Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

nak belajar di mesir?

Assalamualaikum.

Semalam ada orang share gambar ni dalam group batch second year 2011/2017. Gambar brochure agen yang bawa pelajar-pelajar malaysia untuk belajar sains kesihatan di mesir. Tapi gambar ni aku dah try edit sikit-sikit cover mana yang aku rasa patut, supaya takda mana-mana pihak yang terasa. harap-harapnya tak ada lah yang terasa


Ini pulak komen-komen kami semua berkenaan dengan brochure ni.







Aku malas nak tulis banyak-banyak. Tapi harap dapat lah baca komen-komen kami kat atas ni. Kami pun bukannya tak suka kalau ramai lagi orang Malaysia nak datang mesir ni. suka sangat. at least dapat lah jugak kurangkan rindu pada malaysia, ada juga junior yang boleh kitoang nak jual meja study, almari tilam semua bila dah habis belajar nanti.

Tapi kena beragaklah jugak. Ni Mesir, penduduk dia sendiri dah padat, sebab tu lah semua rumah style flat je, bertingkat-tingkat. Tak ada langsung rumah teres atau banglo kat Mesir ni. Rakyat dia je dah 82 juta lebih, dengan kawasan gurun yang banyak, tempat tinggal jadi terhad dan padat!

Nampak point 12 000 malaysian di mesir tu? nampak macam cool kan? tapi kalau nak tahu, area yang aku duduk ni; Camp Shezar, ramai gila orang melayu. Sampai ada satu bangunan tu sampai 6/7 rumah ada orang melayu sahaja! Lama-lama boleh jadi "macam 'pekerja asing' kat Chow Kit" bak kata mak aku.

Waktu mula-mula sampai dulu, aku sendiri terkejut. Rasa macam kat dalam set penggambaran cerita tamil kat India. Padat sangat orang (especially Cairo). Dan aku pun pernah je rasa menyesal sebab mengada sangat nak duduk kat Mesir ni. senior-senior pun dulu banyak kali cakap "siapa yang dapat survive duduk kat mesir dan india, lepas ni campaklah dia ke mana-mana pun, insyaAllah boleh survive". nampak tak berapa dahsyatnya mesir ni??

Tak termasuk lagi dengan budaya yang berbeza. Ya, aku faham. Aku dulu pun excited dengan ayat "dapat memahami budaya masyarakat negara lain" waktu interview atau buat karangan SPM. Tapi please, ayat ni bagi aku, cuma boleh pakai kalau budaya yang lain tu adalah budaya yang lebih baik daripada budaya kita. Budaya kat sini? Aku tak sanggup nak cakap. takut jadi mengata pulak kang. (ada je budaya yang elok).


Background tu boleh di-consider bersih.
*gambar dari fb kawan

Sebab on the way jalan kaki pergi kelas boleh jumpa sampah berganda banyak, berterabur tengah jalan. Tak termasuk lagi tahi keldai dan ludah-ludah orang yang berwarna hijau. Ada tempat kat Cairo, sebelah rumah boleh jadi pusat pelupusan sampah tak berdaftar hoi!

Yang komen diorang pasal toreh-toreh tu, boleh baca kat sini. Ini antara kes jenayah yang berlaku kepada kami pelajar Malaysia. Yang selalunya kami rahsiakan, tak bagitahu pada keluarga di Malaysia sebab takut diorang risau sangat-sangat. Tahu je lah, dengan keadaan politik yang bergolak lagi kan.



Aku bukannya nak tidak menggalakkan sesiapa datang mesir, atau pun menghalang sesiapa. Tapi aku rasa kalau nak datang mesir, bilangan dia kena di-control. Harap-harap tak terjadilah harapan Mansoura University nak ambik 1000 Malaysian each year! Melampau gila kot. kitorang yang satu kelas 43 orang ni pun dah susah nak di-organize..

Aku faham je yang agen-agen ni syarikat. dan syarikat tu berniaga, dan setiap perniagaan pun mesti nak untung. Aku faham. Tapi, diharap sangat yang dalam kita mencari untung, kebajikan orang lain pun dijaga. Kita mesti tak nak kalau anak-anak kita dalam kesusahan kan?

Aku dulu pun datang dengan agen jugak. Aku faham je perasaan nak belajar medic, nak jadi doktor sesangat tu. Aku quit asasi yang berbaki 2 bulan daripada 1 tahun setengah sebab nak jadi doktor punya pasal. Aku faham perasaan korang!

Pesan aku, kalau nak datang jugak, make sure buat persediaan mental and fizikal yang rapi, dan solat istikharah. Try la jalan kaki 1-2 km setiap hari tengahari 6 hari seminggu. Try lintas federal highway jalan besar tak pakai jejantas. Try duduk kat belakang ekzos kereta hidu asap dia. Cuba jalan kat pasar malam/borong dengan sampah berterabur + ludah orang merata tempat waktu orang ramai gila macam pergi konsert. Kalau boleh tahan ni semua dan rasa cool je kalau orang main mercun  pukul 12 tiap-tiap malam, silalah datang. Kami mengalu-alukan anda. Ahlan wasahlan bak kata mak cik Arab jiran aku.

Tak masuk lagi bab yuran pengajian/tajaan/pinjaman pelajaran semua tu. semalam baru aku borak dengan walid (pegawai MARA) pasal benda ni.


This is real, man. No kidding punye.


Ini adalah pandangan peribadi aku (yang negatif). Sebab ada jugak pasal mesir ni yang elok.

Wednesday, 2 January 2013

Khasiat teh hijau

Assalamualaikum.

Sejak masuk tahun 2 ni(Oktober 2012), aku dah berazam untuk ubah cara pemakanan aku.
Ubah cara pemakanan, bukan dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik macam model antarabangsa. 
Bukan.
Tapi setidak-tidaknya, dengan cara ni, 
aku dapat improve tahap kesihatan aku.
Harapannya lah.
Jadi betul-betul tu tak pasti lagi.

Jadi sebagai permulaan, aku dah cuba untuk Green Tea.
Sebenarnya sejak kat Malaysia lagi, sebelum belajar medic ni lagi dah ada keinginan nak minum green tea.
tapi sebab dulu pernah menang satu pertandingan ni dan hadiah yang dia bagi was some sorts of herbal tea, dan rasa dia memang sungguh rasa daun. Tu tak kira bau lagi.
Jadi dekat 2 beg besar herbal tea yang aku dapat tu,
cuma dua sachet je yang berjaya dibuka.
Buka je. Sebab minum tak berjaya sampai habis lagi.

Sebab tu lah aku macam tak interested sangat nak beli green tea dalam bentuk uncang yang macam Lipton jual tu. 
Sebab takut membazir. Beli, tapi tak minum.
(Ini selalu berlaku bagi kami sekeluarga)

Jadi, sebagai alternatif, aku pun minum lah Lipton Green Tea dalam bentuk botol ni.
Kalau dulu kat CFS, almost everday, aku mesti beli air ni.

Sedap gila ok air ni
Tapi bila lama-lama kesedaran untuk berjimat tu muncul,
aku pun kurangkan lah pembelian dia. 
Sebab mahal kot.
Satu botol dalam 3 ringgit kot. Tak pun lebih sikit harga dia.
Mana tak kaya Lipton sebab ada pengguna macam aku yang terlebih pemurah.

Tapi setakat tu je lah sejarah aku dengan teh hijau di Malaysia.

Bila sampai Alex, 
kawan aku, dia beli green tea uncang yang perisa Mint. Dia bagi aku secawan.
Aku yang macam excited sebab nak try minum green tea ni pun minumlah..
(Teh Malaysia dan Mesir rasa dia tak sama. Ada sikit beza)
Tapi serius terkejut, sebab rasa ubat gigi.
Mana taknya, sebab green tea dia perisa Mint. Pudina.
And, sorry Faizah, kita tak habis minum air tu. =)

Dan start tahun 2 ni pulak,
aku dengan azam yang baru, 
lantas melupakan segala sejarah pahit yang ada antara aku dan teh hijau.
Makanya, aku pun start lah membeli teh hijau ni. 
Aku mula-mula tu nak beli Lipton je, sebab murah (bak kata Faizah). 
Tapi sebab pasaraya Fathallah kesukaan ramai tu, selalu je ngeng,
tak ada pulak Lipton Green Tea.
Jadi, aku rembat je lah Isis ni.
Nasib baiklah tak mahal mana (kalau nak banding dengan harga kat Mesia).

First time bancuh teh hijau ni,
aku memang excited lah, gembira sangat sebab nampak teh tu kaler dia hijau-hijau sikit. Sikit je lah hijaunya. Tapi uniklah (bagi aku) sebab selama ni teh kaler coklat tu jeh.

Akan tetapi,
rasa teh ni,
still rasa daun!

Kalau ikutkan hati, memang dah reject dah green tea ni.
Tapi sebab dah duduk merantau ni,
kena lah fikir
"ni duit ni"
jadi hasrat untuk membiarkan sahaja green tea itu tidak berusik haruslah dilupakan.

Dan.
Oleh kerana aku telah berazam untuk merubah corak pemakanan aku,
aku bancuh green tea ni dengan madu!
No more sugar!

Ni green tea aku yang tak berapa nak hijau sebab dah lama sangat terendam (kot).
Bila dah taruh madu, warna dia akan jadi lebih gelap sikit.


Dah aku dok beria-ia sangat nak minum green tea ni, mesti ada sebabnya kan?

Sebabnya, green tea ni ada banyak khasiat

  1. mencegah dan merawat (not sure how) cancer.
  2. meningkatkan kadar metabolisma badan dan fat oxidation (pecah2kan lemak, untuk hasilkan  tenaga) <--- tak reti nak explain dalam bahasa melayu mudah
  3. mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
  4. mencegah kanser kulit
  5. meningkatkan stamina (the ability of an organism to exert itself and remain active for a long period of time, as well as its ability to resist, withstand, recover from, and have immunity to trauma, wounds, or fatigue) <--- from Wikipedia
  6. membantu penghadaman
  7. mencegah jerawat (wow!)
  8. mengandungi Vitamin K 
  9. mampu menenangkan
  10. membantu mengurangkan berat badan
Lagi satu, aku jumpa benda ni.
"It is an advice to drink one cup of green tea every day after every meal. You would gradually notice a big change in yourself. It would make you slimmer and beautiful. It keeps your body in shape and this feeling brings an utmost joy and relaxation"
Tips kat sini: Jangan minum directly lepas makan. Take time dan bagi sikit masa untuk makanan tu turun dulu. Sebab, kalau tak nanti, perut cepat buncit.

Tapi kalau minum malam-malam dan susah nak tidur, jangan terkejut pulak.
Sebab teh ni, ada jugak caffeine. Cuma, kuantiti kurang daripada kopi.


Lagi satu lupa nak cakap. Green tea telah berjaya membantu aku menghilangkan ketagihan minum nescafe setiap hari. 
Serius tak tipu. Sekarang ni aku dah okay dah kalau tak minum nescafe setiap hari. Dan walaupun dalam satu hari tu aku tak minum green tea, still takda rasa nak minum nescafe. Aku rasa normal dan sihat. Tak pelik dah. Alhamdulillah..
Tapi ni cuma yang berlaku pada aku lah. Pada orang lain tak tahulah jadi ke tak..

Dah tu, apa tunggu lagi. Jom lah minum teh hijau

Monday, 10 September 2012

Gula Boleh Menggemukkan

Assalamualaikum.

Kita selalu ingat atau fikir yang kita boleh gemuk kalau kita banyak makan makanan yang banyak lemak.
Tapi sebenarnya, bukan lemak je yang boleh buat kita gemuk.

Gula pun boleh menggemukkan!

Tapi, gula boleh menggemukkan kita kalau diambil secara berlebihan.

Kenapa?

Ringkasnya, gula yang lebih dalam badan kita (yang tak perlu lagi untuk aktiviti badan), akan ditukar kepada lemak, dan akan disimpan sebagai Adipose Tissue (lemak) dalam badan kita.

Dan adipose tissue ni senang nak jumpa kat bawah lapisan kulit kita.
Cuba tarik-tarik sikit kulit tu. Tarik kat pinggang, perut, bawah lengan(dan tempat-tempat lain). Dapat rasa tak lemak tu?
Jadi, senang cerita, kalau nak kurus, jangan hanya kurangkan makanan berlemak macam cheese, burger je. Tapi kena jugak kurangkan makanan yang bergula.

Ada kajian yang popular pernah dilakukan di USA, dimana seseorang tu berhenti minum air berkarbonat(Coke, Pepsi, dll) selama 2 minngu atau 4 minggu, pinggang dia dah bertambah ramping.

* 1 gelas Coke ada 14 sudu gula
* roti putih lagi banyak gula daripada roti perang(wholemeal, high fibre etc)
*gula-gula memang banyak gula lah kan. Dah nama pun gula-gula.
*Kuih raya, confirm banyak gula. Sebab kalau tawar tak sedap.

Bagi sesiapa yang tak minum Coke, Pepsi, etc tu, cuba cek, minum air manis-manis tak?

-Buat nescafe segelas tapi manisnya cukup untuk 2 gelas nescafe.
-Makan gula-gula tak cukup sebiji (alasan sebab tak nak bagi mengantuk dalam kelas).
-Makan kuih raya yang manis-manis macam tart nenas tu, satu balang sorang.
-Kalau masak lauk tu, kalau boleh nak letak satu senduk gula.

Kalau tak percaya, cuba buat pada diri sendiri. Cuba berhenti minum yang manis-manis selama 2 minggu. Lepas tu ukur pinggang tu, tengok makin slim ke tak.





Tips:

Ada yang cakap, kalau gantikan gula dengan madu, lagi sihat(for being a sugar substitute). Dan, rasa manis tu tetap ada.

Selain itu, pengambilan gula yang banyak bukan sahaja boleh menyebabkan gemuk, tapi boleh juga menyebabkan penyakit kencing manis(Diabetes), Hyperglycemia(lebih gula dalam darah. Boleh merosakkan retina(mata), buah pinggang dan banyaaaakk lagi).

Kalau nak beli makanan yang dah siap, makanan/minuman dalam tin, paket semua tu, periksa dulu list of ingredients tu (ramuan) yang selalunya ada kat belakang.

Macam kat sini, kandungan paling banyak dalam makanan ni ialah whole grain corn. Dan yang kedua terbanyak ialah gula. Tapi bila tengok balik, banyak lagi sumber-sumber yang menggemukkan dalam makanan ni.



Akhir kata, cuba renung-renungkan. Apa sebabnya wujud ayat-ayat macam ni:
-Health is wealth
-Mencegah lebih baik daripada mengubati
-Ubat tak sedap
-Nak pergi klinik/hospital mahal




photo from http://cdn.healthhabits.ca/wp-content/uploads/2009/09/soda-obesity-nyc.jpg

Monday, 9 July 2012

Lotion with Glycerin

Assalamualaikum.

Semua orang tahu lotion(losyen) kan? Yang orang selalu pakai untuk melembapkan kulit tu.
Kalau kat Mesir ni, waktu winter dulu aku hari-hari kena pakai lotion. Kalau tak pakai, kulit muka memang confirm mengelupas. Kalau tangan tak pakai, kat kelas nanti mula menggaru-garu, sebab kulit sangat kering. Tapi bila summer ni, tak pakai dah. Malas. Dan kulit tak kering dah.
Lagipun aku dulu kat Malaysia mana pakai lotion semua ni. Tak suka. Sebab character dia yang berminyak tu.

Semester lepas, waktu belajar pasal Lipid (Fat ataupun lemak), kitorang belajarlah pasal Glycerin ni. Dan, doktor tu masukkan sekali kegunaan/kepentingan Glycerin pada kehidupan seharian. Iaitu pada losyen, ataupun apa-apa saja barang yang digunakan untuk melembapkan sesuatu.

Okay, kat sini, aku nak share tips membeli lotion. Kalau nak beli losyen, untuk mendapatkan kesan losyen yang boleh melembapkan kulit tu, silalah cek kat bahagian 'ingredient' botol lotion tu (biasanya kat belakang), samada ada atau tidak mengandungi Glycerin.

Glycerin di bahagian 'Ingredient' produk



Kalau ni memang dah terang-terang ada tulis "Glycerin' kat depan tu.

Glycerin ni, kenapa dia perlu ada pada lotion tu, adalah sebab dia punya 'moisturizing effect'. Disebabkan Glycerin ni ialah 'humectant',  it attracts moisture to your skin.

Jadi, bila dalam cuaca yang kering, dan pakai lotion yang ber'glycerine', tak perlu lah risau lagi. Sebab Glycerin ni automatik akan menangkap segala kelembapan yang ada, dan akan melekat pada tangan anda, lantas menghilangkan kekeringan kulit.


p/s: Selain tu, boleh jugak memupuk sikap membaca kandungan sesuatu produk tu. Tak semestinya barang kosmetik macam losyen ni je. Barang makanan tu lagi penting tau. Dan jangan harapkan emak je untuk membaca senarai ingredient tu, semua orang pun kena mainkan peranan!


InsyaAllah, banyak lagi tips nak kongsi ni.

Saturday, 7 July 2012

Mari Mengambil Nadi!

Assalamualaikum.

Kalau tadi kita belajar ambil suhu badan, sekarang jom kita belajar salah satu vital signs jugak iaitu denyut nadi.
Okay, sebelum tu, jom kita tambah ilmu sikit, tentang vital signs.

Vital signs 
= measures taken to assess the most basic body function.
= pulse rate (nadi), blood pressure (tekanan darah), body temperature (suhu badan) and respiratory rate (kadar pernafasan)

Baiklah, berbalik kepada topik asal kita pada hari ini, iaitu kadar nadi (Pulse Rate)
Pulse = nadi
-the rhythmic expansion and contraction of arteries resulting from the sudden gush of blood from the left ventricle through the arteries.
- can be felt by the fingers at arteries that are close to the skin.

Pulse rate = kadar nadi
- number of times you can feel pulse in one minute
-reflects the heartbeat.
- measured in beats/minute

normal value = 60 - 100 beats/minutes
kurang daripada 60 = bradycardia (kurang)
lebih daripada 100 = tachycardia (lebih)

Where?
- artery near the surface of skin
- aretery is against hard tissue like bone

Sites:
-radial artery (di lengan)
-carotid artery (di leher)
-brachial artery (di siku, belah tapak tangan)
-femoral artery ( kat area paha nak ke pinggang)
-popliteal artery (belakang lutut)

Teknik: (kita guna radial artery, iaitu di lengan)
- guna 3 jari tengah (jari telunjuk, hantu dan kelingking)
- jari-jari itu, mestilah perpendicular to the wrist (90' daripada lengan, bukan selari)
- kita sukat selama 15 saat(paling sekejap, lepas tu darab 4, menjadi 60 saat)
 contoh: sukat selama 15 saat dapat 20 beats,
                               20 x 4 = 80 beats/minute


Jari tu bukan selari dengan lengan
the correct way of measuring the pulse


Diharap anda semua bolehlah memanfaatkan ilmu ini. Lepas ni, semua orang pun boleh lah jadi doktor. Hehehe..

Jangan lupa, doakan saya nak exam, supaya tak ketaq lutut waktu nak measure semua-semua ni. Esok patient saya ialah orang Arab, mintak-mintak lah senang je nak dapat. Harap-harap jugak examiner tu baik hati, tak strict sangat, tak tanya soalan yang susah-susah. Diharap jugak, dapatlah saya menjawab semua soalan dengan lancar, tenang, cool dan betul semua. Aminn...

p/s: ilmu yang dah dapat ni, jangan simpan sorang-sorang. Moh le kite kembang-kembangkan.
kedekut tu kan amalan syaiton nir rojiim..


Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca!=)












Mari mengambil suhu badan!

Assalamualaikum.
Memandangkan esok ada test OSCE (Objective Structured Clinical Exam), makanya, jom kita buat revision cara-cara nak measure temperature using the old technique. Jom!

Okay, sebelum nak start measuring, kita kena tahu normal temperature range dulu.
normal range: 36.7 - 37.3'C
average: 37.0'C
below 36.7'C = Hypothermia
above 37.3'C = Hyperthermia

FYI, the body temperature is controlled by the hypothalamus in the brain.

Hypothalamus


For human temperature, there are 3 places where we can take the temperature.
- Oral cavity (mouth). Sublingual (below the tongue)
- Axilla (armpit). Ketiak
- Rectum (punggung)

Okay, bila kita guna thermometer, yang kaca tu, kita measure selama 3 minit. Maknanya, kalau letak kat ketiak, kita biar thermometer tu selama 3 minit.
Clinical Thermometer
scale dia dari 35.0'C hingga 42.0'C

Dan bila nak baca reading tu, haruslah diberi penekanan di sini ya...
bagi;-
Oral cavity: suhu ialah tepat
armpit: perlu tambah 0.5'C
rectum: perlu tolak 0.5'C

contoh: 
jika suhu pada oral cavity ialah 37.0'C, ini ialah betul, tepat.
jika suhu pada armpit ialah 36.5'C, kita perlu tambah 0.5'C
  = 36.5 + 0.5 = 37.0'C
jika suhu pada rectum ialah 37.5'C, kita perlu tolak 0.5'C
  = 37.5 - 0.5 = 37.0'C




p/s: buah cempedak di luar pagar,
     ambil galah tolong jolokkan,
     saya budak baru belajar,
     kalau salah tolong tunjukkan.