Sunday 17 February 2013

Exam patut dihapuskan

Assalamualaikum.

Final exam untuk semester 3 dah habis! Sekarang tengah cuti winter break 2 minggu dan habis je cuti ni, bukak kelas, start lah sem 4. Cepat kan? Sebelum tu..

Bismilla- hirrahma- nir rahiim. Ya Allah, aku memohon padaMu, kau lembutkan lah hati pemeriksa-pemeriksa kertas jawapan penulis blog ini, janganlah dia strict sangat, bagi lah dia terima dan bagi markah lebih walaupun jawapan yang ditulis merapu-rapu. Lembutkanlah hati mereka ya Allah. Janganlah bagi ada paper yang gagal. Bagilah lulus semua paper. Kau kabulkan lah doa kami ini ya Allah. Amin amin ya rabbal 'Aalamin..

Terima kasih sebab sudi baca dan aminkan doa ni. Ini serius, doa ni sangat penting. Sebab exam haritu soalan dia sangat susah. Dan harapan untuk lulus je pun dah sangat bersyukur. Kalau rajin + baik hati, please doa lagi..

Exam kali ni, serius sangat-sangat mencabar. Bukan soalan dia je mencabar, tapi semua mencabar. Semua aspek kehidupan aku tercabar. S.e.m.u.a.

Minggu-minggu nak exam ni memang sangat tough. Macam-macam benda aku diuji. Daripada hampir setiap hari blackout, banyak hal nak kena uruskan, gangguan emosi, macam-macam lagilah.

Aku terpaksa squeeze diri aku try curi masa between the time untuk buat tu, buat ni, pergi sana, pergi sini. Tension pun ya jugak. Sebab semua nak kena buat cepat-cepat. Semua nak kena siapkan dalam minggu exam ni jugak. Pergi asrama MARA, pergi hospital, pergi pejabat universiti, kena hantar pergi department tu, dicampak pergi department ni, Rasa sangat macam kat Malaysia ok. Kena menapak menongkah traffic jam jalan kaki pergi ATM ambik duit sebab 500le tu terlalu sikit untuk pos barang ke Malaysia. Kalau boleh ukur, entah berapa kilometer entah aku kena berlari berjalan dalam satu hari tu. Dah lah basah kena hujan lagi. Penat sangat okay. Sampai tegang otot betis aku penat berjalan. Tu tak termasuk lagi entah berapa kali hampir-hampir nak kena langgar waktu lintas jalan. Dah lah penat, lepas tu balik rumah tetiba je migrain. Macamana nak baca buku kalau dah kepala sakit macam nak terkeluar bijik mata?

Bila dah okay migrain, jari tangan dan kaki pulak bengkak-bengkak sebab sejuk. Nasib baik hari written exam jari tu okay. Kalau tak nak tulis jawapan macamana?

A day before exam module 9 pulak (CNS = killer subject bak kata senior), petang tu jugaklah mental dan emosi nak diuji. Petang tu jugaklah jiran aku/mak cik tu nak marah-marah. Dah lah aku sorang je yang kena tadah telinga dan tebalkan muka dengar mak cik tu marah. Tak adil tahu!

Time-time exam ni jugaklah kualiti hidup aku sebagai pelajar berada pada tahap yang paling rendah sekali. Esok pagi pukul 10 nak exam, malam tu aku tidur pukul 1 lebih, bangun pukul 4 lebih. Lepas tu sequentially tidur pukul 7 malam lebih, bangun pukul 12 dan tidur balik pukul 6 untuk bangun balik pukul 8 pagi sebab pukul 10 tu exam. Kau mampu??
Time-time exam je yang mampu buat macamni. Memang kagum dengan diri sendiri sebab hari-hari sebelumnya macam tak cukup je tidur 10jam sehari.

Tak masuk makan lagi. Tak makan sedap-sedap pun takpe, tak berkhasiat pun takpe janji buku baca. Bilik sepah-sepah penuh berterabur dengan buku pun takpe, asal study. Pinggan cawan guna semalam berlonggok dalam bilik pun takpe, tak sempat nak basuh. Baju yang dah siap basuh pun takda masa nak lipat. Sangkut je semua pakai hanger, takpun campak je dalam almari.
Nampak? Betapa tak terurusnya hidup aku.

Pagi exam pulak takutnya bukan main lagi. Macam nak ambik result spm. Tetiba je rasa lemah kaki, sakit perut, jari sejuk, tak lalu nak makan. sebab nervous. Soalan exam tu pulak, langsung tak masuk part yang doktor-doktor tu dok stres kan. Aku punyalah fokus time revision class haritu, take note part mana yang doctor tu streskan. Alih-alih satu pun tak masuk! Nasib baik aku doa supaya Allah gerakkan hati aku untuk baca mana yang masuk. Alhamdulillah lah jugak. Walaupun banyak je yang aku tak baca/fokus tu masuk.

Baca psychology, buat aku rasa nak mencarut. Apa point yang dia cuba sampaikan sebenarnya ni? Kenapa point yang kat sini macam sama je dengan muka surat sebelah? Kenapa ayat dia pusing-pusing sangat tapi point dia sebanarnya sikit je dan senag nak faham kalau dia tulis direct, straight forward? Kenapa nak kena penatkan diri sendiri menaip ayat panjang-panjang kalau maksud dia boleh sampai dengan 7 perkataan je? Kenapa nak torture kami pelajar-pelajar ni seteruk ini? Kami nak belajar medic, bukan english literature.

Sebagai seorang pelajar, sebab tu aku kata exam patut dihapuskan. Teringat pulak classmates aku waktu sekolah dulu dengan berkarismanya ber-parliamentary debate pasal "examnination should be abolished". Aku tak larat nak tanggung tekanan macamni.. *nangis macam cik bawang putih* Dengan kualiti hidup yang jatuh merudum, ditambah dengan tekanan lagi, sebab tu aku sangat menyokong exam dihapuskan. Kadang-kadang tu rasa nak give up pun ada. Tapi bila fikir balik, kena paksa diri sendiri untuk terus study. Take note, kena paksa diri.

Dalam exam hall, boleh pulak ada makhluk yang sesedap rasa meniru. Aku siap boleh dengar lagi makhluk-makhluk tu cakap 'autoimmune disease', 'function'. Ini apa yang aku yang duduk seberang sana boleh dengar. Orang lain siap ada dengar lagi 'nombor 24 cacing, 30 ayam( jawapan no. 24 tu A, 30 tu B)'. Nampak tak betapa sesedap rasanya makhluk-makhluk tu meniru? Pak cik mak cik pengawas exam tak dengar ke?? Lepas tu result masing-masing gempak-gempak pulak tu. Stres aku.

Tapi exam kali ni, yang duduk depan aku ialah budak yang paling pandai sekali dalam batch aku, budak yang ranking nombor 1. First time exam dia duduk depan aku. Tapi memang tak boleh nak tiru pun, sebab memang tak boleh nak nampak kertas dia. Tapi aku memang TAK NAK TIRU. Aku tak berani meniru dalam exam, tapi kalau time kuiz aku suka je meniru. Cuma time exam ni, aku tak boleh terima sebarang bentuk peniruan. Sebab bagi aku, exam ni waktu untuk test diri sendiri. Jadi apa point nak test diri sendiri kalau meniru.

Walau apa pun, bila difikir dengan waras, aku rasa exam tak patut dihapuskan. Sebab pada aku, time exam ni je yang ada untuk kita tahu kita ni ada ditahap mana. Kita ni dah cukup layak atau tak untuk sesuatu tu. Jadi kalau exam ni tak ada, dihapuskan, macamana kita nak tahu tahap kita, macamana nak tahu yang kita ni dah cukup bagus, layak atau tak untuk jadi doktor.

Kalau kita belajar je, dan tak ada exam, kita tak ada effort nak improve diri kita. Tak ada effort to do our best. Contohnya macam aku belajar buat injection. Okay, aku tengok doctor tu punya demo, aku tahu cara nak cucuk. Tapi bila nak exam ni baru kita tahu, baru kita put some effort to perform the best, untuk dapat full mark. Cuba kalau tak ada sistem permarkahan dimana kita di-examined by the examiner, seriously, kita tak akan ada usaha nak belajar sampai master injection skill tu. Kan?

Tak kesah lah stres macamana pun, aku tetap rasa yang exam tu penting. Dan kalau tak nak stres, kenalah sedia awal-awal. Jangan last minute. Dah tahu yang Egypt sekarang ni almost everyday ikut suka dia je nak blackout, yang kau nak study last minute tu pasal apa? Otak dah genius sangat? Dah tahu yang modul CNS ni ramai gila senior yang fail, yang kau take it easy tu kenapa? Time-time macamni lah baru tahu erti menyesal tak fokus dalam lecture. Tapi macamana nak fokus kalau lecture tu boring gila?

Berdasarkan point-point dan segala macam dugaan yang aku lalui ni, sedekah anda untuk mengulang doa diatas sekali lagi tu sangat-sangat dihargai. Please doa lagi. Dapat 61% pun aku bersyukur dah(sebab passing mark ialah 60%). Aku tak nak fail, tak nak repeat paper sebab aku tak nak ulang baca benda ni lagi dan aku tak nak bayar 100USD untuk repeat satu paper. Repeat exam ni soalan dia lagi susah sebab ada oral exam! Na 'uzubillah..


Oh. Sebenarnya aku bukan nak cakap exam patut dihapuskan. Tapi nak suruh mintak tolong sama-sama doa
.
Tolong doa banyak-banyak kali ya? =)


*aku sekarang ni cepat sangat nak terkejut. dan tiba-tiba je nak jadi penakut tak tentu pasal. adakah ini simptom-simptom stress?

2 comments:

  1. Wei. 60 passing marks? Tough nyeeeee. Kalau aku 60 tu dah dpt b- dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. kitorg kalau 80 B+. 85 baru A-, 90 baru A+. kalau dulu2 lagi dahsyat, 95 baru A+.

      Delete