Thursday 31 May 2012

Spleen


Assalamualaikum.
Pernah dengar perkataan 'spleen'? Tahu 'spleen' tu apa? 

Aku first time tahu wujudnya perkataan spleen ni waktu umur aku 18 tahun. Kat CFS IIUM. Tu pun sebab terbaca kat Lab Manual Bio, sebab esoknya nak buat Rat Dissection. First time jumpa perkataan spleen tu, aku tak excited pun. Sebab tak tahu pun kewujudan spleen kat dunia ni. Pastu, aku ingatkan ada typing error ke apa, sebab ada dua "e'. 

Esoknya kat lab, waktu rat dissection, Miss Bio aku cakap ''did you see the structure behind the stomach? That looks like a leaf? That is spleen" Aku pun "Ooohh... Spleen". Itulah perkenalan aku dengan spleen. 
FYI, perut bukan terletak di tengah-tengah badan tau. Macam yang baby-baby selalu pegang 'perut' tu. Perut manusia, terletak di sebelah kiri sedikit, bawah sikit daripada tulang rusuk. Nak tahu lebih lanjut, sila semak Google.


Hari ni cakap pasal spleen pun sebab tengah revise pasal spleen, suddenly teringat perkenalan pertama tu. 
Tapi baru ni, waktu masuk Morgue, practical spleen, aku nampak tak macam daun pun spleen tu. Aku musykil. Mungkin kat tikus kot bentuk dia macam daun.

Ruptured spleen

Yang aku tahu lagi, spleen ni kalau pecah (spleen rupture), boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk(acute internal haemorrhage), dan boleh membawa maut. And to save the patient, the doctor has to remove the spleen (splenectomy) surgically.

As mentioned earlier, spleen ni terletak di belakang perut. Belakang tulang rusuk ke 9, 10 dan 11.


*Aku suka tunjuk kat orang gambar-gambar yang tragik, macam berdarah-darah, nampak organ dalaman, tulang-tulang patah dan terkeluar.. Sebab ada orang takut dan orang yang takut tu akan cakap "Eee.. tak nak, tak nak. Dah lah, tak nak tengok dah. Daaahh..."
dan aku gembira, sebab dapat buli orang!=)

Tuesday 29 May 2012

Event: International Day

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas (28 Mei 2012), aku pergi International Day. Previously known as Malaysian Day(sebab ramai sangat Malaysian). Pragram ni adalah salah satu inisiatif Persatuan Pelajar dari Malaysia, Nigeria, Saudi Arabia dan Mesir sendiri, untuk saling meraikan dan mengenali negara masing-masing. Skema je For your information, event ni, baru 2 kali diadakan dan cuma 2 tahun sekali. So sad.. I wish that this event will be organised every year. Sebabnya, best lah jugak. Dapat rasa macam-macam makanan dari negara lain, tengok pakaian tradisi bangsa lain, culture diorang macamana. Best tau! So, basically i just love culture!=)



Food: 
Ada makanan Malaysia dan Nigeria je. Saudi tak letak makanan pun.
Yang Malaysia aku rasa kuih bakar (warna hijau) dan kuih karipap je. 

Nigeria pulak, aku tak pasti sangat apa nama dia.
Makanan orang Nigeria
*coklat kanan tu ialah keladi goreng
*yang putih tu mcm nasi hancur, makan dengan lauk yang belah kiri tu
Not bad.

Booth: 
Tak da booth Egypt.


Booth Saudi Arabia

Booth Malaysia: Batu Seremban

Booth Malaysia: Congkak
*made of plastic cups and papers! Cool

Malaysian Booth
*Aku rasa kat sini takda jual pun lesung batu ni

Persembahan:

Dikir Barat
*but not fun enough. 'coz they talked about Tsunami

Set-set Kelate ni

Saudi's Video show

showing the Nigerian's ethnics dancing
*diorang memang suka menari kot. Semangat gila. Dengan perempuan sekali

Egypt's performance

Kat Mesir ni, Malaysian population is 11 000. And in Alexandria alone, the number of Malaysians under the international program is 80%. So, kat dewan tu pun, majoriti memang Melayu lah. Nak cuci mata banyak-banyak pun tak boleh jugak, sebab sikit sangat foreigner yang hensem..

No matter what, I am so looking forward for attending this event again..

Sunday 27 May 2012

Selsema

Assalamualaikum.

Sejak hari rabu haritu, aku tak sihat. Demam, selsema. Batuk tak lagi (mungkin sebab aku gosok gigi, selalu buang hingus, minum air kot). Hari ni, dah hari Ahad, demam tak da dah kot (though pagi tadi macam panas sikit), tapi selsema ni, entah bila lah nak baik. Aku tension!


Bila selsema, hidung tersumbat. Nak tidur susah, nak makan tak rasa, nak bau, takda bau. Tension. Haritu memang aku 'panas' gila lah. Geram sangat sebab selsema ni.





Kawan aku cakap Hardees ni Arab punya. Tapi hampeh betul. US jugak..


Semalam pergi dinner kat "Hardees" (fast food macam McD & KFC jugak, tapi Egypt origin US origin jugak). Aku punya lah pilih menu yang 'kaw kaw' punya. Yelah, Second time datang kot. Aku pun pilih lah Burger Chicken Fillet (biasa je rupa dia. Takda gah mana pun. Ya lah, nak yang lagi high, tapi mahal sangat lah pulak).

Dapat je makanan tu (lambat gila dapat makanan. Bad service!) Aku pun start lah makan. Kunyah je, terus "Aduss... Tak rasa mende pun!" *mengeluh* Pastu minum air pulak (pun lama gila baru dapat), aku telan je lah,sekali "aw! sakit tekak!" Sakit lah tekak, sebab air gas kot. Aku pulak main minum je, dahaga. Mana nak tau gas dia kuat sangat, tak dapat nak rasa langsung. Hilang nikmat deria rasa! Memang frust gila lah. Alih-alih, aku tak habis makanan tu. Tapau. Tengahari tadi baru habiskan, tapi still tak tau apa rasa ayam tu sebenarnya... T_T''



Kalau lah aku ingat yang aku ni selsema, tak dapat nak rasa, bau semua tu, baik aku makan yang cikai-cikai je. Beli onion rings ke, french fries ke. Jimat duit.




p/s: Hardees ni lagi mahal daripada McD tau! Terkejut aku..

Sunday 20 May 2012

Blood Group

Assalamualaikum.

Hari ni practical, buat blood test. As usual, cucuk jari lagi, picit-picit, and test for our blood group. Suka cita aku katakan, akhirnya aku tahu aku darah jenis apa. Hahaa.. Aku darah B+. Sebut dia 'B positive', bukan 'B plus'. 

Sejak masuk Modul Blood, tiap-tiap minggu jari aku kena cucuk. dan setiap minggu jugaklah, setiap sesi, bukan sekali, tapi DUA kali kena cucuk. Sakit sangat tu tak lah. Tapi cuba korang ambik jarum, cucuk kat jari. Sukarela. Ada bran??

Boleh pulak doktor tu cakap, exam nanti, semua orang wajib dicucuk tangannya. Aduh. Dah lah kelam kabut. Nak cucuk-cucuk tangan pulak. Adeii..

Sedikit info:

Anda digalakkan untuk tahu jenis darah anda, Kalau ada kecemasan kan senang. Sediakan payung sebelum hujan.


Yang lebih penting, untul ibu-ibu mengandung, anda sangat-sangat lah perlu untuk tahu jenis darah anda. Bukan apa, dapat lah nak elak sebarang komplikasi yang mungkin boleh berlaku waktu nak bersalin nanti. Nak lagi advance, ambil tahu juga jenis darah suami anda. Suami pun. Ambik kesah jenis darah isteri.

p/s: Aku dah buat dah jadual sendiri kat Ms Excel. Tapi tak reti nak upload ke sini. So, copy paste je lah dari URL mana-mana..