Wednesday 23 January 2013

Asif ya Rasulallah

Assalamualaikum.
Haritu aku tengok schedule untuk minggu ni. Aku tengok 24/1/2013 ni cuti. Dan otak aku cuma dapat tangkap "oh yeah! cuti! bestnya dapat cuti awal!". Aku tak tahu pun sebab apa universiti bermurah hati sangat nak bagi cuti. Dan idea-idea yang terlintas kat kepala aku cuma "mungkin orang Mesir nak buat demo awal sikit kot"(sebab haritu lecturer pesan 25 Januari ni jangan keluar rumah, sebab hari revolusi Mesir). Itu je yang aku fikir. Dan plan aku untuk cuti tu, mungkin tidur lebih sikit, dan kalau rajin, study skull kat rumah Faizah.
Kalaulah esok tak cuti, dan takda orang yang bagitahu esok Maulid Nabi,  tak ada sesiapa yang post kat FB atau blog pasal Maulid Nabi, sungguh, aku tak akan sedar yang rupa-rupanya esok hari lahir Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam.
Aku langsung tak perasan, tak terfikir yang rupa-rupanya dah lama dah cuti Raya Haji, cuti awal Muharram. Rupa-rupanya dah masuk bulan tiga dah; bulan Rabiul Awal. Serius aku langsung tak sedar. Yang lagi aku tak perasan, rupa-rupanya cuti 24/1 esok ni tarikh Hijrahnya ialah 12 Rabiul Awal. Terkejut aku! Tengok la, langsung tak ambik berat.
Aku sendiri pun tak tahu takat mana Islamnya aku, dan takat mana cintanya aku pada Nabi Muhammad saw. Bila orang cakap "aku cintakan Nabi, kita semua cintakan Nabi" aku cuma boleh angguk dan cakap "ya, kita semua cintakan Nabi", ulang balik apa yang orang tu cakap. Paling banyak pun cuma berselawat dalam hati. Aku sendiri tak ada tanda-tanda yang aku cintakan nabi. 
Kalau orang yang bercinta, lagi sebulan birthday partner dia, awal-awal lagi dia dah beli hadiah, dah plan nak buat surprise birthday party etc. Kalau orang yang tengah bercinta jugak, dia akan sanggup buat apa saja yang boleh untuk please orang yang dia cinta. Dan orang yang bercinta jugak, dalam otak dia, sepanjang masa dok ingat pada partner dia tu. Seminit pun tak pernah lupa.
Dan kalau dikenangkan balik, aku rasa nasib baik ada jugak orang yang organizekan program-program sempena Maulid nabi. Ceramah ke, majlis selawat ke. Nasib baik ada jugak effort daripada mereka-mereka ni untuk menyambut dan menghidupkan hari kelahiran nabi. Sebab kalau tak ada lah usaha-usaha macam ni, terus terang aku cakap, mungkin hari cuti ni cuma cuti. Duduk rumah, tidur. Macam bukan orang Islam je gayanya. Memang memalukan. Tahun-tahun depan, Maulid nabi pun aku tak ingat apa benda. Nauzubillah.
Bila aku godek-godek laptop tengok kat folder-folder, aku nampak satu pdf tajuk 'Know Your Prophet'. aku download file tu bulan November 2011. 2011! Dah bertahun ada, tapi 8 muka surat tu je pun tak larat nak baca. Macamana ni?
Nabi dulu sungguh-sungguh dia menangis, berjuang, bersabar dan berusaha bermati-matian untuk selamatkan aku dan kita semua sebab sayangkan kita semua walaupun nabi tak pernah kenal kita. Tapi ini balasan aku pada nabi. Demi kita, nabi buat macam-macam. Tapi apa balasan aku? Cuma selawat yang cuma sekali-sekala? Shame on me!
http://npmss.blogspot.com/2011/09/last-moment-of-our-beloved-prophet-saw_13.html
on his DEATHBED

Aku bukak pulak folder lain, 'sirah rasulullah' nama dia. Berlambak-lambak video pasal sirah nabi yang aku copy daripada kawan aku tahun lepas. Tapi rasanya seingat aku, satu video pun tak habis tengok lagi. Tapi Grey's Anatomy, House, movie-movie, beratus-ratus video dah aku tengok. Sungguh mengecewakan. 
Aku tak tahulah nak kata apa lagi. Aku terlalu di dalam dunia aku sendiri. 
Ini ada aku copy daripada nasbunnuraini.wordpress.com
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad).
Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina muhammad wa 'ala ali saiyidina muhammad




Aku harap apa yang jadi pada aku ni tak terjadi pada sesiapa. Dan tak dicontohi sesiapa. Ini perangai dan sikap yang tak baik, tak patut dicontohi.
Semoga kita masih sempat untuk kenal siapa Nabi kita, siapa Tuhan kita, dan siapa kita pada Nabi dan Tuhan. 
http://shazly250.deviantart.com/art/i-m-sorry-our-greatest-Prophet-Muhammed-326870264
from: shazly250.devianart.com

2 comments: