Wednesday 25 July 2012

Taraweeh di Mesir

Assalamualaikum.

Ramadhan Kareem. Sila jawab 'Allahu Akram'.
Orang Arab suka cakap 'Kullu sanah entum toiyiban'.
aku tak tahu jawab dia apa, so aku just cakap 'syukran'

Semalam aku pergi taraweh kat Mal'ab Kulieyyah Handasah (Padang Fakulti Kujuruteraan). Best! Walaupun penat (solat taraweh 8 rakaat + 3 witir = dari pukul 9 sampai 11 malam). Tapi seriously, best, berbaloi dan sangat rugi kalau aku tak pergi.

Kami berjalan dan berlari-lari anak sebab dah lambat


Hiasan jalan untuk Ramadhan

Aku keluar rumah dalam pukul 8.15 malam, bergerak nak ke Hospital Ambatakla, kumpul dengan kawan kat situ sebelum pergi sama-sama. Aku keluar rumah pakai telekung je, dan disebabkan orang Arab tak pernah nampak telekung (sebab diorang tak pakai telekung), jadi sepanjang perjalanan tu, ada je lah mata-mata yang memandang, macam aku ni sangat unik, pelik, alien. Memang malu gila lah, tapi buat tak tahu je, dan diorang pun takda yang kacau-kacau.

Meniti lorong-lorong nak ke Kuliyah Handasah



Berjalan kaki nak ke padang Kulieyyah Handasah tu jauh jugak, dalam 1 km jugak lah. Dan bila dah dekat nak sampai tu, nampaklah mak cik-mak cik jalan kaki nak ke padang sambil masing-masing bawak sejadah dan kerusi(sebab nak duduk, tak larat solat berdiri). Dan ada lagi, dekat nak sampai tu, nampaklah jugak 2 orang jejaka Arab yang bagi aku sangat macho, sebab diorang jalan nak pergi taraweh, dan kat tangan pegang tasbih, dan tasbh tu bergerak(maknanya dia tengah berzikir). Aku kata diorang macho sebab diorang pakai T-shirt dan jeans je, tapi tangan still pegang tasbih. Macho kan!

Jalan sikit lagi, kita pun sampai lah kat pintu masuk padang tu. Siap ada urusetia lagi, sebab memang ramai. Ada kakak urusetia tu cakap 'pergi ikut sebelah kiri pun boleh, sini dah penuh' (in arabic).

Kita pun jalanlah.. Jalan, jalan, sampailah kat padang tu, dan terkejut sangat sebab ramai sangat orang. Ni baru tempat perempuan je, dah ramai sangat.
Kitorang pun berlari kecil-kecilan, sebab tok imam dah start baca al-Fatihah dah. Lepas kelam kabut bentang sejadah dan bukak kasut, kita pun solat lah Isyak. Imam tu, suara dia sangat sedap. Ala-ala Sheikh Mishary Al-Afasy. Okay, kita panggil imam ni imam A.
Imam A dia imamkan solat Isyak dan 4 rakaat taraweh. 4 rakaat yang terakhir dan witir Imam B pulak.

Kiblat untuk solat agak ke kiri sikit, dan aku ingat aku dah cukup kiri dah. Dan bila aku solat taraweh rakaat yang pertama rasanya, tiba-tiba ada orang pegang bahu suruh ke kiri sikit. Urusetia tu lah yang suruh.
Dan yang uniknya Mesir ni, lepas 2 rakaat taraweh, dia ada bagi tazkirah, unlike Malaysia, kita punya tazkirah selalunya selepas 4 rakaat kan? Tapi kat sini, tazkirah dia selepas 2 rakaat. Dan tazkirah ni disampaikan oleh Dr. Amr Khaled. Aku tak tahu pun Dr. ni nak datang. Mungkin rezeki kot.





Tabir yang memisahkan muslimin dan muslimat.

Lepas tazkirah tu, yang aku cuma faham sikit sangat, kita pun start lah rakaat yang ke-3. Rakaat ke-3 ni, elok je aku angkat takbir, terkejut! Tiba-tiba ada budak kecik lari depan aku. Laju gila! Lari cross sejadah jemaah ni semua. Tapi, takda seorang pun yang marah. Unik kan? Baik kan? Kalau kat Malaysia mesti dah kena marah dah budak tu kan?


Budak kecik tu 3 beradik. Kakak dia (selendang kuning) dan abang dia (Yang duduk pakai cermin mata tu).
kakak dia pergi mana-mana pegang je tangan adik dia. Tapi abang dia pegang adik dia, hantar kat kakak, dan blah..
-Tapi aku tak tahulah budak ni ke yang lari tu-

Okay.
Solat taraweh ni pulak, Imam dia baca surah, panjang gila aku habaq hang! Tak tahu berapa muka surat dia baca. (Solat taraweh 8 rakaat + witir + tazkirah = 2 jam). Dan yang mengkagumkan aku, kak Arab sebelah aku ni, dia ikut jugak baca surah tu(maknanya dia tahu lah surah tu. Panjang!), dan dia pelajar perubatan jugak.

Lepas taraweh, Imam bangun, dan cakap pasal solat Shaf. Aku pelik lah, ni witir kan? Tapi kenapa imam cakap Shaf? Sebab tak tahu, aku tanya lah Kakak Arab sebelah ni (nama dia Nisreen), solat apa selepas taraweh ni? Dia pun cakap solat shaf. Aku tak tahu. Tapi lepas tu dia cakap solat 2 rakaat campur 1 rakaat. Baru aku tahu, diorang panggil witir, shaf.

Imam pulak.
Kita ada Imam A dan B, macam yang aku sebut tadi. Imam A muda sikit. Macamana aku tahu sedangkan aku tak nampak? Aku tahu laa... Sebab suara dia bunyi muda. Suara dia comel je, mengaji pun sedap.:)

Dan Imam B pulak tua sikit, sebab suara dia bunyi tua, dan besar lagi.

Okay, bila Imam B jadi imam, lepas setiap 2 rakaat, mesti Imam A akan cakap-cakap sikit, buat pengumuman. Pengumuman pertama pasal kereta, mintak tuan dia alih kereta. Pengumuman ke-2, pasal budak hilang. Budak perempuan, anak kepada Encik Ali.
Dan bila aku dengar je suara Imam A ni, lembut sangat suara dia, dengar pun sedap je, sejuk je hati. Tadi time dia jadi Imam, aku rasa macam dah cair! Ni bila dengar dia cakap, aku rasa macam 'Ya Allah! Aku dah jatuh cinta ke?!' Boleh ke jatuh cinta dengan suara je?

Bila Imam B pulak jadi imam, dia punya bacaan mendayu-dayu, macam dia sangat 'feel' dengan apa yang dia baca. Bila dia baca doa waktu solat Syah tu, doa dia pun sangat 'feel'. Dia sebut sepatah-sepatah, tak laju, jelas, terang dan nyata. Sampai aku yang baru ni pun boleh faham sikit doa dia. Yang menyentuh hati, bila dia jugak doakan muslimin di Suria dan Burma (Syria dan Myanmar).

Lepas dah habis taraweh tu, aku borak-borak sikit sikit dengan kakak Arab sebelah aku ni.
Dia tanya nama aku, belajar apa. Lepas tu dia tanya 'first year?'. Aku pun ya kan lah. Dan dia pun sengeh. Mesti nampak sangat ke 'first year'an aku ni kan? Sangat tak tahu apa-apa.

Lepas tu dia cakap dia 6th year. Nama dia Nisreen, kawan dia Asma' (kot). Dia siap cakap 'you are welcome' lagi (mengalu-alukan kedatangan kami warga Malaysia ni. Kakak ni sangat baik, dah lah cantik!
Yang aku rasa lagi bila taraweh ni kan, 'kau pandang lah arah mana pun, kau mesti akan nampak cantik!' Sebabnya orang-orang Arab ni cantik-cantik belaka.

Adik comel hensem ni tolong angkat tikar lepas dah habis solat.

Dah habis.
Ramai yang dah balik.

Aku sangat tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun depan, nak rasa lagi pengalaman macam ni. Sangat menarik.

Aku sebenarnya berhajat nak solat kat Masjid ni, Masjid Al Qaed Ibrahim. Dekat dengan Fakulti Perubatan kat Game' Ibrahim. Tapi takda rezeki lagi.


Video ni semua orang WAJIB tengok!


Lagi satu yang cool bagi aku ialah bila kita sujud, rasa macam kita sujud kat atas tilam dan muka kita sujud kat bantal. Sebab rumput padang tu agak panjang, so tenggelamlah badan yang berat.

Satu lagi perkara yang aku tahu, orang Arab punya terawih, diorang tak baca pun selawat-selawat dan takbir yang kita selalu baca diantara setiap solat terawih tu. 

6 comments: