Showing posts with label Belajar medic. Show all posts
Showing posts with label Belajar medic. Show all posts

Monday, 1 July 2013

nights before the exam

Assalamualaikum.

3 julai ni exam cardiovascular system. sekarang dah pukul 3.43pagi, aku masih tak tidur lagi. malam tadi dalam pukul 10 macam tu, aku macam tak berapa nak sihat (ala2 sinusitis rasanya), so i made a cup of nesho(nescafe + horlicks). jadinya, hilanglah mengantuk. jadi aku pun try lah nak baca buku. tapi tak masuk! aku rasa susah nak fokus, dan biochemistry tu macam tak menarik. Aku nak something yang boleh blow my mind. Kalau haritu aku tengok George Barnette's cover, harini aku dah lali dengan cover tu. Tiba-tiba ada rasa macam nak melukis sesuatu.

Aku teringin nak lukis rumah opah (kampung aku), tapi malangnya aku takda gambar rumah aku dari depan. Dan memori aku pun tak berapa nak clear sangat. Aku godek fb anak sedara aku(anak kepada sepupu aku) sebab aku rasa macam pernah ternampak gambar rumah opah. Unfortunately, takda jugak. Then, aku ternampak gambar budak tu time dia kecik-kecik dulu. Tetiba rasa macam "apakata try lukis gambar budak ni. Tak susah sangat".

So, here it is.
Walaupun tak sebijik macam gambar budak tu, tapi boleh lah ek. Ni potret (potret lah kot) yang aku pernah lukis seumur hidup aku. Yang pertama gambar model Maybelline (kerja sekolah pend. seni masa form 3).

Macam dulu jugak, aku tak berjaya nak menampakkan gambar tu senyum. Jenuh nak buat.  






Aku pakai pensil 2B (pensil kayu dan mechanical). Shadow2 tu aku tenyeh pakai tisu. And this time around, aku tak start dengan grid. Sebab macamana aku nak buat grid kat skrin laptop.

notice: baju dia tak siap, tangan sebelah je (tu pun cincai boncai), hidung terlalu jauh daripada mulut, mata tak berjaya bagi nampak bukak (sebab dia sebenarnya melihat kebawah, bukan memejamkan mata) dan banyak lagi kurangnya lukisan/sketch ni.

Overall, aku ambik dalam 1 jam jugak nak siapkan bendalah ni.

p/s: sekarang aku dah ketagih nak melukis pulak dah. lusa nak exam, macamana ni??

Friday, 28 June 2013

tekanan belajar (?)

Assalamualaikum.

sekarang ni tengah cuti exam weeks. memang stressful gila. haritu exam respiratory module (sistem pernafasan) serious scary gila. rasa takut tu kalah rasa takut nak ambik spm dulu. aku pun tak tahu kenapa. tapi aura exam kat med school ni memang lain sikit (bagi aku la). 

penat sangat sampai satu point tu apa yang aku baca tak boleh nak masuk, apa yang housemate aku ajar pun tak boleh nak masuk. rasa nak nangis tapi air mata tak boleh nak keluar. air mata memang tak nak keluar. sampai aku cakap "tak pe lah tak masuk pun. baca je lah" sebab dah penat sangat. tapi dia cakap "rugilah. dah baca tapi tak masuk. takpe, kita cuba lagi". jadi aku pun try relas, dan baca balik. Alhamdulillah, berjaya jugak fahamkan benda tu. benda tu ialah course and relation of intercostal nerve. tang mana saraf tulang rusuk kita tu duduk, dari mana dia datang, dia lalu mana, celah otot mana, kat mana dia berhenti. confusing betul. sampaikan aku rasa "pasal apa module ni lagi susah daripada module central nervous system haritu" 

module CNS tu ramai orang kata killer module.

berhari-hari aku tak cukup tidur, sampai dapat eyebags. malam lepas exam tu memang aku tidur kawkaw punya la. berapa jam tu rahsia.

sistem darah (blood supply) dia pun sama je. depan lain, belakang lain. Venous system pun. bendanya senang je sebenarnya, cuma banyak sangat nama. semua nak kena tahu. hmmm..

hari rabu ni exam cardiovascular system pulak. doakan kami semua lulus ek.

aku ni most of the time malas nak baca buku(yang akademik). tapi kalau yang bukan academic related tu suka je nak baca. jadi bila time exam ni, aku selalu dalam denial state. menidakkan kewujudan exam. aku akan cari benda lain, untuk divert my attention from reading. seriously. 

Aku tengok Grey's Anatomy sehari dekat 10 episod, tengok random videos, dengar radio malaysia, bukak youtube nyanyi. entah berapa banyak lagu yang aku dah hafal sepanjang cuti ni pun aku tak tahu. 

selain tu, memandangkan dah dekat nak balik malaysia ni, aku selalu godek-godek folder2 gambar yang ada, tengok2 dan mungkin jugak edit gambar-gambar tu. tapi tu lah, aku tak tahu nak share kat mana, nak tunjuk kat sapa.



waktu senja di kawasan perumahan aku
: Samsung 3.2MP



tak ingat ni pantai apa.
tapi somewhere kat klang menuju kuala selangor (kot).
: Nokia XpressMusic 2MP



ni jalan lama di perak, on the way nak balik kl.
kiri kanan jalan tu sawah padi
tangkap dalam kereta yang sedang bergerak.
sebab tu nampak quite blurry
: Nokia XpressMusic 2MP


ni pulak dari balkoni bilik aku kat mesir ni.
tingkat 5 tanpa lif. ni gambar waktu senja sebenarnya, bukan subuh.
disebalik bangunan2 tu ada laut.
tulisan tu aku dah terbubuh awal2 dulu buat cover photo fb so malas pulak nak undo balik.
: Samsung 3.2 MP



Aku sebanarnya ada plan nak beli phone baru yang kamera dia sampai 12MP ataupun beli kamera je terus(second hand pun ok dah).

Tapi bila fikir balik.. hmm tak pelah. Tak perlu pun benda tu.
Nanti-nanti boleh mintak buat hantaran.
eh?

Wednesday, 12 June 2013

rindu

Assalamualaikum.

Aku rasa sepanjang 6 tahun aku akan duduk di Mesir ni, paling kurang mungkin ada 6 entry yang tajuk dia "rindu".

Bukan rindu apa pun sebenarnya. Cuma rindu tak sabar nak balik Malaysia je. Ataupun makna lainnya nak bagitahu yang aku nak balik Malaysia dah tak lama je lagi ni.
Kurang dari sebulan!!

tak sabarnyaaaa...
tapi sebelum balik, macam biasa, ada final exam dulu.
hmm.. 





Gambar ni aku tangkap bulan september tahun lepas daripada dalam kereta, tingkap tak bukak waktu berhenti kat traffic light. Kereta sebelah tu ada foreigner, dia pandang je aku bila aku nak tangkap gambar ni. Dia ingat aku nak tangkap gambar dia kot.

Cuti kali ni lama sikit daripada tahun lepas, dan kalau nak panjang lagi, pontenglah kelas untuk raya haji kat Malaysia sekali. ngehngehngeh

Cuti lama-lama ni, aku decide tak nak buat attachment. Malas pulak rasanya.

Tapi aku ada plan lain.
Selain daripada berazam nak memasak setiap hari (terutamanya lauk berbuka puasa) dan buat kek banyak-banyak, aku ada jugak plan macam nak masuk kelas menjahit.
Feeling domestic gittew.

Aku sebenarnya bukanlah minat sangat nak menjahit-jahit ni. Kalau butang baju tercabut pun tak adanya aku nak jahit balik at that instant. Tak adanya!

Tapi bila aku tengok ramai dah orang(belia remaja terutamanya) yang menjahit dan jual baju/tudung/dress semua tu dan dapat untung banyak, aku pun nak duit banyak jugak!

Well, memandang aku takda sponsor untuk perbelanjaan harian, aku kena lah ikhtiar sendiri nak cari duit. Kalau tadah tangan je tapi usaha takda, sampai ke tua lah tak ada duit.

Jadi, cuti summer ni selain daripada nak join kelas menjahit(plan B), aku dah setup plan A. Aku tengah cuba untuk berniaga cuti summer ni.

Aku jual apa?

Jeng
jeng
jeng.

Plan asalnya nak jual tudung/shawl/belt/bedak arab/jubah cotton macam tu je. (Barang-barang eksklusif dari Mesir hokeh).

Tapi sebab shawls and stuffs are too mainstream, aku nak kembangkan lagi business prospect aku dengan menjual Za'faran dan insyaAllah Habbatus sauda sekali(Black cumin seeds).
InsyaAllah semuanya asli. Tak main lah produk tiruan, itu menipu namanya, nanti rezeki tak berkat.

Walau macamana pun, shawls, bedak arab Kokuryu Summer Cake etc tu tetap akan dijual.

* printed and half-moon shawl
* tudung double-face (2 corak pada 1 tudung)

Memandangkan penerbangan ke Malaysia ni wajiblah ada baggage limit, makanya, barang-barang tu pun terhad lah stocknya. Jadi aku berharap dan berdoa barang-barang yang terhad tu mendapat sambutan dan laris semuanya..

Jadi, dengan suka citanya aku memperkenalkan 
FB Page Bismuth's Cottage. 

Jangan lupa like dan tolong promote sekali na...

Setakat ni baru sikit je barang-barang yang aku upload. Sebab busy lagi sekarang ni (minggu terakhir kelas) jadi tiap-tiap hari kelas banyak sebab banyak revision classes. Ahad ni start exam, weh!

Doakan semuanya termakbul. Amiin..:)

Friday, 24 May 2013

Pediatric's Day

Assalamualaikum.

28 April haritu aku ada join satu program ni yang dinamakan Pediatric's Day di Pediatrics Hospital, Shatby. Organized by Yayasan Yalla (dan LIFE), aku datang dengan lenggang kangkung, untuk memeriahkan lagi majlis, dan kalau ada chance, dapat jumpa pesakit dan tolong agihkan mainan dan ubat. Well, aku dapat buat semua tu sebenarnya walaupun datang lambat.:P

Setahu aku, program macam ni baru kali kedua diadakan. yang pertama kali haritu (tahun lepas) aku tak join sebab takda gang. heheh

Apa yang kita buat di program ni, kita derma ubat-ubat, makanan, mainan, personal care products dan menghiburkan pesakit kanak-kanak ni.

Dan sebelum program ni diadakan, macam-macam lagi aktiviti telah dijalankan untuk mengutip dana untuk beli semua benda-benda kat atas tu. Yayasan Yalla dah anjurkan Marathon 1.0 & 2.0, Jumble sales, bukak booth untuk sesiapa derma ubat dan gerakkan tabung kutipan di setiap lecture hall.

Percaya cakap aku, ubat-ubat dia sangat mahal! beratus harga dia sebab untuk penyakit leukemia. dan disebabkan taraf hidup rakyat mesir ni rendah dan ramai berpendapatan rendah, diorang tak mampu untuk beli ubat. sebab tu charity program macamni diadakan.

Ni gambar-gambar yang aku sempat tangkap.

Yang ni, gambar di khemah besar. Kanak-kanak dan sesiapa je boleh join untuk melukis di kertas ni dan tulis apa-apa mesej. di pentas (kat hujung depan tu), ada kanak-kanak yang menyanyi, bercerita dan baca surah-surah apa yang diorang hafal. Ada jugak face-painting.

Kanak-kanak yang ada ni, ada antaranya ialah pesakit tu sendiri. Diorang dapat pelepasan sekejap, dibenarkan untuk keluar dari wad sekejap untuk join aktiviti kat bawah. 








Yang pakai shirt biru tu ahli sukarelawan LIFE (yayasan yalla versi mesir).








antara ubat yang diderma





daripada pagi sampai 3 petang duduk di khemah, aktiviti seterusnya kita agihkan mainan, buku dan personal products, personally and directly kepada pesakit dan keluarga.

Yang ni best sebab aku memang teringin sangat nak naik wad, jumpa keluarga pesakit. Aku kiranya bertuah sebab kawan-kawan aku yang datang awal dapat duduk kat khemah je, tak dapat naik wad.


bangunan wad pediatrik
* Is'af (ambulans) tu baru je sampai



Ni gambar dalam wad, waktu agihkan barang-barang.

Sebab aku tak pandai cakap Arab sangat, jadi setiap kali tu aku dok cakap "Ismuha eh? Ismuh eh?"(nama dia siapa). kalau tak pun cakap "Shafakallah"(semoga cepat sembuh). Rasa macam loser gila sebab tak reti cakap.


Budak kecik atas katil tu nama dia Muadz.

Yang ni Umar.
Dia tengah nak pilih buku.

Yang ni nama dia Jannah.
Dia dapat hadiah tu.

Ada pesakit yang family dia macam sangat friendly, siap macam hulur lagi baby tu pada aku untuk dukung. Tapi sebab ni first time, dan takda siapa brief aku samada boleh dukung atau tak, aku jadi takut samada nak dukung atau tak. Jadi aku cuma pegang pipi dan kepala dia je. Sangat awkward.


Kalau family ni, aku tak tahu siapa yang sakit sebab semua
nampak excited jumpa kitorang Malizi ni.

Yang ni pulak, aku tak ingat nama dia apa. Tapi adik lelaki ni, dia patient yang paling friendly, dan reaction dia yang paling priceless!. Bila dia dapat hadiah tu, kau akan dapat nampak betapa gembiranya muka dia, betapa bersyukurnya dia dapat hadiah tu. Aku pulak yang rasa terharu tengok reaksi dia. Sebab pada aku, tu mainan murah je, dan kita kat Malaysia tu bila-bila je oleh dapat. Tapi bagi diorang, mainan yang murah tu macam satu nikmat besar.


Dia sangat excited. Dapat je hadiah tu, dia senyum dan tunjuk kat mak dia
dan aku agak dia mesti cakap
"mak tengok ni. Adik dapat ni.."






Ni pulak rupa wad tu sendiri.

ni entrance dan hallway

ni ruangan katil dalam wad tu sendiri


Jujur aku cakap, keadaan hospital tu memang tak selesa. Ruang setiap katil sangat sempit, tak ada kipas atau air cond., cuma tingkap je tu pun kat hujung. Bayangkan kalau musim panas, macamana keadaan diorang.

Kawan aku cakap tahun lepas lagi teruk sebab wad ni dalam pembinaan. Katil-katil kat situ, tepi-tepi dia pasir, simen sebab tengah nak bina. Kesian kan?

Ada kawasan yang kami tak boleh masuk sebab tu kawasan pesakit leukemia, sebab takut diorang terkena jangkitan. Ada pesakit tu rambut dah gugur sebab chemotherapy, ada yang tak pernah pergi sekolah sebab sejak kecil lagi dah sakit.

Bila tengok keadaan pesakit dan keluarga dia, rasa insaf sangat. Boleh nampak betapa susahnya hidup diorang kalau nak banding dengan kita di Malaysia.

Aku nak pesan, kalau kita ada peluang untuk sertai program kebajikan atau aktiviti sukarelawan macam ni, jangan teragak-agak untuk pergi. Walaupun sedikit penat, kita tak rugi sikit pun. Sebab perasaan yang kita dapat tu lagi hebat, lagi tak ternilai.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi, tapi kalau nak tengok gambar lagi, boleh tengak di page Yayasan Yalla.

Tahun depan aku nak jadi Yalla Ranger atau Yalla Volunteers, nak ikut pergi rumah anak yatim, pergi tolong kat kampung-kampung. Nak sangat-sangat.



*  Jangan lupa cakap Alhamdulillah sebab hidup kita sangat selesa sekarang ni. Kan?

Tuesday, 21 May 2013

Insomnia & fotografi lagi

Assalamualaikum.

Sesungguhnya, aku tak boleh tidur. jam dah pukul 2.45 malam, 3.15 azan subuh, pukul 8-12 ada kelas. lepas tu ada group taddarus, lepas tu ada usrah. 
macamana niii






*ni gambar-gambar aku hantar sebagai wakil untuk group SC aku. harap-harap menang..


















gambar-gambar ni semua tangkap tahun lepas. aku takda masa nak keluar pergi tangkap gambar untuk pertandingan dengan short notice "tarikh tutupnya ialah esok" <---- kisah benar.


sapa-sapa boleh bagi tunjuk ajar macamana nak edit gambar dengan baik/betul. steps/cara/teknik untuk beginner macam aku ni. sangat-sangat dihargai. :)

Wednesday, 1 May 2013

Fotografi pulak?

Assalamualaikum.

Dua tiga hari lepas aku ada hantar gambar-gambar untuk pertandingan Lensa of the month. Pertandingan ni dianjurkan oleh Alex Photographer Community setiap bulan diadakan dengan tema yang berbeza. Untuk bulan April, tema dia "Transport". Pemenang tak ada dapat apa-apa hadiah pun, tapi gambar yang menang akan di publish di page Perubatan Cawangan Iskandariah (rasanya).

Aku mula-mula bersemangat nak submit gambar-gambar aku bila kakak SC aku menang untuk bulan Mac; tema Landskap.

Tapi bila aku tengok gambar-gambar yang orang lain hantar, tiba-tiba jadi rasa macam 
"tak nak hantar la... Gambar aku tak cantik. Orang lain semua pakai DSLR, confirm2 la senang nak menang sebab gambar cantik..". 
Bila aku tunjuk gambar-gambar aku pada housemate, dia kata hantar je la.. Mana tahu menang ke.. 

Well, itu pun tak cukup untuk meningkatkan keyakinan diri aku.
Tapi aku still try edit2 gambar-gambar ni. 

Bila dah siap edit, terfikir pulak
"buat penat je kau edit tapi tak hantar".
Jadi aku pun hantar je laa...


Aku pulak sangat penat. 
Ada peluang nak edit gambar pun selepas pukul 10 atau 11 malam. 
Penat dan mengantuk. 
Tapi rasanya aku dah cuba sehabis baik dah ni.

Tolonglah doa sama supaya aku menang ek. 
Sebab perasaan menjadi pemenang tu sangat best (walaupun tak dapat hadiah).

*first time meng-edit gambar, jadi keyakinan diri tu sangat-sangatlah rendah. Cuma boleh doa je supaya  menang.

Gambar-gambar ni semua ditangkap tahun 2011 atau 2012.



Gambar di Stanley Bridge
(winter 2011/2012)













Laut depan Bibliotheca Alexandria
(winter 2011/2012)




 Stesen Keretapi Ramsis, Cairo
(winter break, 2012)
*first time pergi Cairo sendiri naik train






Jalan laut dekat dengan Stanley bridge
(winter 2011-2012)







Doakan aku menang ya?
Amiinn
=)




UPDATE: TAK MENANG :(

Thursday, 18 April 2013

Kos

Assalamualaikum.

Aku ada bagitahu haritu yang aku dah dapat pinjaman pelajaran MARA kan? Pinjaman tu cuma untuk yuran sahaja. Bermakna, kos sara hidup, semuanya atas keluarga sendiri.

Kecuali waktu tahun satu haritu, zakat selangor bagi aku bantuan sebanyak rm5000(setahun) dan rm1300 (claim duit tiket penerbangan). Jumlah rm6300 tu memang tak cukup sebab waktu first year tu banyak gilaaa kena beli (duvet, heater, mesin basuh, insuran rumah, upah ejen rumah, kipas, meja study, lampu study, buku-buku, visa, kena tipu dengan pak cik-mak cik arab dll.)

Untuk tahun kedua ni, memandangkan aku dah dapat pinjaman MARA, secara automatiknya aku dah jadi tak layak untuk dapat sebarang bantuan daripada pihak zakat. Aku baru tahu 3 hari lepas. sedih sangat-sangat walaupun baru habis exam.

Aku bagitahu ayah aku yang aku tak dapat zakat tu by sms je. Aku tak berani lagi nak call, sebab aku takut aku nangis..

Orang lain boleh cakap "nak sedih mende? dah dapat MARA tu kira bersyukur la. Orang lain lagi la semua kena family support sendiri".
Well, itu orang lain, ini aku. Aku lain. Mak ayah aku banyak benda lagi nak kena bayar, bukan nak tanggung aku sorang je.

Ni aku tunjukkan secara kasar jumlah perbelanjaan aku di Mesir.

Rumah
sewa rumah = 400le sebulan
duit dapur (dinner + bil2 + internet) = 164le sebulan (berubah ikut harga bil dan harga ikan. tak termasuk harga beras)
jumlah = 564le sebulan

untuk sarapan dan lunch, aku selalu makan roti je. tapi kalau ada lebih makanan dinner malam tadi, aku makan tu je la.

perbelanjaan peribadi
- roti wholemeal = 9le sebungkus seminggu x 4 minggu = 36le sebulan
- chocolate spread (1kg) = max. 30le sebulan
- tuna (2 tin untuk sebulan) = max. 13le sebulan
- nescafe (50g) = max. 4le satu pek x 4 minggu = 16le sebulan
- creamer (1 botol) = max. 18le sebulan
- susu (1L) = max. 13le sebulan
- buah (pisang/oren) = max. 15le sebulan
- sabun/syampu/pencuci muka/ubat gigi(personal stuff, tak beli semua setiap bulan) = lebih kurang 25le sebulan
- junkfood (kalau tiba-tiba lapar kat fakulti) = max. 20le sebulan

= jumlah = 186le sebulan

pengangkutan:
teksi, tram atau tramco(van) = max. 30le sebulan
*sebab sekarang ni setiap minggu aku pergi dentist.

selalunya aku peruntukkan 150le sahaja untuk jumlah perbelanjaan peribadi dan pengangkutan.

jumlah keseluruhan = 750le sebulan = rm375 sebulan

tapi setiap bulan pun memang tak cukup rm375 tu. aku mesti ambik duit lebih punya. sebab tiba-tiba kena bayar tu bayar ni, nak makan tu makan ni, ada usrah la, beli buku la, banyak keluar rumah=banyak kos.

sekarang ni bila aku dah masuk rumah baru, aku kena bayar duit mesin basuh dan insurans rumah = 564le. Jadi expense aku dah semakin bertambah!

ok, kalaulah aku bajet dalam rm400 sebulan (terlalu jimat),
rm400 x 10 bulan(oktober - julai) = rm4000 (minimum)


kalau nak balik malaysia waktu cuti summer, harga tiket dalam rm2000 (return).
pengangkutan pergi balik airport minimum rm100.

jumlah keseluruhan (termasuk tiket)= rm6100.
aku rasa rm6100 ni tak logik. sebab perbelanjaan aku lebih daripada ni. sebab setiap bulan aku ambik duit berkali-kali. dan selalunya setiap bulan pun minimum dalam rm500 ayah aku masukkan duit.

Secara jujur aku cakap, aku pernah tanya kawan-kawan aku yang lain berapa banyak diorang ambik duit setiap bulan. Dan jawapan yang aku pernah dengar pun dalam rm600-rm1000. Nampak tak betapa berjimatnya aku kat sini?

Jadi aku secara jujurnya sangat-sangat berharap, semoga termakbul lah apa yang perdana menteri ke-6 kita cakap haritu yang MARA akan bagi tambahan rm900 setiap bulan kepada pelajar-pelajarnya di Mesir. Aku sangat-sangat berharap. sangat!

Akhir kata, aku harap semua yang membaca ni dapat meng-amin-kan doa aku semoga harapan aku tu tercapai, rezeki kami sekeluarga dimurahkan dan diberkati, tak boros dan aku nak balik Malaysia tiap-tiap tahun.. Amiinn..

Jadi, for this coming 4.5 years, i have to figure something out. Kahwin dengan dato' kaya, jadi artis atau...

Thursday, 4 April 2013

Pelajaran

Assalamualaikum.

Kelmarin result sem 3 dah keluar. Alhamdulillah tak fail. Terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang dah mengaminkan doa aku. Syukran awiy!! Alhamdulillah, termakbul jugak doa kita semua! =)

Walaupun tak dapat semua A (3 papers), tapi at least tak gagal, semua lulus! Alhamdulillah.. Untuk Module 9 (central nervous system) yang senior-senior dok kata killer module tu pun alhamdulillah lepas. Module 10 pulak, walaupun tak dapat A macam kebanyakan orang lain, dapat B- pun aku dah cukup gembira. Mana taknya, module 10 ni include Physiology practical exam haritu yang membuatkan aku rasa down se-down down-nya! Module 10 ni jugak termasuk dengan subjet psychology yang aku tak faham apa yang aku baca weh. Jadi, Alhamdulillah lagi! At least jimat duit aku daripada nak membayar USD100 untuk repeat satu paper.

Oh ya, sekarang ni aku dah tambah senarai doa aku. Aku doa supaya tak fail even satu paper pun sepanjang aku belajar medic ni. Amiin.. tolong amin-kan sekali ya:)

Nak kata happy sangat tu taklah sangat. Sebab 10 dan 15 April ni exam lagi! Exam Module 11(Cardiovascular system). minggu depan.

Nampaknya aku dah nak kena start belajar dari harini jugak. Sebab takkanlah nak B- je sampai bila-bila. Teringin jugak nak dapat A, dapat 4.0 untuk sem ni. Boleh kan? Well, impossible is nothing. Usaha itu penting. Apa yang kita dapat tu, result daripada usaha kita sendiri. Tapi ofkos, ditentukan Allah..

untuk adik-adik yang baru dapat result SPM 2012 baru ni, tahniah atas result anda tu. 
Kalau kurang memuaskan, jangan risau. Ni baru SPM, ada berpuluh tahun lagi waktu untuk kita try sampai berjaya. Tak dapat A bukan bermakna kau akan gagal sampai mati. Tak. Ingat, bumi ni luas, peluang dan rezeki ada dimana-mana. Cuma atas kita sendiri samada nak usaha atau tak.

Siapa-siapa yang macam tak pasti lagi nak sambung belajar atau kerja ke apa-apa je lah, aku pesan buat pilihan/keputusan terbaik dengan akal yang waras dan matang. Kalau tak pasti, tanya orang yang berpengalaman. 
Come on, takkan takda langsung orang untuk ditanya. Kau ada jiran, tok imam masjid, cikgu sekolah, kaunselor, aku. Mereka boleh membantu. Aku pun insyaAllah boleh bantu kot.

Kalau yang nak sambung belajar tapi masih blur tak tahu nak ambik apa, jangan risau! Aku pun pernah blur jugak. Woha! Tapi nasihat aku, ikut minat, supaya kurang sikit stres bila belajar. At least bila kau rasa susah, kau blame diri sendiri, tak blame orang lain(mak bapak kau) kalau kau dipaksa ambik bidang yang kau tak suka.


All the best everyone!!

Kat kelas aku ada sorang student Arab ni gaya macam Sanjay Dutt.
Sebijik wa cakap lu!

Sunday, 17 March 2013

nak belajar di mesir?

Assalamualaikum.

Semalam ada orang share gambar ni dalam group batch second year 2011/2017. Gambar brochure agen yang bawa pelajar-pelajar malaysia untuk belajar sains kesihatan di mesir. Tapi gambar ni aku dah try edit sikit-sikit cover mana yang aku rasa patut, supaya takda mana-mana pihak yang terasa. harap-harapnya tak ada lah yang terasa


Ini pulak komen-komen kami semua berkenaan dengan brochure ni.







Aku malas nak tulis banyak-banyak. Tapi harap dapat lah baca komen-komen kami kat atas ni. Kami pun bukannya tak suka kalau ramai lagi orang Malaysia nak datang mesir ni. suka sangat. at least dapat lah jugak kurangkan rindu pada malaysia, ada juga junior yang boleh kitoang nak jual meja study, almari tilam semua bila dah habis belajar nanti.

Tapi kena beragaklah jugak. Ni Mesir, penduduk dia sendiri dah padat, sebab tu lah semua rumah style flat je, bertingkat-tingkat. Tak ada langsung rumah teres atau banglo kat Mesir ni. Rakyat dia je dah 82 juta lebih, dengan kawasan gurun yang banyak, tempat tinggal jadi terhad dan padat!

Nampak point 12 000 malaysian di mesir tu? nampak macam cool kan? tapi kalau nak tahu, area yang aku duduk ni; Camp Shezar, ramai gila orang melayu. Sampai ada satu bangunan tu sampai 6/7 rumah ada orang melayu sahaja! Lama-lama boleh jadi "macam 'pekerja asing' kat Chow Kit" bak kata mak aku.

Waktu mula-mula sampai dulu, aku sendiri terkejut. Rasa macam kat dalam set penggambaran cerita tamil kat India. Padat sangat orang (especially Cairo). Dan aku pun pernah je rasa menyesal sebab mengada sangat nak duduk kat Mesir ni. senior-senior pun dulu banyak kali cakap "siapa yang dapat survive duduk kat mesir dan india, lepas ni campaklah dia ke mana-mana pun, insyaAllah boleh survive". nampak tak berapa dahsyatnya mesir ni??

Tak termasuk lagi dengan budaya yang berbeza. Ya, aku faham. Aku dulu pun excited dengan ayat "dapat memahami budaya masyarakat negara lain" waktu interview atau buat karangan SPM. Tapi please, ayat ni bagi aku, cuma boleh pakai kalau budaya yang lain tu adalah budaya yang lebih baik daripada budaya kita. Budaya kat sini? Aku tak sanggup nak cakap. takut jadi mengata pulak kang. (ada je budaya yang elok).


Background tu boleh di-consider bersih.
*gambar dari fb kawan

Sebab on the way jalan kaki pergi kelas boleh jumpa sampah berganda banyak, berterabur tengah jalan. Tak termasuk lagi tahi keldai dan ludah-ludah orang yang berwarna hijau. Ada tempat kat Cairo, sebelah rumah boleh jadi pusat pelupusan sampah tak berdaftar hoi!

Yang komen diorang pasal toreh-toreh tu, boleh baca kat sini. Ini antara kes jenayah yang berlaku kepada kami pelajar Malaysia. Yang selalunya kami rahsiakan, tak bagitahu pada keluarga di Malaysia sebab takut diorang risau sangat-sangat. Tahu je lah, dengan keadaan politik yang bergolak lagi kan.



Aku bukannya nak tidak menggalakkan sesiapa datang mesir, atau pun menghalang sesiapa. Tapi aku rasa kalau nak datang mesir, bilangan dia kena di-control. Harap-harap tak terjadilah harapan Mansoura University nak ambik 1000 Malaysian each year! Melampau gila kot. kitorang yang satu kelas 43 orang ni pun dah susah nak di-organize..

Aku faham je yang agen-agen ni syarikat. dan syarikat tu berniaga, dan setiap perniagaan pun mesti nak untung. Aku faham. Tapi, diharap sangat yang dalam kita mencari untung, kebajikan orang lain pun dijaga. Kita mesti tak nak kalau anak-anak kita dalam kesusahan kan?

Aku dulu pun datang dengan agen jugak. Aku faham je perasaan nak belajar medic, nak jadi doktor sesangat tu. Aku quit asasi yang berbaki 2 bulan daripada 1 tahun setengah sebab nak jadi doktor punya pasal. Aku faham perasaan korang!

Pesan aku, kalau nak datang jugak, make sure buat persediaan mental and fizikal yang rapi, dan solat istikharah. Try la jalan kaki 1-2 km setiap hari tengahari 6 hari seminggu. Try lintas federal highway jalan besar tak pakai jejantas. Try duduk kat belakang ekzos kereta hidu asap dia. Cuba jalan kat pasar malam/borong dengan sampah berterabur + ludah orang merata tempat waktu orang ramai gila macam pergi konsert. Kalau boleh tahan ni semua dan rasa cool je kalau orang main mercun  pukul 12 tiap-tiap malam, silalah datang. Kami mengalu-alukan anda. Ahlan wasahlan bak kata mak cik Arab jiran aku.

Tak masuk lagi bab yuran pengajian/tajaan/pinjaman pelajaran semua tu. semalam baru aku borak dengan walid (pegawai MARA) pasal benda ni.


This is real, man. No kidding punye.


Ini adalah pandangan peribadi aku (yang negatif). Sebab ada jugak pasal mesir ni yang elok.