Tuesday, 17 April 2012

Nescafe=Hypoglycemia?

Assalamualaikum.

Aku memang suka sangat minum nescafe. Kalau kat Malaysia dulu, aku boleh hidup dengan minum nescafe je. Serius. Dalam sehari tu, pagi bangun tidur minum nescafe secawan, petang minum nescafe secawan. Makanan yang aku telan pulak, cuma dinner. Tu pun cuma sepinggan, tak tambah. Hebat kan. Aku boleh tahan tak makan langsung waktu siang. Kenyang dengan minum nescafe je. Sampai mak aku pun pelik. Sebab aku kan kuat makan.

Betapa sukanya aku dengan nescafe ni, sejak duduk asrama lagi, aku memang akan beli lah nescafe 3 in 1 tu, bawak duduk asrama. Dari form 4, sampai lah sekarang ni, kat Mesir. Boleh kata kalau buat lagi 'Biodata Saya' macam waktu kecik-kecik dulu, under 'minuman kegemaran' tu, boleh lah letak 'Nescafe'.
Nescafe-kick

Walaupun aku tahu yang nescafe ni tak elok untuk kesihatan, tapi aku peduli hape. Janji dapat minum. Serius, kalau mood aku tak baik ke, macam nak pening kepala ke, minum je nescafe, terus OK! Heh!

Tapi, sekarang ni, aku baru tahu yang nescafe boleh menyebabkan Hypoglycemia(kurang gula dalam darah). Aku rasa, aku dah kena hypoglycemia ni. Sebab symptom-symptom nya dah ada. Aku kan pakar .
Aku tanya Lecturer lah haritu. Ye lah, aku pun risau. Tetiba je rasa lapar (walaupun dah makan), lepas tu menggigil-gigil, jari-jari berpeluh. Lepas tu bila makan coklat, ok. Tak menggigil, jari tak berpeluh. Lecturer tu cakap, memang NESCAFE BOLEH MENYEBABKAN HYPOGLYCEMIA. 



Dan, sebab aku ni sangat concern pasal kesihatan aku padahal nak jugak continue minum nescafe, aku tanyalah doktor tu macamana nak elak Hypoglycemia, tapi still minum nescafe. 
Doktor tu cakap:


1- Sebelum minum nescafe, makan dulu. Sebabnya, nescafe akan bagi rasa 'sense of fullness'. Bagi rasa kenyang, tak nak makan. Jadi, kalau kita minum nescafe dulu, kita akan rasa kenyang, tak nak makan dah. Lepas tu, baru lapar, menggigil, tangan berpeluh sume.


2- Minum nescafe, tapi letak BANYAK SUSU. Sebab susu tu boleh jadi sumber makanan, sumber gula, protein sume tu. So, tak lah lapar sangat, bila dah minum nescafe.




p/s: faham tak kaitan aku minum nescafe je siang-siang hari dengan Hypoglycemia ni?
For further inquiries, please do not hesitate to consult your physician(doctor). For your own health sake!








Monday, 16 April 2012

Ikhlas tak?

Assalamualaikum.

Haritu waktu sharing session and SC, kakak-kakak tu cakap pasal ikhlas. Baru aku tahu ikhlas tu macamana. Selama ni, yang kita selalu buat tu, ikhlas ke?

Aku ingat, dulu pernah tengok cerita 'KIAMAT SUDAH DEKAT'. Cerita Indonesia, selalu tayang kat TV3 ke, TV9 ntah. Tak ingat. Cerita ni pasal Fandi, rockers yang minat kat anak Pak Haji, yang dah dijodohkan dengan lelaki lain, yang belajar di Cairo. Tapi, Pak Haji tu bagi syarat, kalau nak kat anak dia, Fandi kena kuasai ilmu ikhlas. Fandi ni swear(janji) lah, sambil tangan buat gaya 'peace'. Pak Haji tu ingat, swear tu 2 minggu, jadi, Fandi kena kuasai ilmu ikhlas dalam masa 2 minggu.

Sebab nak kuasai ilmu ikhlas ni, dia pun pergi lah banyak kedai buku, beli semua buku yang ada tajuk 'Ikhlas'. Dia baca-baca, tapi dia cakap dia tak faham. Dah cukup 2 minggu, dia pun jumpa lah pak cik tu, cakap yang dia tak berjaya kuasai ilmu ikhlas, dan dia kata, takpe lah, bagi je anak pak cik kahwin dengan lelaki yang belajar kat Cairo tu.
Disebabkan ini lah, pak Haji tu cakap, kamu dah kuasai ilmu Ikhlas. Dan, happy ending, Fandi kahwin dengan perempuan tu.:)
Cerita ni menunjukkan salah satu bentuk ikhlas.


Kiamat udah dekat, man!
Kelakar cerita ni

Korang mesti pernah dengar kan, yang ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam, di atas batu yang hitam, di malam yang gelap gelita, tanpa cahaya. 
Mengikut kefahaman aku, ayat ni nak cakap yang ikhlas tu, tak nampak. Kita tak boleh nak nampak, atau nilai. Ikhlas tu cuma Allah yang tahu. Bukan kita untuk menilai keikhlasan seseorang itu.
Kita mungkin selalu berdepan dengan situasi, bila orang bagi kita sesuatu, macam duit, bila kita takda duit. 

(situasi 1)
A: Kau takda duit kan? Nah, guna lah dulu duit aku.
B: Eh, takpe, takpe. Ada sikit lagi ni. Kau tak payah susah-susah.
A: Eh, takpe, aku ikhlas ni.

Hah! Bila si B tu cakap je 'takpe, AKU IKHLAS NI', perbuatan dia dah tak dikira ikhlas dah. Sebabnya, ikhlas tu, tak payah/tak perlu dicakap. Tak perlu diberitahu.

Sama jugak macam kita solat sunat, kita buat, dan harap, orang akan contohi kita, akan buat solat sunat jugak. Ini dah tak dikira ikhlas dah. Sebab, ikhlas ni, kita buat Lillahi Ta'ala(kerana Allah Taala). Bukan untuk dipuji, bukan juga untuk dicontohi.

Ikhlas ni jugak, bila kita buat sesuatu, dan dipuji, pujian itu takkan menyebabkan kita menambah amalan kita(semakin bersemangat), ataupun mengurangkan amalan kita(malu orang puji). Jangan macam tu. 

Selain itu, ikhlas juga boleh ditakrifkan sebagai melakukan sesuatu, tanpa mengharapkan balasan. Ingatlah, kalau kita harapkan pujian orang, satu hari nanti, orang tu akan pergi. Kalau harapkan ganjaran(duit), duit tu akan habis. Tapi, kalau kita harapkan reda Allah, Insya Allah, Allah tak kan sia-siakan amalan kita, sebab Allah tu kekal, akan sentiasa ada. Selamanya.

Dan sudah tentu sekali, ikhlas tu, bila kita buat sesuatu, kita tak ungkit perbuatan kita. 

(situasi 2)
A: weh, teman aku pergi X jap.
B: Sori weh, aku tak boleh la. Ada hal.
A: Kau ni, dulu kau nak pegi mana-mana, aku teman je. Ni aku mintak teman sekali pun susah.

* Aku pernah jadi orang B. Sejak berlakunya situasi ni, aku selalu persoalkan keikhlasan aku bila nak tolong A tu. Astaghfirullah..

Allahu 'alam.
I am not perfect, so are you.
May this entry, is worth to ponder. And, may help you on becoming a better you.
Aku pun pernah je, jadi A dalam situasi 1 tu, dan aku harap, aku tak buat dah benda macam tu. Aku harap jugak, lepas ni, semua yang aku buat, semuanya Lillahi Ta'ala.
Untuk dosa-dosa yang lalu, Astaghfirullah al-azim..


Atuk, Opah

Assalamualaikum,

Haritu solat, waktu baca surah al-Fatihah, secara tak sedar, aku terbaca sama lagu macam arwah atuk aku baca.

Dah lama dah arwah atuk meninggal. Masa aku form 1. Hari raya. Baru aku ingat, dah lama aku tak ingat pada arwah atuk. Arwah opah. Aku rindu dorang. Harap-harap Atuk & Opah bahagia lah kat sana.
Rasa macam nak nangis..

Aku rindu Atuk. Aku rindu Opah. Dah lama tak mimpi Atuk and Opah. Mintak maaf sangat-sangat, kalau dah lama kita tak sedekahkan atuk and opah al-Fatihah. Tapi kita harap, ayah, mak cik pak cik and cucu-cicit, adik beradik opah and atuk tak lupa.

Kita tak tahu kita sempat tak mintak maaf pada opah and atuk sebelum opah and atuk pergi.
Mintak maaf sangat-sangat kalau dulu, kita tak tolong opah and atuk, susahkan opah and atuk.

Kita rindu nak makan sambal tempoyak opah. Opah cakap kalau sambal tempoyak tu pedas, makan inkan goreng. And yes, opah. It works:). Kita rindu jugak kari opah, ikan belah belakang opah, dodol opah and atuk, ketupat opah, kuih bangkit opah, kuih bahulu opah. Rindu jugak bedak sejuk yang opah buat sendiri. Semua yang opah pernah buat. Tiap kali kitorang satu family balik kampung. Opah and atuk rela tidur lambat, semata-mata nak tunggu kitorang sampai. 

Ingat lagi dulu-dulu, kita selalu duduk atas riba opah and atuk. Naik bas dengan atuk, naik motor dengan atuk pergi pekan Slim, pijak-pijak badan atuk. Bau busuk getah bila atuk balik dari menoreh. Tapi lepas mandi tengahari, nak pergi solat jumaat, atuk bau wangi je, bau minyak atar, atuk pakai jubah putih, serban putih. Lepas tu atuk naik motor pergi masjid.

Ingat lagi, petang-petang, arwah Tok Ngah Latip pun datang, borak-borak dengan opah and atuk. 

Ingat lagi, bila maghrib je, opah suruh pasang ubat nyamuk. Dah malam sikit, opah pasang kelambu, takut nyamuk masuk. Takut ulat gonggok masuk.

Ingat lagi betapa sedapnya buah pear yang opah potong. Tak tahu kenapa, walaupun kat rumah kita ada je buah pear tu, tapi rasa dia tak sama  macam yang opah potongkan. Sedap sangat.

Ingat lagi, dulu-dulu, bila kita demam, opah mandikan dengan air beras. Kita lenguh kaki, opah urutkan, kita sakit perut, opah urutkan.

Arwah opah meninggal seminggu sebelum aku pergi Mesir. Ada hikmahnya. Waktu tu hari raya jugak. Aku sempat jumpa opah hari raya tu. Tapi aku tak tahu opah sedar ke tak..

InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi kat syurga, ye opah, atuk.

Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah. wa na 'u zhubika min sakh hatika wan nar.


p/s: harap siapa-siapa yang sudi baca entry ni, harap jugak dapat sedekahkan al-Fatihah pada arwah atuk dan opah saya.
Kalau tak pun, tolong Amin kan doa saya pun ok dah.
Ya Allah, ampunkan lah dosa atuk dan opahku, kau lindungilah arwah atuk dan opah ku dari azab kubur dan nerakaMu. Berilah mereka syafaat Nabi Muhammad saw, dan tempatkan lah mereka di syurgaMu. Kau ingatkan lah kami semua, ahli keluarga mereka, untuk sentiasa sedekahkan mereka. Jadikanlah kami, keturunan mereka, keturunan yang soleh, yang tidak akan menarik mereka ke nerakaMu, kerana dosa yang kami lakukan. Amin, amin, amin ya rabbal 'alamin..


Terima kasih.