Tuesday 11 September 2012

Typical Alexandria

Assalamualaikum.

Aku cuma nak tunjuk rupa pekan tempat aku tinggal. 
Aku duduk kat area Camp Shizar dan Ibrahimiyah(sebab dah banyak kali pindah, dan tetap di 2 tempat ni jugak).

Bolehlah kalau nak cakap yang majoriti pelajar Malaysia duduk sini. Especially Camp Shizar. Jalan sikit, memang akan nampak je muka Melayu. 
Nak kata dekat sangat dengan Uni tu, tak lah sangat. Tapi dekatlah jugak. Jalan kaki dalam 15-30 minit. Kalau naik teksi 5 minit sampai dah(kalau tak jam).

Perhatian.
Semua bangunan yang kelihatan ialah rumah. Bawah mungkin ada kedai-kedai tapi atas semua rumah.


Lorong di pekan Ibrahimiyah.
Aku tak suka lalu jalan ni, sebab sesak sangat. 
Public transport macam teksi, ada banyak sangat. Tunggu je kat mana-mana jalan, Insya Allah tak sampai 5 minit dapatlah teksi. 
Tapi kalau cuaca hujan(jarang sangat) atau panas sangat, susah sikit nak dapat, sebab penuh.
Ragab (kedai buah).
Malam-malam pun buah-buah ni penjual tu tinggalkan je.
Takda orang nak curi kot.
Kat stesen tram.
Ruang sempit antara rel tram tu, ada jugak tapak-tapak peniaga.
Asap yang nampak tu dari kedai makan.
Tu asap panggang/bakar ayam.


Hiasan jalan sempena Ramadan.
Bangunan-bangunan ni semua ialah rumah.
Kat sini semua orang nak pakai 'astro'.
Tram.
Takda aircond, takda kipas.
Kalau musim panas, rasa nak pengsan je naik.
Selalu penuh, dan jarang-jarang dapat duduk.

Tram ni consider baru sebab interior dia cantik lagi.
Harapkan tingkap ni je lah.
Kalau naik, mesti berebut nak berdiri dekat tingkap.
Pasaraya favorite student Malaysia.


Nampak HSBC Bank belakang tu?
Di stesen Sidi Gaber Sheikh.
5 stesen dari Ibrahimiyah.
Antara tempat kami withdraw duit.





Waktu winter rel ni cantik sangat.
Sebab penuh dengan hijau rumput dan kuning bunga-bunga.





Aku bersyukur sangat sebab dapat belajar di Alexandria, bukan Cairo. Sebab aku rasa aku memang tak tahan nak duduk Cairo. Sesak sangat. Sesak dengan orang, kereta, bangunan. Dan Cairo lebih banyaaaaak debu dan habuk daripada Alexandria.


Kalau rajin nanti nak tunjuk gambar Fakulti Perubatan pulak.
Dan mungkin jugak trip ke Giza (piramid dll.)




10 comments:

  1. Replies
    1. hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri...

      Delete
  2. Assalamualaikum stabilo :) hehe..
    maaf baru sempat berkunjung... fascinated that you actually studied abroad..the pictures was awesome the minute you knew it was oversea, tapi kalau badan ada kat sana, mesti rindu Malaysia juga kan.. :)
    n just to answer ur question, my cerpen on Faeez and Fea cuma rekaan je.. I made it whole up.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      trima kasih sbb berkunjung.
      mmg betul, walaupun badan kat sini, tapi setiap hari, mesti akan rindu jgk pd malaysia.
      *saya igt cerpen tu betul2, bkn rekaan, sbb wujud jugak blog encik katak tu. heheh

      Delete
  3. best la mesir, kak yong.......
    nk pegi sane jugakk...
    tpi utk visit ko and travelling je la...org x nak blaja kat sane...x suke n x best bagi org...
    hahaha...
    bye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best? biasa je.. malaysia lagi best la!
      orang pn xnk kau belajar kat sini, sbb nanti mesti kau meraung2 nak balik je..:P

      Delete
  4. tak sampai lagi kat alexandria. salam dari warga zagazig. nak tnya, claim tiket bwh zakat selangor tu cmner nk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x berapa ingat sgt. tp yg pastinya, pergi mana2 pejabat zakat, bawak sekali tiket flight. kat pejabat tu, isi borang warna pink(boleh tanya dgn pegawai zakat tu). senang je.
      tapi tak dapat full amount. mungkin dalam 70% je.

      *sy pun x pernah sampai zagazig lagi..

      Delete
    2. syukran.zagazig takdak pantai mcm alex tak lawa sgt. >,<

      Delete