Assalamualaikum.
Aku cuma nak tunjuk rupa pekan tempat aku tinggal.
Aku duduk kat area Camp Shizar dan Ibrahimiyah(sebab dah banyak kali pindah, dan tetap di 2 tempat ni jugak).
Bolehlah kalau nak cakap yang majoriti pelajar Malaysia duduk sini. Especially Camp Shizar. Jalan sikit, memang akan nampak je muka Melayu.
Nak kata dekat sangat dengan Uni tu, tak lah sangat. Tapi dekatlah jugak. Jalan kaki dalam 15-30 minit. Kalau naik teksi 5 minit sampai dah(kalau tak jam).
Perhatian.
Semua bangunan yang kelihatan ialah rumah. Bawah mungkin ada kedai-kedai tapi atas semua rumah.
Public transport macam teksi, ada banyak sangat. Tunggu je kat mana-mana jalan, Insya Allah tak sampai 5 minit dapatlah teksi.
Aku cuma nak tunjuk rupa pekan tempat aku tinggal.
Aku duduk kat area Camp Shizar dan Ibrahimiyah(sebab dah banyak kali pindah, dan tetap di 2 tempat ni jugak).
Bolehlah kalau nak cakap yang majoriti pelajar Malaysia duduk sini. Especially Camp Shizar. Jalan sikit, memang akan nampak je muka Melayu.
Nak kata dekat sangat dengan Uni tu, tak lah sangat. Tapi dekatlah jugak. Jalan kaki dalam 15-30 minit. Kalau naik teksi 5 minit sampai dah(kalau tak jam).
Perhatian.
Semua bangunan yang kelihatan ialah rumah. Bawah mungkin ada kedai-kedai tapi atas semua rumah.
Lorong di pekan Ibrahimiyah. Aku tak suka lalu jalan ni, sebab sesak sangat. |
Tapi kalau cuaca hujan(jarang sangat) atau panas sangat, susah sikit nak dapat, sebab penuh.
Aku bersyukur sangat sebab dapat belajar di Alexandria, bukan Cairo. Sebab aku rasa aku memang tak tahan nak duduk Cairo. Sesak sangat. Sesak dengan orang, kereta, bangunan. Dan Cairo lebih banyaaaaak debu dan habuk daripada Alexandria.
Kalau rajin nanti nak tunjuk gambar Fakulti Perubatan pulak.
Dan mungkin jugak trip ke Giza (piramid dll.)
Ragab (kedai buah). Malam-malam pun buah-buah ni penjual tu tinggalkan je. Takda orang nak curi kot. |
Kat stesen tram. Ruang sempit antara rel tram tu, ada jugak tapak-tapak peniaga. Asap yang nampak tu dari kedai makan. Tu asap panggang/bakar ayam. |
Hiasan jalan sempena Ramadan. Bangunan-bangunan ni semua ialah rumah. Kat sini semua orang nak pakai 'astro'. |
Tram. Takda aircond, takda kipas. Kalau musim panas, rasa nak pengsan je naik. Selalu penuh, dan jarang-jarang dapat duduk. |
Tram ni consider baru sebab interior dia cantik lagi. |
Harapkan tingkap ni je lah. Kalau naik, mesti berebut nak berdiri dekat tingkap. |
Pasaraya favorite student Malaysia. |
Nampak HSBC Bank belakang tu? Di stesen Sidi Gaber Sheikh. 5 stesen dari Ibrahimiyah. Antara tempat kami withdraw duit. |
Waktu winter rel ni cantik sangat. Sebab penuh dengan hijau rumput dan kuning bunga-bunga. |
Kalau rajin nanti nak tunjuk gambar Fakulti Perubatan pulak.
Dan mungkin jugak trip ke Giza (piramid dll.)