Wednesday 27 June 2012

Jar of Heart

Assalamualaikum.

Mesti pernah dengar lagu Jar of Hearts by Christina Perri kan? Waktu dengar lagu tu, pernah imagine tak macamana 'jar of heart' tu?

Sejak belajar medic ni, aku dah tahu dah macamana rupa 'jar of heart' tu. 


Diffuse fatty change of the heart
Heart ni direndam dengan formalin. Dan dah berusia berpuluh-puluh tahun.

However, it is a diseased heart named 'Diffuse fatty change of heart'.

And in this condition, the heart is slightly enlarged, pale in color and soft due to the fat deposition in myocardium(heart muscle).  <----- skema jawapan exam



Nampak jantung macam putih-putih je kan. Ni sebab ada lemak dah duduk kat jantung tu.

* heart = jantung.
bukan hati. 
sebab hati ialah 'Liver'.

Sebab-sebab berlakunya sakit ni:
-severe hypoxia (kurang Oksigen pada jantung). Bekalan oksigen kurang ke jantung boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu : loss of blood supply samada disebabkan terganggunya salur darah(tersumbat). Penyebab lain tu malas nak cakap, sebab leceh pulak nak translate guna bahasa yang mudah difahami.

-radang pada jantung (myocarditis = inflammation of heart)
* tanda-tanda biasa/wajib bagi radang: (semua berlaku pada tempat radang itu sahaja) kemerah-merahan, rasa macam panas, ada bengkak, rasa sakit, dan loss of function due to the pain.

contoh radang/inflammation: kalau tangan kita ada luka kecil, macam tercalar sikit, cuba tengok tempat luka tu. Nampak macam merah-merah sikit kan? Lepas tu rasa macam panas je tempat tu. Sakit tu memang confirm lah ada. Loss of function pulak macam tak boleh nak lurus/bengkokkan jari, sebab sakit.

contoh radang(inflammation)
paling ketara pada jari tengah dan manis

Fate(apa akan jadi pada jantung tu):
-kalau dah teruk sangat, boleh menyebabkan heart failure(hati tidak lagi berfungsi) sebab dah hilang kuasa sebagai otot untuk pam darah, sebab dah ada banyak lemak kat otot jantung.



p/s: tak reti lah nak terangkan dalam bahasa yang mudah. Kalau cakap depan-depan lagi senang rasanya. Ada idea tak?


*picture taken from Atlas of Gross Pathology

Tuesday 26 June 2012

Kenapa Lelaki 'Gatal'

Assalamualaikum.

Semalam kat universiti, aku ternampak lah satu scene ni, di mana seorang lelaki yang aku rasakan baik, dok bersembang dengan perempuans. Lama lah jugak. Kat mana-mana pun scene macam ni terjadi kan.




Disebabkan rasa ingin tahu, aku tanya lah kat kawan-kawan aku


Kenapa lelaki ni gatal eh?

Kawan aku(perempuan) pun jawab:
Sebabnya, lelaki, nafsu dia cuma satu. Iaitu perempuan. Tapi perempuan pulak, nafsu dia banyak, bukan lelaki je..

Aku pun baru tersedar...

Dan aku pun cakap:

Maknanya, kita tak boleh lah nak salahkan lelaki, nak cakap lelaki tu gatal, sebab dah memang fitrah dia macam tu. Macam kucing, kalau nampak ikan, mestilah dia makan, takkan nak main-main dengan ikan atau pergi cari benda lain pulak kan.
Jadi, kalau rasa macam lelaki tu gatal ke apa, perempuan pun ada jugak part yang menggalakkan berlakunya situasi gatal tu.

Akan tetapi, harus diingati, ini bukanlah alasan untuk lelaki sewenang-wenangnya terus menggatal dan cakap 'bukan salah aku. dah fitrah aku macam tu'. No way, okay.


p/s: kejap ni baru menghadapi suasana yang aku rasa lelaki ni gatal. Dah nak kahwin pun tengok-tengok orang lagi.

Thursday 21 June 2012

Pak Cik Teksi Yang Baik (Part 1)

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku pergi kelas naik teksi. Macam biasa. Kat teksi tadi, aku duduk depan, sebab teksi tu dah ada sorang penumpang kat belakang. 

Waktu nak dekat nak sampai dah tu, pak cik tu terperasanlah yang beg aku ni, kat bucu-bucu tu, ada koyak sikit. Dia senyum, dan tunjuk koyak tu. Aku pulak, buat tangan gaya tak tahu nak komen apa, dan gelak je dengan pak cik tu. At that moment, aku rasa yang pak cik tu baik. Mesra.

Waktu nak turun, aku bayar tambang; LE3 (RM1.50). Bila aku dah tutup pintu kereta tu, pak cik tu panggil aku. Sambil senyum, dia hulurkan satu paket manisan.


Aku teragak-agak lah nak ambik. Ye lah, tak penah lagi aku jumpa pemandu teksi yang baik macam ni. Tapi sebab pak cik tu insists, aku ambik lah, dan cakap 'Syukran', sambil senyum. 

Waktu dia bagi tu, aku nampak dia ada 2 je manisan tu. Satu kat kereta dia, dan satu yang dia bagi kat aku. 



Aku terharu. Terharu sebab dapat jumpa orang yang baik. Walaupun jumpa tak sampai 5 minit, tapi pak cik tu sangat baik. Aku gembira. Dan mulut aku tak henti-henti cakap 'Baiknya pak cik tu!'. Dan senyum lagi...

p/s: Aku frust, sebab time nak turun tu tak cakap pun "ma 'as salamah" kat pak cik tu. Dia baik sangat.

*kadang-kadang, benda-benda kecik pun boleh buat orang gembira. Macam pak cik ni, really made my day..=)

Ma 'as salamah, ya ammu!

Monday 18 June 2012

SPM Essay

Assalamualaikum.

Yesterday, I made helped my younger sister with her essay. SPM-standard essay. I made it at 2 am in the morning. And it took me about 1 hour to complete the essay, and of course, by referring to the internet as usual.

Kepada sesiapa yang nak tengok contoh essay ke, boleh lah tengok sini. Tapi, jangan copy paste, nanti tak maju, sebab meniru. Cuba baca, fahamkan, dan cuba try buat essay sendiri. Mana-mana perkataan baru tu, boleh lah difahamkan, dan cuba ingat. Nak bagi ingat? Try buat ayat satu dua, lama-lama ingat lah..

Lagi satu, kalau ada kesalahan Grammar, bolehlah nak tegur untuk perbetulkan. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


The question is: Start your essay with 'I could not believe my eyes when I saw...'


I could not believe my eyes when I saw a strong flame that burns brightly filling the sky over the paint factory. It was a dark night, when I was walking home with my friend; Suzie after finishing our tuition class. I was the one who saw the fire first and spontaneously screamed ‘Oh, my god! Suzie, look! There’s a fire!’ We were both in panic because unfortunately, the road was empty, with no cars, not even a single person there, except us.

But, being a brave and fearless girl, Suzie immediately grabbed my hand and together we ran towards the factory’s guard post, to inform the security guard. To our surprise, the guard post was empty, and I was more panic than a minute ago. Luckily, I realized that I brought my hand phone and I instantly dialled 999; the emergency line.

While waiting for the fire fighter and police to arrive, we searched for the security guard around the main entrance gate. We cannot enter further into the factory area because the fires flared mightily and at the street level, it was nearly blinding. To our surprise, we found the security guard lying unconscious on the ground. We tried to wake him up. As Suzie tried to help him by doing a CPR, I called my parents, informing them about what happened and that we needed help.

After two minutes of CPR, finally the guard awakes and we helped him walking towards a safer place; at the roadside across the street. Few minutes later, the street was filled with the sounds of fire trucks, a helicopter, police cars and ambulances. They all worked together cooperatively to set the fire off.

As our parents arrived, we could not help ourselves from being grateful that we are save and alive. The, we were approached by Chief Azman of the Selayang Fire Department, complimenting us on how our bravery and smart actions helped the situation. 


---------------------------------------------------------------------------------------------
Adik aku sangat pandai, ada apa-apa homework yang tak tahu, terus sms aku 

'kak yong, tlong org wat essay. Xde idea.'

Aku pulak, yang memang dah sedia baik ni, buatkan aje lah.. Dah siap tulis, taip, pastu email kat adik aku..

Hurmm... Eloklah tu..=.=''


p/s: fyi, aku memang tak reti nak buat karangan berbentuk cerita. Dulu time sekolah, tak pernah buat cerita, mesti buat karangan fakta je. BM dan BI. Bagi aku, buat karangan fakta lagi senang daripada cerita-cerita ni. Tak cukup kreatif kot. Kalau ada homework kena buat karangan cerita, memang liat sungguh nak buat. Idea tak boleh nak berkembang.

Tapi, time SPM BI, for the first time ever, aku pegi buat cerita! Sebab tu kot tak dapat A. Mengada. Ni sebab terpengaruh dengan novel-novel yang aku baca waktu bulan SPM lah ni.


TIPS: Kalau time exam, jangan buat benda yang korang tak penah buat. Nanti bala je. Macam aku..

Monday 11 June 2012

Cotton Candy

Assalamualaikum.

I have always thought that cloud is a cotton candy. Well.. that's because it really does. 

Being quite an observant, i noticed that here in Egypt, it is usually a cloudless sky. Seeing a cloud in the sky is somewhat rare here. If there is, it's just a little patch of cloud. I also noticed that the sky has more cloud during the winter, instead of during the summer.

Here is the picture of my sky flavor cotton candy (as named in my FB album).
Taken during last winter.
During my 'jogging' session.
(February 2012)

Cloudless sky in Cairo.
Last summer
(September 2011)


Now that we are entering summer, there is almost no cloud in the sky. And can you imagine how hot it is?


p/s: kecik-kecik dulu selalu berangan nak main atas awan. Yang menambahkan lagi keinginan tu was when i saw Doremon built a castle for Nobita n the gang there. Sebab tu dulu-dulu selalu cakap"kan best kalau ada Doremon.."

Wednesday 6 June 2012

Allahu Ma'ana

Assalamualaikum.

Tadi aku jalan-jalan kat Youtube. Dan, terjumpalah video ni. Pada mulanya, aku tak nak tengok video ni. Sebab pada aku, nak pegi youtube, mestilah nak cari hiburan. Sesuatu yang seronok. Buat apa nak tengok video-video yang berkaitan dengan Islam? Video Ustaz Azhar Idrus kan ada. Cukuplah tu...

Astaghfirullah al azim..

Tapi, Alhamdulillah, dalam kesombongan aku tu, Allah masih bimbing aku, masih sayangkan aku. Dan akhirnya, dengan kuasa Allah aku tengok jugak video ni. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah..

Aku tengok video ni, baru aku realized, the other side of the world. The opposite of what we have. Bukan tak sedar dengan realiti kehidupan. (But I'm sure that you know this well too, being a human, such an ignorant!) Aku tak peduli pun. Mungkin waktu sekolah dulu, peduli lah, sebab banyak ceramah-ceramah pasal umat Islam zaman sekarang. Tapi lama-lama, lupa! Sebab tu lah, manusia ni, perlu kepada peringatan. 

Back to this video that I share here,

Apa perasaan anda bila tengok video ni?

Aku dapat dengar dengan nyata, suara pak cik dari Iraq tu, menceritakan apa yang dia lalui. Memanglah aku tahu, melalui surat khabar, berita kat TV semua tu, suasana kat Iraq. Tapi, bila dengar suara pak cik tu, baca subtitle tu, 'rasa' tu lebih kuat. Even pengacara rancangan TV tu pun menangis.

Sedih sangat. 

Bayangkan kalau kat Malaysia ni, jadi macam tu. Tengah kita happy-happy dengan family, tiba-tiba ada orang ceroboh rumah, tangkap ayah dan abang kita, tumbuk diorang sampai berdarah-darah dan lemah. Ambik pulak mak, adik, kakak, tangkap, seksa .... (Aku tak sanggup nak teruskan ayat ni, Even thinking about it scares me to death.) Nauzubillah!! Aku tak sanggup, tak nak langsung perkara macam ni berlaku pada keluarga aku, keluarga orang-orang yang aku kenal, dan juga pada keluarga siapa-siapa je kat dunia ni. Aku tahu, mesti perit.

Yang paling sayu sekali, bila pengacara tu cakap, "Allahu ma'a kum (Allah bersama kamu semua)."

So here i am, begging all of you, to (please!) watch this video. This is the least that i can do, so that we all know, what the real life actually is. 

Ingat, Nabi Muhammad pernah cakap (dalam khutbah terakhir kalau tak silap) setiap orang Islam itu bersaudara. Apa yang berlaku di Iraq, Syria, Afghanistan, Bosnia atau mana-mana sekalipun kat dunia ni, selagi yang kena tu orang Islam, ingat, itu adalah saudara kita. Kita rela ke tengok sepupu kita, mak cik kita, nenek kita, atuk kita kena seksa, kena bunuh? Mesti tak kan? Jadi, apa yang berlaku pada umat islam yang lain, itu adalah urusan kita jugak, sebab mereka adalah saudara kita, keluarga kita!

Ini baru yang kita nampak. Yang kita tak nampak?


Not to forget, kalau pun yang kena seksa atau ditimpa musibah tu, bukan orang Islam, jangan lah rasa berat hati nak tolong. Ingat, dia pun manusia jugak. Hari ni hari dia, esok-esok mana tahu, entah-entah kena kat kita ke, mak kita ke. So, be considerate! Tolong je sesiapa pun yang dalam kesusahan. Kita dapat pahala, tunjuk akhlak yang baik dapat naikkan imej islam. 

Before i come to the end, let me tell you this. I know that life is hard. In fact, it is too damn hard! Sometimes, life is unfair, too many bad people, we are being hurt. But, always remember that "Allahu ma'ana(Allah is with us)." 

Bukan nak suruh pergi tempah tiket kapal terbang pergi Iraq/Syria pergi lawan dengan orang jahat semua tu. Tak! Tak suruh pun buat macam tu. Dah ramai orang cakap 'paling kurang yang kita boleh buat, doakan saudara-saudara Islam kita di luar sana, di mana sahaja'

Walaupun dengan doa je, Insya Allah, Allah akan balas kepada kita (beri ganjaran pada kita). Allah tak lupa, tak tak perasan apa yang kita buat. Allah tahu semuanya. 

Allahu a'lam.


P/s: Aku ada cita-cita nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Insya Allah, aku akan usahakan supaya cita-cita aku tercapai. Dan usaha aku bermula dengan entri ni. 

Sunday 3 June 2012

Health

Assalamualaikum.

Hari ni, kitorang, the first year students, officially mula belajar modul baru; Modul 6; Modul terakhir untuk tahun 1; Module Concepts of Health and Disease.

And today, among the first things that i learnt is the definition of Health. 
Well, according to the World Health Organization (WHO), Health is 'a state of complete physical, mental, and social well-being, and not merely just absence of disease or infirminity'. And in 1977, WHO has include 'the ability to lead a socially and economically productive life'.

So, if you are lacking any one of these, you are just unhealthy or sick!

And, here, i admit that i am sick! I am unhealthy. I am emotionally/mentally not healthy.

Pilihan raya Mesir


Assalamualaikum.

Kalau korang tahu, sekarang ni kat Mesir, tengah musim pilihan raya. Tapi belum yang final lagi. Aku pun tak follow sangat pasal pilihan raya Mesir ni. Tapi bila tiap-tiap hari ada je orang yang akan post kat Facebook pasal pilihan raya ni, daripada tak tahu terus jadi tahu. Tapi tak detail lah. Yang aku tahu, sekarang ni ada pertarungan sengit antara calon yang baik, dengan yang kurang baik. Yang baik tu, parti islam, yang tak baik tu, parti yang kurang keislamannya; sebab dia pengikut bekas Presiden Mesir yang digulingkan tahun lepas (don't want to mention his name).


Yang aku tahu lagi, timbul jugak ura-ura yang mengatakan, parti jahat tu, siap edarkan ID dengan banyaknya, supaya dapat menambah jumlah pengundi parti yang jahat tu. 

Ada jugak orang post kat facebook, student lelaki cakap, satu hari ni, dia pergi masjid. Lepas solat, ada sorang pak cik ni cakap kat dia 'tolonglah doakan supaya Mesir ni jatuh pada tangan yang baik, tangan yang akan membela Islam. Sebab kalau tak, parti jahat tu akan buat macam-macam. Risau Islam takkan ada tempat lagi di Mesir, di dunia ni.' Pak cik tu mintak sangat-sangat.


Tapi yang lebih penting, aku nak cerita pasal experience terbaru aku. Hahahha.. tak jauh menyimpang pun. Secara langsung, rumah aku ni, terletak dengan jalan utama lah jugak kat Alex ni; Jalan Port Said. Dan kalau ada apa-apa demonstrasi, memang orang Mesir ni, akan buat kat situ. Dan disebabkan rumah aku dekat dengan jalan tu, dan the fact that my room has a balcony, i can clearly hear the sound of people marching along the road, every night! Yes, every night! 

Tapi, walaupun diorang berarak ramai-ramai, suara memang kuat gila, takda pun kekecohan berlaku. Takda gaduh-gaduh, takda polis masuk campur, takda gas pemedih mata. Pendek kata, diorang berdemonstrasi secara aman. Ada je bendera Mesir yang dikibar, ada orang yang ramai berarak, jerit-jerit. Ada sorang ketua jerit, yang lain menyahut. Kuat suara diorang. Tapi still aman.

Tapi semalam lagi kuat lah. Tapi semalam aku tak intai, sebab terlalu penat. Tadi aku intai. Even the Egyptian neighbors did too! Peeking through their windows and balcony. Just like me.
Ingat lagi semalam, aku pergi kedai. Pak cik kedai tu buat bodoh je kat aku. Sebab dia khusyuk gila tengok TV, ada siaran langsung liputan pasal orang berdemonstrasi kat Alex ni.

Sepanjang aku duduk kat Mesir ni, aku nampak, yang orang Mesir ni, sangat-sangat sayangkan negara diorang. Contoh terdekat, sanggup berarak ramai-ramai setiap malam(aku bukan menggalakkan rakyat Malaysia berarak jugak). Dulu, dekat sejuta orang berkumpul kat Dataran Tahrir. Ada jugak aku dengar cerita diorang conteng kat duit tulis pasal undilah calon Presiden yang baik, biar Islam menang.


p/s: bagi sesiapa yang ada kenalan di Mesir ni, tak payah lah risau. Setakat ni, semua selamat lagi. Orang Mesir tak kacau pun kitorang pasal politik-politik ni semua. Kacau benda lain tu ada lah jugak sikit-sikit. Pokoknya, tak payah risau. Kalau baca kat surat khabar Malaysia cakap yang "Mesir bermandi darah" lah, "Mesir bahaya lah" semua-semua tu, anda dinasihatkan supaya tidak percaya bulat-bulat. Bukan nak kata surat khabar tak telus, cuma, you know, they're making business there, trying to sell the papers, so, tajuk mestilah yang 'catchy'. Kitorang kat sini takda pun rasa bahaya. Most of the time, itu lah yang berlaku: kisah surat khabar tu.

And one last thing, don't blame me for anything i said. This is just my less-then-one-cent opinion. 


*nak kata sayang sangat kat Mesir ni tak lah sangat, tapi sayang lah jugak. Sebab kat Mesir ni lah aku akan tinggal for the next five years.=)