Tuesday 3 July 2012

Oh, Komuter!

Assalamualaikum.

Hari ni tiba-tiba pulak teringat pada satu peristiwa yang berlaku setahun lepas rasanya. Kat dalam tren, dari KL Sentral ke Rawang. Waktu tu tengahari, hari jumaat kot. Tapi tak ingat dari mana sebenarnya.

Okay, haritu aku naik tren, dan hajat nak lah duduk sorang-sorang. Tapi, semua 'pair seat' dah ada orang yang duduk. So, aku duduk lah kat 1 pair seat ni, yang ada seorang perempuan dah duduk (Haruslah perempuan, sebab koc merah jambu, koc wanita kan). Aku pilih duduk sebelah dia, sebab dia pakai naju kurung, dan tudung dia, labuh-labuh sikit. So, aku ingat, mungkin dapatlah nak borak-borak merapatkan silaturrahim ke apa.

Koc Merah Jambu.
Untuk WANITA SAHAJA!!!

Elok je aku duduk, perempuan tu (yang lebih kurang umur aku jugak), terus menundukkan kepala dia.

Akhirnya, 5 minit pun berlalu, dan dia masih macam tu. Mula-mula aku buat tak tahu je lah, tapi dah lama-lama, aku pun risau, kat hati dah terdetik 'eh, dia tak suka ke aku duduk sini'. Serius terkejut gila.

Lepas tu, dia picit-picit kepala dia, dan tak angkat kepala langsung.
Aku kalih-kalih jugak kepala aku, tengok-tengok dia. 'apahal pulak orang ni. sakit ke apa?'
Lama-lama, aku jadi boring, cucuk earphone, dengar lagu. Sempat lah jugak dengar dalam 3 lagu rasanya, hati aku dah naik bengang, sebab dia makin menjauh daripada aku, makin rapat ke dinding. Aku pun semakin yakin yang dia memang tak suka aku duduk kat situ. Bagi orang yang 'normal' macam aku, kita akan rasa diri kita di'reject'. Rasa yang diri kita ni tak disukai. Kan??
Akhirnya, aku pun terus bangun, pindah ke 'seat' betul-betul belakang dia.
Dan, elok je aku blah dari sebelah dia, pindah ke 'seat' belakang, terus dia angkat kepala. Duduk bersandar, dan meneruskan kehidupan dia dengan normal macam tak da apa-apa yang dah berlaku. Macam aku ni tak pernah wujud.
Aku yang kat belakang ni memang terkejut gila lah. First time kena macam tu.
Tapi last-last aku fikir 'lantak kau lah. At least aku dapat duduk'.


Komuter.
Jarang sekali menggembirakan aku tiap kali menggunakan perkhidmatannya.

Baiklah, nampaknya saya perlu sambung cerita ini. Kerana jika tidak, bak kata peng'komen' di bawah, klimaks nya tidak sampai. Jadi, untuk memberi impak klimaks, seperti dalam pengajian KOMSAS dahulu kala, ceritanya begini.............
(ayat di atas sudah pun merosakkan 'mood' suspens cerita ini!)

Makanya, setelah aku bersenang-lenang di 'seat' belakang, aku pun teruskan mendengar lagu-lagu daripada handphone. Dan untuk melepaskan geram yang berbuku di hati, aku pun menyanyi dengan menambahkan sedikit lantunan vokal dan 'pitch' suara aku. Kerana dalam hati aku 'Peduli apa aku kalau orang depan ni marah. Dia sakitkan hati aku takpe pulak kan?'. Maka, aku terus menyanyi...

Selang beberapa stesen perhentian, iaitu Putra, Segambut, Kepong dan sebagainya, aku, seorang yang curious, dalam hati dah berbisik 'bila dia ni nak turun ya? Harap-harap tak sama tempat turun lah'.

Akhirnya, tunggu punya tunggu, dicampur dengan 'speed' komuter yang selalunya perlahan, dan jika laju gerabak akan bergoyang-goyang, ditambah dengan kadang-kadang tren itu akan berhenti tiba-tiba di tengah-tengah landasan untuk beberapa minit, dan termasuk juga 'air conditioner' yang sekejap hidup sekejap mati, akhirnya......

"Stesen berikutnya, Sungai Buloh, Sungai Buloh.
Next station, Sungai Buloh, Sungai Buloh."

Dan bila berhentinya tren di stesen ini, wanita tersebut pun turun lah dari gerabak merah jambu ini, tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku. Seperti yang aku katakan, aku ini seolah-olah tidak pernah wujud. Memori aku bersama dia seolah-olah telah di'delete' secara tidak sengaja.
Akan tetapi, aku tetap aku, suka jaga tepi kain orang, usha dia sehingga dia hilang dari pandangan mata.
Beberapa ketika kemudia, pintu gerabak pun tertutup, dan aku...
tiba-tiba menjadi ringan tulang, dan melihat ke tempat duduk perempuan tadi dan 'eh! ada plastik tertinggal lah! Nak buat macamana ni? Nak kena pulangkan...'        
                   
.
.
.
.
.
.
tipu je!!!

Dan aku, teruslah meneruskan kehidupan aku. Mendengar lagu, menahan mengantuk, dan akhirnya, turun dari tren tu, setelah hampir 1 jam di dalam tren. Ini tidak termasuk lagi menunggu tren di KL Sentral yang selalunya paling sekejap pun 30 minit.

p/s: Aku pernah tunggu komuter kat KL Sentral dekat 2 jam tau! Dah lah ramai orang, panas, kena berdiri pulak tu. Bila tren dah sampai, masuk tren, kena berdiri jugak, tapi lebih sadis, sebab kena berdiri kat pintu. Kalaulah pintu terbukak kat tengah-tengah landasan tu, nescaya tidak ada lagilah aku pada hari ni. Selain itu, aku juga perlu berdiri sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Rawang, lebih kurang 1 jam! Cuba kira berapa lama aku berdiri disebabkan komuter ni?

Tak pe, aku kan patriotik, menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan awam.


2 comments:

  1. Haai dugaan2
    Mcm mana nk pergi ke Rawang dri KL Sentral? Sbb org dh lama x naik. Please2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada train direct dari rawang ke kl sentral. senang je, tak payah tukar2 pun

      Delete