Sunday 29 July 2012

Nak Balik Malaysia Dah!

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak balik Malaysia dah. Insya Allah, may plane will depart at 1640 (Egypt's time) today. Please pray for our safety. Nothing's left, missing or broken during the whole journey. 

I just finished with packing my suitcase, tried not to exceed the max. weight allowed (unless if i am rich enough to pay more for the extra loads). Sangat susah. Dua tiga kali pack, timbang, keluarkan sikit, pack balik, timbang balik, then baru dapat 25kg. Ni pun aku takut nak bawak. Bukan tak lepas, tapi takut tak larat nak angkut je.

Aku sebenarnya pun pelik, macamana lah boleh berat sangat beg tu, padahal kalau tengok, barang aku macam sikit je. Macam, lah...

Kejap lagi pukul 6.30 pagi nak keluar rumah dah, sebab nak naik Superjet (bas) pergi Cairo Airport. Expected to arrive by 12.30pm. 

Lastly, aku harap semuanya berjalan lancar, perjalanan selamat dan tenang, tanpa sebarang masalah dan kelewatan. 

Okay, pray for my safety, 'kay?

Can't wait to see my family.=)



Tempat ni nama dia Panorama. Dari sini kita boleh nampak semua piramid.




The Sphinx.
Waktu pergi ni, ada adik tu nama dia Iman, sekolah rendah lagi, pandai cakap English.
Dia ajar kitorang ambik gambar dengan Sphinx ni.


Kawan-kawan aku ada pesan supaya buat status kat FB yang nak balik Malaysia dah/dah sampai Malaysia dah. Tapi aku malu. Macam nak bagitahu satu dunia je yang aku; Cik Nobody dah balik. Macam poyo je.

Wednesday 25 July 2012

Taraweeh di Mesir

Assalamualaikum.

Ramadhan Kareem. Sila jawab 'Allahu Akram'.
Orang Arab suka cakap 'Kullu sanah entum toiyiban'.
aku tak tahu jawab dia apa, so aku just cakap 'syukran'

Semalam aku pergi taraweh kat Mal'ab Kulieyyah Handasah (Padang Fakulti Kujuruteraan). Best! Walaupun penat (solat taraweh 8 rakaat + 3 witir = dari pukul 9 sampai 11 malam). Tapi seriously, best, berbaloi dan sangat rugi kalau aku tak pergi.

Kami berjalan dan berlari-lari anak sebab dah lambat


Hiasan jalan untuk Ramadhan

Aku keluar rumah dalam pukul 8.15 malam, bergerak nak ke Hospital Ambatakla, kumpul dengan kawan kat situ sebelum pergi sama-sama. Aku keluar rumah pakai telekung je, dan disebabkan orang Arab tak pernah nampak telekung (sebab diorang tak pakai telekung), jadi sepanjang perjalanan tu, ada je lah mata-mata yang memandang, macam aku ni sangat unik, pelik, alien. Memang malu gila lah, tapi buat tak tahu je, dan diorang pun takda yang kacau-kacau.

Meniti lorong-lorong nak ke Kuliyah Handasah



Berjalan kaki nak ke padang Kulieyyah Handasah tu jauh jugak, dalam 1 km jugak lah. Dan bila dah dekat nak sampai tu, nampaklah mak cik-mak cik jalan kaki nak ke padang sambil masing-masing bawak sejadah dan kerusi(sebab nak duduk, tak larat solat berdiri). Dan ada lagi, dekat nak sampai tu, nampaklah jugak 2 orang jejaka Arab yang bagi aku sangat macho, sebab diorang jalan nak pergi taraweh, dan kat tangan pegang tasbih, dan tasbh tu bergerak(maknanya dia tengah berzikir). Aku kata diorang macho sebab diorang pakai T-shirt dan jeans je, tapi tangan still pegang tasbih. Macho kan!

Jalan sikit lagi, kita pun sampai lah kat pintu masuk padang tu. Siap ada urusetia lagi, sebab memang ramai. Ada kakak urusetia tu cakap 'pergi ikut sebelah kiri pun boleh, sini dah penuh' (in arabic).

Kita pun jalanlah.. Jalan, jalan, sampailah kat padang tu, dan terkejut sangat sebab ramai sangat orang. Ni baru tempat perempuan je, dah ramai sangat.
Kitorang pun berlari kecil-kecilan, sebab tok imam dah start baca al-Fatihah dah. Lepas kelam kabut bentang sejadah dan bukak kasut, kita pun solat lah Isyak. Imam tu, suara dia sangat sedap. Ala-ala Sheikh Mishary Al-Afasy. Okay, kita panggil imam ni imam A.
Imam A dia imamkan solat Isyak dan 4 rakaat taraweh. 4 rakaat yang terakhir dan witir Imam B pulak.

Kiblat untuk solat agak ke kiri sikit, dan aku ingat aku dah cukup kiri dah. Dan bila aku solat taraweh rakaat yang pertama rasanya, tiba-tiba ada orang pegang bahu suruh ke kiri sikit. Urusetia tu lah yang suruh.
Dan yang uniknya Mesir ni, lepas 2 rakaat taraweh, dia ada bagi tazkirah, unlike Malaysia, kita punya tazkirah selalunya selepas 4 rakaat kan? Tapi kat sini, tazkirah dia selepas 2 rakaat. Dan tazkirah ni disampaikan oleh Dr. Amr Khaled. Aku tak tahu pun Dr. ni nak datang. Mungkin rezeki kot.





Tabir yang memisahkan muslimin dan muslimat.

Lepas tazkirah tu, yang aku cuma faham sikit sangat, kita pun start lah rakaat yang ke-3. Rakaat ke-3 ni, elok je aku angkat takbir, terkejut! Tiba-tiba ada budak kecik lari depan aku. Laju gila! Lari cross sejadah jemaah ni semua. Tapi, takda seorang pun yang marah. Unik kan? Baik kan? Kalau kat Malaysia mesti dah kena marah dah budak tu kan?


Budak kecik tu 3 beradik. Kakak dia (selendang kuning) dan abang dia (Yang duduk pakai cermin mata tu).
kakak dia pergi mana-mana pegang je tangan adik dia. Tapi abang dia pegang adik dia, hantar kat kakak, dan blah..
-Tapi aku tak tahulah budak ni ke yang lari tu-

Okay.
Solat taraweh ni pulak, Imam dia baca surah, panjang gila aku habaq hang! Tak tahu berapa muka surat dia baca. (Solat taraweh 8 rakaat + witir + tazkirah = 2 jam). Dan yang mengkagumkan aku, kak Arab sebelah aku ni, dia ikut jugak baca surah tu(maknanya dia tahu lah surah tu. Panjang!), dan dia pelajar perubatan jugak.

Lepas taraweh, Imam bangun, dan cakap pasal solat Shaf. Aku pelik lah, ni witir kan? Tapi kenapa imam cakap Shaf? Sebab tak tahu, aku tanya lah Kakak Arab sebelah ni (nama dia Nisreen), solat apa selepas taraweh ni? Dia pun cakap solat shaf. Aku tak tahu. Tapi lepas tu dia cakap solat 2 rakaat campur 1 rakaat. Baru aku tahu, diorang panggil witir, shaf.

Imam pulak.
Kita ada Imam A dan B, macam yang aku sebut tadi. Imam A muda sikit. Macamana aku tahu sedangkan aku tak nampak? Aku tahu laa... Sebab suara dia bunyi muda. Suara dia comel je, mengaji pun sedap.:)

Dan Imam B pulak tua sikit, sebab suara dia bunyi tua, dan besar lagi.

Okay, bila Imam B jadi imam, lepas setiap 2 rakaat, mesti Imam A akan cakap-cakap sikit, buat pengumuman. Pengumuman pertama pasal kereta, mintak tuan dia alih kereta. Pengumuman ke-2, pasal budak hilang. Budak perempuan, anak kepada Encik Ali.
Dan bila aku dengar je suara Imam A ni, lembut sangat suara dia, dengar pun sedap je, sejuk je hati. Tadi time dia jadi Imam, aku rasa macam dah cair! Ni bila dengar dia cakap, aku rasa macam 'Ya Allah! Aku dah jatuh cinta ke?!' Boleh ke jatuh cinta dengan suara je?

Bila Imam B pulak jadi imam, dia punya bacaan mendayu-dayu, macam dia sangat 'feel' dengan apa yang dia baca. Bila dia baca doa waktu solat Syah tu, doa dia pun sangat 'feel'. Dia sebut sepatah-sepatah, tak laju, jelas, terang dan nyata. Sampai aku yang baru ni pun boleh faham sikit doa dia. Yang menyentuh hati, bila dia jugak doakan muslimin di Suria dan Burma (Syria dan Myanmar).

Lepas dah habis taraweh tu, aku borak-borak sikit sikit dengan kakak Arab sebelah aku ni.
Dia tanya nama aku, belajar apa. Lepas tu dia tanya 'first year?'. Aku pun ya kan lah. Dan dia pun sengeh. Mesti nampak sangat ke 'first year'an aku ni kan? Sangat tak tahu apa-apa.

Lepas tu dia cakap dia 6th year. Nama dia Nisreen, kawan dia Asma' (kot). Dia siap cakap 'you are welcome' lagi (mengalu-alukan kedatangan kami warga Malaysia ni. Kakak ni sangat baik, dah lah cantik!
Yang aku rasa lagi bila taraweh ni kan, 'kau pandang lah arah mana pun, kau mesti akan nampak cantik!' Sebabnya orang-orang Arab ni cantik-cantik belaka.

Adik comel hensem ni tolong angkat tikar lepas dah habis solat.

Dah habis.
Ramai yang dah balik.

Aku sangat tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun depan, nak rasa lagi pengalaman macam ni. Sangat menarik.

Aku sebenarnya berhajat nak solat kat Masjid ni, Masjid Al Qaed Ibrahim. Dekat dengan Fakulti Perubatan kat Game' Ibrahim. Tapi takda rezeki lagi.


Video ni semua orang WAJIB tengok!


Lagi satu yang cool bagi aku ialah bila kita sujud, rasa macam kita sujud kat atas tilam dan muka kita sujud kat bantal. Sebab rumput padang tu agak panjang, so tenggelamlah badan yang berat.

Satu lagi perkara yang aku tahu, orang Arab punya terawih, diorang tak baca pun selawat-selawat dan takbir yang kita selalu baca diantara setiap solat terawih tu. 

Wednesday 18 July 2012

Fulus wa Bidza

Assalamualaikum.

Jam dah pukul 5.38 petang. Dan perut aku dah lama dah sakit, sebab lapar. Hari ni cuma telan IndoMie (adik beradik Mi Sedap) perisa ayam dan nescafe segelas je.
Jadi, kalau petang-petang macam, kalau aku rasa lapar, normal lah kan.

Dan hari ni, aku memang malas gila nak masak dinner. Ditambah pulak yang aku cuma ada macaroni mentah, tomato paste dan cili hidup dan bawang je, lagi bertambah lah malas aku. Selera pun boleh hilang.

Jadi, seperti biasa, hati aku memang rasa nak je call delivery semua tu. Tapi, duit pulak takda.. Dah banyak hari dah takda duit. Sebab malas nak pergi withdraw. Summer ni memang malas sangat nak keluar, cepat penat. 

Tapi sebab beberapa hari yang lepas kawan aku pun takda duit, dan sekali bila dia korek-korek beg duit dia dan dia jumpa LE200, aku tiba-tiba jadi bersemangat pulak.
Jadi, aku pun mengikut jejak langkah dia, dengan harapan jumpa lah duit kat celah-celah beg duit tu. Tapi aku pasti, mesti takda punya, sebab selalunya, duit yang aku selit-selit ni tak kekal lama, sekejap je dah kena guna.

Akan tetapi, kalau dah ada rezeki jugak, memang tak daya lah aku nak menidakkannya. Dah tertulis aku memang ada rezeki nak makan pizza hari ni, sekali aku jumpa duit LE50 kat celah-celah dompet aku. Terkejut tak terhingga aku! Macam dapat berita esok punya exam cancel je!


Lepas jumpa duit ni, next task mesti lah kena call kedai tu. Tapi credit takda. Jadi, ketuk bilik kawan takda, call kawan pakai online app., sekali dia ada extra reload card. Dah dapat nombor topup, kita topup lah...


Ehem.
Jom start berdialog versi budak baru belajar.

Lepas tu, dengan riang ria dan semangatnya, aku call kedai tu. Aku dial, dan dengar caller ringtone dia macam ni 'Allahummaghfirlana....' (doa)
Tak lama lepas tu, talian bersambut. 
Aku: Assalamualaik. Dah sbaizy(Spicy)?
Dia: Wa'alaikum salam. Mumkin tausil bi raqam tani? (boleh tak mintak delivery guna nombor lagi satu?)
Aku: ooh.. mesyi, mesyi.
Dia: understand?
Aku: yes, yes. Understand.
Dia: ma'as salamah... (may peace be upon you)
Dia suruh call nombor kedai yang lagi satu, sebab orang ni macam kat tepi laut je, sebab dengar bunyi angin yang kuat.

Lepas tu aku call nombor lagi satu...
Dia: Allu. Sobahan nur.
Aku: Sobahan khir.
Dia: allu. allu. allu.
Aku: hello, hello..
lepas tu dia letak phone, sebab line tak clear.

Aku call sekali lagi.
Aku: Hello, assalamualaik. dah sbaizy?
Dia: allu.
Aku: 'aizah tawsil bidza. (saya nak delivery pizza)
Dia: mesy. (okay)
Aku: 'aizah bidza fireh, medium.(saya nak pizza ayam, medium size)
Dia: bidza fireh bas? hega tani? (pizza ayam je? nak apa-apa lagi ke?)
Aku: lak. Bas. (tak. cukup)
Dia: mesyi.
Lepas tu dia tanyalah alamat dan nombor telefon... Aku pun bagi tahu.
Dan seperti biasa, kedai tu mesti tanya 'dur kem' dan aku memang sampai sekarang tak pernah faham, tak tahu nak cakap apa, aku just reply 'ma'alish. ana mush fahmah'(sorry, saya tak faham). dan diorang pun malas nak tanya lagi, sebab diorang dah macam marah je sebab aku tak faham. selalunya aku kena marah, sebab salah jawab soalan 'dur kem' ni. Aku selalu bantai jawab alamat rumah, ataupun 'bil wakti'(sekarang). Tapi memang salah lah dua jawapan tu, sebab memang kena marah punya.

*Grammar aku tunggang langgang. Aku cakap asal maksud tu sampai je.

Selepas 45minit menunggu, ini hasilnya...

Alamat dia kat Camp Shizar. Dalam 200 meter dari rumah aku.
Tapi still malas nak jalan.

Saje nak bagi jeles.
Medium sized, 8 slices, untuk aku seorang!
LE 21 (RM 10.50)  include delivery.
Sos tomato tu brand Heinz lagi tau.

Alhamdulillah, dapat jugak makan pizza hari ni.
Tapi aku rasa sebelum ni aku beli lagi besar saiz dia...

Sedap dan mengenyangkan.
Memanglah tak se'marvellous' Pizza Hut ataupun Domino's tu, tapi not bad lah.

Kalau nak makan yang marvellous tu je, habis lah duit aku.

Aku rasa kalau kat bahagian Mesir yang lain, boleh dapat lagi murah. Sebab Alexandria ni selalunya lebih mahal sedikit. Tapi sikit je lah.



* Fulus = Duit

Tuesday 17 July 2012

Bil Elektrik

Assalamualaikum.

Tadi tengah lepak-lepak main game malas nak study, tiba-tiba loceng rumah berbunyi (bunyi dia bukan bunyi burung berkicau macam kebanyakan rumah kat sini. Bunyi rumah aku normal macam kat Malaysia je).Ini bermakna, ada orang datang.
Sebab aku malas nak pergi dekat pintu tu tanya siapa dan kalau lelaki baru patah balik bilik carik tudung, makanya aku jeritlah kuat-kuat.

"Min??"
(siapa?)

Aku jerit sekali. 
Takda reply. Aku jerit sekali lagi, lebih kuat. Tapi takda reply jugak. Aku ingat orang tu dah blah. Elok aku nak tutup pintu bilik, loceng rumah bunyi lagi, "tinnggg". 
Aku pun dah malas nak jerit lagi, aku terus ambik tudung, dan on the way nak pergi pintu tu aku jerit lagi sekali "Min?" Kali ni lebih kuat, sebab lebih bengang.
Kali ni ada jawapan! "Nur" orang tu jawab. (Nur = cahaya/lampu/elektrik)
Aku jerit lagi "Istanna"(kejap). <----- sepatutnya 'Istanni' sebab aku perempuan.

Lepas tu aku bukak lah pintu, dan cakap 'aiwah' (ya). 
Orang tu cakap 'Sobahan Nur' (selamat siang/tengahari/pagi) dan aku balas lah balik 'Sobahan Khair'(sama je dengan 'sobahan nur').

Then dia hulur pada aku bil elektrik bulan ni. Dia tunjuk sekali kat tempat harga tu, dan cakap jumlahnya. Aku dengar dia cakap 'tamaniyah wa khamsin wan nus'. Otak aku faham LE58.50. 
Aku pun cakap tunggu kejap, tutup pintu dan pergi ambik duit.
Lepas beberapa minit kelam kabut cari duit sebab orang Arab tu dah pesan 'bi sur'ah' (cepat) tadi,

aku bagilah duit LE100 kat dia(duit kawan tu). Dan dia bagi baki LE15 je. Aku mula-mula ok je, sebab tak boleh nak fikir sangat time tu, sebab lapar. Tapi bila nak tutup pintu tu baru terdetik, dan aku jerit 'istanna!' dan tunjuk duit baki. Dia cakap 'khamsa wa tamanin wan nus'. Aku pun 'ooh.. mesyi, mesyi'. Rupanya aku silap faham dia cakap. Dan aku pulak, kadang-kadang confuse jugak nak baca nombor-nombor Arab ni. Sebab tu selalunya aku bagi je LE100, tunggu je baki. Main pakai percaya je lah tok Arab tu bagi baki berapa. <------ tidak boleh dicontohi.




Bil Elektrik bulan ni. Bil dalam bahasa Arab apa entah. Lupa!
Yang merah tu jumlah dia = LE85.31. Tapi sebab Mesir takda duit 30sen, dia bundarkan jadi 50sen terus(rugi aku)

Bil kat Mesir ni, semua(air, elektrik, gas, internet) bayar kat pintu rumah je. Tak payah nak susah-susah pergi pejabat pos/TNB, cari parking, jalan jauh-jauh, ambik nombor atau beratur semata-mata nak bayar bil. Kau duduk je kat rumah, cukup bulan orang tu datang, dia hulur bil, kau bayar. Kalau takda duit lagi, cakaplah esok, nanti esok dia datanglah balik, menuntut hutang.

Aku rasa bil elektrik bulan ni mahal. Dah lah bulan ni duduk 3 orang je. In fact, tiap-tiap bulan pun mahal. Sebab rumah senior lagi murah. Tiap-tiap bulan lagi murah pulak tu.

Waktu winter haritu lagi lah, kitorang semua terkejut gila, sampai rasa macam kena tipu dengan pak cik arab tu sebab bil elektrik untuk bulan tu ialah LE655.55(RM327). Bila tanya kat pak cik tu, betul ke ni rumah kitorang punya (sebab time tu tak ambik tahu pasal alamat rumah pun), pak cik tu cakap, ya, betul. Lepas tu pak cik tu tanya, ada 'dafeyyah'(heater) ke? Aku cakaplah 'aiwah, fi'(ya, ada). 

Dan memang betul cakap pak cik tu, semua sebab heater. Pemanas udara tu rupa-rupanya dia punya 'power' sangat tinggi. 2500 Watt. Waktu beli tak perasan pulak benda-benda ni semua.. Ia lah, mana pulak nak terfikir yang power barang-barang elektrik kat sini lain-lain. (aku sebenarnya sangat tak berpuas hati dengan barang elektrik kat Mesir ni)

Bila dah duduk kat Mesir ni, duit memang sangat-sangat berkira. Kalau bulan ni bil mahal je, next month memang berjimat tahap tak ingat lah. Macam kes bil LE655 tu, elok je dapat bil, terus off heater. Terus pakai sweater and stocking, semata-mata nak jimat bil. (Dah over budget untuk bulan tu). Tu pun nasib baiklah dah sampai penghujung winter. Kalau tak, memang menggigil lah...

Bila dah kurangkan penggunaan heater tu, bil bulan depan menjadi 300 lebih(mahal jugak). Dan bila dah masuk spring, tak pakai heater dah, bil kurang lagi, 80 lebih.


Hmm.. Orang cakap kat India bil air free, tak payah bayar. Betul ke?



Sunday 15 July 2012

Sabar memerlukan sabar

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni. Tapi aku jadi tension, sebab tak tahu nak luah kat sape. Punching bag pulak tak da.



Haritu aku ada post soalan kat page ustaz ni. Aku tanya sebab nak dapat jawapan pasal satu benda ni. Pasal hukum-hakam ni lah.
Aku tak nak lah buat fatwa sendiri, sebab tu lah aku tanya.
Dan kalau bertanya ni, mestilah sebab kita tak tahu. Dan bila bertanya, mesti lah mengharapkan jawapan.

Bila aku tanya, dapatlah respon daripada orang (bukan ustaz tu). Aku tak faham sangat apa yang dia jawab, tapi aku malas nak tanya balik. Sebab, cara dia bagi jawapan tu, tak memuaskan hati aku. Mungkin aku ni mengada-ngada nak sentitif bagai.

Jujur aku cakap, aku kurang berkenan dengan cara dia jawab. Rasa nak marah balik pun ada. Tapi aku fikir 'mungkin dia tak berniat nak buat macam tu kot. Mungkin maksud dia lain, aku faham lain'.

Dan betul aku cakap, bila fikir pasal benda ni, sampai aku tak boleh nak belajar. Minda aku terlalu fikirkan pasal ni.
Kalau ikutkan hati, memang aku nak je reply comment dia tu, balas balik apa yang aku rasa. Tapi takut pulak nanti 'terbergaduh' pulak kat situ. Aku dengan angin aku, dia dengan angin dia.

Sampai satu tahap aku rasa macam ni 'kalau aku bukan Islam, dan baru nak kenal pasal Islam, mesti aku akan lupakan je niat nak masuk Islam'.

Kau tak tahu macamana seksa nya rasa nak menahan sabar.
Aku memang seorang yang nipis je tahap kesabarannya. Jadi untuk aku sabar memang susah.

Puaslah aku berdialog dengan diri sendiri.
1- Tak pe, mungkin maksud dia lain
2- Mungkin dia ada problem, gaduh dengan bini ke, sebab tu emosi dia tak stabil
3- Tak pe, ni mungkin Allah nak ajar aku bagi sabar ni.
4- Tak pe, mungkin Allah nak tunjuk yang aku ni mungkin selama ni asyik tahu marah orang je.
5- Tak pe, ni mungkin persediaan nak menghadapi kerenah patient yang pelbagai lepas ni.
6- Sabar tu kan separuh daripada iman.
7- Nabi punya dugaan lagi susah kot.
8- Kan Nabi pesan 'jangan marah'
9- Nak puasa dah ni, kena try sabar dulu.
10- Tak payah layan sangat orang tu. Lantak dia lah. Tangan dia nak taip.


SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN


Kalo gak, mo ku maki aja itu orang. Ok gak?




Mungin aku yang terlalu sensitif.





Perkara ni sedikit-sebanyak dah bagi aku rasa takut untuk bertanya. 
Sebenarnya nak tanya tu tak menakutkan. Tapi feedback tu yang menakutkan.


Dan seperti biasa, semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Hikmah yang aku rasalah, yang terjadi ialah aku private kan semua benda kat FB tu. Semua nya aku letak 'only me' kecuali gambar-gambar yang memang dah di 'customized'kan.






Chronic Insomnia

Assalamualaikum.

Hari ni aku exam. Modul 6 & 7 (Pathology + Pharmaclogy + Ethics + Community Medicine).
Exam tu pukul 9 pagi sampai pukul 12.30 tengahari.
Dan semalamnya, sehari sebelum exam; hari Jumaat. Tahu apa aku buat? Mari saksikan....

*   *   *
3.20am - subuh
5.00am - tidur hari khamis malam jumaat
12.00pm - bangun, start study, blah blah blah....
7.00pm - dinner (nasi lauk daging merah dan air nescafe)
            - study blah blah blah.....
1.00am - start nak pergi tidur. baring-baring.


I am determined as h***




3.00am - aku still tak tidur! tak boleh tidur. pusing sana, pusing sini, tak boleh tidur. in fact, tak mengantuk langsung! Aku try lah baca buku pasal ethics&community medicine, tapi still tak mengantuk. Lama-lama aku fed up. 
3.20am - subuh
*   *    *

Subuh je, aku cuak gila weh.. Mana tak nya, jap lagi nak exam, tapi tak tidur lagi. Aku ulang, tak tidur lagi! TAK TIDUR LAGI!!!
First time dalam hidup kena macam ni.

Disebabkan cuak yang tak terhingga, aku siap buat solat hajat lagi, doa pada Allah semoga kalau betul badan aku larat tanggung tak tidur sampai pukul 12.30 kejap lagi, tak pe, jangan bagi aku tidur. Bagi lah otak aku segar, fresh dan fokus waktu exam nanti.
Tapi kalau badan aku tak mampu tanggung, tolonglah, bagilah aku tidur satu jam pun jadi lah, pukul 6 sampai 7 pagi ni, tapi walaupun sekejap, aku tidur nyenyak dan berkualiti, dan bila bangun nanti, otak aku fresh sangat-sangat. Dan hati aku, aku set 'kalau Allah tak bagi tidur pun, mesti ada hikmahnya semua ni. Mesti ada sesuatu. Yakin je'.

Lepas subuh tu aku try nak tidur, tapi tak boleh jugak. Jadi, untuk menggunakan masa dengan seefisyen mungkin, aku try lah baca-baca buku. Tapi bila baca, ngantuk pulak, aku dengar radio, tengok video ustaz Azhar. Sampai lah pukul 6 pagi.

Pukul 6 pagi, aku try lagi nak tidur. Tapi tidur duduk je lah, kepala kat meja. Elok je letak kepala dan pejam mata, rasa mengantuk tu hilang. Aku tak mengantuk langsung wey!!! Aku rasa macam aku tengah sakit gila-gila dah waktu tu. Sakit tak boleh tidur.
Disebabkan kegeraman melanda, aku pergi dapur buat nescafe panas, makan. Lepas tu sambung balik baca + radio + video ustaz Azhar.

Oleh kerana cuak yang tak terhingga, risau gila tertidur time exam, aku pun bawak lah bekal air nescafe pergi exam. Air nescafe, gula-gula dan eye-drop(takut mengantuk). Sebenarnya ingat nak bawak biskut sekali, tapi takut kena marah.
Masuk je dewan exam, badan aku dah 'shaking'. Tak lain tak bukan, effect nescafe tu lah. Badan semua lemah. Nak jalan pun macam tak larat.

Jadi sebelum exam tu, berdoa lah panjang lebar.
Dan Alhamdulillah, start je paper MCQ, mata yang mula-mula ngantuk tu, terus segar. Dan Alhamdulillah lagi, sebab mata aku kekal segar sampai paper essay.
Dan Alhamdulillah jugak, sebab elok je aku siap paper essay tu, aku terus menguap, menguap lagi, dan lagi. Sampai berair mata dan hidung aku. Sebab mengantuk yang amat.
Sampai rumah dalam pukul 1 petang, perut lapar gila weh. Makan, online, baca cerpen ntah pape ntah, dengar radio, solat zuhur sume, dalam pukul 3.15 aku tidur.
Alhamdulillah, tidur jugak aku akhirnya. Dan sekarang dah pukul 11.50 malam, tak tahu bila nak tidur.

Seriously, hari ni memang takut sangat-sangat. Ingat lagi cerita-cerita cikgu waktu sekolah dulu ''awak semua jangan nak buat kerja gila, tak tidur malam nak periksa, telan pil kuda (tak tahu ape benda ni). Nanti awak tertidur dalam exam, rugi je. Tak pun otak blank, kan sayang. Malam nak exam tu tidur la."
 Tapi masalah saya sekarang ni, bukan tak nak tidur, tapi tak boleh nak tidur. Dah paksa pun tak tidur-tidur jugak. Tension!

Aku rasa aku kena penyakit insomnia. 
Dan aku pernah satu point ni, dulu-dulu, sampai takut nak tidur, sebab tension sangat baring lama-lama, tapi still tak boleh tidur.






Sekali aku nampak benda ni.
Nauzubillah..


Kau cakap apa yang aku tak pernah buat semata-mata untuk tidur. Aku dah minum susu, baca buku yang boring, pasang lagu yang slow, pasang Quran, zikir, selawat, baca doa, tarik nafas dalam-dalam, imagine benda yang best, try kosongkan otak, kira nombor dari satu sampai berapa ratus entah, baring satu jam sebelum waktu tidur yang diingini. Macam-macam dah kan.

Wednesday 11 July 2012

Ya Habibi

Assalamualaikum.

Ini bukan kisah cinta aku dengan si dia(yang aku tak jumpa lagi siapa)

Hari Ahad haritu lepas OSCE, aku dan kawan-kawan aku pergi shopping, kat satu lagi tempat yang ala-ala Masjid India. Nak cari jubah kiriman orang. 
Disebabkan cuaca panas yang amat, kitorang pergi lepas Asar. Tapi still panas. Dalam pukul 4.30 petang tu, kitorang berkumpul kat tepi laut, nak naik tramco (van), nak pergi As-Sofiroh. Setelah berdiri menghadap matahari untuk menunggu tramco yang tak kunjung tiba selama hampir setengah jam, kitorang pun decide nak naik teksi. 




yang kiri putih tu tramco(van), yang kuning hitam kat kanan tu teksi.
Kereta untuk teksi tu tak cantik mana, tak besar mana.
Nak yang 'up' sikit, kat Cairo banyak lah. Kat Alex banyak yang jenis macam ni je.
(tangkap gambar ni waktu jogging winter haritu. The yellow VW is catchy!)


Tahan teksi kejap je. Tak sampai 5 minit dapat dah. Aku naik teksi berlima. Seorang kat depan, dan 4 orang kat belakang. Dan aku duduk tepi tingkap belakang pemandu. Memang tak best, sebab sempit dan tak boleh bukak tingkap. Yang menambahkan lagi dugaan untuk haritu (macam tak cukup je dugaan untuk 1 hari), abang(sebab umur dia 20-an) tu merokok dalam teksi tu. Dah lah jalan jem, tak da angin masuk sangat, panas dan sempit lagi, boleh pulak dia merokok. 
Dah tu, perjalanan yang sepatutnya paling lama pun 20 minit telah bertukar menjadi 1 jam 5 minit. Bayangkan berapa lama kitorang tersepit, kaki tak dapat nak stretch, panas nya lagi. Hadooiii...
(aku pening kepala dan rasa nak muntah dah waktu tu)

Okay, lupakan azab itu. Sebab ada benda yang lebih penting daripada azab tu. 

Tengah-tengah jalan jem tu, yang rupa-rupanya kurang daripada 1km nak sampai tu, teksi tu stuck dalam 10 minit jugaklah. (kalau aku tahu dah dekat, confirm turun, pergi jalan kaki je)

Tiba-tiba teksi tu didatangi oleh seorang budak lelaki. Yang aku kira, mungkin dalam 6, 7 tahun macam tu lah. Dia nak minta sedekah. 
Budak tu bercakap-cakap dalam bahasa Arab, dan yang aku faham cuma perkataa 'Malizi' je, yang bermaksud 'Malaysian'. 


lebih kurang macam ni lah.
yang beza cuma budak tu seorang je, dan dia pergi ke tingkap belakang.


Lepas beberapa ketika, abang teksi tu pun cakap 'Ya Habibi. Yalla yalla' (wahai sayang ku. Dah dah, jom) pada budak tu. Dan budak tu pun pergi. Aku tak faham makna penggunaan perkataan 'yalla' di situ. Sebab yang aku tahu, 'yalla' tu makna dia macam 'jom' ataupun 'dah, dah, jom'

Bila abang tu cakap macam tu je, aku terkejut dan terharu. Sebab pertama kali dalam hidup aku, aku nampak orang nak suruh orang yang meminta sedekah pergi, dengan tidak menengking ataupun marah. Sebaliknya, dia cakap 'ya habibi'; 'wahai sayangku'. 

Faham tak apa yang aku rasa?


p/s: abang pemandu tu tak cukup hensem untuk aku mengkagumi perbuatan dia, ok. Aku kagum bukan sebab rupa dia, tapi sebab apa yang dia buat pada budak tu.
Akan tetepi, aku kagum dengan pemandu teksi ni sebab walaupun dia dalam golongan muda belia remaja, dia pasang ayat Al-Quran sepanjang perjalanan kitorang tu. (Sebenarnya, ramai je orang Arab yang buat macam ni, tak kira muda atau tua. Dan hampir semua teksi, mesti ada Al-Quran sebuah)..

Lepas budak tu pergi, di meter-meter yang seterusnya, aku nampak ramai lagi budak-budak lain, yang macam budak lelaki tadi jugak, meminta sedekah. Ada jugak yang di tangannya memegang kain, yang pastinya bekerja; iaitu mengambil upah untuk mengelap kereta yang tersangkut di jalan yang jem. 


Nampak tak betapa susahnya hidup diorang kat sini? Budak-budak kecik lagi dah kena kerja.


Aku daripada dalam rahim mak aku lagi sampai lah sekarang ni, dok menghabiskan duit mak ayah je.



-gambar sekadar hiasan-












Biar Allah Balas

Assalamualaikum.

Dulu-dulu waktu kat Malaysia, aku ada sorang kawan ni. Dah nama pun kawan, jadi normal lah kalau kitorang selalu main-main, usik-usik, tepuk-tampar semua tu. Dan dia ni, suka usik-usik aku. Dan aku pulak, tak suka diusik. Usik tu macam saje mengada-ngada sentuh-sentuh, nak test aku punya pain and anger threshold level lah tu.
Bila aku kata 'dah lah' atau yang seumpama dengannya, dia mana lah nak dengar. Saja je buat-buat pekak, saje je buat tak faham.
Dan bila aku malas nak layan dah(malas nak balas balik kat dia), aku mesti akan cakap 'Biar Allah yang balas'.
Bila aku cakap je macam tu, muka dia terus berubah, dan terus dia cakap 'Tak pe lah, tak pe lah. Kau pukul lah aku. Kuat-kuat pun tak pe, aku tak kesah. Aku tak nak lah Allah balas. Takut'.


Aku rasa dia mesti imagine 'balasan Allah' tu dahsyat macam ni.


Aku pulak dalam hati dah siap gelak dah. Tahu takut..
Tapi luaran aku cool je lah. Aku balas 'tak nak lah pukul kau. nanti tak adil pulak. Kot-kot lah tak cukup kuat ke, terlebih kuat ke. Biar Allah je lah yang balas. Dia tahu lah berapa banyak kena balas kat kau'.

Okay, kat sini aku nak cakap kat kawan aku tu(kalau dia baca), dan kepada semua orang, termasuk aku sekali, yang azab Allah tu memang lah dahsyat. Memang lah azab, pedih,

[42:21] Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.

Kalau kat dalam Al-Quran, kan banyak amaran-amaran Allah tentang azabNya yang pedih, macam ayat kat atas ni.
Tapi, kita jugak harus ingat, yang Allah jugak Maha Adil dan Penyayang. InsyaAllah, kalau niat kita cuma nak main-main dengan kawan kita, usik-usik sikit, tak da lah sampai Allah nak balas perbuatan kita dengan kena sambar petir ke kan.

Jadi, jangan risau lah kalau orang sakitkan kita dan kita tak sempat nak balas balik, ataupun kita sakitkan orang dan orang tu cakap 'tak pe, biar Allah balas balik kat kau'. Jangan risau. Sebab Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Dia tahu lah nak buat macamana.


Wallahu 'alam..


Monday 9 July 2012

Lotion with Glycerin

Assalamualaikum.

Semua orang tahu lotion(losyen) kan? Yang orang selalu pakai untuk melembapkan kulit tu.
Kalau kat Mesir ni, waktu winter dulu aku hari-hari kena pakai lotion. Kalau tak pakai, kulit muka memang confirm mengelupas. Kalau tangan tak pakai, kat kelas nanti mula menggaru-garu, sebab kulit sangat kering. Tapi bila summer ni, tak pakai dah. Malas. Dan kulit tak kering dah.
Lagipun aku dulu kat Malaysia mana pakai lotion semua ni. Tak suka. Sebab character dia yang berminyak tu.

Semester lepas, waktu belajar pasal Lipid (Fat ataupun lemak), kitorang belajarlah pasal Glycerin ni. Dan, doktor tu masukkan sekali kegunaan/kepentingan Glycerin pada kehidupan seharian. Iaitu pada losyen, ataupun apa-apa saja barang yang digunakan untuk melembapkan sesuatu.

Okay, kat sini, aku nak share tips membeli lotion. Kalau nak beli losyen, untuk mendapatkan kesan losyen yang boleh melembapkan kulit tu, silalah cek kat bahagian 'ingredient' botol lotion tu (biasanya kat belakang), samada ada atau tidak mengandungi Glycerin.

Glycerin di bahagian 'Ingredient' produk



Kalau ni memang dah terang-terang ada tulis "Glycerin' kat depan tu.

Glycerin ni, kenapa dia perlu ada pada lotion tu, adalah sebab dia punya 'moisturizing effect'. Disebabkan Glycerin ni ialah 'humectant',  it attracts moisture to your skin.

Jadi, bila dalam cuaca yang kering, dan pakai lotion yang ber'glycerine', tak perlu lah risau lagi. Sebab Glycerin ni automatik akan menangkap segala kelembapan yang ada, dan akan melekat pada tangan anda, lantas menghilangkan kekeringan kulit.


p/s: Selain tu, boleh jugak memupuk sikap membaca kandungan sesuatu produk tu. Tak semestinya barang kosmetik macam losyen ni je. Barang makanan tu lagi penting tau. Dan jangan harapkan emak je untuk membaca senarai ingredient tu, semua orang pun kena mainkan peranan!


InsyaAllah, banyak lagi tips nak kongsi ni.

Penyakit: Varicose Vein

Assalamualaikum.
Tadi waktu revision class, Dr. Ayman saja ajar kitorang pasal satu penyakit berkaitan salur darah dibahagian kaki. Just for our general knowledge.
Penyakit ni nama dia Varicose Vein. (warna biru sebab salur darah yang terlibat ialah Vein, yang carry deoxygenated blood tu)

Varicose vein ni ialah keadaan dimana tekanan darah menjadi tinggi pada salur darah yang bernama Saphenous Vein. Ataupun disebabkan 'valve' pada salur darah ni kurang efisyen.
Dalam keadaan ni, salur darah ni menjadi dilated(diameter dia menjadi lebih besar/melebar), lebih panjang dan bersimpul-simpul.
Menjadikan salur darah darah tu nampak timbul, dan bersimpul, bersimpang siur, seperti cacing. Sebab tu lah pada keadaan ni, kita sebut 'the veins become elongated, dilated and tortuous 'worm-like''

Varicose vein
yang timbul-timbul tu ialah salur darah tu




kiri: varicose vein
kanan: normal (not so sure)


Siapa yang berisiko?
- Golongan wanita lebih tinggi risiko mendapat penyakit ni berbanding daripada lelaki.
- Dan, wanita mengandung, senang nak dapat penyakit ni. Sebab bila mengandung, dengan perut yang besar dan badan yang lebih berat, akan menambah tekanan pada bahagian bawah(iaitu kaki) untuk menampung badan anda. Jadi, risikonya lebih tinggi pada wanita mengandung.
Tapi, ni tak bermaksud yang lelaki tak boleh dapat penyakit ni. Lelaki pun boleh jugak dapat penyakit ni.
- Selain tu, golongan yang selalu berdiri lama-lama, macam salesman, police traffic, cikgu dan lain-lain lagi.
- kalau emak kita dah kena penyakit ni, anak pun berisiko untuk kena jugak

Macamana nak elak:
-jangan berdiri terlalu lama.
 kalau kena berdiri lama-lama (macam waktu perhimpunan), sila selalu gerak-gerakkan kaki anda ya). Gerak kan macam bawa kaki ke belakang dan ke depan)
-pakai stoking yang elastik (compression stocking)
-kurangkan berat badan yang berlebihan







Compression stocking






Rawatan:
-tadi Doktor Ayman cakap by surgery (dimana wayar dimasukkan ke dalam vein, lalu mencabut keluar vein tu. Apa jadi lepas tu, aku tak tahu)
-kalau tengok kat internet, diorang cakap melalui Sclerotherapy
-Vein tonic
-berjumpa doktor


p/s: apa-apa pun, saya budak baru belajar. Dan info-info kat sini, memanglah tak lengkap. Kalau ragu-ragu, ataupun macam risau dengan kesihatan diri sendiri ataupun orang yang disayangi, tunggu apa lagi. Silalah berjumpa doktor. Mereka lebih arif!

Credits to:
Dr. Ayman, buku Lower Limb by Dr. Ayman, dan websites di internet.

*Dr. Ayman ni sangatlah baik. Lecturer Anatomy. Beliau ialah salah satu daripada doktor kesukaan/kesayangan hamba. =)

Saturday 7 July 2012

Mari Mengambil Nadi!

Assalamualaikum.

Kalau tadi kita belajar ambil suhu badan, sekarang jom kita belajar salah satu vital signs jugak iaitu denyut nadi.
Okay, sebelum tu, jom kita tambah ilmu sikit, tentang vital signs.

Vital signs 
= measures taken to assess the most basic body function.
= pulse rate (nadi), blood pressure (tekanan darah), body temperature (suhu badan) and respiratory rate (kadar pernafasan)

Baiklah, berbalik kepada topik asal kita pada hari ini, iaitu kadar nadi (Pulse Rate)
Pulse = nadi
-the rhythmic expansion and contraction of arteries resulting from the sudden gush of blood from the left ventricle through the arteries.
- can be felt by the fingers at arteries that are close to the skin.

Pulse rate = kadar nadi
- number of times you can feel pulse in one minute
-reflects the heartbeat.
- measured in beats/minute

normal value = 60 - 100 beats/minutes
kurang daripada 60 = bradycardia (kurang)
lebih daripada 100 = tachycardia (lebih)

Where?
- artery near the surface of skin
- aretery is against hard tissue like bone

Sites:
-radial artery (di lengan)
-carotid artery (di leher)
-brachial artery (di siku, belah tapak tangan)
-femoral artery ( kat area paha nak ke pinggang)
-popliteal artery (belakang lutut)

Teknik: (kita guna radial artery, iaitu di lengan)
- guna 3 jari tengah (jari telunjuk, hantu dan kelingking)
- jari-jari itu, mestilah perpendicular to the wrist (90' daripada lengan, bukan selari)
- kita sukat selama 15 saat(paling sekejap, lepas tu darab 4, menjadi 60 saat)
 contoh: sukat selama 15 saat dapat 20 beats,
                               20 x 4 = 80 beats/minute


Jari tu bukan selari dengan lengan
the correct way of measuring the pulse


Diharap anda semua bolehlah memanfaatkan ilmu ini. Lepas ni, semua orang pun boleh lah jadi doktor. Hehehe..

Jangan lupa, doakan saya nak exam, supaya tak ketaq lutut waktu nak measure semua-semua ni. Esok patient saya ialah orang Arab, mintak-mintak lah senang je nak dapat. Harap-harap jugak examiner tu baik hati, tak strict sangat, tak tanya soalan yang susah-susah. Diharap jugak, dapatlah saya menjawab semua soalan dengan lancar, tenang, cool dan betul semua. Aminn...

p/s: ilmu yang dah dapat ni, jangan simpan sorang-sorang. Moh le kite kembang-kembangkan.
kedekut tu kan amalan syaiton nir rojiim..


Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca!=)












Mari mengambil suhu badan!

Assalamualaikum.
Memandangkan esok ada test OSCE (Objective Structured Clinical Exam), makanya, jom kita buat revision cara-cara nak measure temperature using the old technique. Jom!

Okay, sebelum nak start measuring, kita kena tahu normal temperature range dulu.
normal range: 36.7 - 37.3'C
average: 37.0'C
below 36.7'C = Hypothermia
above 37.3'C = Hyperthermia

FYI, the body temperature is controlled by the hypothalamus in the brain.

Hypothalamus


For human temperature, there are 3 places where we can take the temperature.
- Oral cavity (mouth). Sublingual (below the tongue)
- Axilla (armpit). Ketiak
- Rectum (punggung)

Okay, bila kita guna thermometer, yang kaca tu, kita measure selama 3 minit. Maknanya, kalau letak kat ketiak, kita biar thermometer tu selama 3 minit.
Clinical Thermometer
scale dia dari 35.0'C hingga 42.0'C

Dan bila nak baca reading tu, haruslah diberi penekanan di sini ya...
bagi;-
Oral cavity: suhu ialah tepat
armpit: perlu tambah 0.5'C
rectum: perlu tolak 0.5'C

contoh: 
jika suhu pada oral cavity ialah 37.0'C, ini ialah betul, tepat.
jika suhu pada armpit ialah 36.5'C, kita perlu tambah 0.5'C
  = 36.5 + 0.5 = 37.0'C
jika suhu pada rectum ialah 37.5'C, kita perlu tolak 0.5'C
  = 37.5 - 0.5 = 37.0'C




p/s: buah cempedak di luar pagar,
     ambil galah tolong jolokkan,
     saya budak baru belajar,
     kalau salah tolong tunjukkan.