Monday, 31 December 2012

Cerita di sebalik tram

Assalamualaikum.

Bagi kami pelajar-pelajar di Alexandria ni, antara mode of transportation yang selalu kami guna ialah tram.

Ni tram di Mahattah Raml (Stesen Raml).
Hentian terakhir tram warna biru ni.
dekat dengan main campus fakulti perubatan (Game' Ibrahim).
Kat Game' Ibrahim ni, memang femes sebagai tempat
orang berdemonstrasi.


Peta laluan tram.
Nama stesen ni "Raml".
Kalau nak pergi asrama MARA,
kita turun kat sini lah.
Lepas tu kena jalan sikit.

Sebab tram ni, stesen dia merangkumi hampir semua tempat-tempat yang kami selalu perlu/akan pergi. Well, tak lah semua sangat, tapi walking distance daripada tram station ke tempat yang kami nak pergi tu, kira boleh tahan lagi lah kalau nak jalan.

Contohnya kalau naik tram nak ke fakulti perubatan, jalan kaki dalam 10-15minit (ikut kelajuan berjalan). Dan kalau nak ke asrama MARA, dalam 5-10minit.

Lagipun, tram ni murah je. Cuma 25sen duit Mesir. 
Kalau duit Malaysia, bahagi 2. 
Berbanding dengan teksi, tram ni memang jauh lebih murah. 
Sebab teksi ni ikut jarak perjalanan kita dan bilangan penumpang.

Okey, berbalik kepada tajuk "Cerita di sebalik tram".
Malam-malam berhantu ke?

.
.
.

Sepanjang nak dekat 2 tahun aku duduk kat Mesir ni, memang banyak kali lah aku guna perkhidmatan tram ni. Dan memang banyaklah kisah suka dan duka, onak duri ranjau, yang aku, dan semua pelajar kat Alex ni harus tempuhi.

Kalau kat Malaysia, aku pernah naik KTM, sesak gila sampai aku kena bersandar kat pintu komuter tu.

Tapi kat sini, 
tram ni punya sesak, 
sampai aku penah kena berdiri kat pintu macam ni. 
Ada la dalam dua tiga kali aku kena berdiri macam ni.
(Aku tak pernah cerita lagi kat parents aku, sebab takut diorang risau lebih-lebih. 
Biasalah mak ayah kan..)

Tapi ni gambar train kat India laa


Mula-mula kena tu memang takut jugaklah.
Tapi bila dah kali kedua dan ketiga(setakat ni baru 3 kali kot),
rasa takut tu dah makin kurang.

Bukan aku tak sayang nyawa,
ataupun berangan nak berlakon dalam cerita James Bond jadi stuntwoman,
tapi bila dah duduk kat negara ni,
aku jadi terpaksa.
Sebab bila 'peak hour' iaitu petang-petang dalam pukul 2-5 petang,
semua tram akan penuh. 
Dan peratusan nak kena berdiri kat tangga tram samada pintu ditutup atau tidak itu adalah tinggi.

Dan sebagai info tambahan,
walau penuh macamana pun,
walau semua gerabak akan ada je orang berdiri macam tu,
speed tram tu TIDAK berkurang.
Dia tak decelerate. Nehi.

Dan bukan jugak aku ni kedekut gila tak nak naik teksi,
tapi sebab mungkin aku tak bawak duit lebih,
ataupun teksi susah nak dapat (walaupun teksi banyak gila).

Cerita kedua pulak,
hmmph..
sama tragis je aku rasa.
Tram ni, kalau masih tak tahu, dia tak ada aircond.
Kalau musim sejuk, tak ada heater.
Jadi kalau musim sejuk,
kau akan rasa sejuk gila,
dan kalau musim panas (summer),
kau akan rasa panas sangat,
sampai rasa macam nak mati.
Serius, aku tak tipu.
Ingat lagi tahun lepas(sebab sekarang dah 2013 kan),
aku naik tram ni tengahari waktu summer.
Orang memang sesak gila walaupun tu coach perempuan.
Sebab sesak yang amat,
mereka pun bertolak-tolak,
menjerit-jerit(bila ditolak/tak boleh nak turun).
Dan aku yang tak berapa nak besar ni,
terkapai-kapai lah kat tengah-tengah manusia yang ramai tu.
Nak jerit suruh jangan tolak,
aku tak reti nak jerit apa.
Nak tolak balik,
macam takda kesan je.
Makanya,
aku pun cubalah menjengketkan diri
cuba mengirup udara yang
rasanya macam kena catu.

Cuba imagine,
dahlah cuaca panas,
udara panas,
orang ramai (tinggi-tinggi dan besar pulak tu),
banyak mana je udara yang bersih tanpa bau yang kurang menyenangkan yang aku boleh dapat?
Hah?
Mahu pengsan rasanya.
Tapi Alhamdulillah tak pengsan lagi.

Cerita ketiga.
Waktu mula-mula belajar nak naik tram ni,
kakak senior selalu pesan
"jaga beg, zip tu bawak kedepan. Pegang beg kuat-kuat".
Tahu apa rasionalnya kakak ni pesan macam ni?

Sebaab..
Tram ni lah antara markaz utama mak cik-mak cik Arab ni 
nak merompak kami Malizi yang naif ni.
Aku cakap mak cik-mak cik sebab
sindiket ni (sindiket. Kelas kau)
dia tak buat sorang-sorang.
Dia mesti buat dengan partner.
Berselindung dengan pakaian yang glamour dan mekap yang tebal,
berserta cermin mata hitam yang diletak di kepala,
memang tak ada siapa pun yang akan syak 
diorang ni ialah pencuri.
Mana taknya, pakaian kelas habis.
Jangok(kata ore klate).

Cara diorang merompak pun semakin hari semakin berinovasi.
Diorang ni sangat kreatif, inovatif dan power.
Dulu diorang cuma seluk dan toreh beg dengan cincin yang tajam.
Tapi sekarang,
diorang dah pandai pakai pisau,
koyak beg orang dan curi.
Lagi extreme, 
kawan dia konon-kononya akan tertolak si mangsa
dan partner dia akan tarik beg mangsa waktu si mangsa tengah menggelabah sebab terjatuh.
Kalau waktu si mangsa nak turun,
diorang yang berhati jahat ni siap main tarik-tarik lagi
beg mangsa (dulu)
sekarang ni dah pandai nak tarik tangan mangsa.

Dan baru-baru ni pulak,
diorang dah pandai mencuri gelang orang.
Gelang emas pulak tu.
Yang ni, housemate aku yang kata.
Meraung budak tu bila dapat tahu.

Kalau dulu,
kami-kami si Malizi yang naif ni,
memang tak pandai nak menjerit bila dirompak.
Tapi sekarang ni bila dah pandai menjerit,
even ada yang tumbuk perompak tu,
orang-orang keliling pulak yang macam
tak ambil berat.
Ada je yang buat tak tahu.
Seolah-olah kami ni tak wujud.
(Mungkin perasaan aku je.. hmm..)

Tapi sekarang ni, 
kes-kes menyeluk saku ni bukan sahaja berlaku di dalam tram.
Tengah-tengah nak melintas jalan pun ada.
Even tengah bershopping di Carefour pun ada yang kena.
Pokoknya, 
walaupun orang tu pakai smart-smart,
baju lawa-lawa, 
nak friendly-friendly dengan kita,
tak semestinya dia tu baik.
Ingat, never judge a book by its cover!

Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi kena curi/ragut/rompak.
Nauzubillah. Harap-harap tak akan pernah kena la.
Tapi kalau terkena jugak, 
kalau laa..
Aku cuma nak cakap ni je awal-awal,
aku nak tuntut balik benda yang si pencuri tu buat kat aku kat akhirat nanti.
Aku nak dia cari aku dalam berzilion-zilion manusia kat Mahsyar nanti,
dan mintak maaf kat aku.
Aku tak peduli.
Siapa suruh kau mencuri??!!

Alah..
dah termasuk bab mencuri pulak.
Nak cerita pasal tram je sebenarnya.

Akhir sekali.
Kalau naik tram tak dapat duduk?
Itu dah biasa.
Kami dah lali,
dan tak kesah pun kalau tak dapat duduk.
Sebab seat dia memang sikit.
Dan warga emas sangaaatt ramai.
Jadi, priority untuk mereka adalah lebih.


p/s: Kalau dulu rasa suka aku pada Ejipsyen ni setinggi 90%, sekarang dah kurang menjadi 50%. Ini semua sebab si pencuri-pencuri itu. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Thursday, 27 December 2012

Teka-teki: Tidur

Assalamualaikum.

Jom main teka teki nak?

Kalau nak,
ada satu syarat.

Syarat dia,
kena jawab teka-teki ni, 
tapi
TAK BOLEH CHECK JAWAPAN KAT GOOGLE ATAU MANA-MANA SEARCH ENGINES!
BOLEH TANYA PADA MANUSIA SAHAJA.

sesungguhnya, perkara yang paling berat sekali adalah amanah- Imam Ghazali





Soalannya:

Antara gajah dan tikus,
siapa yang tidur lagi lama?

Gajah yang comel
tidur lagi lama



atau




tikus yang comel jugak ni?



Oh ya.
Hadiah tak ada.
Jadi, jawab lah teka-teki ni
for the sake of knowledge.
Okay?


Selamat mencuba!!
=)

Jawapan dia lain kali baru boleh bagitahu.

Monday, 24 December 2012

aku dah tua

Assalamualaikum.

Aku rasa macam aku dah tua.
tak rasa macam baru 20.
tapi rasa macam paling muda pun macam 30 je.
mungkin jugak 40.
entah.

bukan dari segi rupa
yang aku rasa tua
(mungkin ada lah sikit).
tapi lebih pada otak.
aku rasa macam aku dah tua.
sangat.
rasa dah penat.

sekarang ni hampir tiap-tiap malam
aku mimpi
yang aku ada kat malaysia
dengan family.
tapi bila siang,
takda pulak
teringat sangat kat diorang.

pergi lecture pulak,
cepat sangat nak mengantuk.
mengantup siap menguap sampai keluar air mata pulak tu.
bukan sekali,
tapi banyak kali!
Aku jadi tension
dan bersalah
at the same time.
tension sebab datang kelas
tapi mengantuk
dan cepat lost.
rasa bersalah sebab macam buang masa
dan duit mak bapak aku.
suruh belajar
tapi dalam kelas mengantuk.

Minum nescafe sebelum pegi kelas?
not a good idea.
seriously.
mahu menggigil-gigil aku dalam hall tu nanti.
lagipun nescafe dah tak bagi aku tak mengantuk sangat dah sekarang ni.

berat badan aku pun dah naik.
tapi berat badan ni aku tak peduli sangat.
sebab kalau harini naik,
esok-esok boleh turun balik.

malas pun semakin berganda-ganda.
nak kemas bilik,
dah berapa kali postpone dah.
baju pun dah sebakul tak berbasuh.

aku pelik.
apa dah jadi sebenarnya ni.