Wednesday 11 July 2012

Biar Allah Balas

Assalamualaikum.

Dulu-dulu waktu kat Malaysia, aku ada sorang kawan ni. Dah nama pun kawan, jadi normal lah kalau kitorang selalu main-main, usik-usik, tepuk-tampar semua tu. Dan dia ni, suka usik-usik aku. Dan aku pulak, tak suka diusik. Usik tu macam saje mengada-ngada sentuh-sentuh, nak test aku punya pain and anger threshold level lah tu.
Bila aku kata 'dah lah' atau yang seumpama dengannya, dia mana lah nak dengar. Saja je buat-buat pekak, saje je buat tak faham.
Dan bila aku malas nak layan dah(malas nak balas balik kat dia), aku mesti akan cakap 'Biar Allah yang balas'.
Bila aku cakap je macam tu, muka dia terus berubah, dan terus dia cakap 'Tak pe lah, tak pe lah. Kau pukul lah aku. Kuat-kuat pun tak pe, aku tak kesah. Aku tak nak lah Allah balas. Takut'.


Aku rasa dia mesti imagine 'balasan Allah' tu dahsyat macam ni.


Aku pulak dalam hati dah siap gelak dah. Tahu takut..
Tapi luaran aku cool je lah. Aku balas 'tak nak lah pukul kau. nanti tak adil pulak. Kot-kot lah tak cukup kuat ke, terlebih kuat ke. Biar Allah je lah yang balas. Dia tahu lah berapa banyak kena balas kat kau'.

Okay, kat sini aku nak cakap kat kawan aku tu(kalau dia baca), dan kepada semua orang, termasuk aku sekali, yang azab Allah tu memang lah dahsyat. Memang lah azab, pedih,

[42:21] Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.

Kalau kat dalam Al-Quran, kan banyak amaran-amaran Allah tentang azabNya yang pedih, macam ayat kat atas ni.
Tapi, kita jugak harus ingat, yang Allah jugak Maha Adil dan Penyayang. InsyaAllah, kalau niat kita cuma nak main-main dengan kawan kita, usik-usik sikit, tak da lah sampai Allah nak balas perbuatan kita dengan kena sambar petir ke kan.

Jadi, jangan risau lah kalau orang sakitkan kita dan kita tak sempat nak balas balik, ataupun kita sakitkan orang dan orang tu cakap 'tak pe, biar Allah balas balik kat kau'. Jangan risau. Sebab Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Dia tahu lah nak buat macamana.


Wallahu 'alam..


6 comments:

  1. haha. sejak bila aku x mengada-ngada? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan.. bila waktu dan ketikanya yang kau tak mengada-ngada?
      hahahah... takpe2, mengada-ngada tu kadang-kadang memang perlu untuk perempuan..=)

      weh, sori.. komen kau yang terdahulu tu, telah ter'delete' ter tau, bkn sengaja..

      Delete
  2. tu aku pelik. awat delete. aku siap pk, 'aku ade buat pape ke kat lili ni.huhu'
    skrg dah dpt jawapan.hehe. okok. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      sori..
      ana asif giddan (rasanya betul grammar ni. sbb ramai je org tulis mcm ni)
      sori tau tau tau..
      kau xda buat apa2 salah pun..:)
      membantu lagi ada..

      Delete
  3. hehe. slang mesir sungguh tuuu.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      balik ni kt buat ujian oral bahasa arab eh..
      pronounciation, vocab, listening, speaking, blablabla...

      Delete