Monday 9 July 2012

Lotion with Glycerin

Assalamualaikum.

Semua orang tahu lotion(losyen) kan? Yang orang selalu pakai untuk melembapkan kulit tu.
Kalau kat Mesir ni, waktu winter dulu aku hari-hari kena pakai lotion. Kalau tak pakai, kulit muka memang confirm mengelupas. Kalau tangan tak pakai, kat kelas nanti mula menggaru-garu, sebab kulit sangat kering. Tapi bila summer ni, tak pakai dah. Malas. Dan kulit tak kering dah.
Lagipun aku dulu kat Malaysia mana pakai lotion semua ni. Tak suka. Sebab character dia yang berminyak tu.

Semester lepas, waktu belajar pasal Lipid (Fat ataupun lemak), kitorang belajarlah pasal Glycerin ni. Dan, doktor tu masukkan sekali kegunaan/kepentingan Glycerin pada kehidupan seharian. Iaitu pada losyen, ataupun apa-apa saja barang yang digunakan untuk melembapkan sesuatu.

Okay, kat sini, aku nak share tips membeli lotion. Kalau nak beli losyen, untuk mendapatkan kesan losyen yang boleh melembapkan kulit tu, silalah cek kat bahagian 'ingredient' botol lotion tu (biasanya kat belakang), samada ada atau tidak mengandungi Glycerin.

Glycerin di bahagian 'Ingredient' produk



Kalau ni memang dah terang-terang ada tulis "Glycerin' kat depan tu.

Glycerin ni, kenapa dia perlu ada pada lotion tu, adalah sebab dia punya 'moisturizing effect'. Disebabkan Glycerin ni ialah 'humectant',  it attracts moisture to your skin.

Jadi, bila dalam cuaca yang kering, dan pakai lotion yang ber'glycerine', tak perlu lah risau lagi. Sebab Glycerin ni automatik akan menangkap segala kelembapan yang ada, dan akan melekat pada tangan anda, lantas menghilangkan kekeringan kulit.


p/s: Selain tu, boleh jugak memupuk sikap membaca kandungan sesuatu produk tu. Tak semestinya barang kosmetik macam losyen ni je. Barang makanan tu lagi penting tau. Dan jangan harapkan emak je untuk membaca senarai ingredient tu, semua orang pun kena mainkan peranan!


InsyaAllah, banyak lagi tips nak kongsi ni.

No comments:

Post a Comment