Thursday 18 April 2013

Kos

Assalamualaikum.

Aku ada bagitahu haritu yang aku dah dapat pinjaman pelajaran MARA kan? Pinjaman tu cuma untuk yuran sahaja. Bermakna, kos sara hidup, semuanya atas keluarga sendiri.

Kecuali waktu tahun satu haritu, zakat selangor bagi aku bantuan sebanyak rm5000(setahun) dan rm1300 (claim duit tiket penerbangan). Jumlah rm6300 tu memang tak cukup sebab waktu first year tu banyak gilaaa kena beli (duvet, heater, mesin basuh, insuran rumah, upah ejen rumah, kipas, meja study, lampu study, buku-buku, visa, kena tipu dengan pak cik-mak cik arab dll.)

Untuk tahun kedua ni, memandangkan aku dah dapat pinjaman MARA, secara automatiknya aku dah jadi tak layak untuk dapat sebarang bantuan daripada pihak zakat. Aku baru tahu 3 hari lepas. sedih sangat-sangat walaupun baru habis exam.

Aku bagitahu ayah aku yang aku tak dapat zakat tu by sms je. Aku tak berani lagi nak call, sebab aku takut aku nangis..

Orang lain boleh cakap "nak sedih mende? dah dapat MARA tu kira bersyukur la. Orang lain lagi la semua kena family support sendiri".
Well, itu orang lain, ini aku. Aku lain. Mak ayah aku banyak benda lagi nak kena bayar, bukan nak tanggung aku sorang je.

Ni aku tunjukkan secara kasar jumlah perbelanjaan aku di Mesir.

Rumah
sewa rumah = 400le sebulan
duit dapur (dinner + bil2 + internet) = 164le sebulan (berubah ikut harga bil dan harga ikan. tak termasuk harga beras)
jumlah = 564le sebulan

untuk sarapan dan lunch, aku selalu makan roti je. tapi kalau ada lebih makanan dinner malam tadi, aku makan tu je la.

perbelanjaan peribadi
- roti wholemeal = 9le sebungkus seminggu x 4 minggu = 36le sebulan
- chocolate spread (1kg) = max. 30le sebulan
- tuna (2 tin untuk sebulan) = max. 13le sebulan
- nescafe (50g) = max. 4le satu pek x 4 minggu = 16le sebulan
- creamer (1 botol) = max. 18le sebulan
- susu (1L) = max. 13le sebulan
- buah (pisang/oren) = max. 15le sebulan
- sabun/syampu/pencuci muka/ubat gigi(personal stuff, tak beli semua setiap bulan) = lebih kurang 25le sebulan
- junkfood (kalau tiba-tiba lapar kat fakulti) = max. 20le sebulan

= jumlah = 186le sebulan

pengangkutan:
teksi, tram atau tramco(van) = max. 30le sebulan
*sebab sekarang ni setiap minggu aku pergi dentist.

selalunya aku peruntukkan 150le sahaja untuk jumlah perbelanjaan peribadi dan pengangkutan.

jumlah keseluruhan = 750le sebulan = rm375 sebulan

tapi setiap bulan pun memang tak cukup rm375 tu. aku mesti ambik duit lebih punya. sebab tiba-tiba kena bayar tu bayar ni, nak makan tu makan ni, ada usrah la, beli buku la, banyak keluar rumah=banyak kos.

sekarang ni bila aku dah masuk rumah baru, aku kena bayar duit mesin basuh dan insurans rumah = 564le. Jadi expense aku dah semakin bertambah!

ok, kalaulah aku bajet dalam rm400 sebulan (terlalu jimat),
rm400 x 10 bulan(oktober - julai) = rm4000 (minimum)


kalau nak balik malaysia waktu cuti summer, harga tiket dalam rm2000 (return).
pengangkutan pergi balik airport minimum rm100.

jumlah keseluruhan (termasuk tiket)= rm6100.
aku rasa rm6100 ni tak logik. sebab perbelanjaan aku lebih daripada ni. sebab setiap bulan aku ambik duit berkali-kali. dan selalunya setiap bulan pun minimum dalam rm500 ayah aku masukkan duit.

Secara jujur aku cakap, aku pernah tanya kawan-kawan aku yang lain berapa banyak diorang ambik duit setiap bulan. Dan jawapan yang aku pernah dengar pun dalam rm600-rm1000. Nampak tak betapa berjimatnya aku kat sini?

Jadi aku secara jujurnya sangat-sangat berharap, semoga termakbul lah apa yang perdana menteri ke-6 kita cakap haritu yang MARA akan bagi tambahan rm900 setiap bulan kepada pelajar-pelajarnya di Mesir. Aku sangat-sangat berharap. sangat!

Akhir kata, aku harap semua yang membaca ni dapat meng-amin-kan doa aku semoga harapan aku tu tercapai, rezeki kami sekeluarga dimurahkan dan diberkati, tak boros dan aku nak balik Malaysia tiap-tiap tahun.. Amiinn..

Jadi, for this coming 4.5 years, i have to figure something out. Kahwin dengan dato' kaya, jadi artis atau...

Friday 5 April 2013

Orang arab yang peramah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal betapa friendly-nya orang Mesir yang aku pernah jumpa.

Yang ni pasal jiran aku. Pak cik ni rumah dia kat tingkat 6 (atas rumah aku), dan dia ada kedai kat bawah bangunan ni; kedai kayu buat pintu, katil, almari, sofa etc. Tiap-tiap kali terserempak dengan dia, dia mesti angkat tangan dan bagi salam pada kitorang semua. Setiap masa. Malam-malam pun, kalau dia nampak kitorang, mesti dia akan tegur dengan senyuman yang tak pernah sekali pun lekang. Even tengah bercakap dengan orang/telefon pun dia still akan tegur kitorang. Dan selalunya, dia dulu yang akan tegur kitorang. Aku pernah la jugak try nak tegur dia dulu, tapi macamana pun, dia jugak yang first tegur kitorang. Baik sangat-sangat.

Yang kedua pulak pak cik bawab (penjaga pintu) kat rumah pertama aku dulu. Pak cik ni tak sihat sangat, kaki dia dua-dua belah bengkak(edema), tapi nampak macam dah mengeras. Aku syak mungkin dia kena Elephantitis. Tapi aku tak pasti la betul ke tak, sebab tak pernah tanya sebab macamana nak tanya pun tak reti. Pak cik ni punya baik, setiap kali nampak aku dia mesti senyum dan angkat tangan lambai-lambai. Dia pernah kasi kitorang buah sebiji even time tu dia ada 2 je buah, buah tu pun ada orang kasi dia. Sama macam yang tadi, even tengah borak dengan orang pun dia akan senyum dan melambai. Sampai orang yang dia tengah borak tu pun toleh tengok siapa yang pak cik tu nampak. Orang tu terkejut.. Lepas-lepas tu, orang tu mesti perhatikan pak cik tu bila dia nampak aku, nak tengok samada pak cik tu akan lambai aku atau tak. Dan ya, pak cik tu lambai!

Selain tu, orang arab ni kadang-kadang diorang tak reti nak bezakan yang kitorang ni orang mana. Jadi kadang-kadang bila jalan-jalan tiba-tiba je ada orang jerit "ni hao, ni hao". Diorang ingat kitorang ni orang China. Sebab ada jugak orang China kat sini. Most of the time, yang jerit ni budak-budak/remaja lelaki.

Penah eh budak arab buat macam ni kat aku

Kalau dalam tram pulak, ada jugak yang nak borak-borak samada dalam bahasa inggeris atau bahasa arab. Kalau english tu best la nak borak, tapi kalau arab tu payah sikitlah. Yang menariknya, orang arab ni langsung tak putus asa nak borak even aku kadang-kadang tak faham langsung apa dia cakap.

Pernah jugak jadi bila tengah jalan nak balik rumah ada lelaki dewasa cakap "welcome to egypt". Padahal sebelum dia cakap tu takda pun any eye contact. Tiba-tiba je cakap macam tu. Dah lah dia jalan laju. dia cakap dan terus jalan macam tak ada apa yang berlaku.

Kalau pak cik taxi pulak, ada jugak yang peramah. Macam-macam dia tanya. Tak pun lepas tahu yang kita ni Malaysian, dia akan cakap 'kuala lumbur"(kuala lumpur) ataupun "Mahathir mohammad". ramai orang tua kat sini sangat kagum dengan mahathir.

Waktu pergi Mansurah haritu, time beli jubah kat pasar Siqah, aku jalan sorang sebab kawan-kawan aku dah terkehadapan sikit. Tengah-tengah aku struggle nak simpan dompet, boleh pulak mamat ni cakap "hello.. Love you too". Sengih-sengih dengan kawan-kawan dia. Sumpah gatal.

Baru-baru ni pulak baru aku perasan yang orang Arab ni pun dah pandai cakap bahasa melayu. Selain daripada 'apa kabar', 'roti', 'ikan' dan nombor-nombor, diorang pun dah pandai cakap "saya suka awak". Mula-mula tu aku tak perasan pun, sebab macam tadi, no eye contact at all! Tapi lepas tu kawan aku cakap "tak perasan ke tadi?". Aku tanya balik "perasan apa?". "Dia cakap 'saya suka awak'". oh. Siapa yang ajar dia ni memang lah macam takda benda lain je yang nak diajar.

Selain tu, baru-baru ni jugak aku baru perasan yang mamat-mamat arab ni macam hape je tiba-tiba jerit "abuya" bila kitorang lalu. Aku memang tak tahu apa makna dia awalnya. Tapi bila kawan aku cakap abuya tu maknanya orang kampung/orang ulu, aku pun geram lah. Kalau aku pandai cakap bahasa arab, dah lama dah aku balas balik kata "weh, kau ingat kau tu moden sangat ke hah? Negara kotor sana-sini". Tapi aku tak pernah lagi cakap macam tu sebab satu, aku tak reti nak cakap, dua aku tak berani. 

Thursday 4 April 2013

Pelajaran

Assalamualaikum.

Kelmarin result sem 3 dah keluar. Alhamdulillah tak fail. Terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang dah mengaminkan doa aku. Syukran awiy!! Alhamdulillah, termakbul jugak doa kita semua! =)

Walaupun tak dapat semua A (3 papers), tapi at least tak gagal, semua lulus! Alhamdulillah.. Untuk Module 9 (central nervous system) yang senior-senior dok kata killer module tu pun alhamdulillah lepas. Module 10 pulak, walaupun tak dapat A macam kebanyakan orang lain, dapat B- pun aku dah cukup gembira. Mana taknya, module 10 ni include Physiology practical exam haritu yang membuatkan aku rasa down se-down down-nya! Module 10 ni jugak termasuk dengan subjet psychology yang aku tak faham apa yang aku baca weh. Jadi, Alhamdulillah lagi! At least jimat duit aku daripada nak membayar USD100 untuk repeat satu paper.

Oh ya, sekarang ni aku dah tambah senarai doa aku. Aku doa supaya tak fail even satu paper pun sepanjang aku belajar medic ni. Amiin.. tolong amin-kan sekali ya:)

Nak kata happy sangat tu taklah sangat. Sebab 10 dan 15 April ni exam lagi! Exam Module 11(Cardiovascular system). minggu depan.

Nampaknya aku dah nak kena start belajar dari harini jugak. Sebab takkanlah nak B- je sampai bila-bila. Teringin jugak nak dapat A, dapat 4.0 untuk sem ni. Boleh kan? Well, impossible is nothing. Usaha itu penting. Apa yang kita dapat tu, result daripada usaha kita sendiri. Tapi ofkos, ditentukan Allah..

untuk adik-adik yang baru dapat result SPM 2012 baru ni, tahniah atas result anda tu. 
Kalau kurang memuaskan, jangan risau. Ni baru SPM, ada berpuluh tahun lagi waktu untuk kita try sampai berjaya. Tak dapat A bukan bermakna kau akan gagal sampai mati. Tak. Ingat, bumi ni luas, peluang dan rezeki ada dimana-mana. Cuma atas kita sendiri samada nak usaha atau tak.

Siapa-siapa yang macam tak pasti lagi nak sambung belajar atau kerja ke apa-apa je lah, aku pesan buat pilihan/keputusan terbaik dengan akal yang waras dan matang. Kalau tak pasti, tanya orang yang berpengalaman. 
Come on, takkan takda langsung orang untuk ditanya. Kau ada jiran, tok imam masjid, cikgu sekolah, kaunselor, aku. Mereka boleh membantu. Aku pun insyaAllah boleh bantu kot.

Kalau yang nak sambung belajar tapi masih blur tak tahu nak ambik apa, jangan risau! Aku pun pernah blur jugak. Woha! Tapi nasihat aku, ikut minat, supaya kurang sikit stres bila belajar. At least bila kau rasa susah, kau blame diri sendiri, tak blame orang lain(mak bapak kau) kalau kau dipaksa ambik bidang yang kau tak suka.


All the best everyone!!

Kat kelas aku ada sorang student Arab ni gaya macam Sanjay Dutt.
Sebijik wa cakap lu!