Monday 24 December 2012

aku dah tua

Assalamualaikum.

Aku rasa macam aku dah tua.
tak rasa macam baru 20.
tapi rasa macam paling muda pun macam 30 je.
mungkin jugak 40.
entah.

bukan dari segi rupa
yang aku rasa tua
(mungkin ada lah sikit).
tapi lebih pada otak.
aku rasa macam aku dah tua.
sangat.
rasa dah penat.

sekarang ni hampir tiap-tiap malam
aku mimpi
yang aku ada kat malaysia
dengan family.
tapi bila siang,
takda pulak
teringat sangat kat diorang.

pergi lecture pulak,
cepat sangat nak mengantuk.
mengantup siap menguap sampai keluar air mata pulak tu.
bukan sekali,
tapi banyak kali!
Aku jadi tension
dan bersalah
at the same time.
tension sebab datang kelas
tapi mengantuk
dan cepat lost.
rasa bersalah sebab macam buang masa
dan duit mak bapak aku.
suruh belajar
tapi dalam kelas mengantuk.

Minum nescafe sebelum pegi kelas?
not a good idea.
seriously.
mahu menggigil-gigil aku dalam hall tu nanti.
lagipun nescafe dah tak bagi aku tak mengantuk sangat dah sekarang ni.

berat badan aku pun dah naik.
tapi berat badan ni aku tak peduli sangat.
sebab kalau harini naik,
esok-esok boleh turun balik.

malas pun semakin berganda-ganda.
nak kemas bilik,
dah berapa kali postpone dah.
baju pun dah sebakul tak berbasuh.

aku pelik.
apa dah jadi sebenarnya ni.

6 comments:

  1. aku sejak tingkatan4 lagi dah rasa mcm ni. haha
    kelakar x? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha
      i'm speechless..
      haha
      jgn marahh!!=D

      Delete
    2. Hahahahaha. Aku faham!!!!!!!!!!!

      Delete
    3. sekarang kan, kadang-kadang sampai satu tahap taknak keluar dari katil. dah terjaga lama, tapi baring je termenung atas katil.
      *ini sudah kronik. <--- kata seorang pakar perubatan/saintis.

      Delete
    4. itu mmg kronik wei!!
      melampau dan terlampau. hehe

      Delete
    5. tu la pasal..
      tetiba rasa down semacam

      Delete