Sunday 15 July 2012

Sabar memerlukan sabar

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni. Tapi aku jadi tension, sebab tak tahu nak luah kat sape. Punching bag pulak tak da.



Haritu aku ada post soalan kat page ustaz ni. Aku tanya sebab nak dapat jawapan pasal satu benda ni. Pasal hukum-hakam ni lah.
Aku tak nak lah buat fatwa sendiri, sebab tu lah aku tanya.
Dan kalau bertanya ni, mestilah sebab kita tak tahu. Dan bila bertanya, mesti lah mengharapkan jawapan.

Bila aku tanya, dapatlah respon daripada orang (bukan ustaz tu). Aku tak faham sangat apa yang dia jawab, tapi aku malas nak tanya balik. Sebab, cara dia bagi jawapan tu, tak memuaskan hati aku. Mungkin aku ni mengada-ngada nak sentitif bagai.

Jujur aku cakap, aku kurang berkenan dengan cara dia jawab. Rasa nak marah balik pun ada. Tapi aku fikir 'mungkin dia tak berniat nak buat macam tu kot. Mungkin maksud dia lain, aku faham lain'.

Dan betul aku cakap, bila fikir pasal benda ni, sampai aku tak boleh nak belajar. Minda aku terlalu fikirkan pasal ni.
Kalau ikutkan hati, memang aku nak je reply comment dia tu, balas balik apa yang aku rasa. Tapi takut pulak nanti 'terbergaduh' pulak kat situ. Aku dengan angin aku, dia dengan angin dia.

Sampai satu tahap aku rasa macam ni 'kalau aku bukan Islam, dan baru nak kenal pasal Islam, mesti aku akan lupakan je niat nak masuk Islam'.

Kau tak tahu macamana seksa nya rasa nak menahan sabar.
Aku memang seorang yang nipis je tahap kesabarannya. Jadi untuk aku sabar memang susah.

Puaslah aku berdialog dengan diri sendiri.
1- Tak pe, mungkin maksud dia lain
2- Mungkin dia ada problem, gaduh dengan bini ke, sebab tu emosi dia tak stabil
3- Tak pe, ni mungkin Allah nak ajar aku bagi sabar ni.
4- Tak pe, mungkin Allah nak tunjuk yang aku ni mungkin selama ni asyik tahu marah orang je.
5- Tak pe, ni mungkin persediaan nak menghadapi kerenah patient yang pelbagai lepas ni.
6- Sabar tu kan separuh daripada iman.
7- Nabi punya dugaan lagi susah kot.
8- Kan Nabi pesan 'jangan marah'
9- Nak puasa dah ni, kena try sabar dulu.
10- Tak payah layan sangat orang tu. Lantak dia lah. Tangan dia nak taip.


SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN


Kalo gak, mo ku maki aja itu orang. Ok gak?




Mungin aku yang terlalu sensitif.





Perkara ni sedikit-sebanyak dah bagi aku rasa takut untuk bertanya. 
Sebenarnya nak tanya tu tak menakutkan. Tapi feedback tu yang menakutkan.


Dan seperti biasa, semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Hikmah yang aku rasalah, yang terjadi ialah aku private kan semua benda kat FB tu. Semua nya aku letak 'only me' kecuali gambar-gambar yang memang dah di 'customized'kan.






7 comments:

  1. Replies
    1. sejak bila pulaklah hidup ni senang... kan?

      Delete
  2. :)
    byk sgt yg kita 'nak'. sebab tu susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi ada kakak ni post kat Fb, dia tulis macamni
      'ALLAH GIVE, and forGIVE,
      Man GET, and forGET'
      *mmg betul pun apa yg dia tulis tu, kan?

      Delete
    2. hari-hari main game pun kena ada sabar.
      susah sungguh nak bubuh nama kat high scores.
      tension berganda2.

      Delete
    3. em. betul sgt. kadang2 (baca:selalu) sampai lupa yang Allah dah bagi macam2 walaupun diri ni x pernah nak cuba jadi hamba dan x pernah berhenti menderhaka........
      huuuu

      Delete