Friday 7 December 2012

Resipi: Kek Oren (sangat senang)

Assalamualaikum!

Pada hari Jumaat yang dingin ini (it's officially winter now) , aku dengan rajinnya telah membuat kek. 

Waahhh.. 
Tak sangka sungguh yang satu hari nanti aku akan buat kek jugak. 
Sebab sebelum ni aku pernah je buat kek, tapi dengan Faizah lah; aku sebagai assistant je sebab tak reti buat kek lagi. 
Oh ye, aku buat kek ni sorang-sorang ye. 
Jadi, memang kira dahsyat lagi hebat lah ni. 

Setelah banyak hari teringin nak makan kek (sebab malam-malam, nafsu nak makan tu sangat tinggi sebab cuaca sejuk dan kita memerlukan sesuatu yakni makanan untuk dimakan bagi tujuan untuk memanaskan badan), maka hari ini aku gagahkan diri walaupun rasa malas tu sangaaaat lah tinggi.

Resipi ni pun dah dekat setahun aku simpan dan baru pertama kali buat. 
Dan ya, resipi ni sangat senang dan bahan-bahannya pulak, yang memang dah ada kat rumah.

Peringatan, ini bukan Strawberreo Cheese Cake yang aku bercadang nak buat tu. Tapi ini ialah Kek Oren. Ataupun nama asal dia (yang resipi dia aku copy) ialah Cake with Orange Juice.

Makanya, aku dengan berbesar hati sangat lah gembira untuk berkongsi resipi kek ni(sebab bila aku browse kat google, resipi-resipi yang lain tu susah dan lebih kompleks ingredients dia). Jadi, for beginner like me, this is the easiest recipe ever!

Bahan-bahannya:

Tepung - 3oo g
Gula - 150 g
Telur - 2 biji (aku letak 2 biji dan hasilnya, kek ni rasa dan bau telur)
minyak - 25 ml
butter - 10 g
baking powder - 1 sudu (aku bantai je sebab resipi tu tak guna baking powder)
garam - secukup rasa
kulit oren yang diparut
jus oren - bajet sendiri
Pewarna - sukahati warna apa (kalau tak letak pewarna nampak tak menyelerakan)

* resipi tu cakap, ini adunan untuk 8-10 orang. Tapi bila aku buat, hasilnya macam untuk satu orang je. 
Mungkin aku ni perut gajah kot.


Cara-caranya:

Senang je. Campur je semua bahan-bahan ni, dan kacau rata-rata. Lepas tu tuang dalam bekas, dan bakar.
Resipi tu cakap kena preheat oven tu kepada 180'C, tapi sebab oven aku ni old school, takda thermometer, jadi aku bantai lah lagi. 

Nak bakar berapa lama?
Resipi asal ni cakap bakar selama 45 minit. Tapi oleh kerana aku buat dalam bentuk cupcakes, jadi 10-15 minit sudah memadai. Dan tengah membakar tu, banyak kali jugaklah aku bukak oven tu, nak cek kek ni dah masak ke belum. Sebab tu lah kek gua banyak lubang.

Nak tahu kek tu dah masak ke belum
Haaaa..
Kena cucuk dia banyak kali. Bila kita cucuk dan tepung tu masih melekat kat lidi (atau apa saja benda yang kita guna untuk mencucuk tu), maknanya BELUM MASAK.


Rupa dia tak cantik sebab kertas dia tu nipis gila! Ada kek yang tumpah waktu tengah bakar.
Nasib baik dia tak melekat kat loyang.


Akhirnya, aku pakai cawan. Cawan yang orang selalu letak aiskrim tu. Hasilnya kek tidak melimpah.
Akan tetapiiii... Lambat gila nak masak! Jangan tertipu dengan warna coklat macam hangus kat tepi cawan tu.
Itu semua dusta belaka.
Seriously.


Bagi aku personally, kek ni sedap lah jugak. Walaupun rasa telur dia sangat kuat. 
Nanti nak consult dengan Faizah, boleh tak kalau kita nak kurangkan telur.

Dan, kek ini juga manis. Sebab gula banyak gila, ditambah pulak dengan jus oren fresh dari kotak yang confirm-confirm manufacturer dia dah bubuh gula banyak tahap tak ingat. 
Jadi, aku bercadang(kalau buat lagi lain kali) untuk mengurangkan kuantiti gula ataupun gantikan gula dengan madu.

Jadi, kalau nak jaga kesihatan, adalah dinasihatkan jika kita buat sendiri jus oren tu. Beli oren, perah jus dia, lepas tu curah dalam adunan.

Lagi satu, bila kita letak kulit oren yang diparut tu, rasa dia lagi sedap!
Daaannn...
Bau kek ni pun lagi wangi.



Tak percaya aku cakap? 




Cubalah buat sendiri!




p/s: Makan kek banyak-banyak musim sejuk ni tak bagus. Nanti cepat gemuk.

pps: sekarang kan dah masuk musim sejuk (winter) secara rasminya. Jadi, bolehlah kita nak dress-up se-stylo mungkin.
hahah

10 comments:

  1. mungkin kalau buat bentuk kek (yg bulat besar maksud aku) lg cantik kot jadinya.
    nnt try la buat kek besar.
    pastu blaja buat toping or icing.
    pergh. bukak bakery la lepas balik mesir camni. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak buat bentuk kek besar, tak comel. cupcake comel. igt nak jugak buat topping cream2 tu, tapi xda cream plak kat rumah.
      nak tahu tak apa rasa kek yg dalam cup tu.
      keras! rasa macam makan kuih bingka/bengkang yang keras. nasib baik manis dan bau wangi..

      p/s: memang dah lama dah bercita-cita nak bukak kedai bakery. takpun kedai makanan melayu/arab. heheh..

      Delete
    2. hahaha.......
      kalo ko bukak bakery...confirm org lah org yg slalu bertandang kat kedai ko utk melantak dan menghabiskan ko pnye kek or whatever la...
      hahaha......:)

      Delete
    3. pikah, kek oren org buat ni tak sedap pun. kek dia x cukup masak sgt, n manis gilaaa!!! yg sedap mgkin sebab ada kulit2 oren. tu je la kot

      Delete
  2. x pun kena cari cup yg mmg sesuai utk cupcake la.
    kertas tu x sesuai sebab lembik bila basah.

    aku nak tukar blog la.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. nnti memang kna cari cup yg betul pnya..

      *pasal apa nk tukar blog? yg skrg ni pun okay je.. bagi nafas baru sikit ke..
      kt pun nak tengah cari nama blog baru. nama yg ni mcm huduh sangat. heheh

      Delete
  3. HANG LI PO?????????????? haha. carik nama lain lah. hehehehehe
    saje je aku nak tuka. nnt aku mesej kat fb url baru.
    yg ni aku xkan delete, dan xkan update. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mula2 tu nak taruk nama Kembang Cina; kawan Hang Li Po. Tapi lama2 fikir Hang Lipo ok sikit. lagipun ada iras2 nama gitteww..
      takda ideo langsung nk letak nama apa...

      Delete
    2. haha. bubuh nama kau lagi sedap kot. woha!

      Delete
    3. haha. masalahnya, gua taknak letak nama gua. langsung. boleh?

      Delete