Friday 14 December 2012

Peristiwa di musim sejuk..

Assalamualaikum.

Seperti yang anda sekelian maklum, sekarang secara rasminya dah masuk musim sejuk (bagi negara-negara yang berada di hemisfera Utara). 

Dulu-dulu waktu 1st year, mula-mula nak merasa winter ni, memang excited tahap tak ingat lah. 
Mulalah berangan nak main salji, pakai winter coat, mafla, gloves and stuff. 


Bestnya main saljii...

Kitorang yang tahun satu ni dulu (ataupun mungkin aku je), 
memang sangat-sangatlah excited nak pergi beli winter coat. 
Tiap-tiap hari kalau jalan tepi kedai-kedai baju, mata mesti dok usha fesyen-fesyen winter coat yang cantik. Dan berangan anggun + cantik macam model antarabangsa bila dah pakai jaket-jaket tu.
Serious tak tipu. 
Tapi sebab cantik dan mahal, memang tak beli lah. 





                

CANTIK KAN?!





Tapi untuk tahun ni dan tahun-tahun yang akan datang, aku takda lah excited mana. 
Sebab aku dah tahu dah yang Mesir ni (terutamanya negeri yang aku duduk ni) memang takda salji pun!
Jadi takda lah excited sangat.
Cuma kalau sesekali bila cakap mulut keluar asap tu, memang excited gila lah.

Cool habis!

Okay. sebenarnya, aku bukan nak cakap pasal salji dan winter coat ni semua.
Aku nak cakap pasal musim sejuk dan nafsu makan!
Hmm..

Waktu mula-mula datang sini dulu, senior-senior ramai yang pesan.
Duduk Mesir ni, makan kena control sikit, sebab nanti cepat gemuk. Especially bila dah winter. 
Laaaaaagi lah senang nak gemuk.
Mengikut cerita-cerita mereka dan pemerhatian serta pengalaman aku sendiri,
memang ramai pun yang naik badan bila duduk sini. 
Terutama sekali dalam musim sejuk ni.


Orang perempuan memang macam ni. Obses dengan berat badan.
Tapi tak semua eh.


Boleh kira berapa kerat je orang (girls especially) yang tak gain weight.
Ramai je yang naik sampai 5 kilo. 10 kilo pun ada, you!
Dan i, last year, fortunately naik 1.5kg je.. 
Alhamdulillah lah jugak. 
Kenapa alhamdulillah?
Sebab last year, SUSAH GILA NAK CONTROL MAKAN WEH!!
Aku ulang, SUSAH GILA!!!

Tak percaya?
Meh aku bagitau situasi yang aku sendiri alami untuk winter tahun ni.

Okay. 
Last week, pukul 9.30malam, aku makan 2 ketul ayam KFC dan french fries 
walaupun sebelum tu (pukul 6 lebih) aku dah makan kek dan pizza(birthday kawan).

Hari-hari yang lain pulak, walaupun dah makan nasi untuk dinner, malamnya, aku masih nak mengunyah sesuatu.

 Contohnya semalam. 
Pukul 10 malam, aku goreng French Fries.
Lepas tu tidur!
Dan malam ni, walaupun perut aku kenyang, tapi aku still boleh sumbat roti wholemeal lagi.

Aku jugak dengan ajaibnya boleh habiskan satu pek keropok ala Twisties saiz besar
dengan sekali makan je!

Haaa... Nampak??!

Musim sejuk ni, umum mengetahui bahawa waktu malam adalah lebih panjang.
Jadi, kita akan rasa nak tidur je.
Tidur awal, bangun lambat.
Tapi makan still banyak.
Hipotesis yang boleh dibuat:
Senang nak gemuk.

Maka, berdasarkan apa yang aku belajar tahun lepas, doktor cakap,
waktu sejuk, we tend to eat more
to keep our body warm. We are craving for foods especially at nights.
It's okay to eat more.
But what really matter and important is what you eat.
So, in order to keep your body warm, 
you may eat foods high in protein instead of carbo. and fat.

Kenapa kena protein?
Ini kerana protein ni senang diutilizekan badan untuk menghasilkan tenaga --> memanaskan badan.
Berbanding lemak dan carbo.
The exact explanation tu ada dalam buku biochem tahun 1 aku,
 tapi maaalas pulak nak pergi bukak.


Aku cari dah resipi makanan protein ni, tapi takda lah nak masak lagi.
Setekat nak cari resipi ni rajinlah jugak.

Jadi bagi anda yang dahagakan penerangan terperinci, silalah rajinkan diri anda untuk
meng'google'.

Tapikan, musim sejuk ni pun best jugak. Sebab aku rasa bebas dan rileks sikit kalau tiba-tiba perut buncit, orang tak nampak sangat. Sebab hari-hari pun pakai jaket kat luar.
Hehee..

Dan kalau nak tahu, winter ni,
 aku pernah je tidur selama 12 jam.

Saya nak kawan dengan awaklah. 
Boleh tak??
Untuk tidur yang selesa tanpa gangguan sejuk,
kita pakailah saratoga
dan
pasanglah heater..

Saratoga (duvet)

Oh, ya.
Lupa pulak nak cakap.
Sebab sejuk sangat musim sejuk ni,
jadi memang tak berpeluh lah.
Jadi, kadar mandi pun,
 berkuranganlah!


Aku sendiri pun dah banyak hari tak mandi.
Woha!






p/s: Isnin ni (17 Disember) aku exam. Lagi.
Doakan lah ya.
Lagi satu,
aku baru hantar borang permohonan ke MARA untuk pinjaman pelajaran.
Tolong doakan aku dapat MARA tu ya...
Thank youu...=)

2 comments:

  1. kira aku yg kat msia ni takyah la risau sgt sebab msia takde musim sejuk.
    dan aku tak rasa nak makan byk pun walaupun sekarang musim hujan. woha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      maknanya kalau malam2 nak makan lagi tu, tak boleh lah nak bagi alasan sebab sejuk kan?
      woha!

      Delete