Monday 9 July 2012

Penyakit: Varicose Vein

Assalamualaikum.
Tadi waktu revision class, Dr. Ayman saja ajar kitorang pasal satu penyakit berkaitan salur darah dibahagian kaki. Just for our general knowledge.
Penyakit ni nama dia Varicose Vein. (warna biru sebab salur darah yang terlibat ialah Vein, yang carry deoxygenated blood tu)

Varicose vein ni ialah keadaan dimana tekanan darah menjadi tinggi pada salur darah yang bernama Saphenous Vein. Ataupun disebabkan 'valve' pada salur darah ni kurang efisyen.
Dalam keadaan ni, salur darah ni menjadi dilated(diameter dia menjadi lebih besar/melebar), lebih panjang dan bersimpul-simpul.
Menjadikan salur darah darah tu nampak timbul, dan bersimpul, bersimpang siur, seperti cacing. Sebab tu lah pada keadaan ni, kita sebut 'the veins become elongated, dilated and tortuous 'worm-like''

Varicose vein
yang timbul-timbul tu ialah salur darah tu




kiri: varicose vein
kanan: normal (not so sure)


Siapa yang berisiko?
- Golongan wanita lebih tinggi risiko mendapat penyakit ni berbanding daripada lelaki.
- Dan, wanita mengandung, senang nak dapat penyakit ni. Sebab bila mengandung, dengan perut yang besar dan badan yang lebih berat, akan menambah tekanan pada bahagian bawah(iaitu kaki) untuk menampung badan anda. Jadi, risikonya lebih tinggi pada wanita mengandung.
Tapi, ni tak bermaksud yang lelaki tak boleh dapat penyakit ni. Lelaki pun boleh jugak dapat penyakit ni.
- Selain tu, golongan yang selalu berdiri lama-lama, macam salesman, police traffic, cikgu dan lain-lain lagi.
- kalau emak kita dah kena penyakit ni, anak pun berisiko untuk kena jugak

Macamana nak elak:
-jangan berdiri terlalu lama.
 kalau kena berdiri lama-lama (macam waktu perhimpunan), sila selalu gerak-gerakkan kaki anda ya). Gerak kan macam bawa kaki ke belakang dan ke depan)
-pakai stoking yang elastik (compression stocking)
-kurangkan berat badan yang berlebihan







Compression stocking






Rawatan:
-tadi Doktor Ayman cakap by surgery (dimana wayar dimasukkan ke dalam vein, lalu mencabut keluar vein tu. Apa jadi lepas tu, aku tak tahu)
-kalau tengok kat internet, diorang cakap melalui Sclerotherapy
-Vein tonic
-berjumpa doktor


p/s: apa-apa pun, saya budak baru belajar. Dan info-info kat sini, memanglah tak lengkap. Kalau ragu-ragu, ataupun macam risau dengan kesihatan diri sendiri ataupun orang yang disayangi, tunggu apa lagi. Silalah berjumpa doktor. Mereka lebih arif!

Credits to:
Dr. Ayman, buku Lower Limb by Dr. Ayman, dan websites di internet.

*Dr. Ayman ni sangatlah baik. Lecturer Anatomy. Beliau ialah salah satu daripada doktor kesukaan/kesayangan hamba. =)

No comments:

Post a Comment