Showing posts with label Madrasah. Show all posts
Showing posts with label Madrasah. Show all posts

Friday, 21 December 2012

Jahil sungguh

Assalamualaikum.

Harini aku dapat satu perkara yang bermakna dalam hidup aku.
Dan aku rasa, aku nak share benda ni.

Heheh..

Harini aku dapat tahu pasal 
Jahiliyyah.
Kalau time form 5 dulu, 
aku belajar yang 'jahiliyyah' ni, 
maksud dia
tak tahu atau bodoh.
Ya, betul.
Tadi pun aku belajar yang 'jahiliyyah' ni maksud dia 
tak tahu dan bodoh 
jugak.
Tapi ada sedikit penambahan.
Iaitu 
manusia yang tidak kenal Islam/Allah, 
sebelum kelahiran Nabi Muhammad di Mekah.
Senang cakap,
Arab Jahiliyyah.

Dan kita pun tahu macamana cara hidup Arab jahiliyyah ni.
Contohnya, bunuh anak perempuan, sembah berhala, minum arak semua tu.
Kan?

Okay, sekarang jom kita kembangkan sikit pemikiran kita...
Jom jawab soalan sejarah SPM kertas 2.
Nyatakan ciri-ciri zaman jahiliyyah. Dan bandingkan dengan zaman sekarang.



1- Bunuh anak
Zaman nabi Musa: bunuh anak lelaki (Firaun suruh bunuh anak lelaki)
Zaman Jahiliyyah: bunuh anak perempuan (sebab aib/memalukan keluarga)
Zaman sekarang: bunuh dua-dua (anak perempuan dan lelaki)

2- Berzina
Zaman Jahiliyyah: Ada je zina-zina ni
Zaman sekarang: Ada jugak zina-zina 

3- Minum arak
Zaman Jahiliyyah: Ada je (waktu pembukaan Mekah pada tahun ke-10Hijrah, botol-botol arak dipecahkan sampai banjir Mekah dengan arak)
Zaman sekarang: Ada je arak. Kan?

4- Judi
Zaman Jahiliyyah: Ada je judi
Zaman sekarang: Tetap ada (kalau tak percaya, nanti bukak tv3, tengok cerita 999 atau 360 (kalau cerita2 ni masih wujud))

5- Merompak
Zaman Jahiliyyah: Ada je rompak-rompak
Zaman sekarang: masih ada (kalau tak percaya, pergi balai polis, tanya encik polis)



Kalau anda perhati,
nampaknya,
apa yang orang jahiliyyah buat,
kita pun buat.


Maknanya
 kita ni pun jahil jugak ke?

Kalau ya,
maknanya kita ni taklah moden/maju mana.
kan??






Point-point yang diambil daripada program 'The Lost Kingdom', Jumaat (21 Disember 2012) yang nyata, penuh dengan drama oleh Masriyyin. Nanti aku cerita apa drama dia yang pada aku, memang menarik.

Dua minggu ni, hidup aku terlalu menarik. Macam-macam drama yang berlaku. Aku nak je tulis kat sini, tapi macam malas pulak.
Nanti-nanti lah..


p/s: kalau ada yang salah, sila betulkan.

Sunday, 15 July 2012

Sabar memerlukan sabar

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni. Tapi aku jadi tension, sebab tak tahu nak luah kat sape. Punching bag pulak tak da.



Haritu aku ada post soalan kat page ustaz ni. Aku tanya sebab nak dapat jawapan pasal satu benda ni. Pasal hukum-hakam ni lah.
Aku tak nak lah buat fatwa sendiri, sebab tu lah aku tanya.
Dan kalau bertanya ni, mestilah sebab kita tak tahu. Dan bila bertanya, mesti lah mengharapkan jawapan.

Bila aku tanya, dapatlah respon daripada orang (bukan ustaz tu). Aku tak faham sangat apa yang dia jawab, tapi aku malas nak tanya balik. Sebab, cara dia bagi jawapan tu, tak memuaskan hati aku. Mungkin aku ni mengada-ngada nak sentitif bagai.

Jujur aku cakap, aku kurang berkenan dengan cara dia jawab. Rasa nak marah balik pun ada. Tapi aku fikir 'mungkin dia tak berniat nak buat macam tu kot. Mungkin maksud dia lain, aku faham lain'.

Dan betul aku cakap, bila fikir pasal benda ni, sampai aku tak boleh nak belajar. Minda aku terlalu fikirkan pasal ni.
Kalau ikutkan hati, memang aku nak je reply comment dia tu, balas balik apa yang aku rasa. Tapi takut pulak nanti 'terbergaduh' pulak kat situ. Aku dengan angin aku, dia dengan angin dia.

Sampai satu tahap aku rasa macam ni 'kalau aku bukan Islam, dan baru nak kenal pasal Islam, mesti aku akan lupakan je niat nak masuk Islam'.

Kau tak tahu macamana seksa nya rasa nak menahan sabar.
Aku memang seorang yang nipis je tahap kesabarannya. Jadi untuk aku sabar memang susah.

Puaslah aku berdialog dengan diri sendiri.
1- Tak pe, mungkin maksud dia lain
2- Mungkin dia ada problem, gaduh dengan bini ke, sebab tu emosi dia tak stabil
3- Tak pe, ni mungkin Allah nak ajar aku bagi sabar ni.
4- Tak pe, mungkin Allah nak tunjuk yang aku ni mungkin selama ni asyik tahu marah orang je.
5- Tak pe, ni mungkin persediaan nak menghadapi kerenah patient yang pelbagai lepas ni.
6- Sabar tu kan separuh daripada iman.
7- Nabi punya dugaan lagi susah kot.
8- Kan Nabi pesan 'jangan marah'
9- Nak puasa dah ni, kena try sabar dulu.
10- Tak payah layan sangat orang tu. Lantak dia lah. Tangan dia nak taip.


SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN


Kalo gak, mo ku maki aja itu orang. Ok gak?




Mungin aku yang terlalu sensitif.





Perkara ni sedikit-sebanyak dah bagi aku rasa takut untuk bertanya. 
Sebenarnya nak tanya tu tak menakutkan. Tapi feedback tu yang menakutkan.


Dan seperti biasa, semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Hikmah yang aku rasalah, yang terjadi ialah aku private kan semua benda kat FB tu. Semua nya aku letak 'only me' kecuali gambar-gambar yang memang dah di 'customized'kan.






Wednesday, 11 July 2012

Ya Habibi

Assalamualaikum.

Ini bukan kisah cinta aku dengan si dia(yang aku tak jumpa lagi siapa)

Hari Ahad haritu lepas OSCE, aku dan kawan-kawan aku pergi shopping, kat satu lagi tempat yang ala-ala Masjid India. Nak cari jubah kiriman orang. 
Disebabkan cuaca panas yang amat, kitorang pergi lepas Asar. Tapi still panas. Dalam pukul 4.30 petang tu, kitorang berkumpul kat tepi laut, nak naik tramco (van), nak pergi As-Sofiroh. Setelah berdiri menghadap matahari untuk menunggu tramco yang tak kunjung tiba selama hampir setengah jam, kitorang pun decide nak naik teksi. 




yang kiri putih tu tramco(van), yang kuning hitam kat kanan tu teksi.
Kereta untuk teksi tu tak cantik mana, tak besar mana.
Nak yang 'up' sikit, kat Cairo banyak lah. Kat Alex banyak yang jenis macam ni je.
(tangkap gambar ni waktu jogging winter haritu. The yellow VW is catchy!)


Tahan teksi kejap je. Tak sampai 5 minit dapat dah. Aku naik teksi berlima. Seorang kat depan, dan 4 orang kat belakang. Dan aku duduk tepi tingkap belakang pemandu. Memang tak best, sebab sempit dan tak boleh bukak tingkap. Yang menambahkan lagi dugaan untuk haritu (macam tak cukup je dugaan untuk 1 hari), abang(sebab umur dia 20-an) tu merokok dalam teksi tu. Dah lah jalan jem, tak da angin masuk sangat, panas dan sempit lagi, boleh pulak dia merokok. 
Dah tu, perjalanan yang sepatutnya paling lama pun 20 minit telah bertukar menjadi 1 jam 5 minit. Bayangkan berapa lama kitorang tersepit, kaki tak dapat nak stretch, panas nya lagi. Hadooiii...
(aku pening kepala dan rasa nak muntah dah waktu tu)

Okay, lupakan azab itu. Sebab ada benda yang lebih penting daripada azab tu. 

Tengah-tengah jalan jem tu, yang rupa-rupanya kurang daripada 1km nak sampai tu, teksi tu stuck dalam 10 minit jugaklah. (kalau aku tahu dah dekat, confirm turun, pergi jalan kaki je)

Tiba-tiba teksi tu didatangi oleh seorang budak lelaki. Yang aku kira, mungkin dalam 6, 7 tahun macam tu lah. Dia nak minta sedekah. 
Budak tu bercakap-cakap dalam bahasa Arab, dan yang aku faham cuma perkataa 'Malizi' je, yang bermaksud 'Malaysian'. 


lebih kurang macam ni lah.
yang beza cuma budak tu seorang je, dan dia pergi ke tingkap belakang.


Lepas beberapa ketika, abang teksi tu pun cakap 'Ya Habibi. Yalla yalla' (wahai sayang ku. Dah dah, jom) pada budak tu. Dan budak tu pun pergi. Aku tak faham makna penggunaan perkataan 'yalla' di situ. Sebab yang aku tahu, 'yalla' tu makna dia macam 'jom' ataupun 'dah, dah, jom'

Bila abang tu cakap macam tu je, aku terkejut dan terharu. Sebab pertama kali dalam hidup aku, aku nampak orang nak suruh orang yang meminta sedekah pergi, dengan tidak menengking ataupun marah. Sebaliknya, dia cakap 'ya habibi'; 'wahai sayangku'. 

Faham tak apa yang aku rasa?


p/s: abang pemandu tu tak cukup hensem untuk aku mengkagumi perbuatan dia, ok. Aku kagum bukan sebab rupa dia, tapi sebab apa yang dia buat pada budak tu.
Akan tetepi, aku kagum dengan pemandu teksi ni sebab walaupun dia dalam golongan muda belia remaja, dia pasang ayat Al-Quran sepanjang perjalanan kitorang tu. (Sebenarnya, ramai je orang Arab yang buat macam ni, tak kira muda atau tua. Dan hampir semua teksi, mesti ada Al-Quran sebuah)..

Lepas budak tu pergi, di meter-meter yang seterusnya, aku nampak ramai lagi budak-budak lain, yang macam budak lelaki tadi jugak, meminta sedekah. Ada jugak yang di tangannya memegang kain, yang pastinya bekerja; iaitu mengambil upah untuk mengelap kereta yang tersangkut di jalan yang jem. 


Nampak tak betapa susahnya hidup diorang kat sini? Budak-budak kecik lagi dah kena kerja.


Aku daripada dalam rahim mak aku lagi sampai lah sekarang ni, dok menghabiskan duit mak ayah je.



-gambar sekadar hiasan-












Biar Allah Balas

Assalamualaikum.

Dulu-dulu waktu kat Malaysia, aku ada sorang kawan ni. Dah nama pun kawan, jadi normal lah kalau kitorang selalu main-main, usik-usik, tepuk-tampar semua tu. Dan dia ni, suka usik-usik aku. Dan aku pulak, tak suka diusik. Usik tu macam saje mengada-ngada sentuh-sentuh, nak test aku punya pain and anger threshold level lah tu.
Bila aku kata 'dah lah' atau yang seumpama dengannya, dia mana lah nak dengar. Saja je buat-buat pekak, saje je buat tak faham.
Dan bila aku malas nak layan dah(malas nak balas balik kat dia), aku mesti akan cakap 'Biar Allah yang balas'.
Bila aku cakap je macam tu, muka dia terus berubah, dan terus dia cakap 'Tak pe lah, tak pe lah. Kau pukul lah aku. Kuat-kuat pun tak pe, aku tak kesah. Aku tak nak lah Allah balas. Takut'.


Aku rasa dia mesti imagine 'balasan Allah' tu dahsyat macam ni.


Aku pulak dalam hati dah siap gelak dah. Tahu takut..
Tapi luaran aku cool je lah. Aku balas 'tak nak lah pukul kau. nanti tak adil pulak. Kot-kot lah tak cukup kuat ke, terlebih kuat ke. Biar Allah je lah yang balas. Dia tahu lah berapa banyak kena balas kat kau'.

Okay, kat sini aku nak cakap kat kawan aku tu(kalau dia baca), dan kepada semua orang, termasuk aku sekali, yang azab Allah tu memang lah dahsyat. Memang lah azab, pedih,

[42:21] Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.

Kalau kat dalam Al-Quran, kan banyak amaran-amaran Allah tentang azabNya yang pedih, macam ayat kat atas ni.
Tapi, kita jugak harus ingat, yang Allah jugak Maha Adil dan Penyayang. InsyaAllah, kalau niat kita cuma nak main-main dengan kawan kita, usik-usik sikit, tak da lah sampai Allah nak balas perbuatan kita dengan kena sambar petir ke kan.

Jadi, jangan risau lah kalau orang sakitkan kita dan kita tak sempat nak balas balik, ataupun kita sakitkan orang dan orang tu cakap 'tak pe, biar Allah balas balik kat kau'. Jangan risau. Sebab Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Dia tahu lah nak buat macamana.


Wallahu 'alam..


Monday, 16 April 2012

Ikhlas tak?

Assalamualaikum.

Haritu waktu sharing session and SC, kakak-kakak tu cakap pasal ikhlas. Baru aku tahu ikhlas tu macamana. Selama ni, yang kita selalu buat tu, ikhlas ke?

Aku ingat, dulu pernah tengok cerita 'KIAMAT SUDAH DEKAT'. Cerita Indonesia, selalu tayang kat TV3 ke, TV9 ntah. Tak ingat. Cerita ni pasal Fandi, rockers yang minat kat anak Pak Haji, yang dah dijodohkan dengan lelaki lain, yang belajar di Cairo. Tapi, Pak Haji tu bagi syarat, kalau nak kat anak dia, Fandi kena kuasai ilmu ikhlas. Fandi ni swear(janji) lah, sambil tangan buat gaya 'peace'. Pak Haji tu ingat, swear tu 2 minggu, jadi, Fandi kena kuasai ilmu ikhlas dalam masa 2 minggu.

Sebab nak kuasai ilmu ikhlas ni, dia pun pergi lah banyak kedai buku, beli semua buku yang ada tajuk 'Ikhlas'. Dia baca-baca, tapi dia cakap dia tak faham. Dah cukup 2 minggu, dia pun jumpa lah pak cik tu, cakap yang dia tak berjaya kuasai ilmu ikhlas, dan dia kata, takpe lah, bagi je anak pak cik kahwin dengan lelaki yang belajar kat Cairo tu.
Disebabkan ini lah, pak Haji tu cakap, kamu dah kuasai ilmu Ikhlas. Dan, happy ending, Fandi kahwin dengan perempuan tu.:)
Cerita ni menunjukkan salah satu bentuk ikhlas.


Kiamat udah dekat, man!
Kelakar cerita ni

Korang mesti pernah dengar kan, yang ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam, di atas batu yang hitam, di malam yang gelap gelita, tanpa cahaya. 
Mengikut kefahaman aku, ayat ni nak cakap yang ikhlas tu, tak nampak. Kita tak boleh nak nampak, atau nilai. Ikhlas tu cuma Allah yang tahu. Bukan kita untuk menilai keikhlasan seseorang itu.
Kita mungkin selalu berdepan dengan situasi, bila orang bagi kita sesuatu, macam duit, bila kita takda duit. 

(situasi 1)
A: Kau takda duit kan? Nah, guna lah dulu duit aku.
B: Eh, takpe, takpe. Ada sikit lagi ni. Kau tak payah susah-susah.
A: Eh, takpe, aku ikhlas ni.

Hah! Bila si B tu cakap je 'takpe, AKU IKHLAS NI', perbuatan dia dah tak dikira ikhlas dah. Sebabnya, ikhlas tu, tak payah/tak perlu dicakap. Tak perlu diberitahu.

Sama jugak macam kita solat sunat, kita buat, dan harap, orang akan contohi kita, akan buat solat sunat jugak. Ini dah tak dikira ikhlas dah. Sebab, ikhlas ni, kita buat Lillahi Ta'ala(kerana Allah Taala). Bukan untuk dipuji, bukan juga untuk dicontohi.

Ikhlas ni jugak, bila kita buat sesuatu, dan dipuji, pujian itu takkan menyebabkan kita menambah amalan kita(semakin bersemangat), ataupun mengurangkan amalan kita(malu orang puji). Jangan macam tu. 

Selain itu, ikhlas juga boleh ditakrifkan sebagai melakukan sesuatu, tanpa mengharapkan balasan. Ingatlah, kalau kita harapkan pujian orang, satu hari nanti, orang tu akan pergi. Kalau harapkan ganjaran(duit), duit tu akan habis. Tapi, kalau kita harapkan reda Allah, Insya Allah, Allah tak kan sia-siakan amalan kita, sebab Allah tu kekal, akan sentiasa ada. Selamanya.

Dan sudah tentu sekali, ikhlas tu, bila kita buat sesuatu, kita tak ungkit perbuatan kita. 

(situasi 2)
A: weh, teman aku pergi X jap.
B: Sori weh, aku tak boleh la. Ada hal.
A: Kau ni, dulu kau nak pegi mana-mana, aku teman je. Ni aku mintak teman sekali pun susah.

* Aku pernah jadi orang B. Sejak berlakunya situasi ni, aku selalu persoalkan keikhlasan aku bila nak tolong A tu. Astaghfirullah..

Allahu 'alam.
I am not perfect, so are you.
May this entry, is worth to ponder. And, may help you on becoming a better you.
Aku pun pernah je, jadi A dalam situasi 1 tu, dan aku harap, aku tak buat dah benda macam tu. Aku harap jugak, lepas ni, semua yang aku buat, semuanya Lillahi Ta'ala.
Untuk dosa-dosa yang lalu, Astaghfirullah al-azim..