Monday 2 July 2012

Penangan orang kahwin

Assalamualaikum.

Haishh.. Bukan nak kata apa lah kan.
Tapi semenjak kak Irma Hasmi kahwin ni, hari-hari mesti nak tengok gambar diorang kahwin tu.
Serius tak tipu.
Bila tengok, mula lah sengih sorang-sorang.
Dan jujur cakap, diorang nampak sangat manis, sweet dan macam-macam lagi lah.

Mungkin so far, diorang lah pasangan yang paling sweet sekali yang pernah saya nampak.

Dan, sebab saya sangat jealous dengan kak Irma, saya berdoa, supaya saya dapat jadi lebih solehah, lebih baik daripada kak Irma, dan dapat suami yang lebih soleh dan baik daripada kak Irma. Dengki yang macam ni takpe kan..

Akhir kalam, semoga kak Irma bahagia dengan keluarga, kekal sehingga ke syurga, dikurniakan keluarga yang sakinah, solehah dan segala kebaikan yang ada. 

Dan saya, tetap berharap, saya pun akan sebahagia dan mungkin lebih bahagia daripada kak Irma.

salah satu gambar yang sangat sweet=)

p/s:Walaupun tak pernah jumpa, tapi rasa kita ni macam ada pertalian pulak, Macam kak Irma ni dah jadi kakak saya yang betul-betul pulak.

Oh ya, sebab kak Irma kahwin jugaklah, saya pegi geledah Youtube tu, cari video pasal akak. Dan, saya jumpa video kak Irma cerita pasal macamana boleh kenal dengan suami.



video ni, 3 kali saya tengok tau! Dan, telah menambahkan lagi semangat saya untuk bercinta selepas kahwin. Dan, mungkin nak mak ayah yang carikan orangnya.
Insya Allah..


*Gambar tu ambik kat FB kak Irma Hasmie. Sorry lah, saya curik gambar ni.

No comments:

Post a Comment