sudu gula
* roti putih lagi banyak gula daripada roti perang(wholemeal, high fibre etc)
*gula-gula memang banyak gula lah kan. Dah nama pun gula-gula.
*Kuih raya, confirm banyak gula. Sebab kalau tawar tak sedap.

Bagi sesiapa yang tak minum Coke, Pepsi, etc tu, cuba cek, minum air manis-manis tak?

-Buat nescafe segelas tapi manisnya cukup untuk 2 gelas nescafe.
-Makan gula-gula tak cukup sebiji (alasan sebab tak nak bagi mengantuk dalam kelas).
-Makan kuih raya yang manis-manis macam tart nenas tu, satu balang sorang.
-Kalau masak lauk tu, kalau boleh nak letak satu senduk gula.

Kalau tak percaya, cuba buat pada diri sendiri. Cuba berhenti minum yang manis-manis selama 2 minggu. Lepas tu ukur pinggang tu, tengok makin slim ke tak.





Tips:

Ada yang cakap, kalau gantikan gula dengan madu, lagi sihat(for being a sugar substitute). Dan, rasa manis tu tetap ada.

Selain itu, pengambilan gula yang banyak bukan sahaja boleh menyebabkan gemuk, tapi boleh juga menyebabkan penyakit kencing manis(Diabetes), Hyperglycemia(lebih gula dalam darah. Boleh merosakkan retina(mata), buah pinggang dan banyaaaakk lagi).

Kalau nak beli makanan yang dah siap, makanan/minuman dalam tin, paket semua tu, periksa dulu list of ingredients tu (ramuan) yang selalunya ada kat belakang.

Macam kat sini, kandungan paling banyak dalam makanan ni ialah whole grain corn. Dan yang kedua terbanyak ialah gula. Tapi bila tengok balik, banyak lagi sumber-sumber yang menggemukkan dalam makanan ni.



Akhir kata, cuba renung-renungkan. Apa sebabnya wujud ayat-ayat macam ni:
-Health is wealth
-Mencegah lebih baik daripada mengubati
-Ubat tak sedap
-Nak pergi klinik/hospital mahal




photo from http://cdn.healthhabits.ca/wp-content/uploads/2009/09/soda-obesity-nyc.jpg

6 comments:

  1. ade substitute utk gula x selain madu? madu mahal la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt x pasti lah ada jual ke tak sugar substitute kat pasar2 raya. mcm takda je (selain madu). rasanya semua substitute tu dh dicampur siap dgn mknn yg kita nak beli tu.

      Delete
    2. sini dia kata ada jual, online. tapi kat US la.. Malaysia x tahu la.. macam tak da..
      http://www.webmd.com/food-recipes/features/best-sugar-substitutes

      Delete
  2. kak yong...
    org slalu makan gule2 la kat maktab especially dlm class time blajar..ngantok je makan gule2...
    org slalu makan cadbury chocolaires tu...
    sbb coklat akn hilangkn ngantok..gule2 x hilangkan ngantok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak mengantuk bila makan choclaires instead of gula-gula murahan tu sebab choclairs tu sedap! sebab tu kau tak mengantuk. kau makan la banyak2, nanti gemuk padan muka!:P

      Delete
  3. ade gula yg sihat..disamping menyihatkan,gula ni juga boleh membantu mengurangkan berata badan.. berminat sms saye.. 0168335325..gula ini menggunakan teknologi Nano. Tekonologi ini merungkai gula dari tebu hitam dah menjadi cecair yg sgt manis tapi tiada kandungan kimia dan tiada kabohidrat.. dijual dalam botol kecil dan di titis dalam minuman atau makanan.. setiap botol dijual dgn harga RM40 ringgit dan boleh membuat minuman dari 250 hingga ke 300 gelas.. setiap botol purata titisan adalah sebanyak 300 titis.. JGN KETINGALAN..IA ADALAH FENOMENA BARU..jom ganti gula kita..

    ReplyDelete