Thursday 5 July 2012

Lagu Nasyid

Assalamualaikum.

Tadi pinjam External Hard disk kawan. Lepas copy movie-movie, drama-drama, dan lagu-lagu yang aku nak, aku bun browse lah benda tu lagi, tercari-cari kot-kot lah ada lagi item yang tertinggal. Tengah belek-belek tu, sekali ternampak lah satu folder ni, tajuk dia 'Nasyid'. Aku, nampak je perkataan 'Nasyid', terus tak nak bukak. Bukan nak sombong, tapi memang aku tak banyak sangat tahu lagu-lagu nasyid ni. Kau nyanyi lah depan aku 10 lagu pun, Insya Allah, mungkin satu dua lagu je yang aku tahu. Tu pun mungkin lagu Raihan je. Yang dari kumpulan-kumpulan lain macam Inteam ke, memang sikit sangatlah yang aku tahu.

Tapi at last, aku klik jugak folder tu, tengok semua content dia satu persatu. Setiap kumpulan nasyid yang ada tu aku klik. Sebab dalam hati aku, aku cakap 'bila lagi nak try lagu nasyid? Mana tahu dapatlah insaf sikit. Try dulu'.
First, aku bukak folder 'Raihan'. "waah.. banyak jugak yang aku tahu ek. Not bad!".

Aku memang minat gila dengan Raihan ni dulu.
Suara sedap, lagu best, muzik pun best.
Lagu-lagu diorang, banyak gila gua hafal, wa cakap lu!

Lepas tu pergi pulak folder Inteam. Aku tengok tajuk-tajuk yang aku familiar. Nur Kasih, Bisikan Nurani. "wah, not bad jugak aku kan?". Lepas tu aku nampak lah tajuk-tajuk lagu yang aku rasa macam pernah dengar, macam 'Sutera Kasih', 'Setanggi Syurga'. Aku try dengar, dan "Ooh... Aku pernah dengar lah.. Dulu kat maktab ada kawan selalu dengar".. Dan ianya berterusan, sampailah aku menaip kat sini.

Point nya kat sini, aku nak cakap, aku memang tak tahu sangat lagu-lagu nasyid ni. Mana tak nya, zaman-zaman dulu, nasyid yang keluar radio pun setakat Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Lepas tu, baru lah nak keluar InTeam, UNIC, Brothers etc. Tapi lagu-lagu diorang yang baru-baru ni, bukan lama sangat keluar kat radio. Ada lah dalam dua tiga tahun, tu pun untuk segmen lepas azan macam tu. Jadi, tak boleh lah nak salahkan aku, kalau tak pernah dengar.

Kalau kat TV pulak, yang aku perasan TV1 lah yang rajin tayang. Tu pun hari Jumaat. Sebab hari Jumaat! Hari lain mana ada sangat. Kan?

Waktu umur aku 5, 6 tahun, banyak lah video-video klip macam ni tayang kat TV.
Macam ni lah aku boleh hafal lagu-lagu Raihan.

Jadi, sepanjang hidup aku ni, kan dah banyak tempat aku merantau kan, mesti aku akan jumpa dengan mereka-mereka yang suka lagu nasyid, yang gemar menyanyi lagu nasyid. Jadi, bila diorang nyanyi, diorang expect aku akan nyanyi sekali. Bila diorang cakap "weh, nyanyi lah..." Aku pulak cuma boleh sengeh dan cakap "kite tak tahu lah.. Kalau lagu-lagu jenis lain tu kita tahu lah".

Diorang pulak akan cakap "takkan tak tahu langsung?". Aku reply "a'ah, memang tak tahu langsung. Tahu Raihan, Rabbani and Hijjaz je. Lain-lain yang tahu cuma InTeam dan UNIC, tu pun satu dua je".

Dan, mereka still tak percaya! Makanya, diorang pun akan menyanyi lagi banyak-banyak lagu lain, dan reaksi aku still sama, 'blur, sengeh dan geleng kepala tak tahu'..

Dan malam ni, aku mengambil inisiatif untuk meng'inovasi'kan diri aku, untuk dengar balik lagu-lagu nasyid.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu kat maktab dulu, ada sorang kawan ni, dia selalu nyanyi lagu-lagu nasyid kat depan aku. Walaupun aku cakap aku tak tahu, tapi dia still nyanyi. Sedikit sebanyak, lekatlah sikit-sikit lagu tu.
Teringat lagi macamana dia nyanyi, gaya dia, suara dia, mimik muka dia. Tangan siap kepal-kepal macam microphone lagi tu!=)
Ehem. Ada yang terasa ke?


p/s: balik Malaysia ni mesti adik aku cakap 'banyak nya lagu nasyid. Kau dengar ke? Sejak bila kau dengar lagu-lagu nasyid ni?'


Aku nak lagu Kasih Kekasih.
tapi tak da!!!!

No comments:

Post a Comment