Tuesday 3 July 2012

Rindu Malaysia

Assalamualaikum.

Hari ni kan, 3 Julai kan? Kan? Kan?
hahaha.. 
gedik!
Tadi baru start exam untuk Tahun 1. Hari pertama exam, exam practical.

Okay, hari ni 3 Julai, kalau kat Malaysia dah 4 Julai, maknanya, ada lagi 25 hari sebelum aku pergi meninggalkan Mesir untuk tahun 1 ni!!!!!
Tak sabar gila ni nak balik Malaysia!
Seriously, tak pernah sehari pun aku kat Mesir ni, tak ingat pada Malaysia, tak ingat pada family aku, tak ingat pada rumah family aku. Hari-hari ingat tau!
Pernah sekali tu, seminggu direct, mimpi pasal family je. Dahsyat kan??

Gambar ni di tangkap kat satu bukit kat Ampang. Tempat tu famous je, selalu orang datang untuk tengok pemandangan KL dari bukit tu.
Tapi aku lupa pulak apa nama bukit ni.
Baiklah, tujuan utamanya ialah untuk menyatakan tarikh keberangkatan saya ke Malaysia terindu. Saya punya penerbangan dari Terminal 1 Cairo International Airport ialah pada 29 Julai 2012, pada jam 1640. Dijangka akan transit di Oman selama 3 jam (sebab naik Oman Air), dan akan meneruskan perjalanan ke Malaysia dan mendarat pada 30 Julai 2012 jam 1230.

Jadi, bagi sesiapa yang berbaik hati nak menjemput tu bajet ada je nak jemput, saya ucapkan 'tak payah lah. Bulan puasa ya. Pergi beribadah banyak-banyak'.

Dan Insya Allah, akan pulang kembali ke Mesir pada 9 Oktober 2012 jam 0940 di KLIA. Kuliah start 7 Oktober, u! Nampaknya I ponteng lagi lah u! Penerbangan dijangka tiba di Cairo pada 9 Oktober jam 1530. Jangan keliru dengan masa ni, sebab masa ni memang betul, sebab Mesir lambat 6 jam dari Malaysia.

Gambar ni ambik waktu nak berangkat ke Mesir 16 September 2011.
tapi saya tak naik MAS pun hari tu. Haritu naik Egypt Air.
Kapal terbang ni besar gila awak!

Kapal terbang ni lah yang saya naik 16 September 2011 haritu.
Mendarat pukul 5 lebih pagi di Cairo.
Memang itu lah pesawatnya.

Dan untuk kepulangan saya ke Mesir ini, saya sangat lah mengalu-alukan jika ada sesiapa yang nak belanja baju kurung ke, tudung ke, serunding ke(nak banyak, sebab suka), kicap ke, Milo ke (nak banyak jugak), serbuk santan ke, perencah kari ke, segala macam perencah masakan tu, saya sangat-sangatlah mengalu-alukan sedekah jariah kalian. Tak cukup tangan, 1 kapal terbang tu saya mintak encik Pilot sediakan. Nak bagi duit belanja pun boleh. Boleh lah saya beli 'winter coat' baru untuk winter ni...
Boleh? 
hikhik
=)

Dan sekali lagi, sebarang niat baik untuk menghantar kepergian saya di lapangan terbang amatlah tidak digalakkan. Kerana saya malu, nanti ada scene nangis-nangis. Malulah saya, nak nangis tapi ada orang nampak...
Perasan lagi

p/s: seperti orang lain, saya balik Malaysia ni, nak makan banyak-banyak. Harap-harap ada lagilah durian yang sedap tu.
Oh ya, saya nak sambal petai, sambal belacan, tom yam, nasi paprik, nasi ayam, rendang, ketupat, kuih bahulu, sate, nasi kerabu, keropok lekor, buah cempedak, cempedak goreng. Lagi satu, dah banyak hari dah terkenag-kenang, teringin nak makan nasi minyak pengantin. Ada sapa-sapa nak jemput datang kenduri ke?

Apa lagi ya nak makan?

No comments:

Post a Comment