Showing posts with label Situ sana sini. Show all posts
Showing posts with label Situ sana sini. Show all posts

Friday, 24 May 2013

Pediatric's Day

Assalamualaikum.

28 April haritu aku ada join satu program ni yang dinamakan Pediatric's Day di Pediatrics Hospital, Shatby. Organized by Yayasan Yalla (dan LIFE), aku datang dengan lenggang kangkung, untuk memeriahkan lagi majlis, dan kalau ada chance, dapat jumpa pesakit dan tolong agihkan mainan dan ubat. Well, aku dapat buat semua tu sebenarnya walaupun datang lambat.:P

Setahu aku, program macam ni baru kali kedua diadakan. yang pertama kali haritu (tahun lepas) aku tak join sebab takda gang. heheh

Apa yang kita buat di program ni, kita derma ubat-ubat, makanan, mainan, personal care products dan menghiburkan pesakit kanak-kanak ni.

Dan sebelum program ni diadakan, macam-macam lagi aktiviti telah dijalankan untuk mengutip dana untuk beli semua benda-benda kat atas tu. Yayasan Yalla dah anjurkan Marathon 1.0 & 2.0, Jumble sales, bukak booth untuk sesiapa derma ubat dan gerakkan tabung kutipan di setiap lecture hall.

Percaya cakap aku, ubat-ubat dia sangat mahal! beratus harga dia sebab untuk penyakit leukemia. dan disebabkan taraf hidup rakyat mesir ni rendah dan ramai berpendapatan rendah, diorang tak mampu untuk beli ubat. sebab tu charity program macamni diadakan.

Ni gambar-gambar yang aku sempat tangkap.

Yang ni, gambar di khemah besar. Kanak-kanak dan sesiapa je boleh join untuk melukis di kertas ni dan tulis apa-apa mesej. di pentas (kat hujung depan tu), ada kanak-kanak yang menyanyi, bercerita dan baca surah-surah apa yang diorang hafal. Ada jugak face-painting.

Kanak-kanak yang ada ni, ada antaranya ialah pesakit tu sendiri. Diorang dapat pelepasan sekejap, dibenarkan untuk keluar dari wad sekejap untuk join aktiviti kat bawah. 








Yang pakai shirt biru tu ahli sukarelawan LIFE (yayasan yalla versi mesir).








antara ubat yang diderma





daripada pagi sampai 3 petang duduk di khemah, aktiviti seterusnya kita agihkan mainan, buku dan personal products, personally and directly kepada pesakit dan keluarga.

Yang ni best sebab aku memang teringin sangat nak naik wad, jumpa keluarga pesakit. Aku kiranya bertuah sebab kawan-kawan aku yang datang awal dapat duduk kat khemah je, tak dapat naik wad.


bangunan wad pediatrik
* Is'af (ambulans) tu baru je sampai



Ni gambar dalam wad, waktu agihkan barang-barang.

Sebab aku tak pandai cakap Arab sangat, jadi setiap kali tu aku dok cakap "Ismuha eh? Ismuh eh?"(nama dia siapa). kalau tak pun cakap "Shafakallah"(semoga cepat sembuh). Rasa macam loser gila sebab tak reti cakap.


Budak kecik atas katil tu nama dia Muadz.

Yang ni Umar.
Dia tengah nak pilih buku.

Yang ni nama dia Jannah.
Dia dapat hadiah tu.

Ada pesakit yang family dia macam sangat friendly, siap macam hulur lagi baby tu pada aku untuk dukung. Tapi sebab ni first time, dan takda siapa brief aku samada boleh dukung atau tak, aku jadi takut samada nak dukung atau tak. Jadi aku cuma pegang pipi dan kepala dia je. Sangat awkward.


Kalau family ni, aku tak tahu siapa yang sakit sebab semua
nampak excited jumpa kitorang Malizi ni.

Yang ni pulak, aku tak ingat nama dia apa. Tapi adik lelaki ni, dia patient yang paling friendly, dan reaction dia yang paling priceless!. Bila dia dapat hadiah tu, kau akan dapat nampak betapa gembiranya muka dia, betapa bersyukurnya dia dapat hadiah tu. Aku pulak yang rasa terharu tengok reaksi dia. Sebab pada aku, tu mainan murah je, dan kita kat Malaysia tu bila-bila je oleh dapat. Tapi bagi diorang, mainan yang murah tu macam satu nikmat besar.


Dia sangat excited. Dapat je hadiah tu, dia senyum dan tunjuk kat mak dia
dan aku agak dia mesti cakap
"mak tengok ni. Adik dapat ni.."






Ni pulak rupa wad tu sendiri.

ni entrance dan hallway

ni ruangan katil dalam wad tu sendiri


Jujur aku cakap, keadaan hospital tu memang tak selesa. Ruang setiap katil sangat sempit, tak ada kipas atau air cond., cuma tingkap je tu pun kat hujung. Bayangkan kalau musim panas, macamana keadaan diorang.

Kawan aku cakap tahun lepas lagi teruk sebab wad ni dalam pembinaan. Katil-katil kat situ, tepi-tepi dia pasir, simen sebab tengah nak bina. Kesian kan?

Ada kawasan yang kami tak boleh masuk sebab tu kawasan pesakit leukemia, sebab takut diorang terkena jangkitan. Ada pesakit tu rambut dah gugur sebab chemotherapy, ada yang tak pernah pergi sekolah sebab sejak kecil lagi dah sakit.

Bila tengok keadaan pesakit dan keluarga dia, rasa insaf sangat. Boleh nampak betapa susahnya hidup diorang kalau nak banding dengan kita di Malaysia.

Aku nak pesan, kalau kita ada peluang untuk sertai program kebajikan atau aktiviti sukarelawan macam ni, jangan teragak-agak untuk pergi. Walaupun sedikit penat, kita tak rugi sikit pun. Sebab perasaan yang kita dapat tu lagi hebat, lagi tak ternilai.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi, tapi kalau nak tengok gambar lagi, boleh tengak di page Yayasan Yalla.

Tahun depan aku nak jadi Yalla Ranger atau Yalla Volunteers, nak ikut pergi rumah anak yatim, pergi tolong kat kampung-kampung. Nak sangat-sangat.



*  Jangan lupa cakap Alhamdulillah sebab hidup kita sangat selesa sekarang ni. Kan?

Thursday, 17 January 2013

Kucing Kellie's Castle

Assalamualaikum.

Tengah-tengah pilih gambar untuk di delete daripada phone, terjumpa gambar-gambar ni. Gambar waktu cuti summer haritu. Lebih tepat lagi, gambar waktu raya haritu masa on the way nak pergi beraya ke rumah saudara mara di Perak. Macam biasa, perjalanan dari rumah start pagi-pagi, tapi still sampai petang dalam pukul 3 atau 4 sebab banyak menyinggah.
Ya la. Kalau bukan time ni nak menyinggah, bila lagi. 
Sebenarnya tiap-tiap tahun pun datang je Perak ni. Tapi setahun sekali je la-time raya atau kenduri.

Dah alang-alang ke Perak tu, kitorang singgah Kellie's Castle. Tapi tak masuk pun, sebab panas sangat haritu. Diorang semua dah penah masuk dalam tu, cuma aku je yang belum.
Memangla ada jugak rasa nak masuk tu. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tak masuk jugak.

Sebab tak masuk dalam castle tu, kitorang jalan-jalan je kat kawasan luar tu.
Nampakla ada satu bangunan baru tengah nak buat. 
Dan sekali tu, nampak pulak kucing ni kat depan toilet.


Nampak jambatan belakang tu?
sementara main dengan kucing ni, sempat lagi nampak satu kumpulan/sekawan kambing lalu  bawah tu.
Nak pergi meragut kot.
Excited ok nampak kambing live. Banyak pulak tu.


Kesian dia kena buli dengan kitorang. Kitorang halang kucing ni nak jalan. Dia ke kiri, kitorang block. Dia ke kanan, kitorang halang.



Tapi kitorang tak sepak ya kucing ni. Jirus-jirus dan percik-percik air pun tak. Sebab aku dah insaf dah nak main-main air dengan kucing(waktu tu je la). 
Sekarang ni kadang-kadang buat lagi. 
Ya, aku masih belum berubah.



Dalam lima minit asyik kena block je jalan, last-last kucing tu pun pasrah(macam erra fazira)dan duduk la kat sini jadi jaga toilet...

Jaga toilet paling comel sekali yang pernah jumpa.
Berdedikasi lagi tu.

Lama-lama tu, kitorang pun dah puas kacau kucing ni dan kesian pulak tengok dia.
Dari tadi asyik kena buli.
So, kitorang pun lepaskan lah dia.

Rupa-rupanya daripada tadi yang dia dok bersabar kena halang jalan tu sebab dia nak pergi makan.



Enjoy your lunch, kucing!
Panjang umur, kita jumpa lagi.

 Kesian dia. 
Kalau aku tahulah kucing yang kau sebenarnya nak pergi makan, mesti aku dah bagi dah kau lalu, kucing.
Kalau aku tahu la..



p/s: cuba ulang sebut tajuk entri ni kuat-kuat laju-laju. macam tongue twister kan?

Tuesday, 11 September 2012

Typical Alexandria

Assalamualaikum.

Aku cuma nak tunjuk rupa pekan tempat aku tinggal. 
Aku duduk kat area Camp Shizar dan Ibrahimiyah(sebab dah banyak kali pindah, dan tetap di 2 tempat ni jugak).

Bolehlah kalau nak cakap yang majoriti pelajar Malaysia duduk sini. Especially Camp Shizar. Jalan sikit, memang akan nampak je muka Melayu. 
Nak kata dekat sangat dengan Uni tu, tak lah sangat. Tapi dekatlah jugak. Jalan kaki dalam 15-30 minit. Kalau naik teksi 5 minit sampai dah(kalau tak jam).

Perhatian.
Semua bangunan yang kelihatan ialah rumah. Bawah mungkin ada kedai-kedai tapi atas semua rumah.


Lorong di pekan Ibrahimiyah.
Aku tak suka lalu jalan ni, sebab sesak sangat. 
Public transport macam teksi, ada banyak sangat. Tunggu je kat mana-mana jalan, Insya Allah tak sampai 5 minit dapatlah teksi. 
Tapi kalau cuaca hujan(jarang sangat) atau panas sangat, susah sikit nak dapat, sebab penuh.
Ragab (kedai buah).
Malam-malam pun buah-buah ni penjual tu tinggalkan je.
Takda orang nak curi kot.
Kat stesen tram.
Ruang sempit antara rel tram tu, ada jugak tapak-tapak peniaga.
Asap yang nampak tu dari kedai makan.
Tu asap panggang/bakar ayam.


Hiasan jalan sempena Ramadan.
Bangunan-bangunan ni semua ialah rumah.
Kat sini semua orang nak pakai 'astro'.
Tram.
Takda aircond, takda kipas.
Kalau musim panas, rasa nak pengsan je naik.
Selalu penuh, dan jarang-jarang dapat duduk.

Tram ni consider baru sebab interior dia cantik lagi.
Harapkan tingkap ni je lah.
Kalau naik, mesti berebut nak berdiri dekat tingkap.
Pasaraya favorite student Malaysia.


Nampak HSBC Bank belakang tu?
Di stesen Sidi Gaber Sheikh.
5 stesen dari Ibrahimiyah.
Antara tempat kami withdraw duit.





Waktu winter rel ni cantik sangat.
Sebab penuh dengan hijau rumput dan kuning bunga-bunga.





Aku bersyukur sangat sebab dapat belajar di Alexandria, bukan Cairo. Sebab aku rasa aku memang tak tahan nak duduk Cairo. Sesak sangat. Sesak dengan orang, kereta, bangunan. Dan Cairo lebih banyaaaaak debu dan habuk daripada Alexandria.


Kalau rajin nanti nak tunjuk gambar Fakulti Perubatan pulak.
Dan mungkin jugak trip ke Giza (piramid dll.)




Thursday, 30 August 2012

Pak Cik Teksi Yang Baik (Part 2)

Assalamualaikum.

Haritu aku ada cerita pasal pak cik teksi Mesir yang baik. Harini, aku nak cerita pasal pak cik teksi Malaysia pulak. Aku nak cerita pak cik yang baik dan awesome sangat.

Beberapa hari sebelum raya tu, aku kena jemput adik aku kat stesen komuter yang kalau naik kereta dan tak jem, 5 minit dah boleh sampai dah.

Akan tetapi, sebab aku ni buta nak drive kereta(takda lesen), aku kena lah guna public transport.
Dan sengaja je nak menguji kesabaran aku, aku pun tercongok lah sorang-sorang kat bus stop depan rumah aku dekat 1 jam menunggu bas, menahan teksi yang tak nak berhenti, dan kena kacau dengan pak cik yang gatal tak ingat dunia. Pak cik ni memang scary.

Bila adik aku dah call cakap dia dah sampai, aku pun menggelabah lah nak tahan teksi, tapi satu pun tak nak berhenti. Dan aku pun mula membandingkan kesenangan mendapatkan public transport di Mesir dan Malaysia......

Dah beberapa minit lepas tu, lalu lah satu teksi ni. Teksi ni warna biru. Warna biru je, takda campur dengan putih, merah atau kuning. Dan 'topi' teksi ni tulis 'teksi eksekutif'. Dan aku yang terdesak dan takda pengalaman naik teksi warna biru ni, terkejut yang amat lah macam rusa masuk kampung, bila aku duduk je, aku tengok meter dia dah tulis 'RM 6.00'. Terkejut gila weh. Sebab mahal gila! Tapi takkan aku nak turun balik, bila pulak nak sampai ke stesen komuter kalau turun balik. Jadi aku pun redah je lah. Doa-doa jalan tak jem, cepat sampai, bil murah...

Dalam perjalanan tu, pak cik ni serius lah awesome. Dia borak dengan aku macam dah lama kenal. Lepas tu pak cik ni bagus pulak tu, sebab dia memang membaca. Dia siap bagitahu lagi kat aku pasal ramai pilot takda kerja sebab peluang kerja tak banyak, airline companies pulak prefer pilot dari luar. 
Dia tanya jugak aku belajar apa, bila aku cakap sains, dia cakap 'sains apa? sains tu banyak'. 
Hahaha.. kat sini aku rasa macam kena ketuk je kepala. 

Dan pak cik ni macam tahu-tahu je, dia tanya 'kau tahu tak beza teksi satu warna dengan dua warna?' Aku cakap lah 'tak'. Pak cik tu pun cakaplah dengan panjang lebar yang teksi satu warna (biru/merah/apa-apa warna sahaja) yang tulis eksekutif ni mahal, sebab tu ramai orang naik, lepas tu turun balik. Kalau teksi yang dua warna (merah putih, biru kuning, merah kuning, etc.) tu, murah, sekali naik 3 ringgit.
Aku pun cakaplah 'tu lah pasal. Terkejut saya waktu naik tadi'.

Tapi pak cik ni siap offer lagi nak hantar aku balik kejap lagi, sebab kesian kat aku dengan adik aku nak tunggu bas lama-lama dan jalan sangat lah jem! Lunch hour kan, biasa lah tu. Tapi aku tolak lah, sebab ada nak kena pergi tempat lain lagi.
Teksi biasa.
2 warna, murah. 3 ringgit je

Bila nak sampai dah stesen tu, meter teksi tu tunjuk RM13.00 (mahal gila!). Pak cik tu tanya, 'kau nak bagi berapa ni?' Aku hulur RM15. Pak cik tu cakap 'banyaknya. Bagi 5 ringgit sudah'.
Memang terkejut lagi lah aku kat situ.



Teksi Eksekutif.
1 warna. Mahal sikit. RM 6




Tuesday, 7 August 2012

Balik Kampung!


Assalamualaikum.

Hari Ahad haritu aku, mak dan ayah balik kampung. Kitorang bertiga je sebab kitorang je yang free. K
eluar rumah pukul 8 lebih (tak tidur malam tu sebab tolong mak dan ayah jahit langsir), dan sampai dalam pukul 10 pagi macam tu.
Kampung ni tak jauh mana, kat Slim River, Perak. Tapi alamat tulis Hulu Selangor, Selangor.

Kalau orang lain balik kampung dapat jumpa Atuk dan Opah, aku pulak dapat tengok rumah ni dan isi kandungannya yang banyak sangat kenangan(pada aku la).
Dah bertahun jugak aku balik rumah ni dah, sebab busy! Tapi mak dengan ayah selalu je datang (sebulan sekali), sebab nak bersih-bersihkan rumah ni.

Balik kali ni pun memang untuk bersih-bersihkan rumah jugak. Sapu lantai, kemas sikit-sikit, potong rumput, racun rumput semua tu. Supaya raya ni bila orang tengok, sedap sikit mata memandang..
                                                                 
                                                                *   *   *

Masuk je rumah ni, aku rasa sedih, sampai nak nangis pun ada, tapi aku tahan lah, takut ayah aku lagi sedih (sebab rumah ni kan tempat ayah aku membesar). Kalau nak diikutkan, banyak sangat sebab yang buat aku sedih.

Satu, sebab terkejut tengok keadaan rumah ni yang dah tak elok macam dulu-dulu. Ya lah, rumah tinggal, tak ada orang duduk, apa je yang boleh kita expect kan?
Kedua pulak, rumah ni, dengan barang-barang yang ada, penuh dengan kenangan. Pandang kanan, teringat ni, pandang kiri, teringat tu. Memang terkenang-kenang je lah..


Gambar-gambar kat bawah ni pulak ialah SETELAH kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Motor Atuk.
Kecik-kecik dulu kalau ikut Opah dan Atuk pergi pekan, aku duduk depan, kat bakul tu.
Excited sangat nak tekan hon.
Nombor Plat dia ABD apa entah


Tandas kat luar.
Malam-malam memang TAK NAK langsung guna toilet.
Takut!


Pokok kelapa dan pisang baru.
Dulu kat situ ada pokok cili, pokok sireh, reban ayam dan tempat bakar-bakar lemang dan ketupat semua tu.

Sampah yang dikumpul hari ni untuk di bakar.
Tapi api tak nak nyala, sebab sampah tu 'basah' lagi.

Yang rendah ni dapur.

Pokok kelapa ni lagi tua daripada aku.
Nak kelapa/santan/daun/lidi, semua ambik daripada pokok ni.
Banyak sungguh jasa dia.

Pokok jambu Opah dah tinggi!
Dulu-dulu banyak kerengga, takut nak dekat!

TV
=)



Dalam plastik tu set mangkuk tingkat Opah.
Jag Oren tu bak kata sepupu aku 'jag buat air kopi'.

Beg Opah pergi pasar rasanya



Anak patung aku kecik-kecik dulu.
Aku punya khazanah banyak kat sini.
Termasuklah kertas exam darjah 1 dulu.

Kalendar 1985.
Sama tahun dengan Proton Saga pertama kan?

Kalendar 1994 pulak.





Dulu-dulu rumah ni sangat cantik. Keliling rumah penuh dengan pokok-pokok opah tanam.

Kalau time raya pulak, laman rumah tu nak lalu pun payah, sebab penuh dengan kereta. Tak cukup laman, bawah rumah pun jadi tempat parking kereta. Tak muat bawah rumah, siap tumpang rumah jiran lagi.

Tak tahu lagi bila aku akan balik lagi rumah ni..



Al-Fatihah untuk arwah Atuk dan Opah, dan semua umat Islam...














* I'm just not good with words.