Sunday 17 March 2013

nak belajar di mesir?

Assalamualaikum.

Semalam ada orang share gambar ni dalam group batch second year 2011/2017. Gambar brochure agen yang bawa pelajar-pelajar malaysia untuk belajar sains kesihatan di mesir. Tapi gambar ni aku dah try edit sikit-sikit cover mana yang aku rasa patut, supaya takda mana-mana pihak yang terasa. harap-harapnya tak ada lah yang terasa


Ini pulak komen-komen kami semua berkenaan dengan brochure ni.







Aku malas nak tulis banyak-banyak. Tapi harap dapat lah baca komen-komen kami kat atas ni. Kami pun bukannya tak suka kalau ramai lagi orang Malaysia nak datang mesir ni. suka sangat. at least dapat lah jugak kurangkan rindu pada malaysia, ada juga junior yang boleh kitoang nak jual meja study, almari tilam semua bila dah habis belajar nanti.

Tapi kena beragaklah jugak. Ni Mesir, penduduk dia sendiri dah padat, sebab tu lah semua rumah style flat je, bertingkat-tingkat. Tak ada langsung rumah teres atau banglo kat Mesir ni. Rakyat dia je dah 82 juta lebih, dengan kawasan gurun yang banyak, tempat tinggal jadi terhad dan padat!

Nampak point 12 000 malaysian di mesir tu? nampak macam cool kan? tapi kalau nak tahu, area yang aku duduk ni; Camp Shezar, ramai gila orang melayu. Sampai ada satu bangunan tu sampai 6/7 rumah ada orang melayu sahaja! Lama-lama boleh jadi "macam 'pekerja asing' kat Chow Kit" bak kata mak aku.

Waktu mula-mula sampai dulu, aku sendiri terkejut. Rasa macam kat dalam set penggambaran cerita tamil kat India. Padat sangat orang (especially Cairo). Dan aku pun pernah je rasa menyesal sebab mengada sangat nak duduk kat Mesir ni. senior-senior pun dulu banyak kali cakap "siapa yang dapat survive duduk kat mesir dan india, lepas ni campaklah dia ke mana-mana pun, insyaAllah boleh survive". nampak tak berapa dahsyatnya mesir ni??

Tak termasuk lagi dengan budaya yang berbeza. Ya, aku faham. Aku dulu pun excited dengan ayat "dapat memahami budaya masyarakat negara lain" waktu interview atau buat karangan SPM. Tapi please, ayat ni bagi aku, cuma boleh pakai kalau budaya yang lain tu adalah budaya yang lebih baik daripada budaya kita. Budaya kat sini? Aku tak sanggup nak cakap. takut jadi mengata pulak kang. (ada je budaya yang elok).


Background tu boleh di-consider bersih.
*gambar dari fb kawan

Sebab on the way jalan kaki pergi kelas boleh jumpa sampah berganda banyak, berterabur tengah jalan. Tak termasuk lagi tahi keldai dan ludah-ludah orang yang berwarna hijau. Ada tempat kat Cairo, sebelah rumah boleh jadi pusat pelupusan sampah tak berdaftar hoi!

Yang komen diorang pasal toreh-toreh tu, boleh baca kat sini. Ini antara kes jenayah yang berlaku kepada kami pelajar Malaysia. Yang selalunya kami rahsiakan, tak bagitahu pada keluarga di Malaysia sebab takut diorang risau sangat-sangat. Tahu je lah, dengan keadaan politik yang bergolak lagi kan.



Aku bukannya nak tidak menggalakkan sesiapa datang mesir, atau pun menghalang sesiapa. Tapi aku rasa kalau nak datang mesir, bilangan dia kena di-control. Harap-harap tak terjadilah harapan Mansoura University nak ambik 1000 Malaysian each year! Melampau gila kot. kitorang yang satu kelas 43 orang ni pun dah susah nak di-organize..

Aku faham je yang agen-agen ni syarikat. dan syarikat tu berniaga, dan setiap perniagaan pun mesti nak untung. Aku faham. Tapi, diharap sangat yang dalam kita mencari untung, kebajikan orang lain pun dijaga. Kita mesti tak nak kalau anak-anak kita dalam kesusahan kan?

Aku dulu pun datang dengan agen jugak. Aku faham je perasaan nak belajar medic, nak jadi doktor sesangat tu. Aku quit asasi yang berbaki 2 bulan daripada 1 tahun setengah sebab nak jadi doktor punya pasal. Aku faham perasaan korang!

Pesan aku, kalau nak datang jugak, make sure buat persediaan mental and fizikal yang rapi, dan solat istikharah. Try la jalan kaki 1-2 km setiap hari tengahari 6 hari seminggu. Try lintas federal highway jalan besar tak pakai jejantas. Try duduk kat belakang ekzos kereta hidu asap dia. Cuba jalan kat pasar malam/borong dengan sampah berterabur + ludah orang merata tempat waktu orang ramai gila macam pergi konsert. Kalau boleh tahan ni semua dan rasa cool je kalau orang main mercun  pukul 12 tiap-tiap malam, silalah datang. Kami mengalu-alukan anda. Ahlan wasahlan bak kata mak cik Arab jiran aku.

Tak masuk lagi bab yuran pengajian/tajaan/pinjaman pelajaran semua tu. semalam baru aku borak dengan walid (pegawai MARA) pasal benda ni.


This is real, man. No kidding punye.


Ini adalah pandangan peribadi aku (yang negatif). Sebab ada jugak pasal mesir ni yang elok.

Tuesday 12 March 2013

surat dari ayah

Assalamualaikum.

semester 4 ni, 2nd year student belajar module 11, module cardiovascular system. kelas baru start 2 mac haritu, tapi kelmarin dah habis lecture anatomy, semalam habis lecture histology. total duration untuk module ni hanya 4 minggu. cepat gila! sapa yang baru sampai dari malaysia semalam maknanya dah tertinggal langsung lecture anat. and histo. takpe, insyaAllah korang sempat je nak cover..

aku nak bagi lebih faham lagi pasal cardiac cycle tu, jadi aku start baca daripada basic. super basic! jadi aku bukak buku ni.


Buku Campbell kitorang kat cfs panggil dulu.



Buku ni aku guna waktu asasi dulu, tapi waktu datang mesir tu aku tak bawak. tapi sebab takut-takutlah nanti ter-blur, aku rasa macam perlu pulak ada buku ni sama-sama dengan aku kat mesir. Jadi aku kirim buku ni mintak kawan aku bawak dari malaysia waktu aku first year dulu. buku ni berat dah lah nak dekat 3 kilo, kawan aku tu dah lah kecik, kurus kering pulak, kesian dia kena angkut buku ni bagi kat aku. dah la dia jet lag lagi masa tu. tapi aku baru bukak 2 3 kali je.

waktu dapat buku ni, aku expect buku je. maknanya parents aku hanya bagi buku ni je pada kawan aku untuk pass pada aku.

Tapi bila aku buka mukasurat 'brief contents', ada ni.



Aku masa tu tak sampai seminggu pun lagi duduk mesir. nampak pulak benda ni. sedih beb!
sampai sekarang pun kalau tengok 'surat' ni mesti rasa sayu.



p/s: surat yang ayah aku attachkan sekali waktu pos barang haritu lagi syahdu.

Saturday 9 March 2013

with age comes fat!

Assalamualaikum.

Jalan kaki balik dari kelas tadi, nampak sorang budak lelaki ni lari-lari. Laju jugak. Mak dia suruh pergi kedai kot.

Aku terfikir 'aku pun pernah lari macam tu jugak'.

emm... 15 tahun dulu??

Bila aku cakap "laju", kawan aku tanya "dulu pernah jadi pelari ke(peserta acara larian ke)?"

Aku tak pernah masuk mana-mana acara larian pun waktu kat sekolah dulu.
Kalau waktu zaman tadika dulu, aku pernah lah jugak menang lumba lari dengan kawan-kawan. Tapi tu zaman tadika la.. Dah besar sikit tak pernah menang pun. In fact nak lari pun rasa malas je.

Bila nampak budak tu lari tadi, aku tersedar yang aku tak mampu nak lari macam tu sekarang ni. And for the first time, the term 'badan berat' comes to sense! Baru aku sedar yang badan aku dah berat. Walaupun BMI kata berat badan ok, tapi bila dah tak mampu nak lari tu. Berat la maknanya!

berat berat berat berat berat! ulang banyak-banyak kali sampai sedar!

sekarang ni kalau naik tangga 5 tingkat ni(rumah baru) dengan tangan penuh, rasa macam nak kena buat pit stop kat tingkat 3.

Beratnya aku weh!

kalau ada apa-apa jadi nanti sapa yang larat nak angkat aku pegi hospital?

Monday 4 March 2013

Rasionaliti entah ke mana

Assalamualaikum.

Bulan februari dan Mac ni (setakat 4 mac), aku rasa aku dah lain. No self control, at all. Aku buat apa yang aku nak buat, makan apa yang aku nak makan, beli apa yang aku nak beli.

Berfikir dan menimbang semua plan dengan tak begitu mendalam, aku just go with the flow. Ikutkan kata hati(atau hasutan syaitan).

Bulan februari aku mula busy dan stress(sikit) sebab exam week dan nak uruskan hal-hal mara tu. Penat sangat. mental dan fizikal.

Mid february = winter break, i've became wilder. Aku makan sesuka hati aku. Walaupun dah kenyang, makan lagi dan lagi,big amount for every serving! Pergi Mansurah, tiap-tiap hari makan kat restoran melayu, melantak macam orang kebuluran. Yang peliknya, aku jadi tak kenyang-kenyang. Makaaannn je kerja. Sampai lah ke hari ni, aku makan terlalu banyak. Duduk rumah Faizah dah nak dekat 3 minggu, makan lagi. Sebab dia rajin buat kek. Setakat ni dia dah buat pop corn, kek pisang, kuih bengkang dan chocolate chip. Aku? Tolong kacau dan makan! Bila dinner pulak masak nasi, lauk punyalah banyak. Aku yang selama ni makan nasi tak sampai 2 senduk dah jadi 2, 3 pinggan. Seriously, apa dah jadi??!

Winter break ni, sale and promotion sana sini. Dari Alex sampai Mansurah, hampir semua kedai bagi diskaun. Walaupun ada je kedai yang harga after discount macam tak discount! Nafsu membeli pulak mencanak. Habis duit! Apa yang aku beli? sori, tak boleh bagitau.

Another crazy big step yang aku buat cuti ni ialah: pindah rumah.

Ya, aku pindah. seorang.
Aku inform housemates aku yang aku nak pindah sehari sebelum pindah. Aku tengok rumah baru hari selasa, inform housemates yang aku nak pindah: hari Rabu, pindah hari khamis.
Tada!!! Gila kan! Selamba nak mampus!

Aku tak tahu mana rasionaliti aku pergi selama lebih sebulan ni. Dah penat sangat ke menghadap buku haritu? Entah.

Aku macam membalas dendam pada sesuatu yang aku tak tahu apa dia dengan buat apa sahaja sesuka hati. i'm all rage!

Rumah baru ni pulak, walaupun kos sara hidup (makan dan bil-bil) tu lagi murah, tapi sewa rumah mahal banyak. dah jadi 200 ringgit sebulan(mahal pada aku). Dah lah kena beli almari sendiri lagi. Jadi bagi sesiapa yang nak buat sedekah jariah tu, boleh pm aku for the next step! <--- serius

Aku berdoa, berharap sangat yang zakat selangor bagi rm6000/tahun pada aku untuk tahun ni sampai tahun 6. At least sampai sebelum MARA betul-betul bagi elaun rm900 sebulan tu. Amiin.
Please! Aku nak balik malaysia raya tahun ni dan tahun-tahun berikutnya..

Nak cakap jugak, rumah baru aku ni kat tingkat 5 (takda lif). Aku harap penyeksaan mendaki tangga ni dapat membantu aku untuk mendapat badan macam model antarabangsa. Aku jugak berazam untuk merajinkan diri untuk attend banyak (tak berani nak kata semua) program, aktivit etc. yang ada. Aku tak nak jadi anti-soc lagi. Aku nak meet new people, bergaul dengan orang, bercakap dengan orang,  tahu apa yang berlaku di sekeliling aku. Cukuplah lebih setahun ni je terperap kat rumah macam katak bawah tempurung.