Monday 4 March 2013

Rasionaliti entah ke mana

Assalamualaikum.

Bulan februari dan Mac ni (setakat 4 mac), aku rasa aku dah lain. No self control, at all. Aku buat apa yang aku nak buat, makan apa yang aku nak makan, beli apa yang aku nak beli.

Berfikir dan menimbang semua plan dengan tak begitu mendalam, aku just go with the flow. Ikutkan kata hati(atau hasutan syaitan).

Bulan februari aku mula busy dan stress(sikit) sebab exam week dan nak uruskan hal-hal mara tu. Penat sangat. mental dan fizikal.

Mid february = winter break, i've became wilder. Aku makan sesuka hati aku. Walaupun dah kenyang, makan lagi dan lagi,big amount for every serving! Pergi Mansurah, tiap-tiap hari makan kat restoran melayu, melantak macam orang kebuluran. Yang peliknya, aku jadi tak kenyang-kenyang. Makaaannn je kerja. Sampai lah ke hari ni, aku makan terlalu banyak. Duduk rumah Faizah dah nak dekat 3 minggu, makan lagi. Sebab dia rajin buat kek. Setakat ni dia dah buat pop corn, kek pisang, kuih bengkang dan chocolate chip. Aku? Tolong kacau dan makan! Bila dinner pulak masak nasi, lauk punyalah banyak. Aku yang selama ni makan nasi tak sampai 2 senduk dah jadi 2, 3 pinggan. Seriously, apa dah jadi??!

Winter break ni, sale and promotion sana sini. Dari Alex sampai Mansurah, hampir semua kedai bagi diskaun. Walaupun ada je kedai yang harga after discount macam tak discount! Nafsu membeli pulak mencanak. Habis duit! Apa yang aku beli? sori, tak boleh bagitau.

Another crazy big step yang aku buat cuti ni ialah: pindah rumah.

Ya, aku pindah. seorang.
Aku inform housemates aku yang aku nak pindah sehari sebelum pindah. Aku tengok rumah baru hari selasa, inform housemates yang aku nak pindah: hari Rabu, pindah hari khamis.
Tada!!! Gila kan! Selamba nak mampus!

Aku tak tahu mana rasionaliti aku pergi selama lebih sebulan ni. Dah penat sangat ke menghadap buku haritu? Entah.

Aku macam membalas dendam pada sesuatu yang aku tak tahu apa dia dengan buat apa sahaja sesuka hati. i'm all rage!

Rumah baru ni pulak, walaupun kos sara hidup (makan dan bil-bil) tu lagi murah, tapi sewa rumah mahal banyak. dah jadi 200 ringgit sebulan(mahal pada aku). Dah lah kena beli almari sendiri lagi. Jadi bagi sesiapa yang nak buat sedekah jariah tu, boleh pm aku for the next step! <--- serius

Aku berdoa, berharap sangat yang zakat selangor bagi rm6000/tahun pada aku untuk tahun ni sampai tahun 6. At least sampai sebelum MARA betul-betul bagi elaun rm900 sebulan tu. Amiin.
Please! Aku nak balik malaysia raya tahun ni dan tahun-tahun berikutnya..

Nak cakap jugak, rumah baru aku ni kat tingkat 5 (takda lif). Aku harap penyeksaan mendaki tangga ni dapat membantu aku untuk mendapat badan macam model antarabangsa. Aku jugak berazam untuk merajinkan diri untuk attend banyak (tak berani nak kata semua) program, aktivit etc. yang ada. Aku tak nak jadi anti-soc lagi. Aku nak meet new people, bergaul dengan orang, bercakap dengan orang,  tahu apa yang berlaku di sekeliling aku. Cukuplah lebih setahun ni je terperap kat rumah macam katak bawah tempurung.

2 comments:

  1. Replies
    1. duduk dgn kwn sekelas. semua 2nd year jgk. View dr rumah tu cantik weh!! mana taknya, tingkat 5 kan..

      kau bersedialah nk tengok kt versi kurus balik ni. woha!

      Delete